Anda di halaman 1dari 3

BILANGAN JURNAL : 11

MINGGU PRAKTIKUM : KESEBELAS

TARIKH PERISTIWA : 9 – 13 OKTOBER 2016

TAJUK JURNAL : PENYEDIAAN BILIK YANG KONDUSIF DAN BERINFORMASI.

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Masalah yang difokuskan adalah kepada kebersihan bilik bimbingan dan kaunseling. Hal ini
kerana kebersihan bilik memainkan peranan yang penting kepada saya untuk menjalankan sesi
kaunseling dan bimbingan dengan suasana yang kondusif dan teraputik. Justeru dengan
menyediakan bilik yang selesa boleh membantu melancarkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang dijalankan.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Menurut Kamus Dewan, kebersihan ialah keadaan yang bersih atau tidak kotor. Ini termasuklah
keadaan fizikal, persekitaran dan juga hati. Kebersihan merupakan asas kepada kesihatan. Hal
ini kerana kebersihan menjamin kesihatan yang baik. Jika seseorang individu menjaga
kebersihan diri mereka, mereka dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Namun begitu,
jika mereka tidak menjaga kebersihan, bakteria akan membiak dan mengancam kesihatan
mereka secara keseluruhannya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan ialah perihal
yang berkaitan dengan sihat, kesegaran, kebaikan atau keadaan badan. Manakala menurut
WHO (World Health Organization) di dalam laman webnya,

“Health is a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence
of disease or infirmity.”

Masalah ini berlaku berikutan pengurusan bilik tidak dapat difokuskan sepenuhnya oleh guru
bimbingan sepenuh masa kerana beliau juga mengajar subjek untuk kelas biasa. Justeru
pengurusan bilik tertangguh berikutan sibuk dengan pelbagai perkara. Hal ini menyebabkan bilik
bimbingan dan kaunseling tersebut semakin tidak terurus. Kesannya, suasana bilik menjadi tidak
teraputik dan tidak ceria. Kebersihan perlu dititik beratkan bagi mewujudkan suasana yang
selesa dan kondusif.
Cadangan Penyelesaian

Cadangan yang perlu dilaksanakan adalah pertamanya membersihkan bilik bimbingan dan
kaunseling itu sendiri yang mana mengemas semua barang yang tidak teratur dan berselerakan.
Di samping itu begitu juga dengan dengan bilik yang lain seperti bilik kaunseling individu dan
kelompok. Antara perkara yang boleh saya lakukan adalah dengan menyusun atur semula
barang dan perabot-perabot yang sedia supaya dalam keadaan tersusun dan teratur. Selain itu
perkara yang boleh saya laksanakan adalah dengan menghias dan menceriakan bilik bimbingan
dan kaunseling tersebut. Pada masa yang sama mengemaskini maklumat lama yang sedia ada
dengan maklumat yang lebih terkini selaras dengan konsep bilik bimbingan dan kaunseling
sebagai bilik yang berinformasi.

Tempoh penyelesaian
9 – 13 OKTOBER 2016

Tindakan susulan

Dalam peruntukan masa yang amat singkat ini, saya perlu melakukan kerja-kerja pembersihan
bilik terlebih dahulu. Hal ini kerana dengan keadaan bilik tidak selesa untuk menjalankan
sebarang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Maka saya dan sahabat saya mengambil
peluang selepas habis waktu kelas setiap hari melakukan pembersihan, mengemas dan
mengorganisasi bilik dengan lebih tersusun dan terancang selari dengan keperluan ruang yang
ada di bilik bimbingan dan kaunseling. Pada masa yang sama membuang bahan-bahan yang
telah lama dan mengantikan dengan maklumat yang terkini supaya boleh mewujudkan bilik
yang berinformasi.

Kesimpulan

Kebersihan memainkan peranan yang penting kepada semua terutama sekali pada bilik
bimbingan dan kaunseling. Dengan suasana yang bersih, kondusif dan teraputik maka selesalah
saya untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kebersihan yang terjaga akan
membawa kepada jaminan untuk murid bahawa perkhidmatan ini menunjukkan matlamat yang
jelas dalam menyediakan bilik yang kondusif, ceria dan bermaklumat. Oleh itu, aspek kebersihan
memainkan peranan yang penting kepada semua individu terutamanya murid-murid sekolah
rendah.
Pandangan / komen guru pembimbing
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

Tandatangan : .............................................
Nama : ..........................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing


.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai