Anda di halaman 1dari 21

LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

PROF DATO’ IR DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT

Guru Impian

KHAIRUL AFIQ BIN KAMALUDIN (A176034)


Isi Kandungan
Bil Kandungan Halaman

1. Pengenalan 3
2. Ciri-ciri guru menurut Islam 6
. 3. Ciri-ciri seorang guru yang profesional 10
4. Ciri-ciri seorang guru yang perlu ada dalam 13
diri mereka pada masa ini.
5. Kesimpulan 19
Rujukan 20
01 Pengenalan
Profesion sebagai seorang guru adalah antara bidang pekerjaan yang mulia.
Guru mempunyai darjat dan martabat yang tinggi, di mana kalimah keramat
gelaran cikgu sentiasa abadi dalam kehidupan guru dan tidak pernah
dipencenkan oleh masyarakat kendatipun mereka sudah lama bersara.
Panggilan guru tersebut akan kekal sehingga ke liang lahad pun pasti dibawa
bersama.
Martabat seorang guru
Guru menjadi penunjuk jalan kebaikan. Dalam satu hadith
yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah R.Ahuma, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

‫ُأ‬
ِ ‫ َواَل يَ ْنقُصُ ِم ْن ج‬،‫ب لَهُ ِم ْث ُل َأجْ ِر َم ْن َع ِم َل بِهَا‬
‫ُور ِه ْم‬ َ ِ‫ ُكت‬،ُ‫ فَ ُع ِم َل بِهَا بَ ْع َده‬،ً‫َم ْن َس َّن فِي اِإْل ْساَل ِم ُسنَّةً َح َسنَة‬
‫َش ْي ٌء‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan


dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang
selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang
beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala
mereka suatu pun.” 
Riwayat Muslim (1017)
Ciri-ciri guru
03
menurut Islam
1. Mudarris

• Menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajar yang boleh membina
pemikiran, rohani, jasmani, emosi dan juga sosial.

• Ilmu yang diketahui olehnya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran


adalah sebahagian daripada amal soleh. Sekiranya seseorang guru itu enggan
menyampaikan, maka perkara tersebut merupakan satu kesalahan.

2. Mualim

• Guru yang mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan
apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan.

• Memberi tunjuk ajar hanya semata-mata kerana Allah dan bukan berharap kepada
ganjaran serta balasan daripada pelajar.
3. Murabbi

• Guru yang memperbaiki, memimpin dan mentadbir.

• sentiasa menyayangi, menasihati dan membimbing dalam pembentukan sahsiah


pelajar.

• Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi
contoh kepada pelajar.

4. Muaddib

• Bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban, mendidik ke arah


memperelokkan lagi akhlak pelajar terhadap peribadi dan kehidupan pelajar.

• Seorang guru yang memberi ilmu dan mendidik pelajar-pelajar dalam akhlak dan
adab yang baik.

• Guru juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain diajar
olehnya.
5. Murshid

• menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan
petunjuk kepada jalan yang lurus.

• Seorang guru mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlak tercela,
tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh
kepimpinan.

• Syarat untuk menjadi pendidik yang mursyid

i. Alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu,


ii. Menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya
iii. Pengajaran yang mampu memeberi kesan dalam hati pelajar.
02

Ciri-ciri seorang guru yang


profesional
1. Mempunyai Akauntabiliti 2.Mempunyai sifat Kepimpinan

● Memelihara dan melaksanakan ● Mempunyai keupayaan dalam


tanggunggjawabnya dengan mencorak, mengemudi dan
penuh ikhlas memandu untuk mencapai
matlamat kecemerlangan.
● Pendidik merupakan pihak yang
bertanggungjawab untuk ● Berusaha mempertingkatkan kualiti,
menghasilkan sumber manusia melakukan penambahbaikan
yang baik dalam pelbagai bidang kecekapan dan kejituan ilmu serta
demi keperluan negara bahkan proses penyebaran ilmu
umat. pengetahuan.

● Terbahagi kepada tiga aspek


utama iaitu kepimpinan,
profesionalisme dan ketelusan
serta kerahsiaan.
3. Mempunyai sifat 4. Mempunyai pembudayaan
profesionalisme kualiti

● Cekap dan berupaya melaksanakan ● Melaksanakan sesuatu hasil kerja


tugas mengikut panduan seperti yang berkualiti dalam semua aspek
etika profesion yang merangkumi pengajaran dan yang berkaitan.
etika dalam keilmuan, etika sikap
dan etika kemahiran. ● Mempergiatkan aktiviti ilmiah
dalam perkongsian ilmu, perluasan
● Contoh: cara berpakaian,cara ilmu dan rangkaian tokoh-tokoh
berkomunikasi, tidak mengadakan keilmuan, diinstitusi tempatan dan
hubungan bersama pelajar, luar negara.
mematuhi masa, menghormati
rakan sekerja, mengelak
plagiarisme, kerja berpasukan dan
menjaga rahsia.
04

Ciri-ciri seorang guru yang perlu


ada dalam diri mereka pada masa
ini.
1. Mengenal pasti jenis pelajar

• Memudahkan perancangan pedagogi pengajaran dalam kelas.

• Membantu guru untuk lebih dekat dan memahami tingkah laku pelajar dalam kelas.

• Bagaimana caranya?

Seorang guru tidak perlu meminta pelajar untuk mengisi borang ujian personaliti, cuma
melalui pemerhatian anda dalam kelas sahaja.

i. (V) merupakan kategori pelajar VISUAL


ii. (A) merupakan kategori pelajar AUDITORI
iii. (K) merupakan kategori pelajar KINESTETIK
• Pelajar kategori VISUAL (V) ini adalah pelajar yang mudah tertarik dengan perkara
yang mampu dilihat misalnya gambar, warna dan paparan video. Ciri-ciri pelajar ini
seperti memakai pakaian dengan kemas, selalu ingin kelihatan cantik, sering
menggunakan perkataan “Saya Nampak, Saya Tengok, Saya Perhati”, dan suka
perhatian.

• Manakala, pelajar kategori AUDITORI (A) ini adalah pelajar sangat sensitif dengan
bunyi. Ciri-ciri pelajar ini seperti tidak banyak bercakap, fokus ketika guru sedang
mengajar dan selalu menggunakan perkataan “Saya dengar”.

• Pelajar kategori KINESTETIK (K) pula merupakan pelajar paling aktif dalam kelas,
dan kebiasaannya sukar duduk di satu tempat sahaja. Ciri-ciri pelajar ini seperti
seorang yang suka menggerak-gerakkan kaki, suka bermain dengan pen dan suka
menggunakan perkataan “Saya rasa, saya suka”.

• Dengan cara ini, memudahkan guru untuk menarik minat para pelajar berdasarkan
cara pendekatan yang sesuai mengikut jenis pelajar.
2. Menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai

• Peredaran zaman telah berlaku begitu juga dalam bidang pendidikan. Oleh itu,
proses pengajaran bersama pelajar juga perlu ditingkatkan atau melakukan inovasi
ataupun secara kreatif untuk menarik minat para pelajar supaya mereka dapat
memahami, mudah untuk ingat serta dapat meningkatkan tahap kefokusan pelajar.

• Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan kerja guru semasa proses
pembelajaran dijalankan mengikut jenis pelajar masing-masing.
3. Masukkan Elemen Mengajar Yang Unik
• Pelajar mempunyai satu sifat umum iaitu suka akan perkara yang baru. Justeru itu, setiap guru
haruslah sentiasa cuba membawa idea-idea baru yang unik dalam sesi pembelajaran.

• Sebagai contoh, proses pembelajaran mengenai komunikasi, aktiviti seperti melakukan role-play
boleh dilakukan supaya para pelajar dapat memahami proses komunikasi tersebut serta
membaik pulih pemahaman mereka melalui learning experience.

• Dengan adanya elemen-elemen unik yang guru masukkan dalam kelas, perkara ini dapat
pelajar-pelajar berfikiran lebih kreatif, mengasah pemikiran luar kotak serta menggilap
kemahiran berfikir aras tinggi.
4. Menggunakan komunikasi dua hala
• Ilmu komunikasi adalah salah satu elemen penting untuk menjadi guru yang disukai
pelajar. Komunikasi tidak terbatas kepada apa yang dituturkan sahaja, ia
termasuklah cara berpakaian, tingkah laku atau bahasa badan, eye contact,
lantunan suara, bahasa isyarat dan kesediaan guru untuk mendengar.

• Sebagai seorang guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, ini
menjadikan seorang guru itu sangat digemari oleh para pelajar, kerana mereka
selesa semasa berinteraksi sesama mereka.
05

Kesimpulan
Konklusinya, seorang guru yang komited dalam
melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa
pasti berusaha sedaya upaya untuk memastikan ilmu,
adab dan akhlak dan amal dapat disemat dalam diri
pelajar. Ia bukanlah untuk meraih populariti mahupun
didorong oleh dasar lain, melainkan hendak melihat
generasi ini menjadi insan cerdik pandai dan bersahsiah
murni serta memberi manfaat kepada umat.
Rujukan
1. Ashraf, M. (2019, July 23). Bayan Linnas Siri ke-202: Guru Dan Kemuliaannya. Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved July 15, 2022, from
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3593-bayan-linnas-siri-ke-202-guru-dan-k
emuliaanya

2. Ayu, M. (2020, October 16). Lima Ciri guru Idaman Pelajar. Sistem Guru Online.
Retrieved July 16, 2022, from
https://www.sistemguruonline.my/2017/04/lima-ciri-guru-idaman-pelajar.html

3. Hasan, D. Z. (2013, May 15). Guru Sebagai Murabbi, Mudarris, Mualim, Muaddib Dan
Mursyid "selamat Hari Guru". BLOG OF KNOWLEDGE (Shari'ah, Law, Islamic Finance
and Muslim News). Retrieved July 16, 2022, from
https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/05/14/guru-sebagai-murabbi-mudaris-muali
m-muaddib-dan-mursyid-selamat-hari-guru/
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai