Anda di halaman 1dari 33

Budaya dan Kepelbagaian Manusia

Pengertian dan Konsep


Budaya
•Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit
buddhayah yang terbentuk daripada perkataan
buddhi (Budi atau akal)
•Perkataan Inggerisnya Culture (Bahasa Latin –
Colere) bermaksud mengolah atau mengerjakan
•Kamus Dewan (2007) Budaya sebagai tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi
Pengertian dan Konsep
Budaya
•Budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil
karya manusia berasaskan pembelajaran dalam
semua aspek kehidupan (koentjaraningrat, 2002)
•Sebagai konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan
serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat
(Edward B. Taylor)
Definisi Budaya
Dictionary of Philosophy (1996) Budaya sebagai
‘way of life of people, including their attitudes,
values, beliefs, arts, sciences, modes of
perceptions, and habits of thoughts and activities.
Mohd Taib Osman (1988) budaya sebagai suatu
himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
masyarakat serta menyesuaikannya dengan alam
sekeliling
Definisi Budaya
L.A.White menjelaskan budaya ialah satu organisasi
fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek, idea,
sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-
simbol. Tingkah laku dan nilai itu diterima oleh
masyaraakat secara kolektif.
7 Unsur Utama Budaya
(Koentjaraningrat, 2002)
•Agama dan upacara keagamaan
•Sistem dan organisasi kemasyarakatan
•Sistem pengetahuan
•Bahasa
•Kesenian
•Sistem ekonomi
•Sistem teknologi dan peralatan
Ciri-ciri Budaya
• Budaya boleh dipelajari
• Dikongsi
• Bersifat sejagat
• Boleh diwarisi
• Berubah-ubah
• Mempunyai unsur simbolik
• Adanya pandangan semesta (World
view)
Kesimpulan Definisi Budaya
•Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam
kehidupan bermasyarakat.
•Budaya juga merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan
oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai
kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir dalam
menghadapi sesuatu perkara atau situasi
•Perkembangan budaya mengikut perkembangan
masyarakatnya
•Ciri-ciri budaya adalah sama antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain
•Budaya berubah mengikut masa maupun tempat
Kesimpulan
•Kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan
masyarakatnya
•Kebudayaan tidak diperturunkan melalui baka
•Manusia membentuk budaya. Perkembngan kebudayaan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri
Refleksi
1. Tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya. Bincangkan
pernyataan ini.

2. Bagaimanakah dikatakan perkembangan kebudayaan mengikut


perkembangan masyarakatnya?
Lima Unsur Utama Budaya
•Simbol atau lambang
•Bahasa
•Nilai dan Kepercayaan
•Norma
•Teknologi
Simbol atau Lambang
•Simbol merupakan perwakilan kepercayaan budaya yang membawa
makna dan identiti masyarakat tersebut
•Keris bagi masyarakat melayu melambangkan lambang kepahlawanan
Bahasa
•Bahasa membolehkan ahli masyarakat berhubung sama ada secara
lisan atau bukan lisan
•Bahasa merupakan alat komunikasi
•Dialek atau loghat hanya difahami oleh kelompok itu sendiri
•Transmisi budaya dapat dilakukan melalui bahasa
Nilai dan Kepercayaan
•Nilai dan kepercayaan merupakan standard yang digunakan
untuk menilai keadaan masyarakat seperti kebaikan atau
kecantikan
•Kepercayaan merupakan rumusan atau tafsiran tentang
masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan untuk
masa hadapan
•Nilai ialah prinsip-prinsip umum yang berasaskan
kepercayaan iaitu yang dianggap benar, betul atau sebaliknya
•Nilai menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan manakala
kepercayaan menerangkan apa yang sebenar
Norma
•Norma merupakan peraturan atau ketentuan yang telah
menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap
anggota masyarakat
•Norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang
membimbing perlakuan ahli masyarakat
•Norma merupakan standard yang dipersetujui bersama
dalam masyarakat
•Norma proskriptif ialah panduan apa yang tidak boleh
dilakukan
•Norma preskriptif ialah apa yang boleh dilakukan
Teknologi
•Teknologi merupakan alat atau kaedah yang
digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu
masyarakat
•Pengetahuan praktis dan peralatan untuk
meningkatkan penggunaan tenaga serta
mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia
Aspek-aspek lain dalam
budaya
Resam: merupakan adat atau peraturan yang berkaitan dengan hukum
adat seperti upacara peminangan dilakukan oleh lelaki.
Mores ialah norma yang lebih kuat dan tidak ada tolerensi jika tidak
dipatuhi seperti kewajipan anak menghormati orang tua
Budaya dalam konteks pendidikan
Sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat
Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana yang
dikehendaki oleh masyarakat
Budaya dalam masyarakat mempengaruhi budaya di sekolah
Tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai kebendaan dan
bukan kebendaan mengikut acuan masyarakat Malaysia
Murid yang keluar dari sistem persekolahan mempunyai
budaya Malaysia yang diterima oleh pelbagai lapisan
masyarakat dan pelbagai kaum
Pengertian dan Konsep
Kepelbagaian Kelompok
Etnik:
•Perkataan Greek yang bermaksud manusia atau negara
•Etnik merujuk kepada sekumpulan manusia yang
berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama
•Mempunyai rasa kepunyaan terhadap negara asal, makanan,
bahasa, muzik, agama, pakaian, nama keluarga atau adat
Etnik
•Etnik mempunyai organisasi yang formal
•Etnik mempunyai sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan dan
prasangka. Penggunaan perkataan ‘kita’ dan mereka’ iaitu golongan di
dalam dan di luar kelompok
Etnik
•Etniksiti: merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
•Etnosentrisme: kepercayaan atau sikap bahawa budaya etnik mereka
adalah lebih baik dan tinggi daripada budaya kelompok etnik yang lain
•Diskriminasi merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif
sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain
Ras
•Ras ialah kelompok manusia yang mempunyai persmaan dari
segi fizikal
•Ras dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal
•Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi
•Contoh ras ialah Mongoloid, Negroid , Austroloid, dan
Caucasoid 
•Konsep Rasisme dikaitkan dengan ras. Rasisme merupakan
kepercayaan ada ras yang lebih unggul dan ada ras yang
berstatus lebih rendah
Minoriti
Merujuk kepada bilangan penduduk.
Kriteria yang digunakan untuk
mengkategorikannya ialah etnik dan ras
Masyarakat
•Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang
berhubung secara tetap dan tersusun serta menjalankan
aktiviti secara kolektif
•Masyarakat sebagai kelompok manusia yang hidup saling
berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur
kerja secara kolektif, mampu menyetukan buah fikiran dan
tindakan sehingga menjalin hubungan serta membentuk
kebudayaan
•Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya,
mengalami perubahan dan saling berinteraksi
Refleksi
•Bezakan pengertian etnik dan ras dalam konteks negara kita

•Dalam kumpulan kecil bincangkan adakah wujud etniksiti dan


etnosentrisme dalam masyarakat majmuk di Malaysia
Kesimpulan
•Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain
•Oleh sebab terdapat kepelbagaian kelompok di Malaysia, guru
perlu memberi pendidikan kepada semua murid tanpa pilih kasih
•Setiap murid diterapkan dengan nilai murni kaum yang lain
supaya dapat menerima aspek perbezaan ang terdapat dalam
masyarakat
•Murid perlu diberi kesedaran terhadap perbezaan etnik
•Perasaan kekitaan dapat diserap melalui perbagai aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran
Konsep Stereotaip,
Prejudis dan
Diskriminasi
Stereotaip
Stereotaip merupakan kenyataan umum terhadap
sesuatu kumpulan   etnik, biasa adalah berbentuk
negatif. Contoh kenyataan   negatif terhadap
orang Melayu, orang Cina dan orang India. Dengan
kata   lain, stereotaip ialah gambaran yang
berlebih-lebihan tentang sesuatu   perlakuan
buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan  
etnik oleh etnik lain.
Prejudis
Prejudis ditakrifkan sebagai kepercayaan dan perasaan negatif
mengenai   ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya, pandangan atau
kepercayaan   ini bersifat umum dan tidak berasaskan maklumat yang
jelas, tepat atau   mencukupi. Prejudis wujud berdasarkan satu imej
mental, biasanya   kurang memuaskan terhadap kumpulan etnik atau
ahli-ahli kumpulan   etnik tertentu.
Sebagai contoh, seorang murid India berkata: “Saya tidak   mahu
diajar oleh cikgu Melayu kerana ramai kawan mengatakan bahawa
cikgu Melayu adalah malas,” atau seorang usahawan Melayu berkata
dia   tidak suka berniaga dengan orang Cina dan orang India kerana
daripada   pendapat kawan-kawannya, orang Cina dan orang India
adalah tidak   jujur.
Diskriminasi
Diskriminasi merujuk kepada layanan buruk sesuatu kumpulan etnik  
terhadap kumpulan etnik lain, biasanya oleh kumpulan etnik dominan
  terhadap kumpulan etnik minoriti.
Diskriminasi akibat daripada   prejudis, layanan yang buruk diberikan
kepada seseorang berdasarkan   keahliannya dalam sesuatu
kumpulan etnik dan bukan atas dasar perilaku   peribadinya.
Diskriminasi dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan  
kepercayaan negatif seseorang atau sekumpulan etnik terhadap
kumpulan   etnik lain, iaitu akibat pandangan stereotaip dan fikiran
prejudis

Anda mungkin juga menyukai