Anda di halaman 1dari 9

MTE3105 STATISTIK

Topik 5

5.1

Analisis Varians

Sinopsis

Dalam kursus ini, pelajar akan mengkaji semula konsep kebarangkalian dan menerokai
statistik inferensi seperti analisis varians (ANOVA) dalam ujian. Hipotesis yang penting
menggunakan kaedah statistik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah kehidupan
sebenar ditekankan
5.2

Hasil Pembelajaran
1. Memahami teori dan empirik (konsep) ANOVA
2. Menggunakan statistik inferensi seperti ANOVA dalam pengujian hipotesis
3. Mengira ANOVA secara manual
4. Mengira ANOVA menggunakan EXCEL

5.3

Rangkakerja Konseptual

5.4

ANOVA

Analisis Varian (ANOVA) merupakan satu ujian statistik untuk membandingkan min bagi
lebih dua aras (kumpulan) dalam satu atau independent variables atau faktor. Ianya
dipanggil ANOVA kerana cuba melihat perubahan dalam sampel berkenaan secara
menyelutuh yang disebut sebagai ujian omnibus. Dalam ujian ANOVA, setiap partisipan
mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua skor iaitu skor untuk faktor dan skor untuk
dependent variable. Faktor membahagikan individu kepada dua atau lebuh aras, manakala
dependent varibale akan membezakan individu dalam satu dimensi tertentu.
ANOVA sehala bermaksud kajian kita menggunakan satu faktor sahaja atau satu
independent variable (tak bersandar) sahaja.

17

MTE3105 STATISTIK

5.5

Mengira ANOVA Tak Bersandar Sehala Secara Manual

Contoh
Sebuah syarikat mengeluarkan tiga jenis ubat deman (p,s dan u), menggunakan 21 orang
untuk menguji ubat tersebut, 7 orang guna ubat p, 7 orang guna ubat s dan 7 orang guna
ubat u, skala keberkesanan (1 10) diberikan oleh setiap orang selepas menggunakan
ubat-ubat tersebut di mana skala 10 adalah sangat berkesan. Jadual 1 menunjukkan hasil
ujian tersebut. Adakah terdapat sebarang perbezaan antara ubat yang digunakan, diberi
alpha = 0.05.
Hasil Ujian/Dapatan
ubat p
9
8
7
8
8
9
8

ubat s
7
6
6
7
8
7
6
Jadual 1

ubat u
4
3
2
3
4
3
2

Penyelesaian
Langkah 1
Pastikan Hipotisis Null dan alternatif hipotesis
H0; Ux =Uy = Uz ; Tidak terdapat sebarang perbezaan
H1; Terdapat perbezaan keberkesanan antara tiga jenis ubat
Langkah 2
Tentukan nilai alpha
= 0.05

Langkah 3
Kira darjah kebebasan

18

MTE3105 STATISTIK

dfbetween = dfB
dfwithin

= dfW

dftotal

= dfT

Jika
N = bilangan data keseluruhan
N = 21
n = bilangan data dalam satu kumpulan
n =7
a = bilangan kumpulan
a =3
dfB = a - 1 = 3 1 = 2
dfW = N - a = 21 3 = 18
dfT = N 1 = 21 1 = 20
Langkah 4
Tentukan kaedah pemilihan
Untuk melihat nilai kritikal, kita perlu gunakan 2 darjah kebebasan
dfB = 2
dfW = 18
(2,18) dapatkan nilai F dengan menggunakan Jadual F
Jika F lebih besar daripada 3.55, tolak Null hipotisis
Langkah 5
Kira
SSB = jumlah kuasa dua antara kumpulan(between groups sum of squares)
SST = jumlah kuasa dua min (total)
SSW = nilai kuasa dua dalam kumpulan (within groups mean squares)

Bina Jadual 2 seperti di bawah


Ubat
p
1
9
2
8
3
7

p2
81
64
49

s
7
6
6

19

s2
49
36
36

u
4
3
2

u2
16
9
4

MTE3105 STATISTIK

4
5
6
7

8
8
9
8
57

64
64
81
84
487

7
8
7
6
47
Jadual 2

49
64
49
36
319

3
4
3
2
21

SSB = 98.67

SSW = 10.29

SST = 108.95

Between
Within
Total

SS
98.67
10.29
108.95

df
2
18
20
Jadual 3

MS
49.34
0.57

Langkah 6
Tentukan Keputusan

20

F
86.56

9
16
9
4
67

MTE3105 STATISTIK

Dari hipotesis Jika F lebih besar daripada 3.55, tolak Null hipotisis
F = 86.56
Keputusan : tolak Null hipotesis (Tidak terdapat sebarang perbezaan)
Langkah 7
Buat Kesimpulan
Nilai F-kiraan (86.56) lebih besar dari F-kritikal (3.55). Hipotisis Null ditolak. Ini bermana
terdapat perbezaan keberkesanan antara ketiga-tiga ubat itu.
5.6

Mengira ANOVA menggunakan EXCEL

Untuk menggunakkan MS EXCEL 2007 dalam mengira Analisis Varian (ANOVA), pastikan
dalam menu Data Excel anda ada disertakan Ikon Data Analysis seperti dibawah

Rajah 1
Jika tiada, pasangkan (Install) Tool Data Analisis seperti berikut
Klip ikon

sehingga keluar menu seperti di bawah

Rajah 2
Klip ikon

21

MTE3105 STATISTIK

Klip Go

Klip OK

Pemasangan Analysis Tool mengambil sadikit masa, apabila selesai ikon Data Analysis
akan muncul pada menu Data , ianya siap untuk digunakan.
5.7

Proses Analisis Varian (ANOVA) menggunakan MS Excel 2007

Langkah 1
Masukkan data seperti Jadual 1 dalam MS Excel

Rajah 3

Langkah 2
Klip Menu Data dan kemudian klip Ikon Data Analysis

22

MTE3105 STATISTIK

Rajah 4
Menu berikut akan terhasil (pastikan Anova:single Factor diaktifkan) klip OK

Rajah 5
Langkah 3
Masukkan ruang data berada (input Range) disini data berada pada sel $A$1:$C$8 dan
tentukan dimana hasil akan dipaparkan (Output Range),disini paparan hasil telah
ditentukan bermula dari sel $E$1

Rajah 6
Klip OK
Langkah 5
Hasilnya seperti dalam Rajah 7

23

MTE3105 STATISTIK

Rajah 7
Jika dibandingkan hasil pengiraan secara manual dengan hasil pengiraan menggunakan
MS Excel, terdapat sadikit perbezaan ini kerana pengiraan secara manual hanya
melibatkan 2 tempat perpuluhan.
Latihan
Seorang guru ingin membandingkan keberkesanan tiga teknik mengajar dalam pengajaran
matematik. Seramai 30 orang pelajar dibahagi secara rawak kepada tiga kumpulan untuk
belajar topik yang sama tetapi menggunakan teknik mengajar yang berlainan. setelah
tamat topik tersebut ujuan telah dijalankan. Skor bagi ketiga-tiga kumpulan pelajar
disenarai dalam Jadual 4 dibawah.
i. Nyatakan hipotesis kajian
ii. Tentukan sama ada menolak atau tidak menolak hipotisis null

Syarahan
16
17
18

Demotrasi
17
17
15

Projek
15
14
19

24

MTE3105 STATISTIK

19
20
17
17
15
18
17

19
20
20
16
17
16
13

18
17
16
20
19
17
18

Jadual 4
Rujukan
Bhasah Abu Bakar. 2007. Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Sulaiman Ngah Razali. (1991). Penggunaan Statistik dalam Penyelidikan Pendidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.youtube.com/watch?v=xHQN9Q2bqps
http://www.youtube.com/watch?v=8w81ZJ01bPk

25

Anda mungkin juga menyukai