Anda di halaman 1dari 5

Nota Sains Tahun 6 Unit 3:

Mikroorganisma
(A) Hidupan Seni
1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
2. Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat
mikroorganisma.
3. Terdapat 5 jenis mikroorganisma:
(B) Proses Hidup Mikroorganisma
1. Mikroorganisma melakukan proses hidup seperti bernafas,
bergerak dan bertumbuh.
(C) Pertumbuhan Mikrob
1. Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan
mikroorganisma.
2. Pertumbuhan mikroorganisma memerlukan air, udara, suhu,
nutrient dan keasidan yang sesuai.

(D) Kesan Buruk Mikroorganisma


(E) Kegunaan Mikroorganisma

(F) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera


1. Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkit
yang disebabkan oleh penyebaran mikroorganisma.
2. Penyakit berjangkit dapat merebak melalui:
1. Makanan dan minuman
2. Bersin dan batuk (udara)
3. Sentuhan secara langsung
4. Haiwan pembawa seperti lalat dan nyamuk
3. Langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit:
1. Mencuci tangan sebelum makan dan selepas
menggunakan tandas.
2. Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.
3. Meminum air yang dididihkan.
4. Membalut luka untuk melindungi daripada jangkitan
5. Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
6. Kuarantin / Mengasingkan pesakit yang menghidap
penyakit berjangkit.
(G) Amalan Harian yang Sihat
1. Kita perlu mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk
kesihatan diri untuk mencegah penyakit berjangkit.
2. Contoh Amalan Harian yang Sihat:
1. Menjaga kebersihan bilik tidur.
2. Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.
3. Elakkan memakan makanan yang terdedah dan
dihinggapi lalat.
4. Menutup makanan dan jangan membiarkan makanan
terdedah.
5. Mandi menggunakan sabun atau sabun antiseptik.
6. Memakai penutup hidung dan mulut.
7. Elakkan berada dekat rakan yang dijangkit penyakit
berjangkit
8. Bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.

Anda mungkin juga menyukai