Anda di halaman 1dari 5

HIDROPONIK

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu
bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam
air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti
bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain
menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara
besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana
kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam
sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya
menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas,
angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah
yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam.
Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak,
hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa
dalam perjalanan.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman
Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu
kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat
Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah
ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan
dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Kelebihan
Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat
akarnya.
Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari
kotoran dan penyakit.
Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit
akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja untuk
tugasan menyiram.

Kelemahan
Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada
yang ditanam biasa.

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan


tanah. Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh
ditanam secara hidroponik. Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam
takungan yang berisi air. Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung
kepada baja yang digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang
cukup.

Kaedah penyediaan dan peralatan yang diperlukan:


Takung Hidroponik

Takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak
berkarat. Disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm
panjang dan 26 cm lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang
berlubang serta bakul-bakul semaian.
Penutup Takung/ Penutup Polisterin

Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran
matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang
sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup
hendaklah mempunyai lubang-lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul
semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

Bakul Semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang
atau perca-perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul
semaian sebagai media percambahan biji benih. Juntaikan perca kain atau benang
tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan
air baja.
Penyediaan Larutan Baja Hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini
boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu. Air paip atau air tangki
yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan
kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan.
Menyemai

Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2
pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih dari terendam
dalam larutan.

Anda mungkin juga menyukai