Anda di halaman 1dari 18

SULIT

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 DAN 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOD / NAMA PB

PEPERIKSAAN AKHIR TEORI

KOD/ NAMA BIDANG AGROINDUSTRI TANAMAN

TAHAP 3

NAMA CALON

NO KAD PENGENALAN

BATCH CALON

SESI PEPERIKSAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

MASA PEPERIKSAAN

PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR TEORI

Calon-calon mesti mematuhi perkara berikut :

1. Anda hendaklah berada di tempat peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan


dijalankan.
2. Sila pamerkan kad pengenalan atau pengenalan lain untuk disemak oleh
ketua pengawas peperiksaan untuk pengesahan.
3. Anda dilarang sama sekali membawa dan menggunakan telefon bimbit.
4. Anda dilarang sama sekali meniru semasa peperiksaan.
5. Anda hendaklah mematuhi segala arahan dan lain-lain arahan yang
ditetapkan semasa peperiksaan. Kegagalan mematuhi mana-mana arahan
tersebut boleh menyebabkan peperiksaan calon dibatalkan serta-merta.
6. Ketua Pengawas akan mengumpul semua kertas soalan dan kertas jawapan
calon di akhir sesi peperiksaan.

JANGAN BUKA BUKU SOALAN INI SEBELUM DIARAHKAN


BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan aneka soalan. Jawab semua soalan.

1. Kaedah pengawalan perosak menggunakan racun merupakan kaedah yang paling


popular dan berkesan. Jika tanaman diserang oleh hamama, apakah jenis racun serangga
yang patut digunakan?

A) Ortus
B) Decis
C) Malathion
D) Carbaryl

2. Susun langkah-langkah berikut mengikut turutan semasa proses pengendalian lepas tuai
di pusat pembungkusan:

I Pemeraman
II Penggredan
III Pengeringan
IV Membasuh
V Pembungkusan

A) I, IV, II, III dan V


B) II, IV,III, I dan V
C) IV, III, I, II dan V
D) IV, III, II, I dan V

3. Soalan 13 berdasarkan gambar seperti yang ditunjukkan dibawah:

Rajah 1

Apakah kegunaan tong plastik seperti yang ditunjukkan di atas dalam penyediaan
formulasi baja?

A) Untuk menakung larutan pekat baja Set A, Set B, Alkali dan Asid
B) Untuk menakung larutan nutrien
C) Sebagai tempat untuk melarutkan unsur baja
D) Untuk menakung air bersih
4. Berikut merupakan sumber-sumber bagi unsur makro kecuali:

A) Urea
B) Kalsium Nitrat
C) Asid Borik
D) Magnesium Sulfat

5. Penyediaan jadual membaja adalah penting bagi memudahkan pengawasan supaya


tanaman mendapat baja yang secukupnya. Apakah yang perlu ada di dalam jadual
tersebut?

I Tarikh
II Jenis tanaman
III Peringkat tanaman
IV Jenis baja

A) I dan III sahaja


B) II dan III sahaja
C) II, III dan IV sahaja
D) Semua di atas

6. Antara berikut yang manakah bukan faedah mempunyai persekitaran kerja yang
selamat?

A) Melindungi aset terpenting (pekerja)


B) Membolehkan pekerja bekerja sambil lewa
C) Mengurangkan perbelanjaan perubatan
D) Mengurangkan pembayaran insurans pampasan pekerja

7. Pemeriksaan jentera adalah penting bagi mengurangkan risiko kemalangan di tempat


kerja. Apakah kepentingan pemeriksaan jentera tersebut?

A) Dapat menyempurnakan kerja dengan cepat dan selamat


B) Menghasilkan mutu kerja yang rendah
C) Merendahkan daya bersaing dikalangan pekerja
D) Meningkatkan kos perbelanjaan selenggaraan jentera

8. Manakah antara yang berikut bukan termasuk dalam tujuan menulis laporan?

A) Mengenalpasti masalah
B) Memberikan maklumat dan fakta
C) Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
D) Merekod laporan berdasarkan andaian sendiri

9. Racun perosak mengandungi _____________campuran


A) 1 unsur
B) 2 unsur
C) 3 unsur
D) 4 unsur

10. Antara berikut adalah perkara utama yang perlu diketahui untuk mengira kuantiti racun
yang diperlukan, kecuali
A) Peratus a.i racun perosak
B) Banyaknya semburan sehektar
C) Jenis perosak yang hendak disembur
D) Kadar yang disyorkan sehektar atau % kepekatan semburan

11. Apakah yang dimaksudkan dengan proses pendebungaan


A) Debunga daripada bunga kecil dipindahkan kepada bunga besar yang berlaku secara
semulajadi atau berbantu
B) Debunga daripada bunga besar dipindahkan kepada bunga kecil yang berlaku secara
semulajadi atau berbantu
C) Debunga daripada bunga jantan dipindahkan kepada bunga betina yang berlaku secara
semulajadi atau berbantu
D) Debunga daripada bunga betina dipindahkan kepada bunga jantan yang berlaku secara
semulajadi atau berbantu

12. Apakah kepentingan pendebungaan berbantu


A) Mengurangkan mutu dan hasil tanaman
B) Mempertingkatkan mutu dan hasil tanaman
C) Mempertingkatkan risiko keguguran bunga betina
D) Mengurangkan kadar berlakunya persenyawaan bagi tanaman di dalam struktur
persekitaran terkawal
13. Antara berikut merupakan alat dan bahan pencahayaan berserta fungsinya, kecuali

Alatan dan bahan Fungsi


pencahayaan
A Suis Untuk menyambung arus letrik dan tempat
menempatkan fius
B Tangga Kegunaan semasa memasang mentol kepada
soket
C Test Pen Untuk menguji dan mengesan kebocoran arus
D Ammeter (meter pelbagai) Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan

14. Terdapat beberapa jenis sistem pencahayaan. Antaranya ialah


I Sistem pencahayaan merata
II Sistem pencahayaan setempat
III Sistem pencahayaan Diod Pemancar Cahaya (LED)
IV Sistem pencahayaan gabungan merata dan setempat

A I dan II C I, II dan III


B II dan III D I, II dan IV

15. Pilih keterangan yang betul tentang kegunaan jadual aktiviti penuaian hasil tanaman
I. Panduan untuk mempertingkatkan penuaian hasil
II. Panduan untuk penilaian penuaian hasil tanaman dari masa ke semasa
III. Panduan untuk menyediakan anggaran kos yang terlibat dalam penuaian hasil tanaman
IV. Panduan untuk memantau status pencapaian pelaksanaan penuaian hasil tanaman dari
masa ke semasa

A) I dan II C) I, II dan III


B) II dan III D) II, III dan IV
16. Bulatkan jawapan yang betul bagi tujuan merekod dan membuat laporan aktiviti penuaian
hasil
A) Untuk mengurangkan hasil penuaian
B) Untuk menyusun aktiviti penuaian hasil
C) Untuk menambahkan kos kerja penuaian
D) Untuk menilai pencapaian hasil berbanding unjuran hasil semasa

17.
1. Pengasingan hasil
2. Merawat hasil
3. Menyusun hasil
4. Pengredan hasil
5. Pembungkusan hasil
6. Bersih hasil

Pilih susunan langkah kerja pasca tuai yang betul :


A. 4, 6,5,,2,3,1
B. 1,2,3,4,5,6
C. 6,1,2,4,5,3
D. 1,6,2,4,5,3

18. Berikut merupakan aspek-aspek yang penting dalam membuat kerja pemantauan
pengumpulan hasil kecuali
A. Menilai keuntungan bersih
B. Memastikan kerja dibuat mengikut jadual
C. Menerima maklumat semasa daripada pengawas penuaian hasil
D. Memastikan kerja dibuat mengikut spesifikasi
19. Apakah maksud bagi pemasaran?
A. fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mengembangkan dan mengekalkan
pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan
B. fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan
mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan
perkhidmatan
C. fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan
mengekalkan kualiti dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan
perkhidmatan
D. fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mengembangkan dan mengekalkan
kuantiti dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan

Semakin tinggi harga suatu barang, semakin banyak jumlah


barang tersebut akan ditawarkan oleh para penjual.
Sebaliknya, makin rendah harga suatu barang, semakin
sedikit jumlah barang tersebut yang ditawarkan

20. Berdasarkan pernyataan definisi tersebut pilih yang bersesuaian :


A. Hukum permintaan
B. Keluk penawaran
C. Keluk permintaan
D. Hukum penawaran
21.

Kenalpasti Isu/ Masalah

Merancang Pengumpulan Maklumat

Mengumpul Maklumat

Kesimpulan (Menggunakan Maklumat)

Carta 1

Berdasarkan tepat kosong tersebut apakah proses tinjauan pasaran tersebut?

A. Mengenal pasti maklumat


B. Mengumpul penyelesaian masalah
C. Menganalisa maklumat
D. Menganalisa penyelesaian masalah

22. Berikut merupakan kepentingan menyelia kerja penyediaan kompos IMO kecuali
A. Memantau pekerja membuat kerja supaya tidak melakukan sebarang kesilapan yang
menjejaskan kelancaran kerja
B. memastikan proses pengeluaran atau penyediaan IMO berjalan lancar dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada.
C. Mengatasi masalah yang timbul sebaik mungkin dengan kadar segera supaya kerja
penanaman kembali ke landasan yang betul
D. Menjimatkan tenaga, masa dan kos
23. Antara berikut yang manakah aspek-aspek penting dalam membuat kerja pemantauan ?

a. Melihat perjalanan aktiviti kerja di tapak


b. Menerima maklumat sebulan sekali
c. Memastikan kerja dibuat mengikut spesifikasi
d. Memastikan kerja dibuat mengikut jadual
e. Memastikan kerja dibuat mengikut kehendak sendiri
f. Menilai peratusan pencapaian kerja

A. a-b-c-f-
B. b-d-e-f
C. a-c-d-f
D. a-b-c-e

24. Berikut merupakan jenis-jenis penanaman yang perlu diselia kecuali


A. Penuaian
B. Penggalian lubang tanaman
C. Pemilihan benih tanaman
D. Penanaman terus / pengubahan anak benih / penyulaman

25. Antara berikut yang manakah kaedah mengatasi masalah yang timbul?
A. Mencari solusi melalui media sosial
B. Merujuk kepada pihak atasan
C. Memarahi orang bawahan
D. Dengar masalah dan pandangan orang bawahan

26. Berikut merupakan jenis-jenis kesilapan dan kesalahan yang mungkin timbul semasa
kerja penyenggaraan infrastruktur ladang kecuali
A. Datang lewat
B. Kurang berhati-hati
C. Sentiasa menepati masa
D. Lambat menghantar tugasan kerja

27. Antara yang berikut bukan fungsi jentera untuk senggaraan infrastruktur ladang
A. Power sprayer - menyembur baja cecair
B. Drill - menebuk lubang
C. Chain saw - memotong kayu
D. Jengkaut - penyenggaraan jalan dan saliran
28. Ciri-ciri penyelia tanaman yang baik ialah
A. Kurang memberi penerangan dan tunjuk ajar pekerjaan kepada pekerja
B. Terlalu tegas semasa menjalankan tugas
C. Tempat rujukan pertama untuk mendapatkan maklumat tanaman
D. Kurang berdisiplin

29. Kepentingan merujuk manual dan jadual kerja penyenggaraan tanaman kecuali :
A. Mendapatkan bahan input yang diperlukan mengikut jenis dan kadar
B. Mengambarkan tindakan atau kaedah perlaksanaan kerja
C. Menyuburkan tanaman
D. Mendapatkan standard kualiti atau pencapaian (indikator) yang perlu dicapai

30. Berikut merupakan jenis rekod penyenggaraan tanaman kecuali :


A. Rekod kawalan perosak dan penyakit
B. Rekod permulihan tanah
C. Rekod perbelanjaan kos penanaman
D. Rekod pembajaan tanaman

31. Terdapat dua jenis kaedah pemantauan aktiviti penyenggaraan tanaman iaitu

i. Borang pemantauan
ii. Soal selidik
iii. Cara terus
iv. Penyelidikan

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

32. Berikut adalah jenis-jenis kerja di tapak semaian kecuali


A. Pengawalan rumpai
B. Kawalan perosak dan penyakit
C. Pengeluaran bahan tanaman
D. Mengumpul maklumat tentang jenis tanaman

33. Berikut bukan aspek-aspek yang penting dalam membuat kerja pemantauan ialah :
A. Mengenalpasti masalah yang timbul dan kaedah penyelesaian
B. Memberi komen yang negatif terhadap pekerja ladang
C. Memastikan kerja dibuat mengikut jadual
D. Menilai peratusan pencapaian kerja atau hasil
34. Mengapakah barang-barang yang hendak dilupuskan perlu dikumpulkan secara sistematik

dengan mewujudkan stor pelupusan dan mengasingkan peralatan mengikut spesifikasi

serta jenis peralatan tersebut?

I. Supaya dapat memudahkan pihak pengurusan memantau dan mengenalpasti


inventori yang terlibat dalam pelupusan.
II. Memudahkan pihak pembida mininjau peralatan yang dilupuskan secara lelong,
sebutharga atau lupus secara skrap.
III. Supaya dapat menjimatkan ruang stor/pejabat.
IV. Sebagai bukti aktiviti pelupusan dijalankan secara telus dan adil.

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. III dan IV

Kaedah pelupusan X dilaksanakan bagi asset yang tiada nilai jualan/nilai


sisa atau asset yag berunsur keselamatan.

35. X ialah kaedah pelupusan secara


A. Tukar barang
B. Tukar beli
C. Musnah secara tanam, bakar, buang, tenggelam
D. Pindahan

36. Kaedah tukar barang dilaksanakan berasaskan


A. Aset yng tidak mempunyai unsur keselamatan.
B. Pertukaran aset adalah berasaskan nilai terbaik.
C. Pertukaran aset berasaskan keperluan sebenar.
D. Nilai aset dianggarkan oleh pihak yang pakar dalam bidang berkenaan.
37.

Kumpul rekod Kenalpasti rekod Buat format Tulis laporan


pengeluaran pengeluaran laporan hasil pengeluaran.
hasil tanaman. hasil tanaman. tanaman.

Cetak dan hantar


laporan. Y

Carta 2

Carta 1 di diatas menunjukkan langkah kerja dalam penyediaan laporan hasil tanaman. Y
mewakili
A. Rekod hasil tanaman
B. Semak laporan
C. Rangka format laporan
D. Kumpul rekod pengeluaran tanaman

38. Berikut merupakan tujuan laporan prestasi, kecuali


A. Penilaian memberi maklumat boleh menjadi asas untuk keputusan kenaikan pangkat
dan gaji.
B. Memberi peluang untuk melakukan pembetulan terhadap sebarang kekurangan serta
memperkukuhkan perkara yang dibuat dengan betul.
C. Mengurangkan peningkatan prestasi organisasi.
D. Merupakan sebahagian daripada proses perancangan kerjaya berdasarkan pelan
menurut kekuatan dan kelemahan yang ditunjukkan.

39. Apakah peranan penyelia dalam penilaian prestasi pekerja?


A. Penyelia mesti arif tentang teknik yang asas, memahami dan mengelak masalah yang
boleh melemahkan penilaian.
B. Mengetahui cara menjalankan prestasi secara adil.
C. Mengetahui tentang prosedur penilaian dan alat penilaian yang sesuai digunakan.
D. Melakukan penilaian sewenang-wenangnya tanpa mengikut prosedur.
40. Berikut adalah tujuan pelupusan, KECUALI?
A. Menjimatkan ruang simpanan.
B. Menjimatkan kos pengeluaran.
C. Mendapat hasil pulangan yang terbaik.
D. Memastikan jabatan kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak
diperlukan.

41. Bekas input pertanian perlu dibilas sebanyak

A. 2 kali
B. 3 kali
C. 4 kali
D. 5 kali

42. Antara berikut yang manakah BUKAN kaedah pelupusan?


A. Tanam dalam tanah.
B. Bakar.
C. Hantar ke tapak pelupusan berdaftar.
D. Buang dalam sungai.

43. Apakah format laporan penyenggaraan?


i. Terlalu ringkas
ii. Padat
iii. Jelas
iv. Berbentuk angka

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv
44. Apakah punca enjin gagal dihidupkan?
A. Tiada bahan api dalam tangki.
B. Omboh (piston) haus.
C. Injap (valve) rosak/haus.
D. Minyak pelincir masuk ke ruangan pembakaran enjin.

45. Apakah punca enjin kurang bertenaga dan mengeluarkan asap hitam?
A. Starter rosak.
B. Bateri tiada kuasa.
C. Minyak pelincir masuk ke ruangan pembakaran enjin.
D. Tiada bahan api dalam tangki.

46. Berikut merupakan kaedah penghataran jentera untuk pembaikan di bengkel luar
KECUALI
A. Menggunakan trak penunda.
B. Tolak beramai-ramai.
C. Menggunakan lori.
D. Pemanduan sendiri jentera ke bengkel.

47. Apakah kepentingan penyenggaraan infrastruktur dan peralatan pertanian dilakukan


mengikut jadual yang ditetapkan?
A. Mengurangkan risiko kemalangan semasa kerja dijalankan.
B. Meminimumkan pengeluaran hasil ladang.
C. Meningkatkan kos pengurusan.
D. Mengurangkan kelancaran pengurusan aktiviti ladang.
48. Apakah jenis jadual yang biasa digunakan dalam membuat jadual kerja penyenggaraan
infrastruktur dan peralatan pertanian?

i. Jadual kerja menyiram


ii. Jadual kerja induk
iii. Jadual kerja khusus/spesifik
iv. Jadual kerja membaja

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv

49. Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah salah?


A. Antara ciri-ciri penyelia tanaman yang baik ialah seorang yang berlembut, bertolak
ansur dan sentiasa memberi cuti kepada pekerjanya.
B. Salah satu tujuan menyelia kerja penyediaan kawasan tanaman adalah untuk memberi
bimbingan dan dorongan kepada pekerja supaya dapat membuat kerja penyediaan
kawasan dengan cekap serta ikhlas.
C. Penyelia yang baik akan memberi peluang kepada stafnya bercakap tentang kerja dan
masalah mereka.
D. Kepentingan menyelia kerja penyediaan kawasan tanaman adalah untuk menjimatkan
tenaga, masa dan kos.

50. Berikut merupakan kesilapan yang berlaku dalam pekerjaan kecuali


A. Perancangan dibuat tergesa-gesa menyebabkan kerja penyediaan kawasan tidak teratur.
B. Keperluan kerja penyediaan kawasan seperti alatan, bahan, mesin dan jentera
mencukupi.
C. Kerja penyediaan kawasan dibuat tidak mengikut jadual.
D. Penyampaian dan penjelasan kerja kurang jelas sukar difahami menyebabkan pekerja
tidak tahu matlamat kerja yang perlu dicapai.
Manual penanaman ialah panduan kerja penanaman
dan pengeluaran tanaman yang dipersetujui untuk
digunasama dan didokumenkan dalam jadual yang
diformat khas.

51. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tujuan manual tanaman?


A. Meringkaskan maklumat kerja penanaman dan pengeluaran tanaman
B. Menentukan kerja yang patut didahulukan, serentak, yang susah dan sebagainya.
Misalnya kerja penanaman dibuat selepas kerja penyediaan kawasan siap
C. Memastikan kerja penanaman dan pengeluaran tanaman disiapkan mengikut masa
yang ditetapkan
D. Menjadi sumber rujukan utama yang mengandungi maklumat lengkap untuk
mengusaha tanaman

Serangga ini didapati berfaedah kerana


dapat mengawal masalah Ulat Pengorek
Buah Koko (UPBK) dan dikategorikan
sebagai agen kawalan biologi.

52. Serangga yang dimaksudkan oleh penyataan di atas adalah:


A. Koya (Planococcus sp.)
B. Semut hitam
C. Kepinding nyamuk (Helopeltis theivora)
D. Lalat buah

53. Berikut adalah kelemahan agen semulajadi kecuali:


A. Komuniti asal terjejas
B. Evolusi genetik tidak berlaku
C. Haiwan lain turut dimusnahkan
D. Masalah kepada manusia
54. Pemangsa cortesía plutella digunakan untuk mengawa
di kawasan penanaman.
A. Oxyopes Javanus
B. Telur pengorek batang
C. Larva Plutella Xylostella
D. Valanga Nigriconis

55. Ciri- ciri parasit ialah:


I. Mempunyai sayap dan sesungut yang lengkap untuk mencari mangsanya di celah-
celah tanaman.
II. Pembawa/penyebab kepada serangga perosak dimana ia berpunca daripada
beberapa sebab atau faktor penyakit.
III. Tabiatnya hanya memilih serangga-serangga yang tertentu pada longgokan telor,
larva dan dewasa.
IV. Ia mengeluarkan telur dan seterusnya menetas di dalam larva, telur dan badan
mangsanya.
A. I, II

B. I, II, III

C. I, III, IV

D. I, III, III, IV

56. Diagnostik didefinasikan sebagai proses punca atau penyebab kepada


sesuatu masalah tanaman. Ia dilakukan supaya tindakan untuk mengatasi punca masalah
dapat dilakukan.
A. Mengkaji

B. Meramal

C. Mengenalpasti

D. Menakul
57. Antara berikut yang manakah pernyataan betul mengenai klorosis?

A. Keadaan dimana warna hijau berubah menjadi pucat atau kekuningan.


B. Sel atau tisu yang diserang akan mati dan bertukar warna menjadi perang atau hitam
dan adakala dikelilingi dengan warna kuning.
C. Pokok terbantut kerana kekurangan baja atau air atau ada lapisan batu-batan.
D. Keadaan dimana bahagian tertentu menjadi bengkak/besar akibat pertumbuhan sel-
sel yang berlebihan atau kadar pembahagian sel tidak normal

58. Berikut adalah tujuan penyediaan dokumen untuk proses pelupusan, kecuali
A. Memastikan kesahihan dokumen asal pendaftaran inventori yang ingin dilupuskan
B. Kepatuhan terhadap prosedur pelupusan yang ditetapkan oeh pihak pengurusan
C. Bukti pelupusan dijalankan secara telus dan adil
D. Mengasingkan peralatan mengikut spesifikasi dan jenis peralatan

59. Berikut adalah peraturan pelupusan, kecuali


A. Perlantikan pegawai pemeriksa
B. Had nilai harga bagi item yang disyorkan lupus secara sebut harga
C. Memudahkan proses pelupusan dokumen
D. Pelanjutan tempoh pelupusan

60. Tiga langkah proses penilaian prestasi ialah


I Mentakrif kerja
II Menilai prestasi
III Memberi respon atau maklum balas
IV Mengorganisasi aktiviti mengikut kumpulan
A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, III, IV
D. II, III, IV

Anda mungkin juga menyukai