Anda di halaman 1dari 5

I. Ukur tiub kuprum yang perlu untuk dipotong dengan bantuan pembaris keluli atau pita.

II. Letakkan tiub tembaga di dalam panduan V pemotong tiub.


III. Letakkan pinggir pemotong pada takat yang diukur untuk dipotong.
IV. Ketatkan skru supaya pinggir pemotongan mendapat tekanan yang sesuai terhadap tiub
kuprum.
V. Putarkan pemotongan secara perlahan–lahan disekeliling tiub kuprum agar pinggir
pemotong dapat dimasukkan ke dalam tiub kuprum secara perlahan–lahan. (yang mana
memungkinkan pemotongan gelang yang boleh dilihat disekeliling tiub).
VI. Gunakan tekanan dengan skru ibu jari melalui pemutarannya ke dalam tiub dan berikan
satu putaran kepada perkakas pemotongan.
VII. Ulang proses ini berkali–kali sehingga tiub itu dipotong.
VIII. Lulas dan kikir pinggir tiub kuprum yang dipotong. Letakkan tiub kuprum ke bawah
semasa melulas tiub tersebut agar kepingan logam yang halus tidak tertinggal di dalam
tiub.
IX. Ukur garis pusat sebelah dalam bagi tiub kuprum dengan angkup sebelah dalam.
X. Ukur garisan pusat sebelah luar tiub kuprum dengan micrometer.
XI. Semasa memutar alat pemotong ke sekeliling tiub, ia hendaklah diputar dengan perlahan–
lahan untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan yang boleh menyebabkan tiub menjadi
keras.
XII. Semasa memotong tiub di atas satu unit penyejukan, hujung tiub itu mestilah ditutup
selepas dipotong untuk melindunginya dari kekotoran dan lembapan serta lain–lain lagi.
I. Setelah tiub kuprum dipotong mengikut saiz yang diperlukan, maka tiub itu perlu
dibengkokan pula di atas perkakas pembengkokan jenis tuil.
II. Tanggalkan nat, ubah bol, sesuaikan tiub di dalam alur bagi kedua–dua belah atas dan
bawah, ketatkan nat dan bol untuk mengunci tiub dalam tuil.
III. Pegang tiub dengan pengapit pemegang.
IV. Pegang tiub kuprum di dalam perkakas pembengkokan dengan tangan anda dan
bengkokan kepada bentuk 90 darjah melalui pemutaran rod tuil.
V. Bengkokan tiub melalui pemutaran rod tuil sehingga 180 darjah.
I. Tiub kuprum yang hendak dikembang dipotong mengikut saiz dan ianya diletakkan di
dalam blok pengembangan. Tiub tersebut hendaklah ditegakkan kepada ketinggian lebih
kurang 1.5 mm
II. Klem diikat kuat untuk mengunci tiub.
III. Pilih kuk kepada mengikut saiz yang hendak dikembangkan.
IV. Letakkan kuk kepada blok pengembang dan periksa pemotong dan ianya mestilah 45°.
V. Letak sedikit minyak pelincir ke atas kon dan letakkan kon itu ke atas mulut tiub.
VI. Ketatkan kon melalui skru pemegang ke dalam mulut tiub kuprum.
VII. Kembangan dibuat ke atas tiub melalui pengetatan skru secara perlahan–lahan dengan
memutar pemegang.
VIII. Tanggalkan skru pemegang dan buka kunci tiub.
IX. Kembangan sudah sedia untuk digunakan.
X. Periksa kecacatan pengembangan jika ada.
I. Letakkan tiub kuprum yang telah dikembangkan secara betul di dalam blok
pengembangan selepas kendalian kembangan telah dilakukan dan pegang blok tersebut di
dalam meja ragum.
II. Bubuh minyak pada ketukan.
III. Masukan pengetuk dengan tekanan yang kuat melalui bantuan tukul dengan memberikan
daya secara perlahan–lahan dan ketukan sehingga pada suatu dalam lebih kurang
bersamaan dengan garisan pusat tiub dan dicampur dengan 2 mm.
IV. Sekarang secara perlahan–lahan ketuk penumbuk lebih sedikit dan ubah penumbuk itu
secara perlahan–lahan dengan daya yang sedikit.
V. Keseluruhan kendalian menggerumit telah pun lengkap dan oleh itu ubah tiub bagi
kegunaan seterusnya.
I. Bersihkan permukaan tiub yang hendak dipateri dengan bantuan kertas pasir.
II. Bubuhkan bahan pembersihan untuk membersihkan secara kimia (akan menghilangkan
oksida yang terbentuk di permukaan).
III. Sediakan suatu daya untuk mengapit antara bahagian–bahagian yang hendak dipateri.
IV. Pegang rod pateri pada satu belah tangan dan lampu tiub pada sebelah tangan yang lain.
Panaskan kedua–dua tiub dengan bantuan satu lampu tiub secara sama rata bagi semua
bahagian.
V. Bubuhkan bahan paterian yang terbentuk satu rod. Rod ini disebut sebagai rod mudah
pateri diperbuat dari tembaga dan plumbum.
VI. Masukkan bahan paterian dengan mencairkannya ke atas pemasangan sehingga cantuman
tercapai.

Anda mungkin juga menyukai