Anda di halaman 1dari 5

Khasiat Pokok Mulberry

Info dan Khasiat Pokok Mulberry


Pengenalan Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal
sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra
tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang
membudidayakan tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang
tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada
ketinggian lebih dari 100m dari
Khasiat Pokok Mulberry
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun
dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga
ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman
segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat
sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Khasiat Pokok Mulberry yang mana mempunyai pelbagai nama dan
khasiat seperti demam panas, membersihkan tubuh badan, merangsang
peluh, Merawat Asma, sistem pernafasan, selsema, ubat batuk, ubat
mencuci mata.

Pengenalan
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai
makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak
menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang
membudidayakan tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang
tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada
ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry memiliki
sebutan nama yang berbeza di tiap negara seperti di Indonesia tanaman
ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di eropah disebut Mulberry
dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.
Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia
untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol,
rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis
beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl
alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc,
vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat,
dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Khasiat buah Mulberry ialah :


1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya.
Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali
sebagai daun ulat sutera atau besaram.
2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun
Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan
kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap,
resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar
atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah
Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat

kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan
merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan


mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti
raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan
merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah
kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok
juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan
cecair badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah
mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara
mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral
dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu
membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan,
merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi
mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang
kembung perut dan sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan,
rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap
terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi
dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas
tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai
ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula
dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini
dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan,
merangsang peluh, ubat batuk,demam panas dan selsema. Daun yang

telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan


sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan
serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat
tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil
getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada
bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum
bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air
kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh
diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk,
bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah
tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan
dijadikan sebagai air minum bagimerawat demam panas dan mengatasi
rasa sakit.

Cara penanamannya, potong keratan batang yang telah tua (berwarna


coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak
rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam
tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak
akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan
perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses
percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk
bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi
cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 .
Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim
daunnya. pokok yang berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya
sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat. Tips : Kalau
ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja
yang cukup.

Anda mungkin juga menyukai