Anda di halaman 1dari 6

Nota Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma

(A) Hidupan Seni

1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan


mata kasar.
2. Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat
mikroorganisma.
3. Terdapat 5 jenis mikroorganisma:
(B) Proses Hidup Mikroorganisma

1. Mikroorganisma melakukan proses
hidup seperti bernafas, bergerak dan bertumbuh.

(C) Pertumbuhan Mikrob

1. Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan


mikroorganisma.
2. Pertumbuhan mikroorganisma
memerlukan air, udara, suhu, nutrien dan keasidan yang sesuai. 
(D) Kesan Buruk Mikroorganisma
(E) Kegunaan Mikroorganisma

(F) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera

1. Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkit yang


disebabkan oleh penyebaran mikroorganisma.
2. Penyakit berjangkit dapat merebak melalui:
1. Makanan dan minuman
2. Bersin dan batuk (udara)
3. Sentuhan secara langsung
4. Haiwan pembawa seperti lalat dan nyamuk
3. Langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit:
1. Mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan
tandas.
2. Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.
3. Meminum air yang dididihkan.
4. Membalut luka untuk melindungi daripada jangkitan
5. Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
6. Kuarantin / Mengasingkan pesakit yang menghidap penyakit
berjangkit.
(G) Amalan Harian yang Sihat

1. Kita perlu mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk kesihatan


diri untuk mencegah penyakit berjangkit.
2. Contoh Amalan Harian yang Sihat:
1. Menjaga kebersihan bilik tidur.
2. Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.
3. Elakkan memakan makanan yang terdedah dan dihinggapi
lalat.
4. Menutup makanan dan jangan membiarkan makanan terdedah.
5. Mandi menggunakan sabun atau sabun antiseptik.
6. Memakai penutup hidung dan mulut.
7. Elakkan berada dekat rakan yang dijangkit penyakit berjangkit
8. Bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.

Anda mungkin juga menyukai