Anda di halaman 1dari 24

AKTIVITI ICE-BREAKING

Disini IKA nak share contoh Modul LDK yang ada dan biasa gunakan dalam program dan aktiviti..
Harap ianya dapat membantu =)
NOTA: Segala yang dikongsi adalah ihsan sumber internet , ihsan individu2 dan pengalaman2 yang
ada.. semoga ianya bermanfaat..
TERIMA KASIH
-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Mukaddimah
Aktiviti :
i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan Surah Al-Fatihah
bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2. Wisel
Aktiviti :
i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan
persekitaran
3. Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada
rakan sebelah
2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak
berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4. Barang Amanah
Aktiviti :
i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada
setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi,
maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5. Nyanyian Lagu Motivasi


Aktiviti :
i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan
pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii. Contohnya lagu Warisan yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan
pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6. Salam Semut
Aktiviti :
i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan.
(Cth. Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan
tahniah (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut huuuuu
tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal
aktiviti.

7. Senyum
Aktiviti :
i. Sebut perkataan tempey.
ii. Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat
awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)


Aktiviti :
Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki
(wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung
Aktiviti :
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan kelopak
3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan jantung
4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan
bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10. Tepuk energy


Aktiviti :
Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit hooooo
Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit hooooo dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11. Gosok Tangan


Aktiviti :
1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu
diciptakan dari tanah

12. Fokus
Aktiviti :
1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke
dahi.
3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13. Pegang Dagu


Aktiviti :
1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan
alololooo
2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan
Aktiviti :
1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang
telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang
dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di
kalangan pelajar.

15. Sentuhan Kasih


Aktiviti :
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang
belum dikenali dengan rapat)
2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu
sama lain.
3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria


Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in
Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan
fasilitator.
ii. Fasilitator akan menyebut Group in 2, 5, 10 atau 20..
iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut
bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan
menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18. Kerusi Panas


Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk
dengan rakan-rakan yang lain.
iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah
bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya Siapa rasa dirinya lelaki tukar
tempat duduk. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu,
pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu
arahan sebelum bertindak.

19. Bunyi paling menarik


Aktiviti :
i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan
mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan
yang menarik.
ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam
kumpulan.
20. Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan
untuk setiap kumpulan.
ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu,
Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi
menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam
melakukan sesuatu perkara.

21. Uji Bakat


Aktiviti :
i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a. Ketua
b. Penolong
c. Setiausaha.
iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh
bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walkdan sebagainya
dengan diiringi muzik.
iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan
mencari :
a. Peserta yang paling comel
b. Peserta yang paling bijak berbicara
c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada
yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi


Aktiviti :
i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-
masing menngunakan masking tape.
ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif
untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang
ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi
dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit 5 minit).
v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca
nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari.
Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23. Brainstorming
Aktiviti :
i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak
kapur dll.
iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda
tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh
menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya
kayu hoki, syampu dll.
vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai
dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang
selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih
ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada
setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan
sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran
peserta akan lebih luas.

24. Aktiviti scanning (Strength and Weakness)


Aktiviti :
i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan
masing-masing.
ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam
kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan
yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang
boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki
kekurangan.

25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark


Aktiviti :
i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan
bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan
bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.

Nama/Tajuk: CARTA HATIKU


Disediakan oleh: Pn. Saidatul Sariyah Binti Sainawan.
Kesesuaian aktiviti: Aktiviti berkumpulan ( > 12 orang setiap kumpulan)
Masa : 30 minit

Peralatan:
1) Kertas a4.
2) Pen

Bahan-bahan yang di beri:


1) Set Graf carta hatiku

Objektif:
1) Membakar semangat pelajar untuk mencapai matlamat
2) Memberi gambaran awal tentang hala tuju masa depan.
3) Memupuk sifat yakin terhadap diri sendiri.
4) Mendidik para pelajar tentang cara refleksi diri

Langkah-langkah:
1. Pelajar diberikan sehelai kertas yang mengandungi graf yang bertanda garisan x dan y.
2. Di garisan y, pelajar hendaklah mengisi tahun (5 tahun akan datang dan 5 tahun yang lepas)
mengikut umur semasa pelajar.
3. Manakala di garisan y, pelajar hendaklah melakukan refleksi di dalam diri mereka untuk
mengetahui tahun- tahun yang di mana mengigatkan pelajar terhadap cerita tentang kejayaan,
kegagalan dalam diri pelajar-pelajar.
4. Kemudian, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menandakan graf (tinggi dan rendah) berdasarkan
apa yang terjadi pada tahun berikut.
5. Selesai menandakan di graf, pelajr dikehendaki untuk menuliskan rentetan refleksi diri
mengikut tahun-tahun tersebut.
6. Selesai melengkapkan graf pelajar diminta berbincang tentang apa yang di tulis pada graf.
7. Di akhir perbincangan, Fasilitator menerangkan dan membuat kesimpulan tentang kepentingan
refleksi dan pentingnya kita muhasabah diri untuk menempa kejayaan di masa hadapan.
Impak:
1) Pelajar bertambah semangat untuk mencapai matlamat
2) Masa depan para pelajar lebih jelas.
3) Pelajar lebih yakin terhadap diri sendiri
4) Para pelajar akan lebih yakin tentang kepentingan refleksi diri.

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Anda mungkin juga meminati:


MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : WE ARE SURVIVOR!
LDK: Great Egg Drop
Bengkel Pemantapan Kendiri Pelajar
LDK : Treasure Hunt
Linkwithin
Corat Coret Ibu Arif siap pada 10:16 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Jangan Baca!!!
Labels: aktiviti, kaunseling, ldk, motivasi
MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : WE ARE SURVIVOR!

Nama/Tajuk : WE ARE SURVIVOR!


Disediakan oleh: Pn. Nazatul Islah.
Kesesuaian aktiviti: Aktiviti berkumpulan ( > 8 orang setiap kumpulan)

Peralatan Disediakan :
1) Mess Tins / Periuk
2) Mancis
3) Sudu
4) Batu bata (3 biji/kumpulan)
5) Talam

Peralatan Perlu Di cari :


1) Kayu api

Bahan-bahan yang di beri :


1) Beras
2) Telur
3) Sardin
4) Minyak masak

Objektif :
1) Memupuk semangat bekerjasama antara pelajar di dalam kumpulan.
2) Mendidik pelajar untuk menghargai masa dengan manfaat.
3) Memupuk sikap bertanggungjawab sesama pelajar.
Langkah-langkah :
1) Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) Setiap kumpulan akan menerima 1 set peralatan serta bahan-bahan.
3) Dalam tempoh 3 jam setiap kumpulan perlu menyediakan makanan tengah hari mereka dengan
menggunakan peralatan serta bahan-bahan yang telah diberikan.
4) Setelah selesai memasak, setiap ahli kumpulan perlulah menghabiskan makanan tersebut
sehingga habis.
5) Selesai makan, setiap pelajar perlulah membersihkan peralatan serta kawasan masing-masing.

Impak :
1) Pelajar dapat memberi kerjasama sesama mereka.
2) Pelajar akan lebih tahu untuk menguruskan serta menghargai masa.
3) Pelajar dapat menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta kumpulan masing-
masing

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Anda mungkin juga meminati:


MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : CARTA HATIKU
LDK: Great Egg Drop
Bengkel Pemantapan Kendiri Pelajar
LDK : Treasure Hunt
Linkwithin
Corat Coret Ibu Arif siap pada 09:23 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Jangan Baca!!!
Labels: aktiviti, kaunseling, ldk, modul, motivasi

KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2014


LDK : Treasure Hunt

Modul : Treasure Hunt

Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji
kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta
dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke
satu checkpoint bagi mencari harta yang disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan,
peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda, kecergasan dan juga
ketahanan psikologi

Masa:
15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.

Objektif :
Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.
Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik
didalam kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas


aturcara aktiviti.

2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta
dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi
mencari petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6
checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.

3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas
petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak
dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi
permainan ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula,
peserta dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.

5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.

6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.

7) Bagi checkpoint pertama :


Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.
Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan
menyelesaikan masalah yang diberi.
Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan
di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.

8) Bagi checkpoint kedua:


Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.
Aktiviti Water in the bottle diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air
kedalam botol mengunnakan tangan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk
mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

9) Bagi checkpoint ketiga :


Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti Pulse Game
Cara permainan Pulse Game - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan
dengan mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan.
Peserta lain tidak dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada
di permulaan dan peserta yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan
melontarkan duit syiling dan secara senyap akan menunjukkan kepada peserta
yang pertama. Jika kepala peserta pertama akan mengengam tangan peserta
kedua, dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga sampai kepada
peserta terakhir. Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah
berlari sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan
ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat kepala dan ekor duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana
checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu
dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

10) Bagi checkpoint keempat :


Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti Trust
walk.
Cara Permainan Trust Walk Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang
mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta
kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli
yang telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli
didalam kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk
serpihan harta kedua.
Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke
mana checkpoint peserta seterusnya.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk
mengetahui dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

11) Bagi checkpoint kelima :


Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit Jejak bertapak akan dijalankan.
Cara permainan Jejak Bertapak Sebelum permainan peserta akan dijelaskan
jarak yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan
dgn 3 keping Tapak. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa
kesemua ahli didalam kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua
ahli mesti tiba di tempat tujuan dgn serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak
tapak yang diberikan sahaja. Peserta yang memijak tempat lain selain Tapak yang
diberikan akan dikira gagal dan diminta untuk mengulanginya semula dari
permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

12) Bagi checkpoint keenam :


Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti Photo
scarvenger hunt.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera.
Contoh kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna
kuning,orang yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan
bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan
permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa
akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana
checkpoint peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta
yang ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta
mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai,
fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator
meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar.
Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi
sebuah baju.

16) Diakhir aktiviti Treasure Hunt, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas
jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga
harta yang telah dijumpai.

17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Anda mungkin juga meminati:


Modul Kepimpinan
LDK: Great Egg Drop
MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : WE ARE SURVIVOR!
MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : CARTA HATIKU
Linkwithin
Corat Coret Ibu Arif siap pada 12:47 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Jangan Baca!!!
Labels: aktiviti, kaunseling, ldk, modul, motivasi
LDK: Great Egg Drop

Modul : Great Egg Drop

Great egg drop juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan
adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara
dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti
ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih
para perserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah
apabila diberikan sumber.

Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber
yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.

Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit Rundingan diantara kumpulan.
45 minit Pembinaan Menara.
15 minit Konklusi.

Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.


2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang
akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah
menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada
pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai
perunding ataupun negotiator. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-
bahan untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada
setiap kumpulan adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil
kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah
untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-
bahan yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta.
(45 minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara
daripada setiap kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka
dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat
ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk
melihat samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Anda mungkin juga meminati:

MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : WE ARE SURVIVOR!

MODUL MSK KOLEJ KOMUNITI : CARTA HATIKU

Bengkel Pemantapan Kendiri Pelajar

Modul Kepimpinan

Linkwithin
Corat Coret Ibu Arif siap pada 12:40 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Jangan Baca!!!
Labels: aktiviti, kaunseling, ldk, modul, motivasi

ISNIN, 3 MAC 2014


MODUL: Kursus Kepimpinan SMK Selendang, Rompin

JADUAL
KURSUS KEPIMPINAN SMK SELENDANG, ROMPIN, PAHANG
27 FEBRUARI 2014 (KHAMIS)
HARI / 8.00 PG 8.30 PG 10.30 11.00 PG 12.30 1.00 PTG
TARIKH PG TGHR
PENDAFTARAN
KHAMIS OUT- REHAT / BERSURAI /
KURSUS IN-DOOR RUMUSAN /
27/02/2 DOOR MINUM MAKAN
PENDEK GAMES PENUTUP
014 GAMES PAGI TENGAHARI
KEPIMPINAN

SENARAI FASILITATOR:
1. UST. MOHD JUWAHIR BIN PAIMAN
2. PN. NUR ATIKAH BINTI PAIMAN
3. CIK MALARVELI A/P KANDASAMY
4. CIK MARYAM BINTI PANDI
5. CIK SITI MARHAINI BINTI MD RESADI
6. PN. NORDIYANA BINTI MOHD RANI
7. CIK NURUL FARHANA BINTI MOKHTAR
8. CIK MADHIAH BINTI RAZAK

OUT-DOOR GAMES

1)Eh..Bersihnya!!! (15minit)
o Matlamat : saya mestilah sentiasa jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri
o Objektif:
melakukan sesuatu perkara yang positif tanpa disuruh
bersikap jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri
menghormati orang lain
berbicara dengan sopan
o Peralatan: Pelbagai bentuk sampah sarap seperti botol minuman, kulit ais krim, pembungkus
makanan dan sebagainya, tong sampah, tali rapia
o Arahan:
Kumpulan peserta diberikan kad arahan iaitu mesti bergerak ke satu stesen. Di stesen itu
peserta perlu mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang murid di sekolah
Di stesen fasilitator telah menaburkan pelbagai sampah dalam lingkungan tali rapia
Apabila peserta tiba, fasilitator hanya memerhatikan sahaja apa-apa tindakan peserta (yang
sepatutnya memungut sampah-sampah yang berada di kawasan itu tanpa disuruh kerana
selama ini pihak sekolah telah menyuruh murid mengutip sampah di kawasan sekolah)
Setelah 5 minit berlalu, jika mereka tidak berbuat apa-apa minta ketua mereka membacakan
semula arahan yang diberi dan minta mereka memahami arahan tersebut
Peringatan: Perkara sepatutnya peserta lakukan ialah :
Memberi ucap selamat
Memperkenalkan diri
Memungut sampah tanpa diperintah oleh ketua
(jika mereka Berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator maka mereka
berjaya melakukan tugasan ini. Jika tidak, fasilitator menjelaskan kenapa sampah banyak
sangat di kawasan mereka dan menyatakan tidak terfikirkah mereka untuk mengutip sampah
dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan. Jika secara spontan mereka
bergerak dan melakukannya, biarkan mereka berbuat demikian)
Rumusan
Penerangan ciri-ciri pemimpin iaiitu:
- Memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain
- Disiplinkan diri sebelum mendisiplinkan orang lain
- Jujur terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada kita
- Ikhlas melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai kita
- Mematuhi apa-apa peraturan tanpa disuruh menunjukkan seseorang itu telah berjaya
memimpin diri mereka sendiri.

2)Siapa juara? (15 minit)

o Matlamat: saya mestilah saling bantu membantu Antara satu sama lain
o Objektif:
- dapat menghindari sikap mementingkan diri sendiri
- Bekerjasama dlam satu kumpulan
o Peralatan: sebiji belon yang telah ditiup
o Kaedah:
- Peserta diminta ke suatu stesen. Di stesen fasilitator meminta murid menyentuh belon
sekurang-kurangnya 10 kali dengan hujung jari telunjuk dalam masa 1 atau 2 minit. Syaratnya
tanpa dipegang.
Fasilitator cuba melambung belon dan menyentuhnya dengan jari. Kemudian diminta peserta
menyambung aktiviti tersebut dalam masa 1 atau 2 minit
Apa yang terjadi ialah (jangkaan pembuat modul) peserta akan berebut-rebut untuk menyentuh
belon
Setelah 2 minit, hentikan permainan. Tanya murid siapa yang paling banyak menyentuh belon
dan berapa kali jumlahnya. Kemudian, Tanya murid siapakah yang paling sedikit menyentuh
belon? Berapa kali? Mengapakah tidak dapat menyentuh belon? Apa perasaan kamu tidak
dapat menyentuh belon?
Bertanya semula kepada yang paling banyak menyentuh belon, tidakkah kamu simpati terhadap
rakan kumpulan kamu yang tidak dapat menyentuh belon?
o Rumusan:
Sebagai pemimpin kita tidak patut hanya mementingkan diri sendiri
Sebagai pemimpin kita mestilah membantu ahli jika mereka memerlukan bantuan dan
pertolongan
Sikap mementingkan diri sendiri dibenci dan tidak disukai oleh ahli

-
Fikiranku (15minit)
- Matlamat: berfikir secara sihat sebelum bertindak supaya tidak terlepas cakap
- Objektif :
o mencelik akalkan pemikiran murid
o Merangsang pemikiran murid supaya berfikir perkara yang logic
- Bahan : lampiran teka teki
- Kaedah: ahli dalam kumpulan perlu berbincang jawapan
- Rumusan:
o perhatikan gelagat peserta ketika teka teki diberi. Mungkin ada yang tersipu-sipu malu kerana
memikirkan sesuatu yang melucahkan. Oleh itu, fasilitator cuba bertanya kepada peserta
adakah mereka menyangka teka teki ini mempunyai maksud yang tidak baik
o Berfikir adalah perkara terbaik sebelum membuat keputusan
o Terdapat dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif dan negative. Setuju atau
tidak. Berani atau takut. Betul atau salah.
o Jika kita selalu bergaul dengan rakan yang suka berfikir perkara yang kotor maka pemikiran
kita juga akan terarah kepada yang kotor
o Jika kita bergaul dengan rakan yang berfikiran bersih maka kita terhindar daripada berfikiran
kotor

- Teka teki berkait:


o Bagaimanakah cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk?
o Bagaimanakah pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk?
o Sebagai raja di rimba, singa memanggil segala haiwan datang mengadapnya. Haiwan manakah
yang tidak hadir mengadap? Kenapa?
o Di dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya. Bagaimanakah cara kamu hendak
menyeberang? Kenapa?

- Teka teki:
o Ada suatu perbuatan terhadap suatu benda. Hendak diguna mesti dikepak. Lepas itu
dikangkang. Selepas dikangkang letakkan di batang. Jawapan: pakai cermin mata
o Apakah benda ini? Diselak kainnya Nampak bulu. Diselak bulunya Nampak biji, di bawah biji
Nampak batang. Jawapan: Jagung
o Ku tunam kakinya, kudapat kakinya. Jawapan: Kutu 4kaki, kuda 6 kaki
o Kotak apa yang berdosa? Jawapan : Ko tak sembahyang
o Ada satu perbuatan, bukan keji tetapi murni. Ada lubang atasnya ada biji suka cari batang.
Kemudian batang masuk dalam lubang Jawapan: cincin disarung ke jari

Cantuman Murni (15 minit)


o Susun semula koleksi perkataan-perkataan

- Great Egg Drop (Menara Masa Hadapan) (30minit)


o Peralatan: straw, suratkhabar, salotape, getah gelang, telur
o Misi membina menara untuk menyelamatkan sebiji telur
o Menara akan dilepaskan dari tempat tinggi untuk melihat ketahanan dan kekuatan

INDOOR GAMES
- Dimana belon kami?? (20 minit)
o Matlamat : saya mesti bantu rakan-rakan saya
o Objektif :
Dapat bekerjasama dalam satu kumpulan
Mendengar arahan dan melaksanakannya dengan betul
Memberi arahan yang betul
Mempercayai pemimpin
o Bahan : belon yang telah ditiup, kain penutu mata
o Kaedah:
Fasilitator meminta peserta menjarakkan diri daripada rakan-rakan
Fasilitator memberitahu peserta bahawa mereka perlu mencari sebiji belon dengan mata yang
tertutup
Fasilitator meminta peserta menutup mata dengan kain penutup mata
Peserta diminta tidak menipu dan berlaku jujur terhadap diri sendiri
Setelah memastikan peserta menutup mata dengan betul, fasilitator memberi belon kepada
ketua kumpulan
Dengan helah fasilitator berada jauh dengan kumpulan kemudian berteriak sekarang kamu
carilah belon itu dengan kuat
Setelah 5 ke 10 minit berlalu, bukakan penutup mata ketua kumpulan sahaja dan benarkan dia
memanggil ahlinya dating kepadanya untuk menjumpai belon tersebut sehingga Berjaya
o Rumusan
Sebagai pemimpin kita perlu memberi arahan kepada ahli supaya ahli dapat melakukan tugasan
dengan betul
Sebagai ahli pula kita mestilah mematuhi arahan ketua atau pemimpin
Bayangkanlah bagaimanalah sekiranya, manusia tiada pemimpin, apa akan terjadi?

(rujuk peristiwa yang berlaku semasa mereka mencari belon) : terlanggar bontot kawan,
berlaga dan seumpamanya

Salam Sayang,

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Anda mungkin juga meminati:

Wang hantaran dahulu & sekarang...

oh Korban

Mandala as a tools of therapy ????

TOLONG!!!!!

Linkwithin
Corat Coret Ibu Arif siap pada 09:36 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Jangan Baca!!!
Labels: aktiviti, kaunseling, ldk, modul, motivasi
KHAMIS, 5 SEPTEMBER 2013
Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

Keunikan kita ialah variasi sifat yang berbeza. Salah satu keunikan manusia adalah mempunyai
sifat yang berbeza antara satu sama lain. Dalam dunia psikologi, terdapat empat jenis sifat
manusia. Setiap individu pasti memiliki beberapa dari jenis sifat ini.

Sifat manakah yang tepat dengan diri anda?

SANGUNIS, SI POPULAR

Keperibadian yang menarik, punya sifat jenaka yang tinggi, suka menghidupkan
suasana, emosional dan demonstratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa
ingin tahu.

Dalam pekerjaan anda seorang yang kreatif, inovatif, antusiasme, sukarelawan,


menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja.

Sebagai seorang teman, mudah bergaul, mencintai orang lain, suka dipuji dan
menyenangkan. Suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus.

MELANKOLIS, SI SEMPURNA

Berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, analitis, mendalam dan seorang pemikir,
menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban.

Dalam pekerjaan, orang melankolis berorientasi pada jadual, seorang yang


mementingkan kesempurnaan, punya piawaian yang tinggi dan rinci, tertib dan
tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai.
Sebagai seorang teman, melankolis adalah orang yang setia, sedia mendengar
keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memperhatikan orang lain, terharu oleh air
mata penuh belas kasihan. Pencari teman hidup ideal.

KOLERIS, SI KUAT

Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional
bertindak, tidak mudah patah semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan
berdikari.

Dalam pekerjaan berorientasi matlamat, melihat seluruh gambaran, tersusun dengan


baik, mencari pemecahan praktis, bergerak cepat untuk bertindak, mendelegasikan
pekerjaan, menekankan pada hasil, berkembang kerana saingan. Orang koleris tidak
terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan
mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat.

PHLEGMATIS, SI DAMAI

Rendah hati, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten, simpati dan baik hati.
menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan.

Dalam pekerjaan, punya kemampuan administratif, menjadi penegah masalah,


menghindari konfl ik, baik di bawah tekanan, menemukan cara yang mudah, mudah
diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selera jenaka yang menggigit,
suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian.

Salam Sayang

Anda mungkin juga menyukai