Anda di halaman 1dari 1

Maklumat Inovasi

Tajuk Inovasi : Litar elektrik

Kelas :4C

1. Refleksi PdP sebelumnya

Semasa menjalani praktikum pertama di SJK(T)Desa Cemerlang, saya telah menjalankan


PdP bagi topik Sifat Bahan dan semasa mengajar tentang sifat bahan konduktor dan penebat
elektrik, saya telah menyediakan bateri, mentol, suis, wayar penyambung dan bahan supaya
murid dapat menyediakan litar dan mengeksperien sifat bahan konduktor dan penebat
elektrik. Kelemahan yang saya dapati semasa menjalankan PdP ini ialah murid-murid
mengambil masa yang lama untuk memasang litar tersebut. Oleh itu, PdP tidak dapat
dihabiskan tepat pada waktu yang dirancang seperti dalam RPH. Maka, saya merancang
untuk menghasilkan satu inovasi untuk mengatasi masalah yang sama.

2. Inovasi yang dicadangkan dan pelaksanaan

Untuk mengelakkan isu yang sama di sekolah ini, saya telah menyediakan litar yang sedia
dipasang. Menggunakan litar ini murid tidak perlu memasang litar dengan sendiri dan
membazir masa. Selain itu, litar ini boleh digunakan untuk topik- topik lain seperti litar siri dan
litar selari, kecerahan mentol mengikut bilangan mentol dan bilangan bateri hanya dengan
mengalihkan wayar penyambung.

Rajah 1 menunjukkan litar yang dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai