Anda di halaman 1dari 3

PENILAIAN KENDIRI

Nama

: Bairavi Govinda Raju

Kumpulan Akademik

: T2MT1

Angka Giliran

: 2013272340021

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Bairavi Govinda Raju pelajar guru PISMP ambilan Jun 2013, Tahun 2
Semester 2 kelas Matematik 1, telah berjaya mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG)
Fasa IV. Bagi Program BIG kali ini kami telah diberi tugasan untuk berkhidmat
masyarakat di mana kami telah dibawa pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Yahya Petra (1) Kuala Krai, Kelantan dengan tujuan untuk membantu
membersihkan kawasan sekolah tersebut. Program kali ini telah berlangsung dari 9
Februari sehingga 12 Februari 2015. Kami ke sana bersama dengan dua orang Mentor
kami iaitu En.Aziz Bin Ishak dan juga Dr.Ahmad Zohri Bin Ishak.
Pada awalnya saya berasa Program BIG Fasa IV ini sebagai suatu bebanan
dan mencuri masa saya daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain contohnya, menyiapkan
tugasan-tugasan subjek lain. Walaubagaimanapun, ia tidak seperti apa yang saya
sangkakan. Malah ia telah membuka peluang kepada saya untuk mempelajari perkaraperkara yang baru. Saya telah memperolehi banyak manfaat melalui Program BIG Fasa
IV ini.
Program ini telah menerapkan sifat kemanusiaan dalam diri saya. Walaupun
sebelum ini saya memang mempunyai nilai berperikemanusiaan tetapi peluang untuk
menunjukkannya agak kurang. Dengan menyertai pasca banjir bagi BIG kali keempat
ini saya telah mendapat suatu peluang yang hebat untuk menunjukkan sifat
kemanusiaan saya. Sebaik sahaja sampai ke SMK Sultan Yahya Petra (1) kami telah
dibawa untuk melihat keadaan setelah banjir di seluruh kawasan sekolah tersebut.

Keadaannya memang begitu teruk dengan kehilangan kerusi meja, lumpur di seluruh
tempat, kekotoran dan sebagainya.
Seterusnya program ini telah memberi peluang kepada saya untuk bantu
membantu untuk membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir. Pada mulanya
pelajar guru perempuan dan pelajar guru lelaki dibahagikan. Pelajar guru lelaki
ditugaskan untuk membersihkan kantin sekolah dan beberapa bilik darjah serta
mengecat dinding dan sebagainya. Manakala, kami pelajar perempuan diberi tugasan
untuk membersihkan asrama pelajar wanita. Tanpa berfikiran panjang kami telah bantu
pihak sekolah untuk membersihkan asrama pelajar wanita tersebut. Barang-barang
yang terdapat di dalam asrama semua dikena dengan lumpur. Kami telah mencuci katilkatil, kerusi, meja, almari dan sebagainya. Kami juga telah membersihkan setiap bilik
dom asrama. Dengan ini saya mendapat peluang untuk membantu mereka.
Pada masa yang sama saya berpeluang untuk meningkatkan sifat kepimpinan
dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Ianya bukan begitu senang untuk
menguruskan sesuatu tugasan dan mengagihkannya. Apabila diberi arahan untuk
membersihkan asrama, saya dan rakan-rakan saya mengagihkan tugasan-tugasan
mengikut kelas. Hal ini adalah untuk mengurangkan kebebanan dan juga untuk
memastikan seluruh kawasan asrama dapat dibersihkan. Secara tidak langsung, saya
telah mendapat sifat kepimpinan dan juga mempelajari cara-cara terbaik untuk
mengagihkan tugasan.
Sifat tanggungjawab saya turut meningkat melalui program ini. Tugas saya
sebagai salah seorang ahli dalam pasca banjir telah melahirkan sifat tanggungjawab
dalam diri saya. Saya dengan penuh tanggungjawab telah membantu membersihkan
kawasan sekolah terutamanya asrama pelajar wanita. Sifat tanggungjawab saya juga
terpapar kerana, program BIG Fasa IV suatu program yang diambil bahagian oleh
setiap pelajar guru dari kelas saya. Jadi sebagai salah seorang daripada rakan-rakan
sekelas saya, saya juga memiliki tanggungjawab dalam menjayakan Program BIG Fasa
IV.

Seterusnya, melalui program BIG Fasa III, saya juga mempelajari nilai-nilai
murni. Antaranya adalah nilai kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan.
Kesemua nilai murni ini jelas terpamer dan kelihatan sepanjang tugasan ini. Setelah
menerima soalan tugasan kami telah menubuhkan jawatankuasa dan mengagihkan
tugasan kami. Walaupun setiap orang diagihkan dengan tugasan masing-masing, tetapi
kami tetap bekerjasama dari awal hingga akhir. Selain daripada itu, kami juga
membantu pengerusi program dari semua segi. Justeru, nilai-nilai murni yang disebut
tadi memberi satu pengajaran dalam diri saya.
Secara kesimpulannya Program Bina Insan Guru Fasa IV ini telah memberi
pelbagai pengalaman baru pada diri saya. Sebagai bakal guru saya akan menjadikan
pengalaman-pengalaman ini sebagai pengerak dalam diri saya untuk terus berkhidmat
untuk masyarakat, bangsa dan negara. Mahasiswa berkhidmat adalah mahasiswa
prihatin.

Anda mungkin juga menyukai