Anda di halaman 1dari 4

MATA PELAJARAN : PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

TINGKATAN : 2

KOMPONEN KETERANGAN
Panitia Pendidikan Asas Vokasional – Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara
Tarikh 20 April 2014 ~ 24 Julai 2014 (12 Minggu)
Lokasi latihan Bengkel PPU, SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan
Nama Guru Mohd Syariz Bin Jamal Abdul Nasir
Bilangan Murid 31 orang murid
Tingkatan 2 PAV

Tajuk Modul/Mata Pelajaran:


Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Standard Kandungan:
2. Pengendalian Bahan Pendingin

Standard Pembelajaran:
2.1 Melakukan kerja menservis sistem
2.2 Melakukan tebus guna dalam kerja menservis
2.3 Menyediakan rekod pengendalian bahan pendingin

Objektif latihan Murid dapat:


2.1.1 Melakukan kerja menservis mengikut prosedur yang betul.
2.2.1 Melakukan tebus guna dalam kerja menservis mengikut prosedur
yang betul.
2.3.1 Melakukan tebus guna dan menyimpan bahan pendingin dengan betul
tanpa melepaskan ke atmosfera semasa kerja menservis.

Pengenalan:
 Pengenalan 2.1 Melakukan kerja menservis sistem
gambaran
latihan yang 2.1.1 Guru menerangkan dan mendemonstrasikan kerja menservis sistem
ingin di ajar dengan kaedah pengasingan, pump down dan tebus guna.
2.1.2 Guru menerangkan mengenai kendalian asas sistem penyejukan dan
penyamanan udara.
2.1.3 Guru mendemonstrasikan kaedah menservis sistem penyejukan dan
penyaman udara tanpa pelepasan bahan pendingin ke atmosfera.
2.1.4 Guru menunjukkan pendekatan untuk mengurangkan pelepasan
bahan pendingin ke atmosfera menggunakan unit tebus guna.

2.2 Melakukan tebus guna dalam kerja menservis

2.2.1 Guru menerangkan amalan menservis menggunakan unit tebus guna.


2.2.2 Guru menerangkan dan mendemonstrasikan kendalian, operasi dan
keselamatan unit tebus guna dengan kaedah cecair atau gas.
KOMPONEN KETERANGAN

2.2.3 Guru menunjukkan kaedah penyimpanan bahan pendingin (recovery,


recycle, reclaim).
2.2.4 Guru menerangkan maklumat asas dan menunjukkan jenis-jenis
bahan pendingin.
2.2.5 Guru menerangkan mengenai keselamatan bahan pendingin serta
kesan pelepasannya kepada atmosfera.
2.2.6 Guru menerangkan mengenai maklumat asas minyak bahan
pendingin dan proses pelupusannya.
2.2.7 Guru menerangkan mengenai peraturan penggunaan bahan
pendingin serta proses pelupusannya.
2.2.8 Guru menerangkan mengenai tekanan tinggi dan tekanan rendah
pada unit tebus guna.
2.2.9 Guru menerangkan mengenai kapasiti dan keselamatan silinder
penyimpanan bahan pendingin.

2.3 Menyediakan rekod pengendalian bahan pendingin

2.3.1 Guru menerangkan mengenai kuantiti dan kualiti bahan pendingin


(baharu atau guna semula) serta kuantiti semasa pemindahan bahan
pendingin dalam sistem.
2.3.2 Guru menunjukkan keputusan analisa bahan pendingin jenis guna
semula.
2.3.3 Guru menunjukkan keputusan ujian berkala bahan pendingin.
2.3.4 Guru menerangkan mengenai sumber bahan pendingin jenis guna
semula dan tempoh masa bahan pendingin tidak digunakan.
2.3.5 Guru mendemonstrasikan kaedah menggantikan komponen dalam
sistem.

 Langkah Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjuk cara ini, murid akan


pengajaran mengetahui cara meminimumkan pelepasan bahan pendingin ke atmosfera
seterusnya semasa kerja-kerja memasang, menservis dan membaik pulih sistem
penyejukan dan penyaman udara semasa mengendalikan bahan pendingin
dengan menggunakan unit tebus guna serta menyediakan dan merekodkan
pengendalian bahan pendingin dengan betul dan selamat.

 Contoh Produk yang dihasilkan ialah lukisan rajah pemindahan bahan pendingin
produk yang dengan menggunakan unit tebus guna, borang rekod penggunaan bahan
akan pendingin, borang rekod kerja mengecas dan menambah bahan pendingin.
dihasilkan

 Pengetahuan Murid pernah melihat kaedah pengendalian bahan pendingin serta mesin
sedia murid tebus guna di bengkel-bengkel atau kedai-kedai penyaman udara serta
tentang mengetahui keburukan pemasan global dan penipisan ozon dalam
tugasan ini atmosfera.
KOMPONEN KETERANGAN

Isi: Guru membuat demontrasi kepada murid dengan:


Kemahiran yang
ditunjukkan 1. Menservis sistem dengan kaedah pengasingan, pump down dan tebus
kepada murid guna.
2. Menservis sistem penyejukan dan penyaman udara tanpa pelepasan
bahan pendingin ke atmosfera.
3. Mengendali unit tebus guna dengan kaedah penyimpanan bahan
pendingin (recovery, recycle, reclaim).
4. Membuat analisa bahan pendingin jenis guna semula.
5. Membuat ujian berkala bahan pendingin.
6. Menggantikan komponen dalam sistem.
7. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

Pentaksiran: 1. Kertas Tugasan [ME-020-2:2012/C02/T(1/3 ~ 3/3)]


2. Kertas Kerja [ME-020-2:2012/C02/K(1/3 ~ 3/3)]
3. Kertas Penilaian Prestasi [ME-020-2:2012/C02/PA]
4. Kertas Penilaian Pengetahuan [ME-020-2:2012/C02/KA]

Kaedah Latihan Kaedah latihan:


 Tugas Guru: Membuat penerangan dan demontrasi kepada murid.
 Tugas Murid: Membuat lukisan rajah pemindahan bahan pendingin
dengan menggunakan unit tebus guna, mengisi borang rekod
penggunaan bahan pendingin, mengisi borang rekod kerja mengecas
dan menambah bahan pendingin.

Kesimpulan Murid diharapkan berjaya meminimumkan pelepasan bahan pendingin ke


atmosfera semasa kerja-kerja memasang, menservis dan membaik pulih
sistem penyejukan dan penyaman udara semasa mengendalikan bahan
pendingin dengan menggunakan unit tebus guna serta menyediakan dan
merekodkan pengendalian bahan pendingin dengan betul dan selamat.

Bahan Sumber Bahan sebenar:


1. Peralatan melukis (pensil, pemadam, pembaris dan sesiku)
2. Peralatan menulis (pen dan sebagainya)
3. Tolok pancarongga
4. Unit tebus guna
5. Unit penyamanan udara pisah
6. Unit peti sejuk
7. Tolok pancarongga
8. Selinder servis
9. Bahan pendingin (R-12, R-22, R-134, R-410 dan lain-lain)
10. Alat tangan (allen key, sepana boleh laras dan lain-lain)
11. Alat timbang.

Anda mungkin juga menyukai