Anda di halaman 1dari 15

BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

TAJUK 4 KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG AKADEMIK:

KEMAHIRAN BELAJAR

4.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini menerangkan definisi, konsep asas, ciri-ciri,
serta kepentingan kemahiran belajar kepada guru dan pelajar di sekolah.
Ia juga merangkumi tujuan dan kaedah pelaksanaan dalam bimbingan
kemahiran bidang akademik yang berkaitan dengan penekanan tentang
kemahiran belajar supaya meningkatkan prestasi seseorang murid dari
masa ke masa. Pengetahuan ini akan membolehkan pemahaman guru-
guru dan juga mereka yang berkecimpung dapat dipertingkatkan dan
membolehkan mereka berkembang dalam usaha mempelajari kemahiran
belajar yang dapat memanfaatkan diri sendiri serta menyempurnakan
kehidupan mereka tersebut.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan kemahiran belajar.
2. Mengaplikasikan kemahiran belajar yang sempurna dalam kehidupan
seharian.
3. Menjelaskan ciri-ciri dan kepentingan kemahiran belajar secara
mendalam.
4. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan.
5. Meningkatkan kesedaran pengurusan masa dan mencatat nota.
6. Meningkatkan keyakinan diri tidak mengira menghadapi masalah yang
besar atau tidak.
7. Menghuraikan kaedah pelaksanaan kemahiran bimbingan bidang
akademik.
8. Mengembangkan diri secara keseluruhan.

1
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.3 KERANGKA TAJUK

KEMAHIRAN BIMBINGAN

BIDANG AKADEMIK

KEMAHIRAN
LAIN - LAIN
BELAJAR

4.4 KANDUNGAN

PENGENALAN
Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan
pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar,
di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas
dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang
tepat dalam menjalankan perkhidmatan. Perkhidmatan bimbingan telah
disediakan di sekolah bagi tujuan menyempurnakan murid supaya
menjaminkan kesejahteraan mental para murid dan bermatlamat untuk
menyampaikan kemahiran bimbingan dalam bidang akademik kepada pelajar.
Dengan ini, murid dapat berkembang dalam pelbagai segi seperti intelek,
rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan kehendak dan aspirasi
Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara
menyeluruh serta sebagai proses menyempurnakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu ini (2013-2025).

2
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.4.1 DEFINISI DAN KONSEP ASAS KEMAHIRAN BELAJAR


Menurut Kamus Dewan (1996) ‘Kemahiran’ ditakrifkan sebagai kecekapan
dan kepandaian manakala istilah ‘Belajar’ pula diertikan sebagai ‘usaha untuk
memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu atau menjalani latihan’ dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, secara ringkasnya, kemahiran belajar
adalah ‘kecekapan dan usaha yang gigih untuk memperolehi ilmu
pengetahuan’.
Berdasarkan pandangan Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar
merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi
tertentu yang dipraktikkan oleh pelajar bagi memperolehi maklumat dan hasil
pembelajaran. Menurut pandangan Selmes (1987) pula menyatakan bahawa
kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar
itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan
ilmu pengetahuan.
Secara tuntasnya, kemahiran belajar bererti kebolehan atau kecekapan
yang patut dikuasai oleh setiap pelajar agar membolehkannya mengumpul,
memproses dan merumus maklumat secara kendiri serta menuju ke arah
pembelajaran seumur hidup.

3
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.4.2 KEMAHIRAN BELAJAR YANG PERLU DIBERIKAN PENEKANAN OLEH


GURU BIMBINGAN
Guru bimbingan memainkan peranan yang sangat penting dalam
menyampaikan kemahiran belajar dalam jiwa seseorang murid. Pertama
sekali, guru bimbingan perlulah mengajar dan melatih mana-mana kemahiran
yang diperlukan oleh para pelajar melalui kaedah ceramah atau bengkel
kemahiran belajar.
Selain itu, seseorang guru bimbingan perlulah membantu seseorang
murid untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam proses
pembelajaran dengan mengambil ujian atau inventori belajar. Dengan ini,
murid dapat memperbaiki kelemahan mereka dan mencungkil bakat mereka
secara langsung dan mengembangkan diri untuk menjadi seseorang insan
yang berbakat dan berguna.
Tambahan pula, berdasarkan kelemahan yang dikemukakan oleh
seseorang murid, guru bimbingan sewajarnya menjalankan pengenalpastian
dan mengajar murid supaya mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan
berasaskan kelemahan mereka dalam teknik atau cara belajar.
Akhir sekali, guru bimbingan juga perlulah menyebarkan maklumat
tentang kemahiran belajar seperti kemahiran membaca pantas, menulis,
membuat rujukan, mencatat nota, mengingat dan mengulangkaji kepada para
murid. Sudah terang lagi bersuluh bahawa prestasi seseorang murid dapat
ditingkatkan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiran yang
dipelajari.

4
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.4.3 CARA PELAKSANAAN KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG AKADEMIK


TEMPOH, TEMPAT DAN CARTA PERBATUAN PROGRAM/ PROJEK
Tempoh : Satu hari
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Jadual Berkenaan :

Tarikh Tarikh Bukti tamat


Bil Aktiviti Durasi Masa Tujuan Pelaksanaan
mula Tamat setiap aktiviti

1) Aktiviti Tak 1 jam 8.00 pagi 10/2/21 10/2/21 Saling berkenalan dan Refleksi
Kenal Maka – 9.00 berinteraksi antara satu sama Pelajar
Tak Cinta pagi lain.
(Ice-
breaking)

2) Sarapan 15 minit 9.00 pagi 10/2/21 10/2/21


Pagi / Rehat – 9.15 Berehat -
pagi

3) Aktiviti 1 jam 9.15 pagi 10/2/21 10/2/21 Mencungkil bakat kendiri serta Refleksi
Mengenalpas – 10.15 memperbaiki kelemahan yang Pelajar
ti Kelemahan pagi disedarkan.
dan Kekuatan
Diri

5
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4) Taklimat 3 jam 10.15 10/2/21 10/2/21 Menyebarkan maklumat Penghasilan


Kemahiran pagi – tentang kemahiran belajar Kerja
Belajar 1.15 seperti kemahiran membaca
petang pantas, menulis, membuat
rujukan, mencatat nota,
mengingat dan mengulangkaji.

5) Makan 1 jam 15 1.15 10/2/21 10/2/21


Petang / minit petang – Berehat -
Rehat 2.30
petang

6) Latihan 2 jam 2.30 10/2/21 10/2/21 Mengenalpasti kemahiran yang Refleksi


Penghasilan petang – dipelajari berdasarkan Pelajar
Kerja 4.30 kefahaman sendiri dan
Kemahiran petang meningkatkan kesedaran
tentang pengaplikasian
kemahiran tertentu.

KUMPULAN SASARAN

- Kumpulan sasaran ialah pelajar sekolah rendah.

6
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

- Alatan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang diuruskan ialah


tali, batang ais krim, kertas mahjong, marker pen dan cetakan.

ANGGARAN KOS KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Program/Projek

Kos Konvensional

Alatan Jumlah

Tali 50 x RM 0.50

Batang Ais Krim 50 x RM 0.70

Kertas Mahjong 25 x RM 1.70

7
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Marker Pen 5 x RM 2.50

Cetakan RM 100

Jumlah keseluruhan RM 225

Jadual 3: Kos program / projek

8
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.4.4 KEMAHIRAN BELAJAR YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIAMALKAN


OLEH SESEORANG MURID

9
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Teknik belajar
Teknik belajar Kemahiran
Kemahiran
yang berkesan
yang berkesan memberikan
memberikan
Kemahiran
Kemahiran tumpuan
tumpuan
membaca
membacapantas
pantas (konsentrasi)
(konsentrasi)

Kemahiran
Kemahiran Kemahiran
Kemahiran
berfikir
berfikirsecara
secara mengulangkaji
mengulangkaji
kreatif
kreatif

Kemahiran Belajar
Kemahiran Belajar

Kemahiran
Kemahiran Kemahiran
Kemahiran
mendengar
mendengar mengingat
mengingat

Kemahiran
Kemahiran Kemahiran
Kemahiran
menulis
menulis mencatat
mencatatnota
nota
Kemahiran
Kemahiran
mencari
mencari
maklumat
maklumat

4.4.5 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR TENTANG PENGURUSAN MASA


Kemahiran belajar pengurusan masa dapat dipelajari dan dikuasai hanya
melalui beberapa cara yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan.

10
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Pertama sekali, seseorang murid hendaklah mengetahui maklumat tentang


pengurusan masa. Dengan ini, mereka akan dapat mengetahui masa yang
terbaik untuk belajar, beriadah dan tidur. Sebagai contoh, mereka akan
menguruskan masa mereka supaya membaca 3 jam sehari dan tidur selama
6 hingga 8 jam bagi seseorang murid.
Seterusnya, bagi mencapai pengurusan masa yang baik, jadual hendak
dibina bagi setiap waktu peribadi agar dapat merancang aktiviti belajar
semasa di luar jadual waktu persekolahan.
Selain itu pula, seseorang murid hendaklah mengurangkan waktu untuk
aktiviti bermain. Mereka sepatutnya menumpukan lebih banyak masa kepada
pembelajaran dan mengurangkan penggunaan telefon bimbit untuk aktiviti
yang tidak berfaedah.
Akhir sekali, murid haruslah mempraktikkan penggunaan jadual waktu
belajar. Hanya dengan berbuat demikian, murid dapat menguruskan masa
mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membazirkan
masa dengan sia-sia serta hidup mereka akan lebih teratur.

11
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.4.6 KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Outlines Notes

Menggunakan frasa
dan kata kunci
sahaja

Annotation
Column Notes
Memberi penjelasan
Mengambil nota Kemahiran dalam bentuk
menggunakan
format berbentuk Mencatat penerangan ringkas
mengenai sesuatu
lajur Nota kerja

Nota Rumusan

Mengandungi semua
maklumat yang telah
diringkaskan dan
ditulis dalam
perenggan

12
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4.4.7 KEMAHIRAN TENTANG STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Mengumpul maklumat tentang Teknik dan strategi menjawab


peperiksaan.

Mencari dan mengamalkan Teknik menjawab soalan peperiksaan


berdasarkan skima jawapan yang ditetapkan melalui seminar atau
bengkel Teknik menjawab soalan.

Memantapkan dan memperkayakan keupayaan diri dengan


maklumat dan fakta pembelajaran untuk menghadapi peperiksaan
dengan melakukan latih tubi berterusan, membentuk kumpulan
perbincangan, menghadiri kelas tambahan atau tuisyen dan
mendapat bimbingan daripada guru.

Mempelajari dan membuat Latihan menggunakan Teknik dan


strategi yang betul bagi menghadapi ujian lisan, ujian amali dan
peperiksaan bertulis.

13
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

RUMUSAN

Konklusinya, bab ini telah memperkenalkan kemahiran bimbingan bidang


akademik terutamanya pelaksanaan guru bimbingan menyampaikan
kemahiran belajar serta menjelaskan kemahiran sebegini dapat membawa
banyak kebaikan kepada kita. Konsep-konsep kemahiran tertentu juga
telahpun diperkenalkan dan kepentingan kewujudan kemahiran tersebut telah
dipaparkan dan dibincangkan dalam bab ini.

14
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Rujukan.

Aziz, M. N. A., & Ahmad, N. S. (2008). KEMAHIRAN BELAJAR DAN


HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK: KAJIAN DI DAERAH
KERIAN, PERAK. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 23, 29-47.
Abu, B., Johan, O. M., MANSOR, P. S. M. S. S., & Jaafar, H. (2007). Kepelbagaian
Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. No. Vot Penyelidikan, 71881.
Hendra Surya. (2013). Cara Belajar Orang Genius. Jakarta: Penerbit PT Elex
Media.
Hendra Surya. (2011). Strategi Jitu Mencapai Kesuksesan Belajar. Jakarta: Penerbit
PT Elex Media Komputindo.
Yusoff, M., Osman, R., Shaari, A. S., & Ghazali, M. I. (2012). Kemahiran Belajar
dalam Kalangan Pelajar Bidang Pendidikan. Seminar Kebangsaan Majlis
Dekan Pendidikan IPTA.

15

Anda mungkin juga menyukai