Anda di halaman 1dari 27

BAB 2 : POTRET

HUBUNGAN ETNIK

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 1


ETNIK DAN RAS

ETNIK
Kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.
RAS
Kelompok manusia yang ditentukan melalui
ciri-ciri fizikal.

2
ETNISITI, ETNOSENTRISME &
RASISME

ETNISITI (ETHNICITY)
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
kerana anggotanya merasa disatukan dengan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang
sama.
ETNOSENTRISME (ETHNOCENTRISME)
Kepercayaan atau rasa bangga dalam kalangan
anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan
etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.

RASISME (RACISME)
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal dan
biologi semata-mata.
PREJUDIS, STEREOTAIP &
DISKRIMINASI
PREJUDIS (PREJUDICE)
Perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan
maklumat yang tepat dan biasanya tidak
diluahkan secara terbuka.
Contoh : Usahawan Melayu berkata dia tidak
suka berniaga dengan orang Cina dan India
kerana ramai berpendapat mereka tidak jujur.
STEREOTAIP (STEREOTYPE)
Kenyataan umum yang positif atau negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran
berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik
atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
Contoh : Orang Melayu bersikap peramah, orang
Cina pandai Matematik dan orang India juara
dalam lumba maraton.
DISKRIMINASI (DISCRIMINATION)
Layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap
kumpulan etnik lain. Dipengaruhi oleh
pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif
seseorang terhadap etnik lain.
Contoh : Kebanyakan syarikat swasta
mengambil graduan bangsa Cina untuk bekerja
dengan mereka berbanding bangsa Melayu.

7
MASYARAKAT & BANGSA

MASYARAKAT (SOCIETY)
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

BANGSA (RACE)
Jenis manusia daripada satu asal keturunan
atau kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan.
8
CIRI-CIRI
MASYARAKAT

9
1. Manusia yang hidup berkelompok
Mereka yang hidup bersama, saling mengenali
dan bergantungan.

2. Melahirkan kebudayaan
Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan
sebaliknya.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke
generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.
10
3. Mengalami perubahan
Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor
yang berasal dari masyarakat itu sendiri.

4. Berinteraksi
Masyarakat berhubung dan bekerjasama di
antara ahli dan ini akan mencetuskan
interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau
tidak.
11
5. Terdapat Kepimpinan
Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua
kampung, ketua negara dan sebagainya.
Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal,
bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan
keturunan.

12
KONSEP
BUDAYA
BUDAYA

Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran,


nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir
serta cara perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


Budaya kebendaan
Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan: Peralatan dan kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya.

Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat


istiadat dan undang-undang contohnya adat
istiadat yang berbeza-beza dalam perkahwinan.

15
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling
penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan
fizikal.

Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.

Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk


jalan bagi seseorang dalam mengendalikan
hidup bermasyarakat dan berbudaya.
16
CIRI-CIRI
BUDAYA
17
1. Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak
unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

18
2. Dikongsi
Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia.
Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.

19
3. Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya.
Budaya yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.

20
4. Berubah
Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengalami
perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

21
Faktor perubahan budaya:

Pertambahan bilangan anggota masyarakat.


Pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
Penemuan dan penciptaan teknologi baru.
Pertembungan budaya.
Konflik yang berlaku.
Perubahan alam sekitar.

22
Baju Kurung
Cheongsam Baju Melayu

Pakaian
Tradisional

Saree Punjabi
Dhoti Suit
Hari Raya Aidilfitri Deepavali

Perayaan

Chinese New Year Gawai Day


Nasi Lemak Dim Sum

Makanan
Tradisional

Tosai Hinava
Chinese Language -
Malay Language -
Mandarin,
Bahasa Melayu
Cantonese, Hokkien

Bahasa

Indian Language
Lain2 Iban,
Tamil, Telugu,
Kadazan, Dusun
Punjabi

Anda mungkin juga menyukai