Anda di halaman 1dari 8

Objektif dan Kemahiran Asas dalam Pendidikan Keselamatan

        Objektif pendidikan meerupakan criteria yang penting di mana bahan-bahan pengajaran
dipilih, kandungan disenaraikan, prosedur pengajaran dibangunkan dan diuji, dan peperiksaan
disediakan. Kesemua aspek program pendidikan adalah benar-benar bertujuan untuk mencapai
tujuan pendidikan yang asas. Oleh itu, sekiranya kita ingin menyelidik sesuatu program
pendidikan secara sistematik dan bijak, maka langkah pertama adalah mema.stikan arah objektif
pendidikan. (Tyler 1969)

Penilaian terhadap program pendidikan keselamatan di sekolah secara rasmi adalah perlu
untuk mengenalpasti darjah pencapaian pelajar dan sejauh mana objektif kursus dapat dicapai
secara keseluruhannya. Objektif kelakuan (behavioral objective) yang disediakan dalam setiap
unit pengajaran mesti juga dinilai. (Strasser, Bohn dan Eales, 1973)

Bahagian kedua bagi definisi pendidikan keselamatan mengambil kira tentang

pembangunan tabiat, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang kondusif terhadap kelakuan.

Sekiranya pengalaman tidak mempunyai kesan yang baik terhadap faktor ini, maka ia bukanlah

pendidikan keselamatan malah merupakan pengganggu.(Worick, 1975)

Perancang kurikulum harus mengenalpasti objektif melalui tiga sumber: (1) subjek yang
berkaitan (2) pelajar (3) masyarakat. (Tyler 1949)

Keselamatan melibatkan kelakuan manusia sebagai reaksi terhadap suatu keadaan


persekitaran, begitu juga pengubahsuaian perkakasan dan bahan-bahan supaya lebih selamat
digunakan. (Strasser, Bohn dan Eales, 1973)

 
Penekanannya mestilah untuk mengubah sikap manusia terhadap keselamatan dan

menunjukkan bagaimana kelakuan manusia menjadi faktor yang dapat mengelakkan

kemalangan. (Harminder Singh, 2001)

Diagnostik kurikulum melibatkan dua tugas utama: (1) menterjemahkan keperluan

kepada punca-puncanya dan (2) menjanakan objektif dan tujuan daripada keperluan-keperluan

tersebut. (Hunkins 1980)

Objektif pendidikan meerupakan criteria yang penting di mana bahan-bahan pengajaran

dipilih, kandungan disenaraikan, prosedur pengajaran dibangunkan dan diuji, dan peperiksaan

disediakan. Kesemua aspek program pendidikan adalah benar-benar bertujuan untuk mencapai

tujuan pendidikan yang asas. Oleh itu, sekiranya kita ingin menyelidik sesuatu program

pendidikan secara sistematik dan bijak, maka langkah pertama adalah memastikan arah objektif

pendidikan. (Worick 1975)

Worick juga menekankan bahawa dalam memilih kandungan kursus dan bahan

pengajaran yang bersesuaian, seseorang harus faham proses-proses dalam membina tingkahlaku

selamat yang merupakan tujuan utama pendidikan keselamatan. (Worick, 1975).

 
Worick seterusnya mencadangkan suatu model pembinaan kelakuan selamat di mana

tingkahlaku selamat adalah persembahan optima dalam 7 langkah proses yang dinamik: (1)

Pengenalpastian (Identification) (2) peperiksaan (assessment) (3) keputusan (decision) (4)

persembahan (performance) (5) penilaian (evaluation) (6) pengubahsuaian (modification) (7)

penggunaan (application)

Mula-mula “kenalpasti” hazad yang hadir dalam aktiviti yang diberi. Kemudian ia harus faham
bagaimana hazad ini dikaitkan dengan diri sendiri, orang lain dan juga persekitaran. Kemudian
“periksa” risiko dari segi mental, fizikal dan emosi serta berkaitan dengan orang lain dan
persekitarannya. Seterusnya “buat keputusan” tindakan mana yang harus diambil untuk
melaksanakan kerja dengan selamat dan tindakan mana yang akan dapat membawanya mencapai
matlamat. Kemudian barulah ia bersedia untuk “mempersembahkan” kerja dengan cara yang
paling selamat. Setelah melaksanakan tugas dia harus “menilai” tindakan dan outcome daripada
tindakannya itu.  Lalu bolehlah dia “mengubahsuai” tindakannya bersesuaian dengan prinsip
tingkahlaku yang selamat dan cuba untuk menjadikannya lebih selamat lagi, yang memberi
makna mengubah konsep tentang apa yang selamat dan apa yang tidak selamat. Kemudian dia
boleh “menggunapakai” pengalamannya, pengetahuannya, tabiat dan kemahirannya dengan cara
yang selamat dan bermanfaat untuk mencapai tujuan. (Worick 1975)

Mager (1962) menekankan kepada istilah terminal behavior di dalam ringkasan analisisnya

tentang objektif pengajaran. Menurut Mager:

1.                  Suatu objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang menerangkan tentang

hasil pengajaran yang diingini.

2.                  suatu objektif adalah bermakna sekiranya ia dapat menyampaikan hasrat

pengajaran tersebut kepada pembaca sehingga ke tahap di mana ia menerangkan

atau mentakrifkan aspek terminal behavior bagi pelajar.


3.                  Terminal behaviour ditakrifkan sebagai

a.                   Mengenalpasti dan memberi nama kepada tindakan yang diperhatikan

yang akan di terima sebagai bukti bahawa pelajar telah mencapai objektif.

b.                  Menerangkan keadaan (yang diberi, kekangan) yang perlu untuk

mengasingkan tindakan yang tidak akan diterima sebagai bukti bahawa

pelajar telah mencapai objektif.

Worick 1975, menyatakan bahawa apabila keperluan masyarakat dan pelajar diketahui,

maka perancang kurikulum perlu mengenalpasti objektif-objektif yang sesuai. Di sini ada

beberapa prinsip untuk membangunkan objektif:

1.                  Mereka harus spesifik dari segi tabiat, sikap, kemahiran dan pengetahuan kerana

ia berkait rapat dengan tingkahlaku yang selamat.

2.                  Ia seharusnya penuh bermakna kepada pelajar, di mana mereka ingin melihat

sesuatu faedah daripada objektif yang dinyatakan.

3.                  Objektif mestilah boleh dicapai oleh pelajar yang mereka didik. Mereka perlu

menyesuaikan dengan kemampuan kemahiran.

4.                  Ia seharusnya sesuai dengan objektif keseluruhan sistem pendidikan masyarakat.

5.                  Ia seharusnya boleh diukur pada tahap yang termampu, dan seharusnya

berdasarkan kepada persembahan.

 
Program keselamatan komuniti direkabentuk untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku di
kalangan orang dewasa dan menyediakan mereka dengan maklumat yang cukup untuk mengelak
kemalangan. Untuk mencapai objektif ini, pemimpin komuniti dan pakar keselamatan harus
bekerjasama untuk menyediakan program yang mampu mencapai objektif berikut:

1.                  menyediakan maklumat yang menerangkan tentang skop dan keadaan semulajadi

kemalangan.

2.                  menerangkan bagaimana kemalangan boleh dielakkan.

3.                  menyediakan peluang dan keadaan untuk masyarakat mengubah kelakuan dan

bertindak dengan selamat.

Esbensen (1967) menekankan tentang “ suatu objektif pengajaran yang baik perlu

menyatakan 3 perkara. 3 perkara tersebut dirujuk oleh Esbensen sebagai performance-

conditions-extent.

1.                  Apa yang mampu dilakukan oleh seseorang pelajar yang telah mencapai objektif

pendidikan tersebut (performance)

2.                  Di dalam keadaan apa pelajar tersebut mampu melaksanakannya (conditions)

3.                  Sehingga tahap mana dia mampu melaksanakannya. (extent)

Satu kajian yang dilakukan oleh Morris (1989) dari Kolej Pendidikan, Georgia State University

telah menghasilkan suatu senarai sembilan puluh enam kemahiran keselamatan yang
dikumpulkan di dalam sembilan bidang tugas melalui kaedah yang diberi nama DACUM.

Senarai tersebut adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN


1.00 Menyelenggara kawasan kerja
1.01 Mematuhi standard pencahayaan
1.02 Menyediakan dan menyelenggara sistem pengudaraan
1.03 Menyediakan sistem pengumpulan habuk
1.04 Mengecat garisan keselamatan
1.05 Meletak dan menyimpan kelengkapan
1.06 Menyediakan penyimpanan bahan mudah terbakar
1.07 Menyediakan sistem kawalan persekitaran kerja
1.08 Menyediakan jalan untuk mencapai kelengkapan keselamatan
1.09 Menyediakan jalan keluar yang tiada halangan
Memastikan sistem “emergency cut-off” sentiasa berfungsi dan tiada
1.10
halangan untuk dicapai.
1.11 Menyelenggara tempat penyimpanan bahan-bahan pengajaran
1.12 Menyediakan tempat untuk pengendalian bahan-bahan
1.13 Membangunkan dan melaksanakan prosedur-prosedur pembersihan
   
2.00 Menyelenggara Kelengkapan Bengkel
2.01 Peralatan yang mempunyai kod warna
2.02 Melaksanakan penyelenggaraan preventif ke atas peralatan
2.03 Melaksanakan penyelenggaraan preventif ke atas kelengkapan
Memastikan bahawa peranti keselamatan berada pada tempatnya dan boleh
2.04
beroperasi
2.05 Menggantung label (tag) dan mengunci kelengkapan yang berbahaya
2.06 Membangunkan jadual penyelenggaraan
2.07 Memperbetulkan kekurangan peralatan dan kelengkapan
   
3.00 Menggunakan Kelengkapan Keselamatan Diri (PPE)
3.01 Menggunakan kelengkapan perlindungan mata dan muka
3.02 Menggunakan pakaian keselamatan
3.03 Memakai perlindungan kepala
3.04 Menggunakan kelengkapan respiratori (pernafasan)
3.05 Menggunakan kelengkapan perlindungan telinga
3.06 Menggunakan perlindungan tangan
3.07 Menyelenggara dan mengganti kelengkapan perlindungan yang telah rosak
3.08 Memantau pengunaan kelengkapan perlindungan diri
   
4.00 Menyediakan Arahan Keselamatan
4.01 Menerangkan tentang prosedur keselamatan institut
4.02 Membangunkan dan melaksanakan prosedur keselamatan kelengkapan
4.03 Memberi tunjukajar tentang kelengkapan perlindungan diri (PPE)
4.04 Membangun dan mentadbir ujian am dan spesifik dalam bidang keselamatan
4.05 Memberi tunjukajar  tentang prosedur rawatan kecemasan
4.06 Menunjukkan teknik keselamatan
4.07 Memaparkan amaran keselamatan
4.08 Melatih sikap bertanggungjawab dalam hal keselamatan
4.09 Melatih sifat kepimpinan dalam hal-hal keselamatan
4.10 Mengajarkan tentang mengenalpasti dan mengawal hazad
4.11 Menyediakan arahan untuk standard kod warna
4.12 Membangunkan dan melaksanakan prosedur keselamatan peralatan
4.13 Menyediakan laluan ke perpustakaan keselamatan
4.14 Memilih perkakasan yang sesuai dengan tugas yang hendak dijalankan
   
5.00 Melaksanakan pemeriksaan keselamatan
Memperkenalkan dan menyelenggara prossedur untuk pemeriksaan
5.01
keselamatan
5.02 Menjalankan pemeriksaan terhadap peralatan dan kelengkapan
5.03 Memantau pematuhan terhadap prosedur keselamatan
5.04 Memeriksa kemudahan-kemudahan pemeriksaan
5.05 Membangunkan prosedur untuk tindakan pembetulan (corrective action)
5.06 Menyelenggara laporan pemeriksaan keselamatan
   
6.00 Mengenalpasti dan mengawal hazad
6.01 Mengenalpasti dan mengawal hazad elektrikal
6.02 Mengenalpasti dan mengawal hazad kebakaran
6.03 Mengenalpasti hazad bahan kimia
6.04 Mengenalpasti dan mengawal hazad mesin
6.05 Mengenali kawasan-kawasan bekerja
6.06 Mengenalpasti dan mengawal hazad “lifting”
6.07 Mengenalpasti dan mengawal hazad tangga dan “scaffold”
6.08 Mengenalpasti dan mengawal hazad udara termampat
6.09 Mengenalpasti dan mengawal bahan-bahan beracun
6.10 Mengenalpasti dan mengawal peralatan rosak
6.11 Mengenalpasti dan mengawal hazad asbestos
6.12 Mengenalpasti dan mengawal hazad pernafasan
6.13 Mengenalpasti dan mengawal hazad “housekeeping”
6.14 Mengenalpasti dan mengawal hazad gas termampat
6.15 Mengenalpasti dan mengawal hazad peyimpanan
6.16 Mengenalpasti dan mengawal hazad hingar (bunyi)
6.17 Mengetahui laluan trafik
6.18 Mengenalpasti dan mengawal hazad tergelincir dan jatuh
6.19 Mengenalpasti dan mengawal hazad peranti “lifting”
   
7.00 Melaksanakan fungsi-fungsi pentadbiran berkaitan keselamatan
7.01 Menyelenggara kit kecemasan (first-aid)
7.02 Menyediakan dan menfailkan laporan kemalangan dan kecederaan
7.03 Membangunkan dan melaksanakan program pendidikan keselamatan
7.04 Melaksanakan tugas penganalisaan hazad
7.05 Melaksanakan prosedur pembersihan kelengkapan keselamatan diri.
7.06 Menyelenggara rekod perubatan persendirian
7.07 Mematuhi standard dan panduan keselamatan tempatan, negeri dan negara.
7.08 Menyelenggara dan menfailkan rekod pekerja
7.09 Menganalisis rekod kemalangan dan kecederaan
7.10 Mendokumenkan infraksi prosedur-prosedur keselamatan
7.11 Mengawal “horseplay”
7.12 Menbangunkan dan menyelenggara perpustakaan keselamatan
7.13 Menguatkuasakan polisi dan prosedur keselamatan
7.14 Menyertakan keselamatan dalam belanjawan tahunan
7.15 Mengenalpasti status perlindungan liability
7.16 Menyelenggara fail penyelenggaraan preventif
   
8.00 Mengenalpasti dan menyesuaikan kebolehan pelajar
8.01 Menyesuaikan kelengkapan dengan kecacatan fizikal
8.02 Merujukkan pelajar bermasalah sosial kepada staf sokongan
8.03 Merujuk masalah perubatan kepada staf yang berkaitan
Mengenalpasti dan bertindak terhadap pelajar yang menunjukkan simptom
8.04
akibat penggunaan sesuatu bahan
8.05 Mengenalpasti dan bertindak terhadap perlakuan yang agresif
   
9.00 Melaksanakan prosedur kecemasan
9.01 Mentadbir prosedur first-aid
9.02 Mentadbir prosedur CPR
9.03 Melaksanakan prosedur pengosongan waktu kecemasan
9.04 Melaksanakan prosedur ketika cuaca lampau
9.05 Melaksanakan prosedur pemberitahuan kecemasan
9.06 Memperkenalkan prosedur pemutusan air, gas dan elektrik
9.07 Mengenalpasti dan menggunakan peranti pemadam kebakaran
9.08 Menggunakan stesen membasuh mata

Anda mungkin juga menyukai