Anda di halaman 1dari 29

INSAN GURU UNGGUL

ROSNIDAR MANSOR
AMELIA MOHD NOOR

1
1.Pengenalan Insan Guru

•Pendidikan adalah asas kepada


kecemerlangan ketamadunan manusia.

•Kekuatan pendidikan berupaya memelihara


menyerlahkan nilai dalam sesebuah
masyarakat itu.

•Malah dengan pendidikan juga mampu


menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah
masyarakat.

• Pendidikan bukan sahaja mampu


menerapkan nilai patriolisme untuk mencintai
Negara dalam jiwa anak bangsa malah dapat
membantu pertumbuhan sahsiah dan
menyemai serta mengekalkan jati diri
seseorang individu.

2
1.Pengenalan Insan Guru

•Corak pendidikan itu mencerminkan sikap dan


kecenderungan yang wujud dalam sesebuah
masyarakat.

•Ia juga merupakan elemen terpenting dalam


proses tumbesaran dan kematangan
seseorang yang dapat melahirkan generasi
yang berguna dan berakhlak mulia.

•Tanpa pendidikan, masyarakat umumnya akan


hidup dalam kemunduran di samping akan
menyebabkan keruntuhan moral yang
berleluasa

3
1.Pengenalan Insan Guru

•Dengan itu pendidikan itu ibarat acuan,


acuan yang membentuk sesebuah
negara, acuan yang membentuk
sesebuah masyarakat dan acuan yang
membentuk seseorang individu itu.

•Selaras dengan kepentingannya, maka


ianya perlu dijadikan satu agenda penting
yang patut dilaksanakan mengikut
landasan yang sewajarnya.

•Dengan itu insan guru adalah insan


pelaksana yang paling utama
merealisasikan hasrat ini di samping
pihak lain seperti, institusi pendidikan
guru, dan masyarakat.

4
2. Visi dan misi kemenjadian
insan guru profesional

•Visi insan guru professional adalah


berteraskan pembelajaran secara
mendalam, bermakna dan sepanjang
hayat; dan pembelajaran adalah melalui
pengalaman peribadi dan interpersonal.

5
2.Visi dan misi kemenjadian
insan guru profesional

•Misi insan guru professional adalah untuk


memupuk insan guru pelatih yang
bermotivasi, beryakinan, berinovatif dan
berdikari, berfikir secara kritis dan kreatif,
melihat pembelajaran sebagai proses
sepanjang hayat untuk perkembangan
peribadi dan profesional yang berterusan; dan
rasa kesedaran yang mendalam akan
tanggungjawab mereka dalam pembangunan
masyarakat dan Negara kearah kemenjadian
insan guru yang professional.

6
3.Prinsip-prinsip Insan Guru
Profesional

Pembangunan insan guru professional memerlukan


insan guru pelatih berupaya:

1. menilai, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai


profesion keguruan secara kritis dalam konteks
nasional dan global;

2. meneroka dan membina pengetahuan mengenai


amalan pendidikan secara berautonomi dan
bersepadu; mempunyai kecekapan dan
kemahiran teras yang baik dalam bidang
pelajaran dan; dapat menerapkan kecekapan
dan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;

3. memahami pengajaran, pembelajaran,


pentaksiran, kepimpinan dan pengalaman klinikal
secara multi-dimensi, bersepadu, dan reflektif;

4. mewujudkan persekitaran pengajaran-


pembelajaran, menyediakan ruang lingkup dan
peluang untuk memupuk keterujaan intelektual
yang akan mengoptimumkan potensi dan minat
pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat;

7
3.Prinsip-prinsip Insan
Guru Profesional
5. menyediakan ruang, sumber dan teknologi
pembelajaran yang berkualiti untuk
pembelajaran aktif dan koperatif yang
mempromosikan interaksi sosial dan kepuasan
diri yang positif;

6. menyesuaikan diri dengan perubahan


persekitaran, teknologi serta aplikasinya dalam
amalan pendidikan;

7. menjadi pemimpin dalam pendidikan yang


mempunyai keterampilan dan keupayaan untuk
menjana idea dan mencetus inovasi serta
mengelola perubahan melalui amalan
berteraskan bukti;

8. mengendalikan program khidmat santun


masyarakat secara berterusan dan menjalinkan
jaringan kerjasama dengan masyarakat tempatan
dan global.

8
4. Sajak: Guru oh Guru
•Cuba hayati sajak berikut dan
bincangkan apakah pesanan yang
di bawa dalam sajak ini.

•Siapakah yang kita sebut sebagai


guru itu?

9
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar Jika hari ini seorang ulama yang
mulia
Dapat rusa belang kaki Jika hari ini seorang peguam
Berguru kepala ajar menang bicara
Ibarat bunga kembang tak jadi Jika hari ini seorang penulis
terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi
Dialah pemberi paling setia dewasa;
Tiap akar ilmu miliknya
Sejarahnya dimulakan oleh
Pelita dan lampu segala seorang guru biasa
Untuk manusia sebelum jadi Dengan lembut sabarnya
dewasa. mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di
muka muridnya
Dialah ibu dialah bapa juga Di sebuah sekolah mewah di Ibu
sahabat Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu
Alur kesetiaan mengalirkan Terengganu
nasihat Dia adalah guru mewakili seribu
Pemimpin yang ditauliahkan buku;
segala umat
Seribu tahun katanya menjadi Semakin terpencil duduknya di
ceruk desa
hikmat.
Semakin bererti tugasnya kepada
Jika hari ini seorang Perdana negara.
Menteri berkuasa Jadilah apa pun pada akhir
kehidupanmu, guruku
Jika hari ini seorang Raja menaiki
takhta Budi yang diapungkan di dulangi
ilmu
Jika hari ini seorang Presiden Panggilan keramat “cikgu” kekal
sebuah negara terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

10
5. Insan Guru Insan Guru
Profesional
• Perkataan “guru” digunakan secara umum untuk
menunjukkan seorang yang mengajar, menjawab
pertanyaan di atas sesuatu masalah, mengajak
untuk melakukan kebaikan, menunjukkan contoh
yang baik atau menjadi model untuk melalukan
kebaikan, dia juga adalah seorang yang membantu
seseorang yang lain untuk memperbaiki diri kearah
kebaikan dan mencegah dari melakukan
kemungkaran.

• Insan Guru juga adalah seorang yang mempelajari


ilmu untuk mengajari ilmu tersebut kepada orang
lain.

• Bila di sebut perkataan pelajar pula adalah merujuk


kepada seorang yang sedang belajar sesuatu bidang,
seorang yang bertanya kepada sesuatu
permasalahan dan seorang murid kepada seorang
guru.

11
5. Insan Guru Insan Guru
Profesional
• Hubungan antara pelajar dan guru adalah satu
hubungan yang paling rapat, penuh dengan
kecintaan, ketaatan dan kasih sayang.

• Guru adalah seorang insan yang mempunyai


peranan yang sangat besar dan penting dalam
menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa itu.

• Sedar atau tidak, bila diri kita adalah seorang insan


yang bergelar guru. Dalam erti kata lain, setiap
perbuatan dan tindakan kita adalah dalam bentuk
mendidik serta memberi kebaikan tidak kira kepada
sesiapa sekalipun apatah lagi diri sendiri.

• Seorang guru itu perlu mendidik dirinya sendiri


dahulu sebelum menjadi contoh yang terbaik
kepada pelajar-pelajarnya.

12
6. Insan Guru Insan Guru
Profesional Insan Guru
Unggul
Dengan itu kita bawa beberapa contoh guru guru
unggul dunia yang sepatutnya menjadi contoh dan
panduan kepada insan yang bergelar guru.

Muhammad Mother
S.A.W Teresa

Mathama
Avicenna
Gandhi

Awang Had
Za’aba
Salleh

13
Muhammad S.A.W:
•Menyebut nama Muhammad S.A.W adalah
satu nama yang tidak asing bagi kita semua
baik muslim mahupun kepada orang bukan
muslim.

•Apa yang ingin di bincangkan di sini bukanlah


mengenai agama tetapi bagaimana Nabi
Muhammad S.A.W berperanan sebagai
seorang guru, bukan guru di sekolah tetapi
seorang guru kehidupan.

•Mengajar bagaimana menjadi seorang


manusia yang baik, berakhlak mulia, menjadi
guru, ibu bapa, pemimpin, mengajar ilmu
berniaga, mengajar bagaimana mengajar,
membimbing dan bagaimana memindahkan
ilmu pengetahuan kepada orang lain.

14
Muhammad S.A.W:
Sejarah hidup

•Muhammad S.A.W. dilahirkan di Mekkah, pada


12 Rabiulawal 571 atau tahun 632 Sesudah
Masehi.
•Ibu beliau Aminah binti Wahb, yang adalah
anak perempuan dari Wahb bin Abdul Manaf
dari keluarga Zahrah.
•Ayah beliau Abdullah yang adalah anak Abdul
Muthalib.
•Beliau dilahirkan disuatu kaum yang bernama
Quraish.
•Beliau wafat pada umur 63 tahun.
•Ayah beliau meninggal sebelum kelahiran
beliau. Sementara ibu beliau meninggal ketika
baginda berusia kira-kira enam tahun,
menjadikan beliau seorang anak yatim-piatu.

15
Muhammad S.A.W:
Sejarah hidup
• Baginda telah dibawa ke Mekkah untuk
mengunjungi datuk beliau dan beliau tinggal di
Mekkah diasuh oleh datuk beliau, Abdul
Muthalib.

• Setelah datuk beliau meninggal, beliau dijaga


oleh bapa saudara beliau yang bernama Abu
Talib.

• Ketika inilah beliau sering kali membantu


mengembala kambing-kambing bapa saudara
beliau di sekitar Mekkah dan kerap menemani
bapa saudara beliau dalam urusan perdagangan
ke Negeri Syam yang disebut Negeri Suriah.

16
Muhammad S.A.W:
Sejarah hidup

• Perjalanan hidup Muhammad bin Abdullah


sehinggalah menjadi seorang insan yang bergelar
Muhammad S.A.W bukanlah satu perjalanan yang
mudah.

• Muhammad S.A.W adalah seorang murid Agung


yang kemudian menjadi Guru Agung.

• Berkat bimbingan Tuhan Pencipta Alam, Muhammad


Rasulullah telah berhasil mengubah
Yastrib jahiliah menjadi Madiinatul
munawarah yang kemudiannya menjadi model
metropolitan moden menghidupkan masyarakat
yang plural.

17
Keperibadian Muhammad
S.A.W
Antara sifat keperibadian Muhammad S.A. W
adalah:

•Amanah
•Sabar
•Jujur- penduduk mekah mengelarkannya
sebagai Al Amin kerana sifat jujurnya
•Tidak sombong- bersikap rendah hati dan
tidak sombong
•Menghormati orang tua
•Cerdas dan pandai- terkenal sebagai sangat
cerdas, pandai serta sangat arif dan bijaksana.
•Berkata-kata dengan lembut dan fasih
•Ikhlas

18
Kaedah mendidik yang
diamalkan
•Satu seni mengajar yang ditunjukkan oleh
Muhammad S.A.W dalam mengajar adalah
cara guru menegur pelajarnya apabila
pelajarnya melakukan akhlak tercela adalah
dengan lemah-lembut, sindiran halus, tidak
menggunakan cara frontal, serta di lakukan
dengan penuh kasih sayang tanpa celaan.

•Ini adalah kerana mencela secara terang-


terangan akan merosakan kewibawaan,
mencetuskan keberanian murid untuk
memberontak dan membuatkan pelajar engan
belajar

19
40 kaedah mengajar yang
telah di tunjukkan oleh
Muhammad S.A.W
1. Keteladanan dan akhlak mulia –role model;
2. Mengajarkan syariat secara bertahap –
mastery learning
3. Menekankan cara sederhana dan
menghindari cara membosankan
4. Memerhatikan perbezaan karakter setiap
peserta didik- observation
5. Perbincangan dan tanya jawab
6. Perbincangan dan berfikiran logik
7. Melontar pertanyaan untuk mengetahui
kadar kecerdasan dan ilmu peserta didik –
Kbat
8. Membuat analogi dan perumpamaan-
analogy
9. Membuat persamaan dan contoh
10. Menulis (menggambar di atas tanah dan
debu) –pictoral method- method
menggunakan gambar( peta minda)

20
40 kaedah mengajar yang
telah di tunjukkan oleh
Muhammad S.A.W
11. Menggabungkan antara ucapan dan isyarat –
verval dan gesture
12. Memperlihatkan sesuatu yang dilarang untuk
menekankan keharamannya.
13. Menyampaikan pelajaran tanpa ditanya terlebih
dahulu –experiencial learning
14. Menjawab pertanyaan sesuai yang dilontarkan
penanya
15. Memberi jawapan melebihi pertanyaan yang
dilontarkan –
16. Mengalihkan penanya dari pertanyaannya –
socratic question
17. Meminta penanya mengulangi pertanyaannya –
18. Memberi jawapan kepada sahabat untuk
melatihnya
19. Menguji pencapaian ilmu seseorang untuk
mengapresiasi. – penghargaan/ rewarding
20. Mendiamkan dan menyetujui apa yang terjadi di
hadapannya

21
40 kaedah mengajar yang
telah di tunjukkan oleh
Muhammad S.A.W
21. Memilih suasana yang tepat untuk
menyampaikan pelajaran
22. Memberi pelajaran melalui gurauan dan
bercanda –humur/kecindan
23. Menekankan pelajaran dengan sumpah
24. Mengulangi ucapan tiga kali untuk menekankan
isi perbicaraan-peneguhan/ pengulangan
25. Mengubah posisi duduk dan mimik muka untuk
menekankan materi penting
26. Memanggil berulang-ulang dan menunda
jawapan
27. Memegang tangan atau bahu lawan bicara untuk
menarik perhatiannya.
28. Menyamarkan sesuatu agar pendengar
menyingkapkannya sendiri
29. Menjelaskan sesuatu secara global lalu
merincinya –deduktif
30. Menjelaskan bilangan secara global kemudian
merincinya -induktif

22
40 kaedah mengajar yang
telah di tunjukkan oleh
Muhammad S.A.W
31. Mengajar dengan nasihat dan peringatan
32. Menggunakan motivasi dan ancaman
(punishment and reinforcement)
33. Mengajar melalui kisah dan berita orang-orang
terdahulu (storytelling/ berkisah)
34. Memberikan pendahuluan yang santun sebelum
mengajarkan persoalan yang kurang pantas –set
induksi
35. Menggunakan sindiran dan isyarat untuk
menjelaskan hal yang kurang pantas
36. Memerhatikan pengajaran dan nasihat bagi kaum
wanita
37. Marah dan bereaksi keras jika situasi memang
mengharuskan
38. Menggunakan tulisan sebagai alat peraga
39. Memerintahkan sebahagian sahabat belajar
untuk belajar bahasa Suryani (Yahudi) – belajar
pelbagai bahasa, dwibahas atau multibahasa
40. Mengajar dengan keperibadian luhur-role model

23
Mother Teresa - Biarawati
yang disanjungi Dunia

24
Sejarah hidup
Mother Teresa

• Mother Teresa atau Ibu Teresa atau nama


sebenarnya Agnes Gonxha Bojaxhiu di lahirkan di
Uskup kini dikenali sebagai Skopje, Makedonia Utara
pada 26 Ogos 1910.

• Keluarganya beretnis Albania, penganut Katolik.

• Pada 12 tahun, Agnes memutuskan masuk biara di


India. Pada usia 19 tahun, Agnes belajar bahasa
Inggeris. Agnes memberi nama dirinya sebagai
Mother Teresa, terinspirasi dari biarawati suci
Theresa dari Lisieux, ketika beliau mula mengajar di
sebuah sekolah di Darjeeling, kota di kaki
pegunungan Himalaya.

• Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September,


1997 kerana komplikasi jantung dan sakit tua ketika
beliau berumur 87 tahun.

25
Mother Teresa
seorang Guru
•Pada tahun 1929, kariernya sebagai guru
bahasa Inggeris bermula.

•Destinasi pertama beliau sebagai guru ialah


sebuah perkampungan bernama Darjeeling,
yang terletak di kaki gunung Himalaya, di
India.

•Setelah melihat kesengsaraan hidup


penduduk di sana, hatinya telah terbuka untuk
membantu golongan yang kurang bernasib
baik ini.

26
Keperibadian Mother
Teresa
• Mother teresa merupakan seorang biarawati yang
telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong
rakyat miskin di dunia.

• Gelaran ‘mother’ yang bermaksud ibu diberikan


kepadanya untuk menghargai sumbangan
insaniahnya kepada yang memerlukan.

• Walaupun insan terkenal ini tidak pernah


melahirkan anak, beliau telah menjadi ibu angkat
kepada jutaan orang miskin melalui usahanya
menerusi pertubuhan Missionaries of Charity yang
diasaskannya di Calcutta, India pada tahun 1950.

• Sepanjang hayatnya, dia mengetuai pertubuhan


tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai
fakir miskin, anak-anak yatim, dan mereka yang
sudah tidak ada harapan untuk hidup.

27
Keperibadian Mother
Teresa
• Terkenal dengan cinta dan kasih sayangnya yang luar
biasa.

• Mother Teresa teguh dengan pendiriannya bahwa


siapa saja yang menawarkan cintakasih kepada
orang-orang melarat harus diterima tanpa
memperhatikan hal itu.

• Beliau meninggalkan sebuah catatan tentang


keyakinan imannya, harapan, dan cintakasihnya yang
luar biasa yang diberi judul "Come be My Light."

• Mother Teresa yang hanya memiliki dua helai


pakaian sari selama hidupnya merupakan simbol
cinta kasih bagi siapa saja yang tidak dicintai dan tak
diinginkan.

• Beliau disapa sebagai ibu bagi orang-orang miskin


dan melarat

28
Kerja kumpulan

• Pelajar di minta untuk berada dalam kumpulan 3-5


orang
• Setiap kumpulan mencari maklumat tentang
seorang guru unggul di bawah.
• Buat pembentangan dan perbincangan dalam kelas.
• Siapakah mereka, apakah ciri keperibadian yang ada
pada mereka dan kenapa mereka di sebut sebagai
seorang guru unggul.

Mathama
Avicenna
Gandhi

Awang
Za’aba
Had Salleh

29

Anda mungkin juga menyukai