Anda di halaman 1dari 4

MATA PELAJARAN : PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

TINGKATAN : 2

KOMPONEN KETERANGAN
Panitia Pendidikan Asas Vokasional – Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara
Tarikh 5 Januari 2014 ~ 17 April 2014 (14 Minggu)
Lokasi latihan Bengkel PPU, SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan
Nama Guru Mohd Syariz Bin Jamal Abdul Nasir
Bilangan Murid 31 orang murid
Tingkatan 2 PAV

Tajuk Modul/Mata Pelajaran:


Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara

Standard Kandungan:
1. Penilaian Risiko Dan Bahaya Semasa Pemasangan

Standard Pembelajaran:
1.1 Mengenal pasti prosedur yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan kerja
1.2 Menilai risiko dan bahaya yang mungkin berlaku
1.3 Menilai risiko dan bahaya untuk menentukan sama ada langkah
berjaga-jaga yang sedia ada mencukupi atau perlu penambahbaikan
1.4 Mengamalkan langkah keselamatan yang diperlukan untuk
menghindarkan risiko dan bahaya

Objektif latihan Murid dapat:


1.1.1 Menyiapkan kerja yang khusus mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
1.2.1 Mengelakkan risiko dan bahaya mengikut prosedur keselamatan yang
telah ditetapkan.
1.3.1 Menentukan tahap risiko dan bahaya mengikut prosedur yang
ditetapkan.
1.4.1 Mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk menghindarkan risiko dan
bahaya yang telah dikenal pasti.
1.4.2 Melakukan kerja menservis dengan selamat berdasarkan peraturan
keselamatan.

Pengenalan:
 Pengenalan 1.1 Mengenal pasti prosedur yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan
gambaran kerja
latihan yang
ingin di ajar 1.1.1 Guru memperkenalkan peralatan yang digunakan untuk kerja
pemasangan, pengoperasian, penyelenggaraan dan menservis.
1.1.2 Guru menunjukkan kaedah menggunakan peralatan untuk kerja
pemasangan, pengoperasian, penyelenggaraan dan menservis.
1.1.3 Guru menunjukkan kaedah menservis/menyenggara peralatan kerja
pemasangan, pengoperasian, penyelenggaraan dan menservis.
KOMPONEN KETERANGAN

1.2 Menilai risiko dan bahaya yang mungkin berlaku

1.2.1 Guru menerangkan bahaya dan kemalangan di tempat kerja.


1.2.2 Guru menunjukkan ciri-ciri pakaian keselamatan untuk sesuatu kerja.
1.2.3 Guru menerangkan mengenai Jadual Data Keselamatan.
1.2.4 Guru menerangkan dan menunjukkan langkah untuk menghapuskan
dan mengurangkan risiko.
1.2.5 Guru menerangkan dan menunjukkan faktor-faktor risiko berlakunya
kemalangan.

1.3 Menilai risiko dan bahaya untuk menentukan sama ada langkah
berjaga-jaga yang sedia ada mencukupi atau perlu
penambahbaikan

1.3.1 Guru menerangkan mengenai ringkasan anggaran risiko.


1.3.2 Guru menunjukkan prosedur penilaian risiko.
1.3.3 Guru menerangkan dan menunjukkan kegunaan matrik risiko untuk
mendapatkan rumusan penilaian risiko.

1.4 Mengamalkan langkah keselamatan yang diperlukan untuk


menghindarkan risiko dan bahaya

1.4.1 Guru menunjukkan prosedur yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan


kerja.
1.4.2 Guru menerangkan dan menunjukkan potensi risiko dan bahaya.
1.4.3 Guru menerangkan polisi dan audit keselamatan.
1.4.4 Guru menerangkan dan menunjukkan kaedah menggunakan alat
perlindungan pendengaran, jatuh dan pernafasan.
1.4.5 Guru menerangkan mengenai komunikasi bahaya dan ruang tertutup.
1.4.6 Guru menerangkan dan menunjukkan kaedah dokumentasi
kemalangan, hampir kemalangan, kemalangan kecil dan latihan
keselamatan pekerjaan.
1.4.7 Guru menerangkan kaedah pengurusan bencana.

 Langkah Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjuk cara ini, murid akan mengenal


pengajaran pasti prosedur yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan kerja, menilai risiko
seterusnya dan bahaya yang mungkin berlaku, menilai risiko dan bahaya untuk
menentukan sama ada langkah berjaga-jaga yang sedia ada mencukupi
atau perlu penambahbaikan, mengamalkan langkah keselamatan yang
diperlukan untuk menghindarkan risiko dan bahaya.

 Contoh Produk yang dihasilkan ialah senarai semak kemalangan, risalah


produk yang keselamatan, jadual risiko (risk matrix), jadual anggaran risiko, jadual risiko
akan kecederaan, senarai semak faktor risiko, lukisan pelan bengkel yang baik
dihasilkan dan selamat dan senarai audit keselamatan bengkel.
KOMPONEN KETERANGAN

 Pengetahuan Murid telah mengenal nama peralatan dan pernah menggunakannya


sedia murid sebelum ini dan mengetahui mengenai risiko bahaya dan kemalangan serta
tentang papan tanda keselamatan dan alat perlindungan keselamatan yang telah
tugasan ini digunakan.

Isi: Guru membuat demontrasi kepada murid dengan:


Kemahiran yang
ditunjukkan 1. Mengguna, menservis dan menyenggara peralatan dan mesin di
kepada murid bengkel.
2. Membuat risalah mengenai keselamatan.
3. Membuat senarai semak kemalangan dan faktor risiko.
4. Membina jadual risiko dan anggaran risiko.
5. Membuat senarai audit keselamatan bengkel.
6. Melukis pelan bengkel yang baik dan selamat.
7. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

Pentaksiran: 1. Kertas Tugasan [ME-020-2:2012/C01/T(1/4 ~ 4/4)]


2. Kertas Kerja [ME-020-2:2012/C01/K(1/4 ~ 4/4)]
3. Kertas Penilaian Prestasi [ME-020-2:2012/C01/PA(4/4)]
4. Kertas Penilaian Pengetahuan [ME-020-2:2012/C01/KA/(1/4)]

Kaedah Latihan Kaedah latihan:


 Tugas Guru: Membuat penerangan dan demontrasi kepada murid.
 Tugas Murid: Membuat senarai semak kemalangan, risalah
keselamatan, jadual risiko (risk matrix), jadual anggaran risiko, jadual
risiko kecederaan, senarai semak faktor risiko, lukisan pelan bengkel
yang baik dan selamat dan senarai audit keselamatan bengkel.

Kesimpulan Murid diharapkan berjaya mengguna, menservis dan menyenggara


peralatan dan mesin di bengkel, membuat risalah mengenai keselamatan,
membuat senarai semak kemalangan dan faktor risiko, membina jadual
risiko dan anggaran risiko, membuat senarai audit keselamatan bengkel,
melukis pelan bengkel yang baik dan selamat dan mengamalkan langkah-
langkah keselamatan.

Bahan Sumber Bahan sebenar:


1. Peralatan melukis (pensil, pemadam, pembaris dan sesiku)
2. Peralatan menulis (pen dan sebagainya)
3. Peralatan tangan (seperti spanar, tukul, pahat dan lain-lain)
4. Mesin (seperti mesin gerudi, mesin canai dan lain-lain)
5. Alat pengujian (meter megger ohm, meter pelbagai dan lain-lain)
6. Jadual, risalah, borang, papan tanda dan video berkaitan keselamatan.

Anda mungkin juga menyukai