Anda di halaman 1dari 8

AMALI 1

Tajuk : Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Tarikh : 30 Jun 2015

Tujuan : Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis
tanah yang berbeza.

Pendahuluan:
Dalam sesuatu ekosistem tanah, faktor abiotik dan faktor biotik mempengaruhi dan
saling beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang seimbang dan stabil.
Ekosistem merupakan satu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan saling
bergantung antara hidupan dengan persekitarannya. Ekosistem juga merupakan satu
interaksi yang utuh antara benda samada hidupan atau bukan hidupan yang
mempengaruhi antara satu dan yang lain. Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa
komponen yang terlibat. Pertama, Komponen biotik yang melibatkan komponen hidupan
yang terdiri daripada pengeluar, pengguna (konsumer) dan pengurai. Kedua, komponen
abiotik yang melibatkan komponen bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya, suhu,
udara, kelembapan, air dan nilai pH.
Sebuah ekosistem dibentuk daripada tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang
saling berperanan dalam menyimpan, mengumpul dan menghasilkan tenaga. Contohnya
tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan
tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperoleh
tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan
karnivor (pengguna tertier) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan
memakan pengguna primer. Keadaan ini menyebabkan aras pertukaran tenaga semakin
berkurang apabila menaiki tangga rantaian makanan.

Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di
sekeliling. Ekosistem adalah saling hubungan antara organism-organisma dan saling
berhubungan dengan persekitaran yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran
bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem terbuka di mana input-input, perpindahan dalaman
dan pengeluaran tenaga dan nutrient berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam
satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula apabila autotrof fotosintetik
menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah organism
pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang kaya
menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan
makanan dalam ekosistem.
Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung.
Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang
pelbagai dan pengurai. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang
ke persekitaran terutamanya dalam bentuk metabolism. Majoriti nutrient dikitar semula
dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen,
fosforus dan bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak
melalui kitaran biogeokemikal.

Hipotesis : Lapisan horizon A tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak.

Pembolehubah:
Dimanipulasi

: Jenis Tanah

Bergerakbalas : Bilangan dan jenis makrofauna


Dimalarkan

: Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

Bahan dan Radas :


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

pencakar tanah
kanta pembesar
lampu
bikar
larutan etanol
corong tulgren
kain kasa

8. plastic polibeg
9. sampel tanah
10. piring petri
11. slaid kaca

Gambar rajah :

Jenis-jenis corong tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Rajah 1: Jenis-jenis corong tulgren untuk mengekstrak fauna tanah

Prosedur:

1. Dua sampel tanah dan dedaun (bahagian atas) iaitu Horizon O dan Horizon A
daripada dua lokasi yang berbeza telah diambil.
2. Tanah itu diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.

Lokasi 1

Lokasi 2

3. Sampel tanah tersebut diletakkan ke dalam dua beg plastik yang berlainan dan
4.
5.
6.
7.

dilabel.
Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan dalam jadual.
Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat.
Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya.
Tanah tersebut dimasukkan ke dalam corong tulgren seperti dalam Rajah 1 dan

dibiarkan selama dua hari.


8. Balang pengawet yang mengandungi etanol telah disediakan dan tutup penutup
balang tersebut.
9. Organisma di dalam balang pengawet tersebut telah diperhatikan dan Jadual 2 dan 3
telah dilengkapkan.
10. 50g campuran tanah daripada dulang telah diambil.
11. Spesimen diperhatikan dengan menggunakkan kanta tangan.
12. Fauna yang dijumpai diasingkan ke dalam piring petri dan dikenalpasti.
13. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri dan pemerhatian
direkodkan dalam jadual.
14. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter
tanah dan litupan daun serta bilangan individu daripada setiap kumpulan litupan
daun.

Keputusan :
i

Jenis lokasi (Jadual 1)


Ciri-ciri lokasi

Lokasi 1

Jenis tumbuhan

Pokok mangga

tahap naungan

Langsayur

90% - tinggi

50% - sederhana

Kering

Sedikit lembap

Kemampatan tanah

Tidak padat

Kepadatan sederhana

Tekstur tanah

Liat dan berbatu kecil

Liat

pH Tanah

Kelembapan/kekeringan tanah

ii

Lokasi 2

Makrofauna terbesar yang diperhatikan di lokasi 1 dan lokasi 2(jadual 2)


Order atau kumpulan
Makrofauna
Cacing

Kutu tanah 1
Kumbang

Bilangan @ lokasi 1
Isipadu tanah = 400l

Bilangan @ lokasi 2
Isipadu tanah = 400l

10

Semut kecil
Kutu tanah 2
Ulat gonggok

0
8
1

20
0
0

Semut hitam

iii

Makrofauna terkecil yang diperhati di lokasi 1 dan lokasi 2( jadual 3)

Order atau kumpulan Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1
Isipadu tanah = 400l

Bilangan @ lokasi 2
Isipadu tanah = 400l

10

10

12

Kutu star 1

Kutu star 2(nematode)

Kutu star 3

Kutu star 4

Ulat tanah

Tidak diketahui
2

iv

10

Jumlah dalam kumpulan seliter tanah dan litupan daun (jadual 4)


Makrofauna

Lokasi 1
13unit/400l =

Lokasi 2
33unit/400l =

Bilangan order atau kumpulan seliter tanah/litupan daun

0.0325unit

0.0825unit

perliter

perliter
2 unit/400l =

0.005unit

Bilangan kumpulan cacing perliter tanah/litupan daun

perliter
10 unit/400l =
Bilangan kumpulan kutu tanah 1 perliter tanah/litupan daun

0.025unit
perliter
1 unit/400l =

Bilangan kumpulan kumbang perliter tanah/litupan daun

0.0025unit
perliter

20 unit/400l =
Bilangan kumpulan semut kecil perliter tanah/litupan daun

0.05unit
perliter

8 unit/400l =
Bilangan kumpulan kutu tanah 2 perliter tanah/litupan daun

0.02unit

perliter
1 unit/400l =
Bilangan kumpulan ulat gonggok perliter tanah/litupan daun

0.0025unit

perliter
3 unit/400l =
Bilangan kumpulan semut hitam perliter tanah/litupan daun

0.0075unit

perliter
1 unit/400l =
Bilangan kumpulan labah-labah perliter tanah/litupan daun

0.0025unit

perliter

Kesimpulan :
Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Tanah mempunyai pelbagai elemen
yang terdapat di dalamnya yang penting bagi kehidupan sesuatu makrofauna. Tanah yang
mengandungi pelbagai bahan (mineral) atau elemen akan mempunyai lebih banyak
makrofauna di dalamnya. Lokasi 2 mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna
berbanding lokasi 1.

Anda mungkin juga menyukai