Anda di halaman 1dari 3

1.

1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi bidang bimbingan.Ia juga merangjumi bidang
akademik serta bidang kerjaya.Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan juga
mereka yang berkecimpung dalam bidng pendidikan memahami dengan lebih baik
profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih lebih berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN


Padaakhir tajuk ini, saya dijangkakan dapat:
1. Menjelaskan kerjaya dalam bidang Pendidikan bimbingan.
2. Menjelaskan Pendidikan bimbingan dalam bidang akademik.

1.3 KERANGKA TAJUK

Kepentingan Faedah-faedah

1.4 Kandungan pengenalan.


Menurut kamus dewan edisi keempat, Kerjaya bermaksud perjalanan atau kemajuan
seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan. Pemilihan kerjaya adalah suatu proses
yang berterusan bermula dengan persepsi kanak-kanak terhadap dunia pekerjaan dan
kemudiannya berkembanga hingga peringkat remaja dan awal dewasa (Tolbert 1974).
Kerjaya Menurut Super (1957;1977;1990) Pula merangkumi persediaan yang dilakukan
oleh seseorang individu sebelum berkerja dan juga peranan-peranan lain yang
dilakukan olehnya selapas bersara. Olehitu, boleh dikatakan kerjaya adalah segala
persediaan sebelum seseorang itu menceburkan diri dalam dunia perkara sebenar dan
juga peranan-peranan lain yang dilakukannya selepas bersara. Selain itu, menurut
kamus pelajar edisi kedua, akedemik bermaksud bersifat atau mengenai ilmu
pengetahuan. Mengikut omardin ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan
sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi mententukan kejaya, Langkah-langkah dan
aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyembar, menilai dan memperbaharui
akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada
maksimumnya.

1.5 Faedah- faedah bidang kerjaya dalam perkhidmatan bimbingan.


Salah satu iaitu dari aspek jasmani. Dengan bersedia dan berusaha secara fizikal
untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai bidang kerjaya diminati. Selain
itu, dari aspek emosi pula, dapat membentuk semangat keazaman dan sikap positif dan
realistic terhadap pemilihan kerjaya. Seterusnya dari asprk intelek iaitu dapat menyedari
kebolehan diri dan usaha berdungguh sungguh untuk melengkapkan diri sehingga
mencapai cita diri. Akhirnya, dari aspek rohani pula dapat membentuk diri dalam
memilih kerjaya dengan tepat dan sesuai.

1.6 Kepentingan Pendidikan bimbingan dalam akademik


Kepentingan Pendidikan bimbingan dalam akademik iaitu dapat membimbing pelajar
mengatasi masalah yang dihadapi. Selain itu, ia dapat memberi maklumat kepada
pelajar di dalam bidang akademik dan kerjaya serta masa depan. AKhirnya, dapat
membentu pelajar memahami diri, kebolehan dan memperkembangkan potensi yang
sedia ada pada diri mereka.

2.0 Rumusan.
Bab ini telah memperkenalkan bidang pendidikan bimbingan. Yang pertama, Kerjaya
dalam bidang Pendidikan bimbingan diterangkan dengan menjelaskan faedah-faedah
bidang kerjaya dalalm perkhidmatan bimbingan seperti contoh aspek jasmani, aspek
rohani, aspek intelek dan juga aspek emosi. Seterusnya, Kepentingan Pendidikan
bimbingan dalam akademik telah dijelakan dengan teliti. Antara kepentingan yang telah
dijelaskan seperti contoh Pendidikan bimbingan dapat membimbing pelajar mengatasi
masalah yang dihadapi, memberi maklumat kepada pelajar di dalam bidang akademik
dan kerjaya serta masa depan, serta membantu pelajar memahami diri, kebolehan dan
memperkembangkan potensi yang sedia ada pada diri mereka.
RUJUKAN:
Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. (2008). Kaunseling Remaja: Tip dan
Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publication
dan Distributor Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Zulkhairi Roslan. 2004. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor. Tesis Sarjana. UKM, Bangi
Sidek (2002) dalam Ummi Nessa ,2010.
http://umminessa.blogspot.com/2010/08/persepsi-pelajar-terhadapperkhidmatan.html

Anda mungkin juga menyukai