Anda di halaman 1dari 3

KURSUS

:
NAMA
:
SEMESTER/UNIT :

EDU 3053/ TEKNOLOGI DALAM P&P


TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK
4 PISMP SAINS

SOALAN
Berdasarkan buku-buku ilmiah, sila beri empat (4) definasi berkaitan dengan Teknologi
Pendidikan? Dan definasi kelima adalah rumusan yang anda beri berkaitan dengan
Teknologi Pendidikan berdasar buku tersebut.

JAWAPAN
Dari segi bahasa, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), kata teknologi
merujuk kepada aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains
untuk

tujuan

praktis

dalam

pelbagai

bidang

yang

bertujuan

untuk

menangani sesuatu masalah teknikal. Manakala pendidikan pula bermaksud


perihal atau perbuatan mendidik.
Menurut Anthony (1993), teknologi pendidikan mempunyai makna
yang luas yang mana kebanyakannya lebih dilihat kepada penggunaan
teknologi dalam pendidikan. Ini telah dipanjangkan kepada penggunaan
teknologi sebagai bahan bantu untuk belajar, yang lebih menjurus kepada
pengguanaan teknologi berasaskan komputer.
Pusat Pembelajaran Berprogram United Kingdom dalam tulisan K.L
Kumar(1996) berpendapat bahawa teknologi pendidikan adalah aplikasi ilmu
saintifik

mengenai

pembelajaran

dan

kondisi

pembelajaran,

untuk

menambahbaik keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan.


Manakala Al Januszewski dan Michael Molenda (2008), berkata bahawa
teknologi pendidikan ialah kajian dan amalan etika dalam menyeliakan
pembelajaran dan meningkatkan prestasi melalui penciptaan, penggunaan,
dan pengurusan proses dan sumber teknologi yang bersesuaian.

Menurut laman web Edu Tech Wiki (2015), teknologi pendidikan


dianggap sama ada sebagai sains reka bentuk atau koleksi kepentingan
penyelidikan yang berbeza dalam menangani isu-isu asas pembelajaran,
pengajaran dan organisasi sosial.
Memetik tulisan daripada laman web techedlab (2012), teknologi
pendidikan adalah sebuah program berasaskan pengalaman pengajaran
bersepadu

yang

berpengetahuan

direka

untuk

tentang

menyediakan

teknologiianya

pelajar

berkaitan

untuk

menjadi

evolusi,

sistem,

teknologi, penggunaan, dan kepentingan sosial dan budaya. Teknologi


pendidikan membawa kepada pengaplikasian konsep matematik dan sains
dalam sistem teknologi terhadap pelbagai bidang. Pelajar dicabar untuk
menemui, mencipta, menyelesaikan masalah, dan membina penyelesaian
dengan menggunakan pelbagai alat, mesin, sistem komputer, bahan-bahan,
proses dan sistem teknologi.
Kesimpulannya,

teknologi

pendidikan

adalah

penggunaan

pengetahuan saintifik dalam pendidikan yang mana member keuntungan


kepada kedua-dua pihak, iaitu guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pemberian

input

manakala

pelajar,

yang

akan

diperkasakan

melalui

pembukaan peluang yang lebih luas dengan penggunaan pelbagai medium


teknologi dalam meneroka ilmu pengetahuan dan menerima input dalam
pembelajaran mereka.

RUJUKAN
Alan Januszewski, Michael Molenda. (2008). Educational Technology: A
definition with
commentary. New York : Taylor & Francis Group, LLC.
Anthony Gordon, Michael Hacker, dan Marc de Vries. (1993). Advanced
educational
Technology in technology Education.Berlin: Springer-Verlag Berlin
Heidelberg.
Dewan Bahasa danPustaka. (2010). Kamus Dewan (4th ed.). Selangor:
Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Edutech Wiki. (2015) Educational technology.Diaksespada 5 Julai 2015.
http://edutechwiki.unige.ch/en/Educational_technology
K.L Kumar. 1996. Educational Technology. New Delhi. New Age International
(p)
limited.
Poppy Maselos.2012. The Technology Education Lab : What is technology
education?
Diaksespada 5 Julai 2015. http://www.techedlab.com/define.html

Anda mungkin juga menyukai