Anda di halaman 1dari 6

Tip-tip Cuci Enjin Kereta

Pertanyaan yang diajukan..


kindofsoul: salam bro...aku admin blog kindofsoul .. nak tanya bro lah kan. skrg nak tanya
macam mana step cuci enjin kereta...ada tuto. thanks for all information..

Jawapan Kami..
Sorry pada semua pembaca agak lama saya menyepi ni tak berblog .... adahal sikit seminggu ni... Ok
berbalik pada pertanyaan kindofsoul... aku cuba try jawab lah yerr..kita berkongsi tip2 penjagaan
kebersihan enjin kereta

Ramai yg tak menghiraukan kebersihan enjin bay (pasal tak nampak dalaman kot)tapi lebih
menitikberatkan kepada kebersihan dan pandangan luar kereta sahaja. Kalau tengok dari luar kereta
bukan main berkilat, tapi kalu buka enjin bay, mak datuk teruk.. Enjin kereta berkarat berselaput tebal
minyak dan menyebabkan enjin kelihatan kotor tambahan pula apabila debu dan pasir sudah melekat
disekitar kawasan lelehan minyak ataupun selalunya kereta langgar lopak air dan terpercik masuk
dalam bay enjin..
_______________________________
Carwash?.. dont ever trust them
Selalunya Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci
kereta dan bayar antara RM20. Mat bangla ajerr yang basuhhh kereta korang....Dalam tempoh
setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
kalau hantar kat car wash, Dorang confiden je cuci selambe jek tembak ngan air..siap cuci je,wiring
radiator fan short,Tak pasal-pasal overheat atau lebih teruk lagi start enjin terus tak hidup..kalau kat
carwash tu,diorg ade sejenis liquid macam asid la,khas untuk tanggalkan kotoran kat besi je,kalau
kene plastik part,boleh lusuh warna kereta...
_______________________________
Detergent untuk cuci Enjin kereta
Untuk kebaikan korang...Lagi puas hati basuh sendiri bukan setakat jimat duit, kira exercise
jugak... Cuma basuh sendiri ni menguji tahap kesabaran koranglah yerr...

Sekarang ada macam-macam jenama detergent untuk cucian dalam enjin kereta.. menanggalkan
kotoran, minyak, gris dan pasir yang melekat pada celah- celah enjin.. Lebih selamat dan yang pasti
ianya bukan dari liquid yang menghakis

Lebih baik kalau korang dapat cari jenis silicon spray atau engine cleaner spray, boleh membantu
menanggalkan kotoran dan minyak yang melekat dan lebih selamat digunakan kerana semburannya
cepat kering..dan tidak meninggalkan kesan menghakis...sambil mengilatkan permukaan enjin
_______________________________
Tip Cuci Enjin Kereta
_______________________________
1) First. Kalau cuci enjin kita akan tutup/ cover part-part sensetif enjin dulu dengan plastik.. Bungkus
elok-elok seperti :- fius box,bateri, sensor2, distributor,carberator, Altenator, plug coil, injector dan open
air flow dengan plastik, cover enjin tempat plag tuh lapik dengan surat khabar lama atau tutup ngan
alumunium foil pun boleh. tutup rapat-rapat supaya air tak masuk dalam lubang spark plug.

Jaga parts yang ada fungsi elektrik dan elektronik...Kalau keta baru selalunya tahan percikan air..
kalau nak tembak air jangan lah pasang tekanan air kuat-kuat.. agak-agak la mane tempat bleh
tembak,mane tak leh...

2) Sediakan peralatan basuh seperti Sabun, berus, Baldi, Span, kain buruk dan botol spray..
Kalau ada semua senang lah nak basuh celah celah enjin yang sempit
Petua nak basuh minyak yang melekit kat enjin:
Ambik minyak diesel, minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke +(campur) sikit serbuk cuci
pakaian dan gaulkan... pastu tenyeh dan sental kat tempat minyak melekat tu sampai bersih dengan
berus....Tapi lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih...

3) Boleh guna botol spray isi air sabun + (campur) sikit minyak petrol, minyak diesel atau minyak
tanah ke... pastu spraykan kat celah enjin bay.. kalau guna takat guna sabun ajerr susah jugak nak
tanggalkan kesan minyak yang melekat... cuma lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih
macam aku cakap lahh.
Gosok-gosok pakai kain buruk kat celah-celah dinding enjin bay.. atau kalau stail jenis malas amik
kain celup ngan air sabun, lap-lap mana-mana yang patut ajer....

4) Atau boleh ambik berus cat celup air sabun tu kemudian tonyoh la pada bahagian celah enjin bay...
kemudian siram dengan air...
5) Boleh gak amik berus gigi , celup ngan air sabun, gosok pada celah dinding atau part-part yang
sukar untuk dicuci dalam enjin bay

6) Kalau susah nak tanggal kotoran tu..boleh sental dengan guna berus pada kawasan degil , lagi satu
guna berus periuk tapi jangan sental kuat-kuat sangat nanti calar pulak

7) Kalau boleh basuhan pertama, lalukan dengan air sahaja (nak bagi basah)
basuhan kedua,gunakan span la dengan sabun (sentallah mana-mana bahagian yang kotor) basuhan
ketiga,Bilas dengan lalukan dengan air untuk hilangkan sabun...

Perlu di ingat... jangan pancut/ tembak air dari tepi atau berhadapan...
Kalau nak siram hanya sekadar lalukan air dari arah atas ke bawah dengan kadar tekanan air yang
agak perlahan...
8) Gunakan air Air Blow Gun Duster ( sembur kat celah celah enjin) untuk mengeringkan air.. Atau
kalau tak ada kalau ada kipas berdiri, pasang maksimum, halakan ke enjin
kaedah ni juga dapat keringkan air dengan cepat, sambil nak tunggu enjin tu kering tu, bolehlah lap
bahagian badan kereta, vakum kereta, basuh tayar ke...air pun kering dengan cepat..Kalau tak ada
jugak kipas angin buka luas-luas bonet enjin jemur tengah panas terik

9)Bila bahagian enjin dah betul-betul kering.


bolehlah spray dengan silikon spray kat bahagian-bahagian tertentu untuk naikkan seri enjin tu...
_______________________________
Kasi bersih..kompom kilat punyee...
tu....

Anda mungkin juga menyukai