• http://aazura.wordpress.com
• http://kelahiranbayi.blogspot.com
• http://asaspembentukkanmanusia.blogspot.com
• http://psikologifreudfies.blogspot.com
• http://dewasaakhir.blogspot.com
• http://www.geocities.com/psykidukm
• http://psikologiperkembangan_remaja.blogspot.com
• http://www.ukm.my/
• http://perkembanganbayi.blogspot.com/
• http://psikologiperkembangan.blogspot.com
• http://jamiahhm.blogspot.com
• http://chronologyofformation.blogspot.com
Pengenalan Dewasa Pertengahan
Dewasa pertengahan merupakan tahap perkembangan dewasa yang
merangkumi individu lingkungan 40 hingga 60 tahun. Peringkat ini merupakan
tahap individu mencapai tahap hidup yang seimbang secara luarannya, seperti
berjaya dalam kerjaya dan juga mempunyai kehidupan yang sempurna iaitu
hidup berkeluarga. Pada usia ini, individu sudah mempunyai banyak
pengalaman, mempunyai kewangan yang stabil dan mempunyai status sosial
yang baik dalam masyarakat.
Pada peringkat inilah, kepimpinan individu lebih terserlah dan kukuh.
Walaubagaimanapun, peringkat ini juga dikenali sebagai tahap usia berbahaya.
Bahaya tersebut diintepritasikan sebagai usia peralihan individu dari muda ke tua
atau transisi yang melibatkan banyak perubahan dari segi fizikal, psikologi dan
juga mental. Perubahan perubahan tersebut banyak memberi kesan kepada diri
individu seperti berlakunya konflik dalaman, krisis kehidupan, perasaan tidak
puas hati atau penilaian semula, masalah kesihatan, tekanan hidup dan
sebagainya. Terdapat juga individu yang tidak tahu di mana letaknya diri mereka
kerana mereka berada di tahap usia antara muda dan tua. Oleh itu, ada di antara
mereka cuba meyakinkan diri bahawa mereka masih muda dengan
mengekspresikannya melalui pertuturan, pakaian dan tingkah laku orang muda.
Individu dewasa pertengahan ini sebenarnya berhadapan dengan pola
kehidupan baru yang memerlukan penyesuaian diri untuk mengimbangi
keperluan fisiologi. Adalah normal jika dilihat masih terdapat individu yang sudah
memasuki usia 40an berperawatakan seperti orang muda. Berdasarkan kajian
kajian lepas, pada tahap ini pelbagai konflik atau juga boleh dianggap sebagai
krisis wujud di kalangan kaum lelaki mahupun wanita akibat perubahan dalam
diri mereka. Perubahan yang berlaku dikenali sebagai peringkat 'climacterium'
atau sebagai tahap terdapat banyak perubahan dalam fungsi fizikal dan psikologi
yang semakin berkurangan.
Menurut Muelder “ Men undergo a change in vitality and women a change in
fertility” (Prof. Dr. Saparinah Sadli: 1983). Ketidakupayaan individu mengimbangi
keperluan hidup baik dari segi fizikal dan mental serta keperluan lain akan
mengakibatkan pelbagai masalah atau krisis hidup yang serius. Krisiskrisis
dalam tempoh dewasa pertengahan akan dibincangkan dalam perenggan
selanjutnya. Oleh itu, walaupun pada tahap ini individu digambarkan akan
melalui satu tahap perkembangan yang sukar, namun masih terdapat pelbagai
cara untuk berhadapan dengan tempoh ini secara berkesan. Bagaimana tahap
itu dihadapi, begitulah kesan yang diperolehi.
Perbezaan Perspektif (merangkumi penerimaan, pandangan dan gaya
hidup) Individu Lingkungan Dewasa Pertengahan di Barat dan di
Malaysia Secara Rambang.
Secara rambang, diperhatikan berdasarkan kajian lepas di barat dan juga
pemerhatian kami terhadap individu dewasa pertengahan di Malaysia, terdapat
perbezaan berkenaan penerimaan dan cara hidup yang diamalkan. Perbezaan
tersebut tidaklah begitu ketara memandangkan setiap individu di dunia ini
mengalami tempoh hayat yang lebih kurang sama dan juga sudah menjadi fitrah
manusia dijadikan sedemikian rupa untuk melalui peringkatperingkat atau pola
pola tertentu di dalam kehidupan. Perbezaan yang dapat dinyatakan di sini
adalah berdasarkan budaya (culture), corak pemakanan, gaya hidup (life style),
latar belakang kerjaya dan pendidikan, serta amalan kepercayaan atau agama
(belief).
Tempoh dewasa pertengahan adalah tempoh transisi iaitu tempoh seseorang
individu itu mengalami perubahan dari muda kepada tua. Perubahan pola hidup
ini sememangnya memberi implikasi yang besar kepada setiap diri individu yang
mengalaminya. Walaubagaimanapun, penerimaan setiap individu adalah
berbeza samada menerima pola hidup baru tersebut dengan tenang atau
sebaliknya. Berdasarkan perkembangan dewasa pertengahan, peringkat ini
merupakan peringkat seseorang individu itu mencapai kemuncak dalam kerjaya,
dan penurunan dalam hubungan intim atau hubungan sosial. Terdapat pelbagai
cara bagi individu dewasa pertengahan melalui tempoh masa ini, samada
menerima dengan terbuka atau menafikannya. Penafian terhadap usia ini jelas
melalui cara atau gaya hidup seseorang. Penafian dilakukan dengan menjalani
kehidupan seperti orang muda dengan mengenakan pakaian yang 'funky' dan
‘trendy’, mencari pasangan muda, mendapatkan produkproduk kesihatan dan
juga mendapatkan rawatan kecantikan. Keadaan tersebut berlaku di Malaysia
dan juga di barat, namun dapat diperhatikan ada perbezaan ekoran budaya,
pendidikan dan juga kepercayaan.
Diperhatikan bahawa, penerimaan terhadap pola kehidupan dewasa
pertengahan adalah berbezabeza. Bagi individu yang berkerjaya dan
berpendidikan tinggi, isu utama yang menjadi konflik dalam diri mereka adalah
prestij dan keterampilan fizikal serta keupayaan kognitif mereka. Walaupun,
tempoh ini merupakan tempoh kemuncak bagi mereka dalam kerjaya, namun
telah berlaku pengesotan keupayaan mereka dalam reproduksi dan daya kognitif.
Kekuatan fizikal juga telah berkurangan. Keadaan ini menimbulkan konflik dalam
diri mereka bahawa mereka sudah tua dan kurang menarik. Bagi menafikan
kekurangan tersebut, mereka akan mencari pasangan yang lebih muda bagi
memperbaiki ‘harga diri’ mereka. Sebagai kesan, ia akan menimbulkana kembali
semangat dan prestij sebagai seseorang individu yang ‘berguna’, berperanan
dan bahawa mereka masih lagi mampu menarik perhatian orang lain (jantina
yang berbeza). Di Malaysia diperhatikan, terdapat ramai individu lelaki dewasa
pertengahan yang berjaya dan berkedudukan tinggi mencari dan mengahwini
pasangan yang lebih muda walaupun mereka sudah berumahtangga dan
mempunyai anak. Keadaan inilah yang menjadi punca kepada kecurangan,
perceraian atau poligami (Islam).
Di barat pula, tidak berlaku poligami kerana agama mereka tidak mengizinkan,
tetapi dapat diperhatikan bahawa individu dewasa pertengahan di barat juga
mengalami konflik yang sama. Di sana juga berlaku kecurangan dan perceraian
namun masih terdapat perbezaan yang ketara berbanding di Malaysia.
Perbezaan ketara yang berlaku dalam konteks penerimaan pola hidup dewasa
pertengahan ialah mereka bebas melakukan hubungan sulit atau seks bebas
bagi mengekalkan prestij mereka sebagai seorang lelaki atau wanita matang.
Kecurangan dalam hubungan suami isteri di barat adalah jauh lebih tinggi
berbanding di Malaysia. Budaya mereka amatlah bertentangan dengan budaya di
Malaysia ekoran latar belakang agama dan amalan cara hidup mereka yang
bebas serta corak hidup bermasyarakat yang lebih individualistik. Berdasarkan
bilangan kes HIV dan AIDS serta penyakit kelamin, masyarakat barat lebih
mendominasinya. Hubungan sosial yang terlalu terbuka dan tiada batasan
menyebabkan budaya barat semakin terpesong daripada norma murni dan
akhlak yang mulia. Oleh itu jelaslah penerimaan di barat dan di Malaysia
mempunyai perbezaan.
Disamping itu, terdapat juga individu dewasa pertengahan yang menafikan
perubahan fizikal mereka melalui pakaian dan cara hidup mereka. Penafian yang
dilakukan adalah bertujuan mengekalkan prestij, penerimaan masyarakat dan
juga kepuasan bekerja. Sebagai contoh, para artis yang sudah meningkat umur,
masih kekal berpakaian seperti orang muda dan bertingkah laku agresif. Mereka
mahu kelihatan muda dan segar di khalayak ramai. Mereka mengenepikan
keupayaan sebenar mereka semata mata untuk menonjolkan bahawa mereka
masih lagi mampu menghiburkan orang lain.
Di barat pula, keadaan mereka hampir sama dengan keadaan di Malaysia.
Sebagai contoh kehidupan para artis yang sedang menuju tua ini, sentiasa mahu
memuaskan hati orang lain, sanggup melakukan apa sahaja agar kelihatan
muda, cantik dan menarik. Di barat, mereka sanggup melakukan tindakan
ekstrem seperti melakukan pembedahan plastik untuk merubah rupa paras
mereka. Sebagai contoh, seorang artis kulit hitam, Micheal Jackson yang
menukar keseluruhan rupa fizikalnya untuk mendapat tempat di hati peminat dan
masyarakat. Selain itu, terdapat juga individu yang cuba menjadi cantik sehingga
mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka. Sebagai contoh kerana terlalu
ingin menjaga badan, mereka sanggup memuntahkan makanan yang dimakan.
Ia dilakukan untuk mengekalkan bentuk badan yang difikirkan cantik, iaitu
mempunyai saiz 00. Ia merupakan sejenis penyakit yang dikenali sebagai,
Aneroxia Nervosa yang boleh membawa maut. Disamping itu, ramai di antara
mereka yang melakukan pelbagai pembedahan implan, mengubah bentuk asal
tubuh badan mereka dan sebagainya ekoran tidak dapat menerima hakikat
bahawa diri mereka sudah tua dan tidak menarik lagi.
Selain itu, jika dilihat di negara kita kini, terdapat pelbagai minuman kesihatan
dihasilkan dan menjadikan golongan dewasa pertengahan sebagai kumpulan
sasaran utama. Minuman kesihatan tersebut dipasarkan dengan banyaknya
dalam pelbagai jenama tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu berkhasiat
untuk meningkatkan kesihatan dan keupayaan batin lelaki mahupun wanita.
Lambakan produk tersebut membuatkan sesetengah golongan berlumbalumba
untuk mendapatkannya. Khasiat yang dipercayai memberi kesan terhadap
hubungan intim suami isteri memberi kelebihan kepada individu dewasa
pertengahan mengatasi masalah reproduksi. Namun, sejauh manakah
keberkesanannya? Walaubaimanapun, inilah fenomena yang berlaku kini di
kalangan dewasa pertengahan yang cuba menafikan perubahan keupayaan
fisiologi mereka.
Manakala di Barat pula, lambakan produkproduk makanan kesihatan seperti pil
pil penjagaan badan (pil diet), pil penambah kekuatan batin (viagra), vitamin
tambahan (supplements) dan sebagainya dapat mempengaruhi sesetengah
individu untuk mencubanya. Di Barat, mereka akan melakukan apa sahaja untuk
kelihatan cantik dan menarik walaupun sudah lanjut usia. Masalah kegemukan
atau obesiti yang cenderung menyerang golongan dewasa pertengahan
memungkinkan mereka mencuba pelbagai produk kesihatan yang dipercayai
dapat menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan yang muda dan
menarik. Terdapat pelbagai jenama produk menguruskan badan dihasilkan.
Keadaaan ini juga berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, keadaan di barat
agak berbeza dan jauh lebih menonjol. Berdasarkan iklaniklan dan barangan
sedemikian, jelas mereka beriaia dalam mengatasi masalah kegemukan.
Mereka menggunakan pengaruh iklan secara besarbesaran bagi mendapatkan
keyakinan pengguna terhadap keberkesanan barangan mereka. Mereka juga
mengadakan rancanagan jualan produk secara langsung melalui televisyen bagi
mengukuhkan lagi kepercayaan para penonton di rumah. Selain itu, mereka
menggunakan stretegi testimoni pengguna bagi membuktikan kepada pelanggan
lain bahawa produk mereka amat berkesan. Disamping produk makanan
kesihatan, mereka banyak menghasilkan alatalat bantu senaman yang
memaparkan bagaimana para pengguna dapat menurunkan berat badan mereka
dalam tempoh masa yang singkat. Mereka menggunakan para ahli bina badan
dan modelmodel yang sudah sedia maklum mempunyai bentuk tubuh badan
yang menarik untuk mengabui mata para pengguna. Produkproduk tersebut
dilihat amat popular di barat walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi. Bagi
golongan dewasa pertengahan yang sudah mempunyai kedudukan kewangan
yang stabil, ia tidak menjadi masalah bagi mereka untuk mendapatkan produk
tersebut. Di barat, kesihatan dan rupa paras serta bentuk badan yang menarik
adalah menjadi satu perkara yang penting dan diagungagungkan dalam
masyarakat mereka. Keadaan inilah yang membezakan antara Malaysia dan
barat.
Kemudian, dilihat juga kini terdapat pelbagai barangan kosmetik dan produk
kecantikan dihasilkan bagi membantu memulihkan atau mengurangkan masalah
penuaan dan kedutan pada kulit. Pelbagai barangan kecantikan daripada set
penjagaan wajah hinggalah kepada set penjagaan dalaman wanita dihasilkan
dan diimport dari luar negara seperti Indonesia. Menjadi ‘trend’ terkini, produk
produk kecantikan yang berada di pasaran Malaysia menggunkan bahanbahan
semulajadi seperti gamat, akarakar kayu, herba dan sebagainya dalam produk
mereka bagi menarik perhatian pembeli. Khasiatnya dipercayai mampu
mengembalikan keremajaan dan mengurangkan tandatanda lanjut usia.
Barangan seperti ini sudah pasti dapat menarik minat golongan wanita dewasa
pertengahan untuk mencubanya bagi menafikan perubahan fizikal dan
keupayaan reproduksi mereka yang semakin berkurangan.
Manakala di barat pula, mereka juga menggunakan pelbagai produk kosmetik
kecantikan bagi mengatasi masalah penuaan. Walaubagaimanapun,
diperhatikan mereka menggunakan barangan yang berasaskan bahan kimia dan
teknologi moden yang dipercayai lebih baik dan dapat memberi kesan yang lebih
cepat. Produk yang berasaskan bahan kimia diketahui mampu mendatangkan
kesan sampingan seperti kanser kulit. Namun, ia tidak menjadi satu persoalan
kerana bagi mereka kecantikan adalah lebih utama. Disamping itu, di barat juga,
mereka menghasilkan pelbagai serum yang dapat memulihkan kedutan dan
menegangkan struktur kulit. Antara serum yang popular digunakan adalah Botox.
Botox yang diambil melalui suntikan dipercayai lebih mujarab dan lebih cepat
memberi kesan. Walaubagaimanapun, pengguna harus menanggung kesakitan
semasa menerima rawatan dan juga risiko pada masa akan datang seperti
penyakit kulit dan kedutan yang berpanjangan akibat perubahan imunisasi tubuh
badan. Pengaruh dalam penggunaan produk sedemikian dilihat telah
mempengaruhi segelintir individu di Malaysia. Sejauh mana keberkesanannya
haruslah dipertimbangkan dengan risiko yang bakal dihadapi kerana adalah tidak
berbaloi jika mereka mendapatkan rawatan sedemikian , dengan harga yang
mahal, kemudian mendapat pelbagai kesan sampingan. Di sini, sekali lagi dilihat
bahawa barat agak ekstrem dan bersungguhsungguh dalam mengatasi masalah
penuaan dan cuba melebarkan pengaruh penggunaan produk mereka ke negara
luar secara besarbesaran.
Penafianpenafian yang berlaku adalah berikutan perasaan dan konflik dalaman
diri individu yang tidak dapat menerima keadaan atau perubahan terhadap diri
mereka. Antara punca yang menyebabkan mereka hilang motivasi adalah kerana
kurangnya selfesteem dalam diri mereka. Sebagai contoh, seorang wanita yang
semakin kehilangan peranan sebagai seorang ibu dalam keluarga kerana anak
anak sudah berkahwin, belajar dan sebagainya, merasakan bahawa diri mereka
tidak berguna lagi. Ditambah pula dengan pengesotan keupayaan reproduksi,
pasti akan merasa kehilangan, tidak menarik dan didatangi kesunyian. Keadaan
ini merupakan konflik dalaman yang mampu membawa kepada masalah
kemurungan. Oleh itu, sebagai individu yang matang, seharusnya, mereka dapat
menerima keadaan mereka dengan baik dan tenang. Mereka boleh mengalihkan
pandangan negatif terhadap diri sendiri dengan melakukan pelbagai aktiviti yang
mampu mengelakkan daripada perasaan kesunyian. Sebagai seorang wanita 40
an tidak akan merasa kehilangan peranan utamanya apabila mereka
mempertahankan selfesteem mereka dengan melakukan kegiatan yang
menimbulkan perasaan bahawa mereka masih lagi berguna.. Kedudukan
peranan sosial wanita pertengahan adalah sama pentingnya dengan kedudukan
peranan sosial wanita di bawah 40an. Justeru, ada kecenderungan sosial
budaya bahawa wanita dewasa pertengahan akan menjadi semakin socially
established atau lebih matang sehingga mampu memberikan lebih banyak
sumbangan seumpamanya sebagai seorang guru (teacher) daripada pelajar
(learner) dalam proses sosialisasi dan inkulturasi. (Dr. Kartono Mohamad &
rakan: 1983). Namun wujud persoalan, adakah mereka akan memanfaatkan
kelebihan tersebut dengan sebaik mungkin atau tidak?
Seseorang individu yang mempunyai selfesteem yang tinggi, mereka lebih
bersedia menghadapi tempoh masa ini. Sebagai seorang wanita mahupun lelaki
yang mempunyai pegangan agama dan pendidikan yang baik, mereka lebih
tenang menghadapi perubahan pola hidup yang baru walaupun mereka
mengalami kesan yang agak besar di dalam kehidupan. Sebagai contoh,
seorang suri rumah yang mempunyai kekuatan dan pegangan agama yang kuat,
dapat menjalani kehidupan hari tua dengan tenang. Masa yang terluang diisi
dengan menghadiri kelaskelas fardhu ain (bagi umat Islam), menggunakan
masa untuk beriadah bersama suami seperti melancong, membaca, bercucuk
tanam dan banyak lagi aktiviti berfaedah, daripada mengenangkan dan
memikirkan perubahan pada diri. Walaupun ketika ini, peranan mereka sebagai
seorang ibu atau bapa sudah berkurangan, namun ia tidak akan menjadi
masalah jika mereka menjadi seorang yang tabah dan bersikap terbuka. Dalam
tempoh masa ini, mereka lebih bersedia menerima kehadiran orang baru atau
cucu kerana peranan sebagai seorang ibu atau ayah yang dirasakan telah hilang
akan dapat dirasakan atau dinikmati kembali. Keadaan ini akan menjadikan
hidup mereka semakin lengkap dan bahagia.
Perbezaan penerimaan pola baru ini antara barat dan Malaysia tidaklah begitu
jauh berbeza walaupun terdapat caracara drastik yang begitu menonjol dan
ekstrem di barat berbanding di Malaysia hingga mengenepikan soalsoal norma
dan ketentuan Tuhan Persamaan masih jelas kelihatan apabila penerimaan
tempoh ini barat diterima dengan baik dan tenang. Golongan yang mempunyai
latar belakang pendidikan yang tinggi dan pegangan kepercayaan yang kuat
mengamalkan cara hidup yang lebih bersederhana. Mereka lebih gemar hidup
bersendirian bersama pasangan masingmasing dan menjalani kehidupan yang
tenang. Berdasarkan kajian lepas, didapati terdapat inidividu yang menanti
tempoh masa ini kerana bagi mereka ia merupakan tempoh masa yang amat
berharga untuk dilalui bersama pasangan. Ketika ini, anakanak sudah besar dan
tanggungjawab mereka sudah agak ringan. Selain itu, mereka juga suka
menghabiskan masa bersama pasangan dengan melancong ke negara lain.
Masalahmasalah yang timbul berikutan usia yang menuju tua diperhatikan amat
dipengaruhi oleh sikap masyarakat terhadap orang tua. Pandangan bahawa tua
adalah tidak berguna, tidak mempunyai peranan, tidak dapat memberi
sumbangan terhadap masyarakat dan sebagainya harus dikikis. Sebagai individu
dewasa pertengahan mereka sememangnya semakin pasif, rentan terhadap
persekitaran, kurang ekstrovert dan kurang terbuka. Namun, kemampuan daya
kognitif yang didasari dengan pelbagai pengalaman lepas dan pengetahuan yang
banyak, menjadikan mereka lebih mudah bersetuju dan lebih peka terhadap
sesuatu isu dan ia memperlihatkan bahawa mereka masih mempunyai peranan
dalam masyarakat. Individu dewasa pertengahan tidak akan hilang peranan jika
mereka tahu menggunakan peranan mereka dalam konteks sosial. Keadaan
tersebut akan lebih jelas lagi jika golongan ini mempertahankan selfesteem
mereka dengan melakukan kegiatan yang dapat menimbulkan perasaaan
bahawa mereka masih lagi berguna.
Posted by Psiko_Mid at 8:01 PM 0 comments
THURSDAY, MARCH 15, 2007
Isuisu Dewasa Pertengahan
Usia Transisi
Pada usia dewasa pertengahan, golongan ini mengalami peralihan dari muda
kepada tua. Perubahan fizikal menjadikan mereka merasakan bahawa mereka
telah menjadi seorang yang lemah, tidak mempunyai tarikan fizikal lagi dan
sebagainya. Isu transisi ini kadangkala menyebabkan individuindividu dewasa
pertengahan sukar menerima kenyataan bahawa mereka sudah tua. Oleh itu,
bagi mereka yang tidak dapat menerima kenyataan ini akan menafikan
perubahan yang berlaku terhadap diri mereka dan melakukan pelbagai cara atau
mengambil langkahlangkah tertentu untuk menafikannya. Antaranya
mengekalkan gaya hidup atau cara berpakaian orang muda seperti trendy dan
funky, mendapatkan rawatan kecantikan, berkahwin dengan individu yang lebih
muda dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perubahan terhadap fungsi fisiologi
tubuh badan mereka tidak dapat diatasi, kerana semakin bertambah usia
seseorang semakin berkurangan fungsi fisiologi mereka. Oleh itu, kekuatan
fizikal individu dewasa pertengahan tetap menjadi lemah, kurang produktif dan
mereka tidak dapat bergerak aktif seperti sebelumnya. Secara keseluruhannya,
transisi usia ini memberi kesan yang agak besar kepada seseorang dan
penerimaannya adalah amat bergantung kepada individu itu sendiri, samada
menerimanya dengan tenang atau sebaliknya.
Komitmen Yang Tinggi Terhadap Pekerjaan.
Pada peringkat ini, tumpuan terhadap pekerjaan adalah maksimum hinggakan
kadang kala mewujudkan masalah atau keretakan hubungan keluarga. Mereka
memberikan perhatian yang lebih kepada pekerjaan ekoran ia merupakan satu
tuntutan oleh diri, keluarga dan juga masyarakat itu sendiri. Keadaan ini berlaku
kerana individu dewasa pertengahan ketika ini telah mencapai tahap yang
‘matang’ berikutan telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan
yang banyak, dan tahu kepentingan untuk bekerja dan memberikan komitmen
yang tinggi terhadap kerja. Golongan peringkat umur ini juga amat dipercayai dan
dilihat mempunyai kreadibiliti sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, jika dilihat
para pemimpin sesebuah organisasi kebanyakannya adalah dalam lingkungan
40an. Kepimpinan individu dewasa pertengahan agak menonjol dan menyerlah
berbanding ketika usia sebelumnya. Sebagai individu yang mempunyai peranan
yang besar dalam masyarakat, mereka menjadi rolemodel kepada orang lain
dan juga kepada generasi akan datang. Kesungguhan mereka bekerja
sebenarnya adalah satu bentuk kepuasan kepada diri mereka sendiri. Semakin
banyak masa atau bakti dicurahkan, semakin tinggi kepuasan bekerja. Sebagai
kesan, apabila sudah menjangkau usia akhir dewasa, mereka akan lebih tenang
kerana telah berjaya mencapai matlamat dalam hidup dan dapat memberi
sumbangan yang sewajarnya. Secara ringkasnya, komitmen yang dibentuk
adalah satu kewajipan agar mereka mendapat kepuasan bekerja.
Menapause atau Endapause (Climecterium)
Merupakan satu tahap yang agak sukar ditempuh oleh setiap individu kerana
mereka mengalami satu tahap kurang produktif. Menapause adalah bagi
perempuan dan endapause adalah bagi lelaki.
Menapause (wanita)
Ditandai atau dapat dilihat dengan jelas apabila terhentinya haid. Apabila
terhentinya haid, ia menandakan bahawa seseorang wanita itu tidak lagi boleh
melahirka anak atau tidak lagi produktif. Sebagai kesan, seseorang wanita itu
akan merasakan bahawa dir mereka telah kehilangan fungsi terpenting dalam
hidup mereka dan dalam hubungan seksualiti dengan pasangan. Keadaan ini
akan menimbulkan rasa cemas, meningkatkan sensitiviti dan menyebabkan
kemurungan. Berdasarkan pemerhatian (testimoni yang dijalankan) kami
terhadap wanita yang sedang mengalami tempoh ini, mereka lebih mudah
tersentuh atau mudah tersinggung, mahukan perhatian yang lebih daripada
pasangan dan juga anakanak, serta mudah cepat marah. Perubahanperubahan
ini boleh dijelaskan ekoran perubahan hormon yang berlaku dalam diri mereka
ketika ini. oleh itu, tempoh masa memasuki menapause memberi kesan yang
utama kepada golongan wanita dan ia mampu cenderung menyebabkan
kemurungan atau depresi. Bagi mengatasi masalah ini, seseorang individu itu
perlulah menerima perubahan ini dengan tenang dan melakukan amalanamalan
atau gaya hidup yang lebih tenang berlandaskan amalan agama, cara
pemakanan dan membentuk hubungan yang baik dengan pasangan dan anak
anak serta kawankawan. Melalui amalan dan gaya hidup yang tenang dan
bahagia, mereka dapat keluar daripada persaan dan kitaran emosi yang tidak
stabil.
Endapause (lelaki)
Endapause pula adalah ketidakupayaan produksi di kalangan lelaki. Namun,
endapause tidak dapat dilihat dengan jelas berikutan lelaki tidak mempunyai
kitaran haid seperti wanita. Walaubagaimanapun, endapause di kalangan lelaki
boleh diketahui berdasarkan beberapa perubahan, antaranya kemurungan atau
depresi, mudah tersinggung, makan dan minum secara berlebihan, over activity,
merokok secara berlebihan dan memberi banyak perhatian yang lebih terhadap
diri sendiri, (Prof. Dr.Saparinah: 1983).
Perubahan dalam Institusi Keluarga
Dalam sesebuah keluarga, ketika individu menjangkau usia 40an, pada
kebiasaannya, telah mempunyai anakanak yang sudah dewasa atau masih
remaja. Dalam tempoh ini, berlaku perpisahan antara anakanak dan ibu bapa
apabila anakanak berhijrah samada untuk bekerja, belajar atau setelah
mendirikan rumah tangga. Perpisahan yang berlakau samada bersifat
sementara, adalah amat sukar diterima oleh ibu bapa terutamanya ibu.
Perpisahan menyebabkan ibu bapa berasa sunyi dan sedih. Namun, ia hanya
berlaku pada waktu awal perpisahan dan lamakelamaan ia dapat diterima.
Sebagai contoh, seorang subjek dalam pemerhatian kami memberi pandangan
bahawa ia amat sukar diterima pada peringkat awal apabila anakanaknya
menyambung pelajaran, tambahan pula anaknya amat rapat denganya. Namun
subjek cuba membiasakan diri kerana padanya satu hari nanti, anaknya akan
keluar juga dari rumah apabila berkahwin nanti. Tambah subjek, berikutan
kesemua anaknya adalah perempuan, maka ia perlu diterima dengan hati
terbuka, dan subjek bersedia untuk berhadapan dengan situasi itu satu hari
nanti.
Selain itu, dalam sesebuah keluarga juga, perubahan insitusi keluarga juga boleh
berlaku ekoran berlakunya kematian pasanga hidup, ahli keluarga atau
perpisahan (perceraian). Isu kehilangan atau perpisahan ini merupakan isu yang
normal dan semulajadi. Oleh itu, sebarang perubahan dalam sesebuah institusi
keluarga adalah satu perkara yang harus diterima dengan tenang dan rasional
kerana kehilangan individu yang dikasihi mampu mengakibatkan kemurungan.
Kecurangan dan Perceraian
Ketika tempoh lingkungan dewasa pertengahan, isu kecurangan dan perceraian
adalah tinggi. Keadaan ini berlaku ekoran wujudnya keinginan di kalangan
individu dewasa pertengahan samada lelaki ataupun perempuan, mencuba atau
membuktikna kepada diri dan juga kepada orang lain bahawa mereka masih lagi
berupaya atau masih mempunyai daya tarikan.
Antara gejala di kalangan lelaki yang menjadi punca berlakunya kecurangan dan
perceraian adalah berkaitan dengan kemampuan fizikal dan keghairahan seksual
yang semakin menurun atau berkurangan. Bagi individu yang telah
mengasiosasikan diri mereka dengan kemapuan seksualiti yang tinggi, akan
mengalami shock atau wujud krisi identiti. Keadaan tersebut akan menimbulkan
rasa cemas kerana mereka merasakan mereka bukan lagi seperti dahulu. Oleh
itu, mereka mengembangkan suatu cara pertahanan diri tertentu. Ia akan
mempunyai keperluan atau keinginan yang kuat untuk memantapkan kembali
identiti diri kerana perubahan yang berlaku amat berkait rapat dengan harga diri
mereka. Berikutan keinginan itu tidak dapat dimiliki dari lingkungan keluarga,
maka ia akan dicari atau diperoleh dari lingkungan luar keluarga. Berikutnya akan
terbentuklah masalah kecurangan atau juga berkahwin lagi, atau mungkin juga
perceraian. Selain itu, situasi lain yang dapat menimbulkan krisis identiti dan rasa
cemas ini ialah jika selama bertahuntahun ia harus memainkan peranan (di
dalam atau di luar keluarga) yang tidak membantu dalam pembentukan
identitinya. Perkara ini terjadi apabila peranan dan aktiviti yang penting baginya
tidak mendapat perhatian dari orang lain sebagaimana yang diharapkan. Ekoran
sudah menjadi sifat manusia cenderung mencari sokongan (support) atau
bantuan apabila ingin mengatasi rasa cemas, maka individu lelaki yang sedang
mengalami perasaan ini akan mencari tempat atau lingkungan yang dapat
membantu mereka.kebiasaannya, keluarga adalah lingkungan yang dapat
membantu kerana keluarga adalah lingkungan yang paling rapat. Namun apabila
keluarga tidak dapat memberikan perhatian dan memenuhi keinginan tersebut,
mereka lebih cenderung mencari bantuan atau perhatian di luar lingkungan
keluarga seperti rakan sebaya atau teman sekerja yang mempunyai ikatan
emosional. Pada kebiasaannya, akan wujud masalah yang lebih serius apabila
tindakannya itu tidak sesuai dengan harapan keluarga terhadapnya sebagai
seorang ayah dan suami. Ia akan menjadi bertambah serius apabila masalah itu
diatasi dengan menjalinkan hubungan intim, hingga menyebabkan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai suami dan juga ayah terabai, dan cenderung
membentuk sebuah keretakan dalam keluarga dan juga perpisahan tau
perceraian.
Kehidupan Berkeluarga dan Perubahan Peranan
Dengan bertambahnya usia perkahwinan, bertambah pula usia masingmasing
yang memainkan peranan dalam kehidupan berkeluarga. Bagi pasangan suami
isteri, masingmasing memasuki usia pertengahan yang juga dikenali sebagai
tempoh masa ‘remaja kedua’. Masa remaja kedua pada dasarnya adalah
masalah proses menua yang dialami samada lelaki mahupun wanita. Namun
demikian, terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita dan secara umumnya
dalam cara menghadapi dan menjalani usia dewasa pertengahan atau remaja
kedua ini.
Terdapat pendapat bahawa wanita biasanya mempunyai komitmen yang lebih
besar terhadap kehidupan berkeluarga jika dibandingkan dengan golongan lelaki.
Dalam lingkungan sosial kita, komitmen ini sangat diharapkan kerana sudah
menjadi lumrah atau norma bahawa setiap wanita perlu lebih cenderung
memberi perhatian kepada keluarga walaupun mempunyai karier dan
tanggungjawab terhadap masyarakat. Sehubungan dengan kehidupan
berkeluarga, maka dalam usia ini, wanita biasanya mengalami perubahan
perubahan yang cukup besar.
Anakanak biasanya sudah besar atau dewasa dan mempunyai kesibukan atau
tugas masingmasing samada terhadap pelajaran, pekerjaan atau juga rumah
tangga. Keadaan ini memberi erti bahawa, wanita yakni sebagai ibu tidak perlu
mencurahkan seluruh perhatian dan tenaganya untuk kepentingan anakanak.
Keadaan ini menuntut individu tesebut menyesuaikan diri dengan situasi dan
peranan yang berbeza. Penyesuaian ini adalah amat sukar terutama bagi
golongan individu yang setelah kian lama atau sejak awal perkahwinan menjadi
suri rumah tangga sepenuh masa. Bagi wanita golongan ini, adalah menjadi
sukar untuk mereka menemui pengisian peranan yang memuaskan baginya
seperti ketika keluarga masih memerlukan banyak perhatian darinya.
Walaubagaimanapun, peranannya sebagai ibu akan dapat diperolehi semula
apabila mereka dapat mengasuh cucucucunya.
Ketika usia wanita memasuki usia menengah, suami biasanya sedang dalam
puncak karier atau sedang sangat aktif dalam bidang yang diminati. Pada
permulaan perkahwinan, wanita sebagai isteri biasanya memegang peranan
yang cukup penting dalam samasama membina karier suami. Namun, keperluan
atau peranan isteri semakin berkurangan apabila suami telah mencapai kejayaan
dalam karier mereka, mencapai apa yang diidamidamkan dalam pekerjaan, baik
juga status sosial, material dan juga kepuasan bekerja. sehinggakan, keterlibatan
isteri adalah amat terbatas dan minimum. Pada ketika ini, pasa suami, karier
adalah menjadi keutamaan. Perkembangan ini dalam kehidupan berkeluarga
merupakan kenyataan bagi wanita dalam usia menengah yang harus dihadapi
dan sekaligus menuntutu penyesuaian diri terhadap perubahanperubahan yang
berlaku terhadap peranan mereka di sisi suami. Dalam lingkungan sosial,
terdapat juga keskes atau situasi seorang isteri cuba melibatkan diri dalam
bidang kerjaya yang sama dengan suami dengan alasan ingin membantu
seoptimum mungkin terhadap perkembangan karier suami. Namun, secara
psikologisnya, kegiatan atau tindakan ini merupakan satu bentuk pelarian dari
perasaan kosong apabila isteri berasa tidak lagi diperlukan secara jelas oleh
suami dalam ikut sama membina karier. Keadaan ini, kadang kala menimbulkan
masalah lain, terutamanya apabila suami tidak mengkehendaki isteri terlalu
melibatkan diri pada halhal yang bersangkutan dengan bidang kerjayanya.
Posted by Psiko_Mid at 6:40 AM 0 comments
SUNDAY, MARCH 4, 2007
Soalansoalan Terkumpul
1. Berapakah lingkungan umur bagi Pertengahan Dewasa?
a. 30 – 50 umur
b. 35 – 55 umur
c. 40 – 60 umur
d. 45 – 65 umur
2. Di bawah berikut, adalah tandatanda seseorang itu memasuki zaman
Pertengahan Dewasa, kecuali
a. uban
b. gigi palsu
c. ingatan merosot
d. sakit kepala
3. Apabila seseorang perempuan mencapai menopause pada pertengahan
dewasa,apa berubahan yang dialami mereka yang dikatakan sebagai
menopause?
a. kurang selera makan
b. tidak suka pada kanakkanak
c. haid berhenti
d. aktiviti sosial semakin berkurangan
4. Terdapat berapa jenis daya ingatan yang dibincang dalam kognitif
pertengahan dewasa?
a. Satu
b. Dua
c. Tiga
d. Empat
5. Di bawah pernyataan berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang
ingatan jangka pendek pada zaman dewasa pertengahan?
a. dewasa pertengahan mempunyai daya ingatan pendek yang kurang daripada
daya ingatan pendek semasa dewasa awal.
b. Dewasa pertengahan mengambil berat tentang rangsangan kecil
c. Ingatan jangka pendek memainkan peranan yang amat penting pada zaman
pertengahan dewasa.
d. Ingatan jangka pendek semakin bertambah dengan umur seseorang individu.
6. Di bawah yang berikut, yang manakah adalah benar tentang teori yang
dinyatakan oleh Carl Jung tentang zaman dewasa pertengahan?
I. perubahan psikologi dirasakan pada 35 umur hingga 40 umur.
II. Terdapat perubahan dalam personaliti yang terpendam
III. Karekterik yang lain semakin penting
IV. Tret persenoliti mungkin diganti dengan tret lain.
a. I dan II
b. I, II dan III
c. I, II dan IV
d. II, III dan IV
7. Menurut Skema Lavinson, yang manakah pernyataan di bawah adalah salah?
a. melihat semula kehidupan yang pernah dilalui.
b. memperbaiki aspekaspek kehidupan mereka
c. menyelesaikan masalah psikologi sebaik sahaja memasuki dewasa
pertengahan
d. menjadi amat individualistik kalau mereka mengalami status kewangan yang
tidak stabil
8. Berikut merupakan krisiskrisis yang dialami oleh zaman dewasa pertengahan,
Kecuali
a. ketegangan kewangan
b. ketegangan psikologi
c. ketegangan somatik
d. ketegangan anak
9. Menurut pengkaji Robert Pack apakah fokus seorang individu pada zaman
dewasa
pertengahan?
I. Valuing Wisdom Versus Valuing Physical Power
II. Socializing versus Sexualing in Human Relationship
III. Mental Flexible versus Mental Regidity
a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
d. I, II dan III
10. Menurut perspektif Levinson, transisi usia pertengahan adalah berhubung
dengan
a. persoalan personaliti
b. konsep kendiri yang berubah
c. konsep agresif
d. persoalan personaliti dan konsep kendiri yang berubah
11. Antara pernyataan di bawah, yang manakah adalah salah tentang perspektif
Levinson?
a. masa pertengahan ini adalah satu titik berubahan besar bagi personaliti
seseorang
b. transisi pertengahan usia merupakan satu pantulan cermin kepada mereka
c. mereka bercenderung melakukan tingkah laku negatif
d. Pengalaman mereka mendesak mereka memenuhi tuntutan pelbagai aspek
12. Terdapat berapa jenis kelakuan biasa yang akan merosakan perhubungan
dalam
entiti usia dewasa pertengahan?
a. empat
b. lima
c. enam
d. tujuh
13. Antara berikut yang manakah adalah kelakuan biasa yang akan merosakan
perhubngan dalam entiti usia dewasa pertengahan?
I. PeoplePleasing
II. Martyrdom
III. Rescuing
IV. Tapdancing
a. I dan II
b. I,II dan III
c. II, III dan IV
d. I, II, III dan IV
14. Terdapat berapa tahap transisi umur bersarkan skema Levinson?
a. empat
b. lima
c. enam
d. tujuh
15. Transisi pertengahan mengikut Levinson berlaku pada lingkungan umur
berapa?
a. 30 – 35
b. 35 – 40
c. 40 – 45
d. 45 – 50
16. Di antara yang berikut yang manakah adalah salah tentang transisi
pertengahan
mengikut Levisnon?
a. Tahap ini adalah penghubung antara dewasa awal dengan dewasa akhir.
b. Manusia mula mempersoalkan segala yang berkait dengan hidup mereka.
c. Kadangkadang reaksi mereka melibatkan ekpresi emosi yang kuat.
d. Pada tahap ini mereka akan menilai segala tentang kehidupan mereka.
17. Di antara berikut, yang manakah bukan tahap transisi umur yang dinyatakan
oleh
Levinson?
a. Transisi permulaan
b. Struktur awal kehidupan
c. Struktur hidup pengakhiran
d. Transisi dewasa akhir
18. Pernyataan di bawah, yang manakah bukan tentang Gender Crossover
Effect?
a. Kajian menunjukkan lelaki pada 55 umur adalah kurang efektif
b. Lelaki menggunakan cara paksaan untuk mencapai matlamat mereka
c. lelaki lebih memberi perhatian dalam aspek keluarga
d. lelaki menjadi kurang relaks dalam mencapai matlamat mereka.
19. Antara penyakit di bawah, yang manakah bukan penyakit yang akan dialami
oleh
dewasa pertengahan?
a. batuk
b. kegemukan
c. diabetes
d. parkinson
20. Apakah yang dimaksudkan dengan ’usia bahaya’?
a. pelbagai masalah hubungan keluarga boleh berlaku seperti perceraian.
b. mungkin mengamalkan gaya kehidupan yang tidak betul
c. mudah terdedah kepada pelbagai penyakit
d. Keadaan fizikal akan semakin bagus
21. Apakah yang dimaksudkan dengan ’tapdancing’?
a. boleh berada dalam keadaan yang tidak berkomitmen
b. mengelak diri dalam sistem sosial
c. suka dengan kehidupan yang penuh dengan sosial
d. menolak tanggungjawab
Soalan Subjektif
1. Sila senaraikan perkembangan dan pertumbuhan pada zaman dewasa
pertengahan.
2. Sila nyatakan perubahan daya ingatan zaman dewasa pertengahan.
3. Sila nyatakan tahap transisi pertengahan usia di kalangan lelaki.
Posted by Psiko_Mid at 9:55 AM 0 comments
WEDNESDAY, FEBRUARY 14, 2007
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN KRISIS DEWASA
PERTENGAHAN
Usia dewasa pertengahan sememangnya membawa pelbagai perubahan dalam
kehidupan manusia. Tidak terkecuali aspek sosioemosi dan krisis yang melanda
mereka pada tahap ini. Carl Jung menyatakan bahawa perubahan psikologi
dirasakan bermula ketika umur 35 dan 40 tahun. Pada masa ini juga Jung
berpendapat bahawa terdapat perubahan pada karakter personaliti yang
terpendam selama ini (berubah atau timbul) manakala karakteristik yang lain
semakin kurang penting dan mungkin diganti dengan tret personaliti yang
berbeza. Skema Lavinson menyatakan bahawa transisi usia pertengahan
bermula sekitar usia 40tahun dan bertindak sebagai penghubung kepada usia
dewasa akhir. Ada 3 perkara penting yang terkandung dalam skema ini;
1. Melihat semula dan
2. Memperbaik aspekaspek dalam kehidupan mereka dan menguji elemen
elemen pada struktur hidup mereka yang baru.
3. Menyelesaikan masalah psikologikal sebaik memasuki usia pertengahan.
Individu pada usia pertengahan ini dilabelkan sebagai ‘generasi sandwich’
kerana mereka bertanggungjawab ke atas ibu bapa dan dalam masa yang sama,
mereka mempunyai tanggungjawab ke atas anakanak mereka juga.
Perkembangan personaliti pada usia pertengahan dapat dilihat daripada
perubahan daripada perasaan atau emosi aktif kepada pasif. Penyelidik
berpendapat bahawa pada usia 40, manusia merasakan mereka mampu
mengawal persekitaran, halatuju dan juga akibat daripada keputusan mereka
sendiri. Tetapi pada umur 60 pula, mereka merasakan kelakuan berisiko adalah
sesuatu yang berbahaya dalam hidup mereka. Perspektif individu terhadap masa
juga berubah dan ia mempengaruhi konstruk personaliti dan pemahaman kendiri
mereka. Individu dewasa pertengahan ini menukar pandangan mereka bahawa
masa adalah merujuk kepada apa yang tinggal sebelum mereka mati dan hal ini
menyumbang tekanan untuk melakukan perubahan dalam hidup. Kimmel(1980)
menyatakan bahawa personaliti usia pertengahan adalah lebih stabil daripada
kehidupan awal mereka. Individu ini juga menambah pengalaman mereka untuk
mengendalikan stress dan masalah.
Krisis Atau Transisi Dewasa Pertengahan.
1. Masa Transisi ( masa peralihan )
Usia dewasa pertengahan merupakan usia peralihan dari tahap dewasa awal ke
tahap tua iaitu peringkat fungsi fizikal dan mental individu mula berkurangan.
Individu wanita mengalami menopause iaitu kehilangan kemampuan reproduksi ,
manakala individu lelaki mengalami perubahan dalam kejantanan mereka. Ketika
melalui peringkat ini, samada lelaki atau wanita akan mengalami kekeliruan
menjalani usia pertengahan. Individu di peringkat ini tidak tahu di mana
kedudukan mereka yang sebenarnya kerana mereka berada di tengahtengah,
antara muda dan tua. Terdapat individu yang berasa tidak selesa (canggung) dan
tidak tahu membawa diri mereka, hingga terdapat individu yang mencuba
meyakinkan diri bahawa mereka masih muda dengan ucapan, cara berpakaian
dan juga bertingkah laku seperti orang muda.
2. Masa Pencapaian (prestasi)
Pada usia 40an, individu sudah mencapai tahap prestasi yang baik dalam hidup
berikutan pendidikan dan juga pengalaman pengalaman yang banyak. Individu
tahap ini, kebiasaannya mempunyai hubunganhubungan interpesonal yang luas
dan mendapat kepercayaan untuk memegang sesebuah tanggungjawab atau
jawatan dalam organisasi (pemimpin) dan mendapat status sosial yang kukuh
dalam masyarakat. Manakala kedudukan kewangan pada tahap ini seharusnya
adalah kukuh berikutan tahap ini adalah tahap individu sudah mencapai kejayaan
dalam kerjaya.
3. Ketidakseimbangan Perubahan Pola Hidup
Penyesuaian terhadap perubahan pola hidup yang disebabkan oleh adanya
perubahan fizikal dapat mempengaruhi keseimbangan psikologi seseorang.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan ketidakseimbangan
tersebut seperti berikut;
1. ketegangan somatik iaitu tandatanda lanjut usia (tua) atau perubahan fizikal
2. ketegangan kebudayaan iaitu kebiasaan dalam sosiobudaya yang
menganggap bahawa individu yang muda adalah lebih baik (produktif).
3. ketegangan ekonomi – iaitu adanya tuntutan ekonomi dari keluarga berikutan
keperluan pendidikan anakanak dan sebagai lambang status keluarga.
4. ketegangan psikologi – “psychological stress” disebabkan kehilangan
pasangan seperti kematian atau perceraian, ditinggalkan anak yang sudah
berkahwin, tekanan kerja, kebosanan terhadap rutin harian yang sama (monoton)
atau adanya perasaan “tidak muda lagi”.
4. “Usia Berbahaya”
Interprestasi dari “usia berbahaya” boleh dikaitkan dengan individu lelaki yang
cuba membuktikan bahawa mereka masih mampu menarik perhatian kaum
wanita pada usia sebelum tua. Dalam tempoh ini, pelbagai masalah hubungan
keluarga boleh berlaku seperti ketidaksetiaan mahupun perceraian. Selain itu, ia
juga dianggap usia berbahaya kerana terdapatnya kecenderungan bekerja keras
yang keterlaluan, berfikir secara berlebihlebihan atau mengamalkan cara hidup
tidak seimbang atau tidak sihat, sedangkan individu dewasa pertengahan
mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan. Sebagai kesannya, individu
mudah terdedah dengan pelbagai penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi
dan sebagainya. Disamping itu, individu peringkat ini juga terdedah kepada
masalah mental yang serius jika tidak dapat mengawal dan mengimbangi
masalah atau konflik dari dalam diri dengan keadaan usia mereka.
‘GENDER CROSSOVER EFFECT’
Kajian menunjukkan lelaki pada umur 55 tahun kurang aktif tetapi perempuan
berubah dari pasif kepada aktif dari segi penyelesaian masalah. Dalam kata yang
lain, lelaki muda mengunakan kekuatan atau paksaan kepada personalitinya
untuk memanipulasi orang atau benda lain bagi mencapai matlamatnya. Tetapi,
pada usia pertengahan, mereka berubah menjadi lebih kepada psikologi untuk
memanipulasi, mempengaruhi atau memujuk untuk mendapatkan keinginan
mereka. Proses ini adalah terbalik pada wanita. Hal ini kerana wanita didapati
begitu asyik dengan tugas dan peranannya dalam menjaga dan membesarkan
anakanak semasa lewat remaja dan awal dewasa. Manakala lelaki pula lebih
fokus pada saingan untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Apabila
masa berlalu, lelaki menjadi lebih lebih bebas untuk relaks dan meneroka sisi
feminin mereka dan begitu juga sebaliknya.
Bagi seorang pengkaji, Robert Peck, beliau telah menambah baik idea Erikson
tentang konsep generativiti yang dibangunkan semasa dewasa pertengahan ini.
Peck menyatakan bahawa semasa usia pertengahan ini, individu lebih fokus
kepada mencapai sesuatu yang lebih sihat berbanding apa yang dikatakan
Erikson tentang generativiti. Fokusnya meliputi;
1. ‘Valuing Wisdom versus Valuing Physical Powers’
• Kekuatan fizikal yang semakin berkurang, daya tarikan fizikal juga semakin
berkurang. Jadi, semua ini tidak lagi jadi ukuran untuk kompetensi. Individu perlu
belajar cara untuk menghargai pengetahuan mereka melalui pengalaman atau
dengan kata lain menggunakan lebih pemikiran berbanding fizikal mereka.
2. ‘Socializing versus Sexualizing in Human Relationship’
• Pengalaman mengalami menopaus atau klimakterik. Manusia harus menilai
semula hubungan mereka dengan maksud mereka harus menekankan prinsip
‘teman’(companionship) dan bukannya isu seksual sematamata.
3. ‘Cathetic(emotional) Flexibility versus Cathetic Impoverishment’
• Mereka yang melalui usia dewasa pertengahan ini menyedari sesuatu tentang
tolakansur emosi mereka. Mereka belajar bagaimana menunjukkan atau
menyalurkan emosi mereka terhadap seseorang atau sesuatu seperti melihat
rakan dan keluarga mereka meninggal, anakanak meninggalkan rumah, pencen
dan sebagainya.
4. ‘Mental Flexibility versus Mental Rigidity’
• Mereka yang berada dalam lingkungan usia pertengahan ini harus berperang
dengan rasa kecukupan pengetahuan mereka. Kecukupan pengetahuan ini
bermaksud mereka menolak ideaidea baru, penyelesaian dan alternatif. Ini
adalah sifatsifat mental yang rigid. Contohnya dengan menyatakan “Saya tidak
fikir kenapa saya perlu ubah cara saya.”
Dari perspektif Levinson pula, beliau menyatakan bahawa transisi usia
pertengahan adalah berhubung dengan persoalan personaliti dan konsep kendiri
yang berubah semasa usia pertengahan ini. Ia juga menyatakan bahawa usia ini
adalah satu titik perubahan yang besar dalam perkembangan personal. Ini akan
menambahkan pengalaman seseorang itu dan mendedahkan mereka pada
banyak perkara. Levinson juga percaya bahawa hidup pada usia pertengahan
umur dirasakan seperti ditampar oleh realiti untuk menyedarkan mereka pada
banyak perkara. Pengalaman mendesak manusia supaya memenuhi tuntutan
dan rancangan; perkahwinan, pekerjaan, kepuasan sendiri, penguasan materi
dan lainlain. Transisi pertengahan usia juga dikatakan sebagai sebuah cermin
yang dilihat memantulkan imej mereka yang sebenar. Mereka cenderung untuk
berkelakuan lebih positif bagi menentukan bahawa segala yang tidak elok yang
terpapar dalam cermin itu akan berubah berbanding ‘memecahkan’ cermin itu.
Contohnya. Seseorang lelaki akan melihat dirinya sebagai seorang yang gila
kerja kerana kesungguhannya sendiri untuk mencapai matlamat tertentu dalam
kehidupannya. Kemudian baru dia sedar yang dia terlalu tumpukan kerjaya
hingga mengabaikan perhubungan. Jadi, dia akan tersedar bahawa cara hidup
dia tidak menjanjikan kebahagiaan yang dia mahukan. Nampak seperti sedikit
mengecewakan tetapi, hal ini ada membawa kesan positif di mana ini merupakan
satu langkah untuk berubah dan mencari kebahagiaan masa hadapan.
Ramai individu yang menyedari pada usia pertengahan ini mereka telah
menstrukturkan hidup mereka, gaya kognitif ataupun strategi penyelesaian
masalah mereka menjadi bertambah baik berbanding sebelumnya. Sesetengah
pakar terapi percaya bahawa usia pertengahan memberi peluang kedua untuk
memperbaik semula kehidupan. Bagi sesetengah orang pula, ini bermaksud
untuk belajar dan berubah gaya pemikiran dan cara mereka bertindak. Terdapat
juga enam jenis kelakuan biasa yang dikenalpasti merosakkan perhubungan
dalam meniti usia dewasa pertengahan ini;
1. ‘Perfectionism’
• Beranggapan atau berekspektasi bahawa setiap orang dan setiap perkara
harus bersifat sempurna.
2. ‘Caretaking/Rescuing’
• Melihat sejauh mana dia melakukan sesuatu untuk orang lain.
3. ‘PeoplePleasing’
• Bertindak dengan berapa banyak ‘approval’ yang didapati daripada orang lain
dan seterusnya mencorakkan tingkahlaku melaluinya.
4. ‘Martyrdom’
• Kerelaan untuk menderita dan mengalami kesakitan emosi dalam
hubungannya.
5. ‘Workaholism’
• Terlalu fokus kepada sesuatu aktiviti. Contohnya pekerjaan.
6. ‘TapDancing’
• Kebolehan untuk berad dalam keadaan tidak ada komitmen atau tidak ada
kaitan dengan sesiapa atau apaapa sekalipun.
• Individu yang membina perhubungan jenis ini adalah individu yang mengelak
daripada komitmen dan menolak tanggungjawab.
Dengan melihat kepada patenpaten ini, mereka dapat berusaha untuk
mengubah diri mereka untuk menjadi lebih baik. Untuk melakukannya, mereka
memerlukan sokongan dan bantuan seperti psikoterapi, kumpulan sokongan dan
lainlain.
TRANSISI PERTENGAHAN USIA DIKALANGAN LELAKI.
Perlu dinyatakan di sini bahawa kajiankajian dalam bidang ini(perkembangan)
pada peringkat dewasa pertengahan lebih banyak dilakukan ke atas lelaki
berbanding wanita. Mungkin terdapat campurtangan faktor peranan sosial dan
dominasi lelaki sebagai tunjang keluarga dengan tanggungjawab yang lebih
besar berbanding wanita. Jadi, di sini dinyatakan serba sedikit tentang transisi
transisi yang terlibat pada usia pertengahan ini berdasarkan skema Levinson;
1. Transisi Pertengahan (usia 4045)
• Tahap ini dikenalpasti sebagai penghubung antara dewasa awal dengan
dewasa pertengahan.
• Manusia mula mempersoalkan tentang segalanya yang berkaitan dengan
kehidupan mereka.
• Kadangkala, reaksi mereka melibatkan ekspresi emosi yang kuat dan kelakuan
yang tidak rasional.
• Hal ini adalah kerana kekecewaan mereka kerana persoalanpersoalan hidup
yang perlu mereka nilai semula dan berikan jawapan untuk setiap satunya.
• Tahap ini adalah sesuatu yang baik agar mereka dapat menilai semula dengan
realistik terhadap halatuju mereka dalam kehidupan.
• Pencapaian yang terbaik pada tahap ini adalah mereka boleh menerima diri
mereka dan orang lain dengan perubahanperubahan yang mereka hadapi.
2. Struktur Awal Kehidupan (4550 Tahun)
• Tahap ini muncul hasil daripada penilaian pada kehidupan dalam tahap
sebelumnya.
• Bagi mereka yang berjaya melakukan rancangan dengan baik, ia akan
mempengaruhi cara penilaian semula mereka dan mereka yang tidak berjaya
akan terus hidup dalam kehidupan mereka yang tetap dan membosankan.
3. Transisi Umur 50 (5055 Tahun)
• Ia juga boleh dikatakan sebagai peluang kedua untuk menstrukturkan semula
kehidupan.
• Lelaki yang tidak merasa tertekan dengan transisi usia mereka akan mengalami
saatsaat yang sukar pada tahap ini.
4. Struktur Hidup Pengakhiran
• Tahap ini adalah tahap dimana individu melihat atau meletakkan sentuhan
terakhirnya dalam menstrukturkan kehidupan mereka.
5. Transisi Dewasa Akhir
• Tahap ini adalah dimana individuindividu memperkukuhkan persiapan mereka
untuk menempuh usia tua mereka.
• Ianya meliputi perancangan untuk persaraan, menyelesaikan masalah
kewangan dan ia juga menjurus ke arah penutupan kerjaya masingmasing.
Posted by Psiko_Mid at 7:12 AM 0 comments
KOGNITIF DEWASA PERTENGAHAN.
Kognitif individu dewasa pertengahan adalah lebih kurang sama dengan tahap
kognitif dewasa permulaan serta tahap kognitif dewasa akhir. Perbezaan yang
wujud dikatakan kurang ketara kerana tahap dewasa pertengahan adalah suatu
tahap yang berkesinambungan dengan tahap dewasa yang lain. Kita boleh
membicarakan tentang kognitif dewasa pertengahan dari segi daya berfikir, daya
ingatan serta tahap kebolehan yang berada pada tahap umur dewasa
pertengahan.
i. Daya fikir
Apabila berada pada tahap umur dewasa pertengahan, seseorang individu
berada pada Tahap operasi normal (formal operation) yang stabil di mana
individu ini lebih memahami logic dan konsepkonsep abstrak yang menjadi asas
kepada sains, metametik, etika, politik, keagamaan dan lainlain. Individu ketika
berumur pada tahap ini mampu berfikir secara lbih mantap serta tersusun
dengan mengambil kira pelbagai aspek. Individu yang berada paa tahap ini juga
lebih peka terhadap perubahan dan rangsangan yang belaku terhadap dirinya
dan persekitarannya.
ii. Daya ingatan
Jika dibuat perbandingan antara individu dewasa dan kanakkanak, ternyata
kanakkanak mempunyai daya ingatan yang lebih berkesan dan lebih lama.
Terdapat pelbagai andaian yang boleh dibuat terhadap fenomena ini. Antaranya
individu dewasa mempunyai lebih banyak tanggungjawab serta kepentingan
yang perlu dijaga bebanding kanakkanak yang menyebabkan individu dewasa
kurang peka terhadap suatu rangsangan yang kecil yang diabaikan kerana tiada
kepentingan kepada dirinya.
Terdapat dua jenis daya ingatan:
a) Daya ingatan jangka pendek.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini individu dewasa kurang peka terhadap
suatu rangsangan yang kecil yang diabaikan kerana tiada kepentingan kepada
dirinya.
Keadaan ini menyebabkan individu dewasa pertengahan mempunyai daya
ingatan
jangka pendek yang kurang berbanding individu yang lebih muda darinya. Ini
menjelaskan kenapa ingatan jangka pendek menjadi semakin kurang dengan
peningkatan umur seseorang individu.
b) Daya ingatan jangka panjang.
Berbeza pula bagi daya ingatan jangka panjang, ianya adalah bertentangan
dengan
daya ingatan jangka pendek yang semakin kurang dengan peningkatan
seseorang
individu. Individu pada tahap umur dewasa prtengahan mempunyai daya ingatan
janka
panjang yang semakin bertambah baik. Kebiasaannya ingatan jangka panjang
adalah
berkaitan dengan kepakaran serta kebolehan tersendiri yang dimiliki oleh
seseorang
individu.
iii. Tahap kebolehan.
Tahap kebolehan seseoang individu semakin bertambah baik dengan
peningkatan umur. Individu pada tahap umur dewasa pertengahan mempunyai
tahap kebolehan yang semakin mantap dan terperinci, terutama dengan
kebolehan dan keistimewaan seseorang individu. Individu pada tahap dewasa
pertengahan semakin berkebolehan menggunakan logic,nsemakin berkebolehan
dalam menyampaikan hujah serta bertambah kesedaran terhadap kepentingan
masyarakat.
Posted by Psiko_Mid at 6:59 AM 0 comments
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIZIKAL DEWASA
PERTENGAHAN
Lazimnya tandatanda penuaan akan mula kelihatan apabila umur semakin
meningkat dan ia jelas kelihatan pada perubahan fizikal seseorang. Perubahan
perubahan fizikal yang berlaku adalah seperti berikut:
• Uban dan keguguran rambut
Rambut akan mula beruban bila mencapai dewasa pertengahan dan ia menjadi
semakin banyak. Keguguran rambut juga menjadi semakin kerap. Rambut mula
menipis dan jarang.
• Kulit berkedut
Kulit akan mula berkedut dan tidak licin lagi berbanding sewaktu muda bagi
orang yang mencapai dewasa pertengahan.
• Menopause dan ‘Climectrium’
Perempuan akan berhenti haid apabila capai umur dewasa pertengahan
manakala lelaki pula akan mengalami perubahan pada daya tarikan seksual
mereka. Perubahan ini memberi impak yang besar terhadap emosi individu
dewasa pertengahan ini.
• Osteoporosis,gigi palsu
Pada tahap dewasa pertengahan, tubuh badan memerlukan kalsium yang tinggi
tetapi berikutan usia yang semakin meningkat, ia semakin sukar
diserap.Kekurangan kalsium akan menyebabkan individu dewasa pertengahan
mengalami masalah seperti gigi yang mudah mereput dan meningkatkan
kecenderungan penggunaan gigi palsu .Disamping itu, osteoporosis akan
menyerang orang yang mencapai dewasa pertengahan terutamanya kaum
wanita berbanding lelaki
• Ingatan merosot
Ingatan akan mula merosot apabila mencapai tahap dewasa pertengahan
berikutan selsel neuron yang semakin berkurangan. Keadaan ini akan memberi
kesan terhadap kehidupan harian seperti terlupa perkaraperkara penting
mahupun sampingan, contohnya tidak dapat mengingat nombor telefon, tarikh
tarikh penting dan sebagainya.
• Penyakit lain
Penyakit mudah menyerang jika tidak menjaga badan dengan baik dari
muda,seperti diabetes, kegemukan, sakit jantung,gout, penyakit Parkinson,
dementia dan lainlain.Organ badan mula merosot dan tidak berfungsi dengan
baik.