Anda di halaman 1dari 18

8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
ARAS 7 & 8 BLOK D4 PARCEL D
62530 PUTRAJAYA

KOD DAN NAMA PUSAT BERTAULIAH

PENILAIAN PENGETAHUAN AKHIR

KOD UNIT KOMPETENSI ME-020-3:2012

NAMA UNIT KOMPETENSI Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

NAMA CALON

NO KAD PENGENALAN

MASA 1 JAM 30 MINIT

TARIKH

MARKAH

Arahan kepada calon:

1. Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan calon pada ruangan yang disediakan;
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan;
3. Calon hendaklah menjawab semua soalan;
4. Dilarang membawa nota dan sebarang bahan rujukan kecuali yang dibenarkan;
5. Dilarang meniru semasa penilaian; dan
6. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari bilik peperiksaan.

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI MUKA SURAT BERCETAK.

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 1/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

1. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk notis penamatan kontrak?

A. Jika tempoh bekerja 2-5 tahun tempoh notis adalah 4 minggu.


B. Jika tempoh bekerja 2-5 tahun tempoh notis adalah 6 minggu.
C. Jika tempoh bekerja 2-5 tahun tempoh notis adalah 8 minggu.
D. Jika tempoh bekerja 2-5 tahun tempoh notis adalah 10 minggu.

2. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Osha) ditubuhkan bagi melindungi pekerja.

Berdasarkan pernyataan di atas, bilakah akta tersebut ditubuhkan?

A. 1967
B. 1968
C. 1970
D. 1975

3. Apakah kelebihan menggunakan persembahan slaid(slide show) bagi menyelesaikan masalah


perbincangan dengan pelanggan?

I. Lebih selamat
II. Cepat dan murah
III. Kemas dan menarik
IV. Banyak maklumat dapat dimasukkan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4. Bagaimanakah cara melakukan teknik komunikasi bebas bagi menjana maklumat dan
percambahan idea kepada pelanggan?

A. Guna proses ‘senyap’ apabila sesuai.


B. Gunakan proses ‘agenda tersembunyi’.
C. Gunakan prosedur ‘mesyuarat berdiri’.
D. Guna prosedur "brains-torming” apabila perlu.

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 2/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

5. Siapakah yang bertanggungjawab mengendalikan unit chiller?

A. Jurutera
B. Penyelia
C. Penjaga jentera elektrik
D. Juruteknik penyaman udara

6. Namakan jenis perisian yang digunakan untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang
disertakan dalam dokumen sebut harga?

A. MS Dos
B. Autocad
C. Microsoft Word
D. Microsoft Excell

7. Apakah susunan prosuder 5S bagi penyimpanan stok tatacara pengurusan?

A. Sisih, Selerak, Seragam, Susun, Sapu


B. Sisih, Sapu, Sampah, Susun, Seragam
C. Sisih, Sapu, Sampah, Susun, Sentiasa amal
D. Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal

8. Nyatakan jarak alat pemadam api dengan lantai?

A. 4 kaki 6 inci
B. 4 kaki 3 inci
C. 3 kaki 6 inci
D. 3 kaki 3 inci

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 3/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

Rajah 5S

9. Merujuk Rajah 5S diatas, apakah aliran B?

A. Sisih
B. Susun
C. Singkir
D. Seragam

10. Antara berikut, manakah langkah yang baik dalam menguruskan dokumen teknikal?

A. Simpan di dalam almari khas di bilik pengurus.


B. Letakkan dokumen yang berkaitan di lokasi peralatan.
C. Pastikan dokumen dijilid dan simpan di tempat yang sesuai.
D. Ubah dokumen ke dalam bentuk softcopy dan sebarkan kepada semua.

11. Seorang pelanggan memerlukan khidmat rundingan anda tentang perlaksanaan satu projek.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang perlu dilakukan?

A. Meminta pelanggan menetapkan tarikh temujanji.


B. Meminta pelanggan merujuk laman web syarikat/individu.
C. Membuat rundingan awal dengan pelanggan pada masa itu juga.
D. Tetapkan tarikh temujanji supaya anda dapat buat persiapan awal.

12. Nyatakan maksud paras stok yang perlu di simpan pada satu masa.

I. Paras menokok stok.


II. Paras stok minimum.
III. Paras stok stor pusat.
IV. Paras stok maksimum.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 4/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

13. Siapakah yang bertanggungjawab bagi mengesahkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem


penyaman udara?

A. Kerani tadbir
B. Pegawai tadbir
C. Jurutera awam
D. Juruteknik penyaman udara

14. Apakah perkara yang perlu diambil perhatian semasa menyambut dan melayani pelanggan?

I. Menerima pelanggan dengan mesra.


II. Bersikap kurang sopan terhadap pelanggan.
III. Bercakap dengan sopan dan memandang kepada pelanggan.
IV. Memberi ucapan selamat sebagai mengalu-alukan kedatangan pelanggan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

15. Apakah yang bakal berlaku jika tidak memakai sarung tangan semasa membuka hos pada servis
valve bertekanan tinggi di pemampat selepas unit beroperasi?

A. Frost can
B. Frost bite
C. Frost tube
D. Frost selinder

16. Apakah yang dimaksudkan dengan material planning?

A. Satu tindakan untuk mengawal penggunaan bahan mentah.


B. Perancangan untuk menyimpan bekalan bahan mentah yang diterima.
C. Perancangan pihak kontraktor untuk menyusun jadual kerja-kerja pembinaan.
D. Satu tindakan merancang, menyusun berhubung kepada harga dan pembelian bahan mentah.

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 5/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

17. Bagaimanakah cara menangani masalah salahlaku yang pertama kali dilakukan oleh pekerja?

A. Beri surat amaran.


B. Beri latihan yang berkaitan.
C. Berhentikan pekerja tanpa periksa.
D. Sentiasa memantau perilaku pekerja.

18. Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak majikan bagi tujuan meningkatkan kerjaya?

A. Luaran
B. Dalaman
C. Luaran dan dalaman
D. Kerja sama dengan industri

19. Nyatakan perkara yang perlu diberikan perhatian selepas melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan pada bilah kipas pendesak.

A. Bilah kipas dicat dengan cat tahan karat.


B. Habuk dan karat telah dibersihkan sepenuhnya.
C. Bilah kipas pendesak diikat kuat pada aci motor kipas.
D. Pengimbang pada bilah kipas pendesak mesti berada di tempatnya.

Rajah Langkah Sebelum Selenggara

20. Berdasarkan rajah di atas, apakah langkah kerja berlabel Y?

A. Tutup punca bekalan.


B. Letakkan tanda amaran.
C. Laporkan Tenaga Nasional Berhad.
D. Minta semua beredar dari kawasan kerja.

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 6/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

21. Senaraikan pelindung Keselamatan/sikap yang berada dalam stor kimia dan bahan mudah
terbakar.

I. Lampu
II. Pelindung diri
III. Peti kecemasan
IV. Alat pencegah kebakaran

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

22. Apakah dokumen yang perlu dilengkapkan setelah selesai melakukan kerja pembaikan?

A. Laporan tugasan
B. Laporan kehadiran
C. Laporan kerosakan
D. Laporan pembaikan

23. Bilakah paras stok perlu disemak dan dikira semula?

I. Pesanan baru.
II. Pesanan berlebihan.
III. Keluar kurang dari 4 pusingan.
IV. Berlaku perubahan tempoh serahan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

24. Siapakah yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penukaran penyaring air pada unit
menara pendingin?

A. Juruteknik awam
B. Juruteknik elektrikal
C. Juruteknik mekanikal
D. Juruteknik penyaman udara

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 7/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

25. Encik Ishak telah dinaikkan pangkat kepada Pengurus Latihan di Jabatan Sumber Manusia.
Tugasan pertama beliau ialah merancang latihan untuk kakitangan.

Susunkan langkah perancangan di atas mengikut turutan yang betul.


I. Tentukan objektif latihan.
II. Tentukan jangkamasa latihan.
III. Bentuk polisi dan prosedur latihan.
IV. Tentukan sasaran untuk setiap pekerja.

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. I, IV, III, II
D. III, II, IV, I

26. Apakah yang dimaksudkan dengan Polisi Jaminan?

A. Kenyataan lisan jaminan penjual kepada pembeli.


B. Piagam pelanggan yang dipamerkan untuk perhatian pembeli.
C. Panduan bagaimana mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.
D. Kenyataan bertulis di sebalik produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

27. Apakah prosedur penyimpanan stok yang dijalankan mengikut tatacara pengurusan?

A. 3S
B. 4S
C. 5S
D. 6S

28. • Tulis seberapa ringkas yang boleh.• Ringkas tetapi padat, merangkumi semua perkara yang
perlu.

Berdasarkan pada pernyataan di atas, apakah maksud perkara tersebut?

A. Jelas (clear) - mengenai kualiti sesuatu laporan melalui prinsip 5C+1P.B.


B. Padat (concise) - mengenai kualiti sesuatu laporan melalui prinsip 5C+1P.
C. Betul/Tepat (correct/acurate)- mengenai kualiti sesuatu laporan melalui prinsip 5C+1P.
D. Lengkap (complete/comprehensive) - mengenai kualiti sesuatu laporan melalui prinsip 5C+1P.

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 8/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

29. Apakah yang perlu dilakukan apabila pelanggan meminta anda membuat penilaian harga bagi
pemasangan sebuah unit penyaman udara?

I. Menentukan jenis unit yang sesuai mengikut keperluan pelanggan.


II. Menghubungi pembekal dan minta pembekal buat penilaian harga.
III. Menyenaraikan keperluan bahan dan peralatan yang akan digunakan.
IV. Membuat pengiraan untuk memastikan kekuatan unit penyaman udara memenuhi keperluan
pelanggan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

30. Sebagai sebuah syarikat anda dikehendaki menyediakan senarai semak bagi komponen-
komponen yang perlu diselenggara ke atas Air Handling Unit (AHU) .

Nyatakan komponen-komponen yang perlu ada dalam senarai semak tersebut.


I. Air filter
II. Bearing pump
III. Tali sawat motor
IV. Minyak pemampat

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

31. Senaraikan kaedah pelupusan berdasarkan tatacara pengurusan kerajaan.

I. Jualan runcit
II. Jualan lelong
III. Dimusnahkan
IV. Jualan sendiri

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 9/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

32. Apakah yang perlu dipatuhi semasa melakukan pemasangan atau penyelenggaraan di rumah
pelanggan?

I. Makan dan minum semasa bekerja.


II. Jangan bergurau semasa melakukan kerja.
III. Pakai peralatan keselamatan seperti goggle dan sarung tangan.
IV. Melindungi peralatan rumah pelanggan dari kotoran semasa kerja dilakukan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

33. Anda diarahkan oleh majikan untuk memasang unit penyaman udara di rumah seorang
pelanggan. Anda dapati sebuah kenderaan berada hampir dengan tempat pemasangan outdoor
unit.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah langkah terbaik yang perlu anda lakukan bagi
memudahkan kerja-kerja pemasangan?

A. Maklumkan kepada majikan.


B. Beredar pergi dari lokasi pemasangan.
C. Maklumkan pada pelanggan agar kenderaan dialihkan.
D. Tangguh kerja pemasangan sehingga kenderaan dialihkan.

34. Senarai tugasan-tugasan yang telah dibuat pengkelasan/ pengasingan dengan anggaran
sumber-sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tugas tersebut?

A. Work Processer
B. Work organizer
C. Work breakdown
D. Work Breakdown Statement

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 10/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

35. Berapakah anggaran tempoh masa yang diperlukan bagi kerja pemasangan sebuah unit
penyaman udara split unit berkeupayaan 1 hp?

A. 3-5 jam
B. 6-8 jam
C. 9-11 jam
D. 12-14 jam

Rajah Turutan Kerja

36. Berdasarkan rajah di atas, apakah langkah kerja seterusnya pada bahagian berlabel B?

A. Tukar alat ganti.


B. Lapor pada majikan.
C. Lapor pada pelanggan.
D. Baiki alat/komponen yang rosak

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 11/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

37. Setiap unit penyaman udara mempunyai berlainan keupayaan walaupun mempunyai kapasiti
yang sama, ini disebabkan syarikat pengeluarnya adalah berbeza.

Apakah cadangan yang perlu diberi jika pelanggan ingin membeli unit penyaman udara mengikut
jenama berdasarkan pernyataan di atas?

A. Saiz unit.
B. Berat unit.
C. Keupayaan unit.
D. Jaminan dari pengilang.

38. Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan nilai haba lampau?

A. Mendapatkan nilai suhu bahagian keluar penyejat dan suhu penyejat.


B. Mendapatkan nilai haba bahagian keluar penyejat dan haba penyejat.
C. Mendapatkan nilai suhu bahagian keluar pemeluwap dan suhu pemeluwap.
D. Mendapatkan nilai haba bahagian keluar pemeluwap dan haba pemeluwap.

39. Merujuk kepada Arahan Keselamatan Kerajaan Malaysia, dimanakah lokasi penyimpanan
dokumen kewangan yang dikategorikan sebagai Sulit?

A. Peti besi
B. Kabinet keluli
C. Kabinet keluli berkunci
D. Kabinet keluli yang berpalang besi berkunci

Rajah Perjalanan Projek

40. Berdasarkan rajah di atas, apakah proses yang berlabel A?

A. Simulasi
B. Penilaian
C. Rekabentuk
D. Persembahan

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 12/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

41. Apakah yang perlu dilakukan oleh juruteknik sekiranya pelanggan memberitahu unit penyaman
udara yang dipasang menghasilkan bunyi terlalu bising?

A. Minta pelanggan bertenang dan bersabar.


B. Minta pelanggan menghubungi sendiri kilang yang mengeluarkan unit tersebut.
C. Minta pelanggan menghantar sendiri unit tersebut kepada juruteknik yang bertanggungjawab.
D. Minta pelanggan tetapkan satu tarikh temujanji untuk membolehkan kerja pembaikan dapat
dilakukan.

42. Sebagai juruteknik mahir, anda diarahkan oleh majikan untuk mencari punca kerosakan unit
penyaman udara. Pilih tiga (3) langkah persediaan kerja berdasarkan pernyataan di atas.

I. Buat pesanan bahan dari pembekal.


II. Persediaan barang yang diperlukan.
III. Persediaan bahan sebagai langkah awal.
IV. Pastikan jumlah pekerja yang terlibat mencukupi.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

43. Apakah maksud pengurusan kawalan stok?

A. Memastikan senarai stok mengikut standard.


B. Menyediakan senarai stok yang terdapat dalam kawalannya.
C. Menyediakan senarai stok kepada pelanggan pada setiap masa.
D. Memastikan stok dapat disediakan kepada pelanggan pada setiap masa.

Rajah Langkah Mengecas Bahan Pendingin

44. Berdasarkan rajah di atas, apakah langkah kerja pada bahagian berlabel A?

A. Uji keterusan.
B. Uji voltan bekalan.
C. Uji kalis kebocoran.
D. Uji ketahanan perpaipan.

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 13/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

45. Sarankan dua (2) kaedah yang paling efisen bagi menangani aduan masalah yang dihadapi oleh
pelangan.

I. Menyediakan perkhidmatan yang mudah diperoleh & pelanggan tidak perlu tunggu lama.
II. Menyampaikan perkhidmatan dan maklumat yang tepat & betul (tidak menyusahkan
pelanggan).
III. Menyediakan tempat & ruang untuk keselesaan pelanggan yang berurusan (seperti ruang
menunggu).
IV. Memastikan pegawai/kakitangan adalah kompeten & berpengetahuan mengenai tugas yang
dilaksanakan.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

46. Semua data dan rekod berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja perlu disimpan dengan baik
oleh pihak majikan.

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah data dan rekod yang tidak diperlukan?

A. Borang aduan
B. Tuntutan dan pampasan
C. Rekod akaun simpanan peribadi
D. Notis dan saman daripada pihak penguatkuasa

47. Apakah fungsi Jaminan (warranty)?

I. Alat pemasaran
II. Melindungi penjual
III. Melindungi pengguna
IV. Penghargaan kepada pelanggan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 14/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

48. Antara berikut, manakah ciri seorang pekerja yang baik semasa menjalankan kerja pemasangan
unit penyaman udara di rumah pelanggan?

A. Meminta kebenaran sebelum memulakan kerja.


B. Meminta bayaran upah sebelum memulakan kerja.
C. Meminta pelanggan menyediakan peralatan kerja tambahan.
D. Meminta pelanggan turut sama membantu dalam kerja pemasangan.

49. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pembekal supaya hak pengguna tidak dinafikan?

A. Dokumen jaminan (warranty)


B. Dokumen pembelian (purchase)
C. Dokumen pembayaran (payment)
D. Dokumen pengeluaran (expenditure)

50. Berikan kod bahan pendingin alternatif yang selamat pada persekitaran bagi menggantikan R22.

A. R12
B. R410a
C. R407c
D. R417a

51. Apakah perisian yang digunakan bagi menghasilkan rangka kerja penyelenggaraan sistem
penyaman udara?

A. Microsoft Visio
B. Microsoft Project
C. Microsoft Office Word
D. Microsoft Office Excel

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 15/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

Rajah Bahan Berasid

52. Nyatakan langkah perlu dilakukan semasa mengendali stok barang yang mempunyai simbol di
atas.

A. Simpan di ruang sempit.


B. Simpan di ruang lapang.
C. Simpan di ruang tertutup.
D. Simpan di ruang berpagar.

53. Apakah sikap yang perlu ada pada seorang penyelia projek?

I. Adil
II. Pemurah
III. Pembimbing
IV. Kasih Sayang

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 16/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

54. Pelanggan perlu merasa difahami dan dihargai. Isyarat bukan lisan boleh memberi petunjuk
kepada tahap kepentingan bahawa penasihat perkhidmatan pelanggan mungkin mempunyai atau
tidak atau pertanyaan beliau. Sebagai contoh, bunyi pernafasan halus boleh memberikan
pemanggil petunjuk sama ada kepentingan yang berharga pergi.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah proses tersebut?

A. Proses terbaik memerangkap pelanggan.


B. Proses terbaik mengambil hati pelanggan.
C. Proses ketersediaan menghadapi pelanggan.
D. Proses terbaik mengendalikan aduan pelanggan.

55. Nyatakan langkah yang dilakukan bagi stok yang disimpan di stor simpanan.

I. Membungkus
II. Menyediakan
III. Menyelenggar
IV. Mengendalikan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

56. Apakah piagam pelanggan yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja supaya pelanggan merasa
sentiasa dihargai?

I. Mempromosikan syarikaat kepada pelanggan.


II. Mengenalpasti pelanggan dan kehendak mereka.
III. Menentukan standard pengeluaran atau perkhidmatan.
IV. Mengenalpasti keluaran atau perkhidmatan utama Jabatan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 17/18
8/20/2020 Set Soalan: ME-020-3:2012 Set A_

57. Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan projek yang dilaksanakan menepati spesifikasi
yang ditetapkan?

A. Melaksankan projek dengan kadar segera.


B. Mendapatkan tenaga buruh mahir dalam melakukan projek.
C. Melaksanakan projek dengan mengikut kehendak lisan pelanggan.
D. Melakukan pelan perjalanan kerja (paper work) sebelum projek dilaksanakan.

58. Mengapakah penyelia perlu membuat jadual penugasan untuk juruteknik?

I. Pembahagian tugas.
II. Pembahagian lokasi kerja.
III. Menetapkan waktu berkerja.
IV. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

59. Apakah maksud katalog bagi tatacara pengurusan?

A. Jenis barang baru.


B. Jenis bahan biasa.
C. Senarai bahan biasa.
D. Senarai barang biasa.

60. Selain daripada bahan mudah terbakar, nyatakan bahan yang harus dilabelkan.

A. Bahan cat
B. Bahan kayu
C. Bahan kimia
D. Bahan sabun

eqb2.jpkwsn.com/sistem.php 18/18

Anda mungkin juga menyukai