Anda di halaman 1dari 42

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

PEDAGOGI DALAM PTV


MBE 1032

:
TOPIK 1
GURU
Oleh: Prof. Madya Hj. Sapon Ibrahim

sapon@uthm.edu.my 1
GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan

sapon@uthm.edu.my Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad 2


1.1 SIAPA GURU?

sapon@uthm.edu.my 3
Guru Oh Guru
(1979,Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang )
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

sapon@uthm.edu.my 4
Guru Oh Guru
(1979,Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman
Awang )

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

sapon@uthm.edu.my 5
GURU
 Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Tiga)
orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh

 Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)


cikgu, pensyarah, profesor, pengajar, pendidik,
pembimbing, penceramah, pengasuh, pemandu,
instruktur, jurulatih, pemimpin, ustaz, ustazah,
ulama, kiai, mualim.

sapon@uthm.edu.my 6
GURU
 Sumber lain (www.wikipedia.org)
dari bahasa Sanskrit ;pengajar, pendidik dan pengasuh
merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan
seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).

sapon@uthm.edu.my 7
Ringkasnya…
 Guru
Orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh

 Cikgu
Guru, panggilan pada guru

 Pengajar
Orang yg mengajar (berkemahiran;jurutera pengajar dsb)

sapon@uthm.edu.my 8
Bidang Guru

SUKAN: Jurulatih MASAKAN: Chef

BIDANG AGAMA : Ustaz

sapon@uthm.edu.my 9
Tetapi…

Guru atau pendidik pertama bagi setiap


insan adalah kedua ibu bapanya

sapon@uthm.edu.my 10
1.2: PERANAN GURU

sapon@uthm.edu.my 11
Sumber: Utusan Malaysia
Peranan Guru Secara Rasmi
PENGAMAL ILMU

AGEN SOSIALISASI

AGEN PERUBAHAN

sapon@uthm.edu.my 12
GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU
Penyelidik di Institusi Pengajian - Bukan sekadar
penyampai ilmu tetapi turut mengamal ilmu
tersebut.

MEMBACA BERFIKIR

BERKARYA BELAJAR
BUDAYA ILMU

BERMUSYAWARAH REFLEKSI
sapon@uthm.edu.my 13
GURU SEBAGAI AGEN SOSIOLISASI
1. Pendidikan diinstitusi perlu mementingkan nilai
kemasyarakatan
2. Guru berperanan menanamkan sikap, nilai, dan sahsiah
yang sempurna bagi pelajar memenuhi kehendak dan
peraturan masyarakat.

Kualiti Peribadi

Pengetahuan
sapon@uthm.edu.my Skil 14
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN
(1) Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada
seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.
(2) Institusi pendidikan dan guru perlu bersifat dinamik
- Institusi Pendidikan Dinamik-Bersifat reformatif, sentiasa berubah, berkembang dan
bergerak maju.
- Guru Dinamik- Bersifat responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk
menghadapi perubahan dari semasa ke semasa

sapon@uthm.edu.my 15

Sumber: Utusan Malaysia


Perkembangan Peranan Guru
Menyampaikan ilmu,
PENGAJAR merancang unit pengajaran,
memotivasi dan menilai murid

Menolong individu
PEMBIMBING memahami diri sendiri dan
orang lain.

Mengurus kelas bagi


PENTADBIR kemudahan proses
pengajaran dan pembelajaran
Menumpukan kepada
PERANCANG
sapon@uthm.edu.my
rancangan pengajaran 16
Perkembangan Peranan Guru
• Memotivasikan pelajar
• Membimbing pelajar
FASILITATOR • Memberi peneguhan dan
ganjaran
• Memastikan disiplin
terkawal

INOVATOR •Melengkapkan ilmu dan selalu


membaca dapatan dan penemuan
terbaru.

Merupakan model dan


MODEL
sapon@uthm.edu.my
contoh kepada masyarakat 17
Perkembangan Peranan Guru
Membuat penilaian
berterusan terhadap pelajar
PENILAI samaada dari segi akademik
dan bukan akademik

Membina perhubungan baik


PENGHUBUNG dengan masyarakat dan
komuniti

Mengelola kelas, arahan masa


PENGELOLA mengajar, aktiviti ko-
sapon@uthm.edu.my
kurikulum dan peraturan kelas
18
1.3 SAHSIAH GURU
(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)

Guru Sebagai Seorang yang Profesional

 Sifat dan Kualiti Peribadi

 Sifat dan Kualiti Profesional

 Sifat dan Kualiti Sosial

sapon@uthm.edu.my 19
SAHSIAH GURU
(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)

Ramah
Dedikasi
Keutuhan

Tolenrasi Sifat dan


Kualiti Peribadi Fleksibel

Adil Tegas

sapon@uthm.edu.my 20
Jenaka
SAHSIAH GURU
(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)

Sikap Positif Terhadap


Pelajaran

Kepekaan
Dedikasi
Sifat dan
Kualiti Profesional
Inovatif

Kesedaran keperluan
sapon@uthm.edu.my
kebangsaan 21
SAHSIAH GURU
(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)

Adaptasi

Moral
Sifat dan Tolenrasi
Kualiti Sosial

sapon@uthm.edu.my
Kesedaran Alam Sekitar 22
1.4 Etika Profesionalisme
Perguruan

sapon@uthm.edu.my 23
Definisi

Dewan
DewanBahasa
Bahasa&&Pustaka,1995
Pustaka,1995: :
Etika
Etika- -satu
satusistem
sistemdasar
dasarakhlak,
akhlak,adat
adatatau
atautingkah
tingkahlaku
lakuatau
atau
kesusilaan
kesusilaan
Kamus
KamusDewanDewan: :
Etika
Etika- - sebagai
sebagaiprinsip
prinsipmoral
moralatau
atauset
setprinsip
prinsipmoral.
moral.IaIamelibatkan
melibatkan
perkara
perkarayangyangboleh
bolehmempunyai
mempunyainilai nilaiyang
yangbaik
baikatau
atauburuk
burukdan
dan
perkara
perkarayangyangbetul
betulatau
atausalah
salahdan
danahli
ahlimasyarakat
masyarakatmengkategorikan
mengkategorikan
sebagai
sebagaibermoral
bermoraldan
dantidak
tidakbermoral.
bermoral.
Etika
Etika- -membawa
membawamaksud
maksudtanggungjawab
tanggungjawabdan danakibat
akibattingkahlaku
tingkahlaku
seseorang
seseorangatauatauprofesion
profesionterhadap
terhadapmasyarakat.
masyarakat.
Perspektif
PerspektifIslam:
Islam:
Etika
Etika- -sifat
sifatketakwaan
ketakwaankepada
kepadaAllah
AllahS.W.T.
S.W.T.Islam
Islam
menggariskan
menggariskansupayasupayamanusia
manusiabertingkah
bertingkahlaku
lakudengan
dengan
berasaskan
berasaskankebenaran
kebenaraniaitu
iaitubersih
bersihdaripada
daripadakekotoran.
kekotoran.
sapon@uthm.edu.my 24
samb..

Dewan
DewanBahasa
Bahasa&&Pustaka,1995
Pustaka,1995: :
Profesionalisme
Profesionalisme––Sifat-sifat
Sifat-sifat (kemampuan,
(kemampuan,kemahiran,
kemahiran,cara
cara
perlaksanaan
perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnyaterdapat
sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat
pada atau dilakukan oleh seorang profesional
pada atau dilakukan oleh seorang profesional

Sufean
SufeanHussein
Hussein(1996)
(1996)
profesionalisme
profesionalisme - suatu
- suatunilai
nilaiyang
yangberkait
berkaitrapat
rapatdengan
denganfungsi
fungsi
pekerjaan
pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorangyang
seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang
matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti,
matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti,
kecekapan
kecekapandandanbertanggungjawab.
bertanggungjawab.
Ini
Ini bermaksud, seseorangyang
bermaksud, seseorang yangterlibat
terlibatdalam
dalamsesuatu
sesuatuprofession
profession
perlu menghayati matlamat dan kehendak profesion
perlu menghayati matlamat dan kehendak profesion
yang
yangdiceburinya.
diceburinya.

sapon@uthm.edu.my 25
Etika Profesion Perguruan
(SUMBER: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)

Dalam bentuk ikrar;

 Tanggungjawab Terhadap Pelajar

 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa.

 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion


Perguruan

sapon@uthm.edu.my 26
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada
hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah
sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di
bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu
yang setinggi-tingginya.

sapon@uthm.edu.my 27
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai
sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-
anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada
ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa atau penjaga mereka.

sapon@uthm.edu.my 28
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan
Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau
pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan
ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

sapon@uthm.edu.my 29
Tanggungjawab Terhadap Rakan
Sejawat Dan Profesion Keguruan
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka
yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
sapon@uthm.edu.my 30
Kepentingan Etika Perguruan
 Kod etika menyediakan garis panduan tingkahlaku dalam profesion
perguruan.
 Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan.
 Kandungan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
 Kod etika dalam bentuk dokumen: usaha untuk menyemak semula
kod ini dapat dilakukan. Satu daripada petanda cemerlangnya
sesuatu profesion itu ialah sejauh mana kod etikanya dapat
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
 Masyarakat umum dapat melihat dan menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat disamping menyedari tanggungjawab
sendiri dalam membantu guru mencapai matlamat pendidikan dan
negara.
 Etika kerja (INTAN,1991):
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan
yang
diberi dalam melaksanakan tugas serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi.

sapon@uthm.edu.my 31
Keguruan adalah Profesion kerana;

 Utamakan khidmat dari kepentingan diri sendiri


 Berpengetahuan dan kemahiran pengajaran
 Latihan di institusi pengajian
 Menjadi ahli badan profesional seperti NUTP dan
KGMMB
 Kod etika profesion perguruan

sapon@uthm.edu.my 32
Cara Tingkatkan Profesionalisme
Keguruan
 Kursus Dalam Perkhidmatan

 Kursus Dalaman

 Penyelidikan dan Penulisan

 Pendidikan Arah Kendiri

 Peka Terhadap Perkembangan Terkini

sapon@uthm.edu.my 33
Ciri-Ciri Profesionalisme

Latihan dan Kod Etika Perguruan


pendidikan guru

Autonomi dalam
Utamakan Profesion pengajaran
perkhidmatan Perguruan

Suruhanjaya Pedagogi dan


Perkhidmatan Awam Psikologi

sapon@uthm.edu.my 34
1.5 GURU DAN MASYARAKAT

sapon@uthm.edu.my 35
Sumber:Pendekar Bujang Lapuk
Siapakah Masyarakat?
 Mengikut Kamus Dewan:-
 Masyarakat terdiri daripada sekumpulan
manusia yang hidup bersama dalam sesuatu
tempat mengikut peraturan-peraturan dan
cara-cara tertentu
 Masyarakat merupakan sebuah kelompok sosial
yang bilangan ahlinya kecil atau besar dalam
satu kawasan tertentu dan hidup bersama
untuk kepentingan bersama. Kelompok ini
mempunyai pemimpin-pemimpin, peraturan-
peraturan dan norma-norma tertentu untuk
mewujudkan keadaan yang harmoni.

sapon@uthm.edu.my 36
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata
Islam
 amanah Allah Subhanahu Wata'ala dan pekerjaan mulia yang
memberikan tunjuk ajar, kepandaian dan pendidikan kepada anak-
anak didiknya untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi
 penghormatan yang amat tinggi kepada ahli-ahli ilmu.
 Mereka berperanan bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada
diri sendiri malah juga untuk kepentingan masyarakat.
 Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Faathir ayat 28,
tafsirnya:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-
orang yang berilmu."

sapon@uthm.edu.my 37
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata
Islam
 Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, maksudnya:
"Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam,
maka orang selepasnya mengamalkannya, akan dicatatkan
baginya pahala sebagaimana pahala orang yang
mengikutnya dengan tidak dikurangkan sedikit pun
pahalanya. Dan barang siapa mengasaskan jalan yang
tidak baik dalam Islam, maka orang selepasnya
mengamalkannya, akan dicatatkan baginya dosa
sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak
dikurangkan sedikit pun dosanya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim).
sapon@uthm.edu.my 38
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata
Islam
Ustaz Hj Ismail Bin Mustari (UTM) pada
Seminar Penghayatan,Keperibadian Dan
Kepimpinan Islam,13 Jan 2007 di DTII
KUiTTHO menyatakan

“Pendidik adalah
Pendakwah”

sapon@uthm.edu.my 39
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata
Islam
Dakwah Masyarakat;
 Menunjukkan watak
Muslim yang sebenar
 Berpegang kepada
syariat Islam
 Membawa masyarakat
kepada jalan yang
diredhai Allah
 Nasib dan maruah
orang Islam terletak
“Pendidik adalah Pendakwah” pada pendidik
Ustaz Hj Ismail Bin Mustari (UTM)
sapon@uthm.edu.my 40
Peranan Guru di Kaca Mata
Masyarakat
Guru sebagai Pakar Rujuk
Setiap guru memang mempunyai kekuatan-kekuatan dalam bidang
pengkhususannya. Oleh itu guru itu hendaklah sentiasa berusaha ke arah
peningkatan ilmu pengetahuan dalam kemahiran pengajaran.
Penggerak Masyarakat (Inovator)
Guru merupakan seseorang yang mendatangkan pelbagai pembaharuan
dalam sesebuah masyarakat . Sesebuah masyarakat yang maju daripada
masyarakat tradisional yang bergantung pada pertanian berubah kepada
masyarakat yang berasaskan perindustrian adalah disebabkan oleh
kemajuan sains dan teknologi. Tenaga rakyat yang berketrampilan dan
berilmu pengetahuan tinggi adalah merupakan usaha guru sebenarnya. 41
sapon@uthm.edu.my
SOAL JAWAB

sapon@uthm.edu.my 42

Anda mungkin juga menyukai