Anda di halaman 1dari 11

PENGLIBATAN AHLI KELUARGA BAGI MEMBANTU KEMAJUAN PELAJAR

DALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ahli keluarga bagi

membantu kemajuan pelajar dalam pembelajaran. Sebanyak 67 item bagi kajian ini.

Kebanyakan item yang diutarakan adalah hampir sama disebabkan untuk mencari kesahihan

jawapan responden.

Keluarga terdiri daripada gabungan individu-individu yang membentuk ahli keluarga

yang lebih besar. Individu memberi sumbangan kepada kekuatan atau kelemahan keluarga.

Tingkah laku individu atau setiap ahli keluarga lebih mudah untuk difahami dalam konteks

keseluruhan keluarga berkenaan.

Keluarga boleh menjadi satu entiti yang tersendiri untuk dianalisis. Dalam keadaan ini

juga, keluarga mencari kestabilan untuk menghadapi apa sahaja dugaan yang mendatang

daripada persekitaran. Jika keadaan memerlukan, ia akan mengubah struktur untuk memenuhi

tuntutan yang datang samada dari luar atau dalam.Dalam hal yang sebegini, haruslah diambil

ingatan bahawa tingkah laku individu tidak akan terpisah, tetapi sebenarnya tersemai dan

berkembang dalam situasi keluarga.(Lily Mastura,1997)

Keluarga merupakan satu medium yang berperanan penting dalam hidup setiap individu.
Setiap ahli keluarga akan mengatakan tugas dan tanggungjawab mereka adalah banyak dan

berat. Tanggungjawab bukan sekadar berbentuk kewangan malah sumber inspirasi, dan

sumber kebanggaan.Bagi sesetengah orang pula kejayaan ahli keluarga memberi satu

kepuasan peribadi yang sukar dipenuhi.

Hakikatnya, menjadi ahli keluarga yang berperanan pada hari ini adalah amat mencabar.

Ibu bapa dan keluarga hari ini menghadapi persekitaran yang jauh berbeza dari zaman mereka

membesar dahulu di mana tidak ada internet, multimedia yang canggih, permainan komputer,

dan televisyen 32 saluran.

Menurut Rusnani (1997), secara peribadinya beliau berpendapat setiap bakal ibu bapa

perlu melengkapkan dirinya dengan sikap, pengetahuan dan kemahiran khusus tentang

keibubapaan. Proses keibubapaan boleh juga merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh

pelbagai pihak lain seperti adik beradik, rakan sebaya, saudara mara, guru dan juga jiran.

Tindakan mereka mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial, emosi dan intelek anak.

Menurut Jaffe dalam Rusnani (1997), imbasan sejarah menunjukkan bahawa

ketidakfahaman tentang kanak-kanak dan keadaan ekonomi adalah faktor yang

mempengaruhi status mereka dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contoh kanak-kanak

dibunuh atau dibiarkan mati begitu sahaja kerana mengawal pertumbuhan populasi.

Ibu bapadan keluarga perlu bertanggung jawab memberi pendidikan yang menyeluruh

dan merangkumi pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan menyeluruh bermaksud
pendidikan tentang segala aspek kehidupan seperti kesihatan dan kebersihan, keselamatan,

agama dan akhlak, pendidikan alam sekitar, dan pendidikan hubungan sosial.

Menurut Fazilah Kamzah (1998), potensi kecemerlangan anak sering terpendam dan

gagal dikenalpasti untuk dirangsang oleh ibu bapa lantaran jahil mengenai teknik dan strategi

keibubaan. Semua ibu bapa sayangkan anak dan mahu mereka menjadi insan cemerlang di

dunia dan di akhirat. Ramai yang mencuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat ini tetapi

kurang berjaya lantaran menggunakan pendekatan yang kurang sesuai. Ini terjadi kerana ibu

bapa tidak terdedah secara formal dan sistematik kepada kaedah mendidik anak yang

cemerlang.

Kejahilan mengenai pendidikan ahli keluarga adalah sesuatu yang amat merugikan.

Keluarga yang cemerlang akan dapat mengekalkan kehebatan yang dibekalkan oleh Allah

sejak lahir. Kehebatan ini termasuklah ciri-ciri seperti berikut:

a) Pemikiran yang bersih

b) Jujur dan terus terang

c) Sifat ingin tahu

d) Kasih sayang

e) Mempercayai orang lain

f) Cerdas dan pintar

g) Daya ingatan yang tajam


h) Berani

i) Gigih

Kepentingan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak akan melahirkan

anak-anak yang mempunyai harga diri yang tinggi. Harga diri yang tinggi akan membuat

anak-anak kita:

a) Berupaya belajar dengan lebih berkesan

b) Membina hubungan yang lebih baik dengan masyarakat sekeliling

c) Lebih berupaya memanfaatkan peluang

d) Lebih produktif

e) Mudah berdikari

f) Mempunyai arah diri yang lebih jelas

g) Mempunyai asas yang kuat untuk menuju kedewasaan dan membina

hidup bermakna.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penglibatan keluarga dalam pendidikan anak-anak.

Seramai 200 orang pelajar berumur 12 tahun hingga 15 tahun dijadikan sample kajian.

Kajian ini diadakan bagi menjawab persoalan berikut:


1. Melihat sejauh manakah penglibatan ahli keluarga dalam membantu anak/murid

menyiapkan kerja rumah.

2. Untuk melihat kesan tunjuk ajar ahli keluarga ke atas anak/murid berdasarkan jantina

dan tahap persekolahan.

3. Untuk melihat sejauh manakah kesan tunjuk ajar ahli keluarga dalam membantu

anak/murid untuk menyiapkan kerja rumah berdasarkan jantina dan tahap

persekolahan.

4. Mengkaji faktor konsep kendiri murid dalam pelajaran.

Persoalan kajian

1. Adakah terdapat penglibatan ahli keluarga dalam membantu anak/murid menyiapkan

kerja rumah?

2. Adakah terdapat kesan tunjuk ajar ahli keluarga ke atas anak/murid berdasarkan

jantina dan tahap persekolahan?

3. Adakah terdapat kesan tunjuk ajar ahli keluarga dalam membantu anak/murid untuk

menyiapkan kerja rumah berdasarkan jantina dan tahap persekolahan?

4. Adakah terdapat faktor konsep kendiri murid dalam pelajaran?


Hipotetis

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penglibatan ahli keluarga dari aspek

tunjuk ajar dengan pembelajaran murid berdasarkan jantina

Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan bagi penglibatan ahli keluarga dari aspek tunjuk

ajar dengan pembelajaran murid berdasarkan jantina.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan ahli keluarga dan

aspek tunjuk ajar dengan tahap persekolahan anak/murid.

Ha2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan ahli keluarga dan

aspek tunjuk ajar dengan tahap persekolahan anak/murid.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsep kendiri murid dengan

pembelajaran berdasarkan janitna.

Ha3 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara konsep kendiri murid dengan

pembelajaran berdasarkan janitna.

Kepentingan kajian

Dapatan kajian ini membawa kepada dimensi baru tentang penglibatan keluarga dalam

pendidikan anak-anak.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga sepertimana ia

berhajat kepada makanan dan minuman. Kasih sayang kepada anak-anak


adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang

sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa. Menurut ahli psikologi, kanak-

kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama

iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam

hidupnya. Melalui kasih sayang mereka dapat merasai

ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan

lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.

Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari

suasana kasih sayang yang sepenuhnya, maka ia dapat membentuk

pemikiran yang kreatif dan bernas. Di samping itu, kanak-kanak tersebut

mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan

kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan

masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

7.0 Metodologi kajian:


Kaedah kajian yang dijalankan – survey ( soal-selidik )

Kajian ini menggunakan rekabentuk soal-selidik. Sampel kajian seramai 200 orang dipilih

dalam kalangan pelajar-pelajar berumur 12 tahun hingga 15 tahun di sekolah-sekolah di

sekitar Pulau Pinang. Rasional di sebalik pemilihan mereka adalah kerana ingin mengetahui

sejauh mana sokongan keluarga ke atas kerja rumah responden. Responden terdiri daripada

pelbagai latar belakang status sosial dan ekonomi. Ia juga merangkumi pelbagai kaum dan

jantina. Walaupun demikian, pemilihan secara rawak tidak dapat dilakukan kerana sample

diambil berdasarkan kelas-kelas yang diajar oleh penyelidik.

SAMPEL KAJIAN

Menurut Tuckman (1978), saiz sampel untuk sesuatu kajian p dimaksimakan supaya saiz

dapat meminimakan ralat persampelan. Jumlah sampel keseluruhan yang digunakan di dalam

kajian ini ialah 200 orang.

Sampel perlu menjawab sebanyak 67 item di bawah lapan tajuk kecil. Soal selidik

dibentuk oleh Dr Shuki Osman (2008) dan digunakan sebagai asas dalam kajian.

Kajian ini menggunakan kaedah dominan kuantitatif dalam mengumpul data responden (

Creswell, 1994). Soal selidik diedarkan secara terus oleh penyelidik kepada responden.

Untuk mencapai matlamat kajian, reka bentuk kajian ex-post facto jenis korelasi
( Tuckman 1978;1988) telah digunakan. Kajian berbentuk korelasi selalu dijalankan

bertujuan untuk melihat keteguhan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah dalam

kajian dan tidak semestinya berimplikasi sebab musabab ( Issac & Micheal 1984)

Kajian ex-post facto seringkali digunakan dalam keadaan di mana penyelidik tidak dapat

mengolah beberapa pembolehubah yang terlibat di dalam kajian (Konting, 1990). Apa yang

dilakukan oleh penyelidik ialah mengukur sesuatu pengaruh yang telah terjadi secara

semulajadi tanpa mengenakan apa-apa rawatan kepada sample. Satu pembolehubah tak

bersandar yang terlibat dalam kajian ini ialah penyiapan kerja rumah.

TEMPAT KAJIAN

Empat buah sekolah dipilih untuk menajyakan kajian ini iaitu, tiga buah sekolah menengah

dan sebuah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ialah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Pulau Pinang.

2. Sekolah Menengah Kebangsaan sungai Ara, Pulau Pinang.

3. Sekolah Menengah Convent, Jalan Greenlane, Pulau Pinang.

4. Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

8.0 Instrumen kajian ( alat uji )

Menggunakan soal selidik

Soal selidik dalam kajian ini ialah soal selidik tadbiran sendiri (self adminisetred
questionnaire) yang menggunakan skala Linkert. Item-item mengenai pengetahuan dan sikap

ahli keluarga terhadap kerja rumah, membantu, mengajar, dan memberi galakan kepada

responden. 67 item adalah berdasarkan skala tidak benar, sedikit benar, benar dan sangat

benar. Tidak ada jawapan benar atau salah. Semua jawapan adalah rahsia.

ANALISIS DATA

Analisis data menggunakan perisian computer SPSS 12.0 for Windows. Ujian-ujian statistik

yang digunakan seperti distribusi frekuensi, min, ujian Pearson korelasi, dan analisis Regresi

Pelbagai.
Bibliografi

1. Mohd Fadzilah Bin Kamsah (1998).Kecemerlangan Dalam Mendidik

Anak-Anak.Selangor.Excel Training & Consultancy (M) Sdn.Bhd.

2. Lily Mastura Haji Harun (1997).Kaunseling Keluarga .Kuala

Lumpur.Universiti Putra Malaysia.

3.Rusnani Abdul Kadir (1997).Kaunseling Keibubapaan. Kuala

Lumpur.Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai