Anda di halaman 1dari 8

1.

1 SINOPSIS

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi definisi bidang keibubapaan dan bidang
pembangunan diri, ciri-ciri bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri, dan
kepentingan bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri. Cara
pelaksanaan bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri juga dirangkumi
dalam topik ini. Pengetahuan ini akan membolehkan pemahaman guru-guru dan
juga mereka yang berkecimpung dalam usaha mengetahui dunia sendiri dapat
dipertingkatkan dengan lebih baik.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

1. Mendefinisikan bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri

2. Menjelaskan ciri-ciri bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri

3. Menghuraikan kepentingan bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri

kepada guru dan pelajar.

1.3 Kerangka kerja

Bidang
keibupaan
Bidang
bimbingan Bidang
pembangunan
diri
1.4 Pengenalan Bidang Keibubapaan

Aspek keibubapaan begitu hangat diperkata dan diperbincangkan di semua


peringkat dalam masyarakat. Manakala, permasalahan sosial yang semakin
meruncing terutamanya di kalangan anak-anak generasi muda menyebabkan
institusi keibubapaan berhadapan dengan banyak tekanan. Masalah ini seolah-
olah mahu dibebankan sepenuhnya di atas bahu kedua ibu bapa. Ibu bapa hari ini
menjadi bingung dan kecewa apabila corak dan gaya keibubapaan yang diwarisi
dari generasi lalu tidak sepenuhnya berjaya mencetuskan hasil yang diidam-
idamkan.

1.4.1 Konsep Keibubapaan

Keibupabaan mempunyai beberapa konsepnya. Antara konsepnya ialah ibu bapa


merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Selain itu,
konsep kedua ialah memberi bimbingan dan kemahiran kepada ibu bapa dapat
membantu dalam perkembangan anak-anak mereka. Seterusnya, Ibu bapa
merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya penting dalam pembentukan
keluarga yang bahagia dan ibu bapa merupakan insan yang banyak meyokong
perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa
juga menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan.

1.4.2 Prinsip-prinsip keibupaan

Terdapat beberapa prinsip keibubapaan. Antara prinsip yang pertama ialah


Mengurus diri dengan baik (take care of yourself). Secara amnya, prinsip ini
hendaklah menjadi perkara utama dalam diri ibu bapa supaya ibu bapa yang
mengamalkan prinsip ini akan berusaha tekanan dalam kehidupan mereka. Mereka
memiliki identiti tersendiri dan menggunakanya untuk diri dan keluarga. Mereka akan
berusaha mengamalkan ciri-ciri dan aktiviti tersebut dalam kehidupan supaya anak-
anak mereka akana meniru dan mengamalkanya apabila dewasa nanti. Selain itu,
prinsip yang kedua ialah Kasihi anak-anak (nuture ur children). Dalam prinsip ini, jika
kanak-kanak tidak merasai dihargai dan disayangi, semua usaha ibu bapa tidak
akan memberikan pengaruh yang kuat ke atas mereka. Kanak-kanak perlu merasa
mereka disayangi dan dikasihi oleh ibu bapa mereka. Seterusnya, prinsip yang
ketiga ialah bimbing anak-anak ( guide your children). Melaui prinsip ini, kanak-
kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk membantu mereka
menguruskan kehidupanya. Bimbingan adalah lebih baik daripada hukuman.
Seseorang ibu atau bapa yang membimbing anaknya mengajar anaknya bahawa
kesan positif atau negatif akan menyusuli sesuatu tingkah laku bimbingan membantu
kanak-kanak mendapatkan sesuatu dengan cara yang dipersetujui oleh ibu bapa
mereka. Di samping itu, prinsip keempat iakah Memotiasikan anak mereka (motivate
your child). Hal ini demikian kerana ibu bapa adalah guru pertama kepada anaknya
dan mereka hendaklah mengalakkan anak mereka mempelajari dengan
mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di rumah. Sediakan buku dan pelbagai
bahan rujukan di rumah. Ibu bapa harus membaca untuk mengalakkan anak mereka
membaca.

1.4.3 Objektif Bidang keibubapaan

Terdapat beberapa objektif bidang keibubapaan. Antara objektif bidang


keibubapaan ialah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada ibu bapa dan
murid-murid cara berkomunikasi yang berkesan dalam keluarga, ibu bapa dengan
anak serta anak dengan ibu bapa. Selain itu, objektif kedua ialah mendedahkan
kepada ibu bapa kemahiran keibubapaan. Seterusnya, objektif bdang keibubapaan
juga termasuklah mengawal perasaan apabila anak menunjukkan tingkah laku yang
tidak diingini, di samping melaksanakan sesuatu tindakan positif atau negatif.

1.4.4 Ciri-ciri bidang keibubapaan

Terdapat beberapa ciri-ciri bidang keibubapaan. Salah satu ciri tersebut ialah ibu
bapa bertanggungjawab memberikan pengetahuan kepada keluarga yang kurang
pengalaman. Selain itu, ciri-ciri bidang keibubapaan seterusnya ialah melengkapkan
ibu bapa dengan keyakinan dalam mendidik anak-anak dan melibatkan kehadiran
ibu bapa dan anak-anak mereka. Seterusnya, ciri-ciri keibupaan juga termasuklah
berkongsi isu-isu kekeluargaan yang sering timbul dan membincangkan jalan
penyelesaiannya.
1.4.5 Isu-isu kekeluargaan

Dalam kehidupan kita, kita sering menghadapi dengan beberapa isu kekeluargaan.
Antara isu kekeluargaan tersebut ialah kepimpinan. Dalam sesebuah keluarga, ibu
bapa merupakan pemimpin dan mereka haruslah sentiasa mendengar kepada anak-
anak mereka. Sekiranya terdapat pertengkaran dengan anak, ibu bapa haruslah
mendengar pandangan anak dan bersetuju dengan pandangan anak jika pandangan
atau cadangan yang diberi oleh anak adalah betul dan menyakinkan ibu bapa. Selin
itu, isu kedua ialah kerukunan dan kesejahteraan keluarga. Sesebuah keluarga yang
bahagia akan melahirkan anak yang cemerlang. Ibu bapa yang hidup bersama
secara aman dan damai akan menyebabkan anak dapat hidup dalam keadaan yang
bahagia. Sebaliknya, kalau seseorang anak yang tinggal dalam sesebuah keluarga
yang ibu bapanya mudah bergaduh atau sudah bercerai pasti akan menyebabkan
anak tersebut tidak menunpukan perhatian dalam pembelajaran dan akan
menyebabkan keputusan peperiksaan mereka terjejas. Tambahan pula, isu ketiga
termasuklah perkembangan remaja masa kini dan akan dating. Mengikut Hoffman
(1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus
memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran
seseorang dalam alam dewasa. Ibu bapa merupakan individu yang membuat
keputusan bahawa akan mereka akan berjaya atau gagal pada masa depan. Jika
ibu bapa gagal dalam mendisiplinkan anak-anak, ia akan menyebabkan anakanak
tidak mempunyai masa depan yang baik.

1.4.6 Kepentingan Bidang Keibubapaan dan Contoh Aktiviti yang boleh


Dilakukan.

Bidang keibubapaan adalah amat penting dalam sebuah institut kekeluargaan. Salah
satu kepentingannya ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kepada ibu bapa
dan murid-murid tenatng cara berkomunikasi yang berkesan. Selain itu, bidang
keibupaan juga dapat mendedahkan kemahiran keibubapaan kepada ibu bapa.
Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah Program keibubapaan, Konferens
dengan ibu bapa , dan Bengkel keibubapaan.
1.5 Pengenalan Pembangunan Diri

Secara keseluruhannya, pembangunan diri merupakan peningkatan kesedaran dan


kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan
tingkah laku seterusnya menggunakan sepenuh potensi demi mencapai
kecemerlangan dalam hidup.

1.5.1 Konsep Pembangunan Diri

Menurut Kamus Dewan, pembangunan membawa pengertian perubahan atau


kemajuan. Berdasarkan Hajah Noresh Hj Baharom (2007), pembangunan diri
membawa maksud kepada proses ke arah kemajuan dan perkembangan kehidupan.
Ia juga ditakrifkan sebagai sesuatu keadaan pengembangan, pembinaan,
pembaharuan, dan perbaikan ke arah kemajuan. Pembangunan juga membawa
pengertian perubahan daripada satu keadaaan kepada keadaan yang lebih baik,
peningkatan kualiti hidup dan pembaharuan dalam kemajuan hidup. ( jabatan
kemajuan islam, 2009)

1.5.2 Kepentingan Pembangunan Diri

Pembangunan diri adalah amat penting kerana ia dapat mendatangkan kepentingan


kepada setiap individu. Antara kepentingannya ialah dapat menyediakan minda
murid dalam mengharungi cabaran semasa. Ini kerana, murid dapat mengurus
emosinya dengan baik dan meningkatkan daya juang. Selain itu, kepentingan
pembangunan diri kedua ialah dapat meningkatkan kemahiran sosial dan
interpersonal dalam kehidupan. Secara tidak langsung, segala perbincangan antara
murid dengan murid akan berjalan dengan lancar. Selain itu, kepentingan
pembangunan diri ketiga ialah dapat membangunkan potensi murid dari segi sikap
kepimpinan. Di samping itu, kepentingan seterusnya ialah dapat membantu pelajar
meningkatkan kebolehan, mengembang dan membaiki kemahiran berfikir iaitu
berfikir dari aspek kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.
1.5.3 Peranan Institusi Sekolah dalam Membangunkan Diri Pelajar.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam
membangunkan diri pelajar. Antaranya ialah guru menjadi suri teladan kepada
pelajar. Guru perlu mengamalkan sikap-sikap yang baik seperti berani. Ini kerana
murid akan meniru personaliti guru yang positif kerana murid masih keliru dengan
identity diri dan mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling. Selain itu, pihak sekolah
juga perlu merancang aktiviti yang sesuai dengan murid seperti mengadakan kursus
kempipinan kepada para pengawas dan ketua kelas serta mengadakan
perbincangan dengan murid mengenai seseuatu perkara, dengan menggalakan
murid-murid terlibat dalam aktiviti kumpulan dengan aktif, secara tidak langsung
meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial pelajar.

1.5.4 Program Pembangunan Diri Pelajar

Terdapat beberapa program pembangunan diri pelajar yang boleh dilakukan.


Antaranya ialah bimbingan kemahiran komunikasi interpersonal. R. Wayne Pace
mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang
berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Kemahiran
interpersonal juga merupakan kemahiran individu itu bersosial, bergaul atau
berhubung. Antara kebolehan yang terdapat dalam kemahiran interpersonal ialah
kebolehan mementingkan nilai murni, dan berpendirian. Sebagai seorang murid,
mereka dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekelilingnya seperti
dengan rakan atau masyarakat. Selain itu, program kedua ialah bimbingan
pengurusan diri. Pengurusan diri melibatkan empat aspek iaitu fizikal,
diri,emosi,rohani dan mental. Seorang pelajar perlu menguruskan diri untuk menjadi
pelajar yang Berjaya. Dengan bimbingan, pelajar dapat menguruskan kehidupan
seharian. Misalnya, murid mendapatkan tidur yang secukupnya. Ini kerana, tanpa
rehat yang cukup keupayaan pelajar akan terjejas. Seterusnya, program tersebut
ialah bimbingan kemahiran menyelesaikan masalah. Menyelesaikan masalah adalah
satu proses mental untuk menghadapi rintangan berdasarkan tujuan tertentu.
Dengan bimbingan individu, guru dapat membimbing murid dalam menyelesaikan
masalahya. Untuk menyelesaikan masalah, kita haruslah mengenalpasti masalah,
memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat
pilihan, memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian masalah, melaksanakan
penyelesaian, dan menyemak semula/menilai keputusan untuk membolehkan
pelajar meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.. Meningkatkan
keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah.

1.6 Rumusan

Konklusinya, kita dapat mempelajari bidang keibubapaan dan bidang


pembangunan diri serta menjelaskan konsep mempelajari bidang keibubapaan
dan bidang pembangunan diri kepada kita dalam bab ini. Kepentingan
mempelajari bidang keibubapaan dan bidang pembangunan diri juga dapat
diperolehi dalam bab ini. Bab ini juga telah memperkenalkan peranan sekolah
dalam bidang pembangunan diri, objektif bidang keibubapaan, isu kekeluargaan,
dan program pembangunan diri pelajar, serta ciri-ciri mempelajari bidang
keibuupaan dan bidang pembangunan diri.

RUJUKAN:

Azizi Yahaya, Mohd Najib Ab. Ghaffar, Badrulzaman Baharom, Jabatan Asas
Pendidikan, Fakulti Pendidikan & Universiti Teknologi Malaysia. Persekitaran
Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja.
Dimuat turun daripada https://core.ac.uk/download/pdf/11785987.pdf

Halimah Bt Ahmat Dawi & Zuriyana Bt Mohd Nawi. Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Dimuat turun daripada
http://unitbimbingandankaunselingskmj.blogspot.com/p/blog-page_1106.html

Kamus Dewan,c.4.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. l03.


http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html capaian pada 16 Mac 2009
Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid, 2010. Peranan Sekolah dan Guru
dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan

Anda mungkin juga menyukai