Anda di halaman 1dari 14

Kuliah 2: Hubungan Manusia

Moral , Agama
• Manusia terdiri dari roh dan jasad, apabila
roh berada dalam jasad maka manusia akan
hidup. Manusia dianggap kejadian yang
istimewa kerana dikurniakan akal yang
membolehkan manusia memilih dan
menentukan cara hidupnya.
• Manusia yang sempurna mempunyai akal,
roh dan jasad.
• Jika dilihat dari sudut Islam pengertian
manusia itu adalah kejadian yang
istimewa kerana dikurniakan akal dan
fikiran dan bertanggungjawab sebagai
khalifah di muka bumi ini. Status khalifah
menjadikan manusia diberi tanggungjawab
untuk melaksanakan perintah-perintah
Allah dan bertanggungjawab memelihara
kesempurnaan makhluk.
Sifat Manusia dan Hubungan
dengan Moral
• Manusia telah dikurniakan akal yang membolehkannya
membuat cara pemilihan hidup di dunia ini. Pengertian
berakal tidak cukup hanya dengan kebolehan berfikir,
tetapi mesti disertai dengan kebolehan memilih antara
yang baik dan tidak baik.
• Moral sebagai suatu disiplin yang menentukan tingkah
laku manusia sama ada diterima atau tidak sudah
tentunya mempunyai hubungan yang rapat dengan
manusia kerana moral itu sendiri berkaitan dengan
tingkah laku manusia. Moral telah dijadikan oleh
manusia seabagi suatu kod bagi mempertimbangkan
tingkah laku apabila berhadapan dengan konflik sama
ada diterima atau sebaliknya.
Hubungan Manusia dan agama
• Manusia adalah makhluk kepada
PenciptaNya maka sewajarnya manusia
mengabdikan diri kepada Nya dengan
membuat apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang.
• Manusia sebagai makhluk yang istimewa
dikurniakan akal dan fikiran bagi
menentukan tindak tanduknya.
• Hakikat Hubungan Manusia dan Agama
Menurut Al-Quran
• Manusia adalah khalifah
• Manusia dikurnikan akal untuk menguasai
ilmu.
• Manusia mempunyai kelemahan seperti
mencintai syahwat
• Manusia mempunyai keupayaan
menaikkkan tarafnya dan menurunkan
tarafnya.
• Manusia mempunyai keupayaan
beribadah kepada Allah.
• Manusia selalu alpa dengan tujuan
hidupnya.
Hubungan Moral dan Agama
Terhadap Tamadun
• Moral ialah cita atau nilai yang dipandang
baik oleh masyarakat. Moral juga
bermaksud perlakuan dalaman dan luaran
individu yang berasaskan kepada akal.
• Ada dua sumber moral iaitu etika yang
dibina dengan akal dan akhlak yang
dibentuk oleh naqal atau wahyu.
• Nilai-nilai moral ada yang ditentukan oleh
manusia (yang membentuk etika) ada
yang ditentukan oleh Tuhan (akhlak).
Hubungan manusia dengan manusia akan
membentu moral dan etika tetapi
hubungan manusia dengan Tuhan akan
melahirkan akhlak.
Pengertian Tamadun
• Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai
kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang
bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun
dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan
tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana
atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi
sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga
menjadi suatu perbandaran.
 
 
Cont…

• Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee


telah mengatakan tamadun ialah satu
sistem masyarakat yang dapat membantu
manusia menambah hasil pengeluaran
atau produktiviti dan ia mempunyai empat
elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi,
sistem politik, pengetahuan dan seni.
Cont…

• Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad


al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah
keseluruhan penghasilan atau produktiviti
yang menggambarkan nilai keperibadian
manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik,
kesusasteraan dan sebagainya.
• Pengertian Tamadun:
• Tamadun berkaitan dengan pembangunan
kebendaan dan kerohanian.(moral).

• Kedudukan Agama Dalam Tamadun:


• Menurut pandangan sekular agama
adalah sebahagian daripada kebudayaan.
Dengan kata lain dengan budi dan daya
manusia mencipta agamanya..
Kebudayaan sentiasa mengalami
perubahan iaitu mengembang , naik dan
turun maka agama turut demikian.
• Dalam Islam Din adalah kurniaan Allah
melalui wahyu sahaja manusia diajar
tentang akidah yang benar, cara
melakukan ibadah khusus dan prinsip-
prinsip atau muamalah. Dan dengan akal
yang dikurniakan oleh Allah manusia
membina tamadun.
• Tamadun dalam Islam boleh berubah
mengikut kesesuaian masa dan tempat
tetapi mesti selaras dengan wahyu.
Sumbangan Moral dan Agama Terhadap
Tamadun

• Moral dan agama menyumbang kepada


Tamadun kerana masyarakat bertamadun
menggunakan din aatau agama sebagai
asasnya dan moral dalam mengawal
tingkah lakunya.
• Antara agen tamadun khususnya tamadun
Islam termasuklah.apa yang terkandung
prinsip-prinsip agama seperti tauhid,
syariah, akhlak dan lainnya.

Anda mungkin juga menyukai