Artist: Pelangi
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
(Korus)
*Aku takkan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
Setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
Dan suatu ketika
Akan ketara jua
Lagu 2
LILIN SEORANG GURU (In-Team)
Pernah
Langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang yang kerdipnya
Menjadikan arah kukeliru
Ke timur atau ke barat
Namun
Tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu-persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Semalam
Kulihat dia
Dibibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
*GURU
KAU BAGAIKAN LILIN
YANG MENERANGI KEGELAPAN HATIKU