Anda di halaman 1dari 63

MALAYSIA :

KESEPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 1


MASYARAKAT & BANGSA

 MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

 BANGSA
Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan.”
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 2
CIRI-CIRI
MASYARAKAT

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 3


1. Manusia yang hidup berkelompok
 Mereka yang hidup bersama, saling mengenali
dan bergantungan.

2. Melahirkan kebudayaan
 Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan
sebaliknya.
 Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi
berikutnya dengan proses penyesuaian.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 4


3. Mengalami perubahan
 Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang
berasal dari masyarakat itu sendiri.

4. Berinteraksi
 Masyarakat berhubung dan bekerjasama di
antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
 Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 5


5. Terdapat Kepimpinan
 Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua
kampung, ketua negara dan sebagainya.
 Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal,
bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan
keturunan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 6


6. Terdapat stratifikasi sosial
 Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan
peranan yang harus dimainkannya atau ia
merujuk kepada susun lapis masyarakat.
 Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas,
status dan kasta

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 7


 Kelas: Kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan.

 Status: Jangkaan peranan yang dimainkan oleh


individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran Dato’, Haji dan Lebai.

 Kasta: Kelas sosial yang keahliannya ditentukan


hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak
berlaku mobiliti sosial.
KONSEP
BUDAYA
BUDAYA

 Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai


kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta
cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.

 Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


 Budaya kebendaan
 Budaya bukan kebendaan
 Budaya kebendaan: Peralatan dan kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya.

 Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat


istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat
yang berbeza-beza dalam perkahwinan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 11


 Dalam budaya Melayu, faktor agama paling
penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.

 Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.

 Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan


bagi seseorang dalam mengendalikan hidup
bermasyarakat dan berbudaya.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 12


Peranan utama pembentukan sesuatu budaya:

1. Membina imej negara ke arah mewujudkan


keperibadian dan identiti.

2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan


berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental.
(Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa
Melayu, 1992).
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 13
CIRI-CIRI
BUDAYA
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 14
1. Dipelajari
 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti
asimilasi dan adaptasi.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 15


Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran:

 Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,


sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
 Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah
masyarakat itu.
 Umur seseorang.
 Tahap pendidikan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 16


2. Dikongsi
 Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia.
 Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 17


3. Sejagat
 Kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia.
 Namun ia berbeza antara masyarakat kerana
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 18


4. Diwarisi
 Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya.
 Budaya yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 19


5. Berubah
 Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengalami perubahan.
 Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 20


Faktor perubahan budaya:

 Pertambahan bilangan anggota masyarakat.


 Pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
 Penemuan dan penciptaan teknologi baru.
 Pertembungan budaya.
 Konflik yang berlaku.
 Perubahan alam sekitar.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 21


6. Perlambangan
 Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk
perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

7. Pandangan Semesta
 Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
 Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian
yang rapat dengan alam sekitar.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 22


FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN

1. Memenuhi keperluan hidup.


2. Panduan kepada anggota masyarakat
bertingkahlaku.
3. Mengatur hubungan sesama manusia
4. Galakan untuk manusia mencipta.
5. Alat penyatuan dan pengenalan identiti.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 23


ETNIK DAN RAS
 ETNIK
Kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.

 RAS
Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri
fizikal bioligikal.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 24
ETNISITI, ETNOSENTRISME &
RASISME

 ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
 ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan
anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik
mereka jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.

 RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras
semata-mata.
PREJUDIS, STEREOTAIP &
DISKRIMINASI

 PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat
yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara
terbuka.
 STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu
kumpulan etnik.

 DISKRIMINASI
Perbuatan membandingbezakan seseorang individu
atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.
TAHAP
HUBUNGAN ETNIK

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 29


SEGREGASI
 Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-
etnik dalam sesebuah negara.

 Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti


tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam.

 Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti


Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
AKOMODASI
 Satu proses di mana etnik menyedari norma dan
nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka
tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing.

 Switzerland adalah negara yang mempunyai


hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-
etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat
penyesuaian antara mereka.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 31
AKULTURASI

 Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di


kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.

 Berbeza dengan proses asimilasi, proses


akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat yang menerima.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 32


ASIMILASI

 Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik


yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama.

 Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke


dalam etnik yang lain.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 33


Sambungan….

 Semua kumpulan lama kelamaan akan


mematuhi pola-pola kebudayaan golongan
dominan dan melupakan kebudayaan dan
identiti masing-masing.

 Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 34


Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

1. Etnik yang berbeza budaya.


2. Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 35


Faktor kejayaan asimilasi:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan


identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 36


Faktor penghalang asimilasi:
1. Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan
perasaan takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi
dari etnik lain.
3. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
4. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik
minoriti.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 37


AMALGAMASI
 Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan
dijadikan satu keseluruhan bersama.

 Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila


budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-
jenis budaya dan ras yang baru.

 Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara


etnik.

 Diwakili oleh formula : A+B+C=D


SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 38
PLURALITI BUDAYA
 Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-
hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi
dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan
mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

 Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B


dan C merujuk kepada budaya).

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 39


MASYARAKAT
PLURALITI BARU
MASYARAKAT PLURALITI BARU

 Gabungan dua atau lebih masyarakat yang


hidup bersama dalam satu unit politik atau
dalam satu kerajaan.

 Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat


dalam sesebuah negara.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 41


CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU

1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang


berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti
yang berasingan.

2. Satu set nilai budaya dan politik yang yang


dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui
persetujuan kebangsaan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 42


3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi
dalam konteks bangsa.

4. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai


keinginan yang sama seperti keamanan dan
kesejahteraan.

5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala


mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang
mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti
baru ini.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 43
Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:

1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu


kelompok besar manusia.

2. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.

3. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh


budaya-budaya masyarakat.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 44


PLURALITI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

 Model masyarakat Islam Madinah.


 Surah al-Hujurat:13
MODEL MASYARAKAT ISLAM MADINAH

ISLAM : MUHAJIRIN & ANSAR


BUKAN ISLAM : YAHUDI & NASRANI

46
Dalil dari al Quran:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan
amalan kamu)

47
Etnik-Etnik Di Malaysia
Etnik-Etnik Di Malaysia
No Status Kaum Jumlah(orang) Peratus
1 Bumiputera Melayu 13.48 juta 54 %
2 Bumiputera Bukan Melayu 2.93 juta 11.8 %
Bukan
3 Cina 6.22 juta 25 %
Bumiputera
Bukan
4 India 1.86 juta 7.5 %
Bumiputera
Bukan
5 Lain-lain 318.9 ribu 1.7 %
Bumiputera
Jumlah 24.8 juta 100 %
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
(Banci 2010) merupakan banci KELIMA yang
dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia
pada tahun 1963. Banci sebelum ini telah
dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000.
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basic-
demographic-characteristic-repor%E2%80%A6
JUT
A
30
28.3

23.
3
20
18.
4
13.7

1
0

TAHUN

1980 1991 2000 2010


http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basic-
demographic-characteristic-repor%E2%80%A6
PERLIS
KEDAH
(0.23JUTA)
(1.95JUTA)

KELANTAN
(1.54JUTA)

TERENGGANU
P.PINANG SABAH
(1.04JUTA)
(1.56JUTA) (3.21JUTA)

W.P
K.LUMPUR
(1.67JUTA) PAHANG
PERAK
(1.50JUTA)
(2.55JUTA)

SELANGOR JOHOR
(5.46JUTA) (3.35JUTA)

N.SEMBILAN MELAKA
(1.02JUTA) (0.82JUTA) SARAWAK
(2.47JUTA)

http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basic-
demographic-characteristic-repor%E2%80%A6
NEGERI POPULASI (JUTA)
Malaysia 29,999,530
Selangor 5,725.3
Johor 3,477.2
Sabah 3,428.0
Sarawak 2,575.5
Perak 2,436.4
Kedah 2,021.1
W.P. Kuala Lumpur 1,732.0
Kelantan 1,665.9
P. Pinang 1,628.4
Pahang 1,572.7
Terengganu 1,112.5
N. Sembilan 1,070.1
Melaka 852.4
Perlis 241.4
W.P. Labuan 93.3
W.P. Putrajaya 82.5
Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun Mengikut Negeri. (2014). Buku Maklumat Perangkaan Malaysia. Kuala
Lumpur:
Kelahiran (setiap
minit)
Tahun
2040
jangkaan
Angka 38.5 juta
30 juta penduduk
di Malaysia
orang
29,999,530
(sebelum)
27 Januari2014
KEWUJUDAN KEPELBAGAIAN
KAUM &ETNIK

Januari 2014. Penduduk dan Perangkaan Penting 2014. Portal Rasmi Jabatan
Perangkaan Malaysia.
KEWUJUDAN KEPELBAGAIAN
KAUM &ETNIK

April 2014. Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun Antara Banci. Portal Rasmi Jabatan Perangkaan
Malaysia. Diambil pada 29 April 2014 di http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?
Budaya & Realiti Warna-
Warni Rakyat Malaysia
KEPUTUSAN PARLIMEN 2013
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_2013
Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)

2013. Senarai Ahli Dewan Rakyat. Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Diambil pada 30 April 2014 di
http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&
2013. Senarai Ahli Dewan Rakyat. Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Diambil pada 30
April 2014 di http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&
(PRU 13) Mengikut Kaum dan Negeri-
negeri
Komposisi Dewan Undangan Negeri (PRU 13)
Mengikut Kaum

(Mei 2013). Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri PRU 2013. Portal Suruhanjaya Pilihan Raya. Diambil
pada 29 April 2014 di http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDun.php

Anda mungkin juga menyukai