Anda di halaman 1dari 1

Rumusan ini membincangkan faktor-faktor seseorang mudah marah, kesan-

kesan emosi kemarahan yang tidak terkawal dan cara-cara mengawal emosi
kemarahan.
Antara faktornya, faktor luaran iaitu bebanan tugas. Selain itu, faktor
dalaman iaitu sikap panas baran.
Salah satu kesan jika kemarahan tidak dikendalikan dengan baik ialah
seseorang itu akan bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi. Selain itu,
emosi marah yang tidak terkawal juga menjejaskan perhubungan silaturahim. Di
samping itu, seseorang itu yang dalam keadaan marah cenderung untuk
mengeluarkan kata-kata kesat. Selanjutnya, ketegangan fizikal serta psikologi
akan terhasil.
Cara paling berkesan untuk mengawal emosi kemarahan ialah seseorang itu
mestilah berfikir sebelum bercakap dengan orang yang anda marah. Seterusnya,
bertenang dengan menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan emosi.
Selain itu, jika seseorang itu tidak dapat mengawal keadaan, tinggalkan tempat
itu dengan serta-merta.
Akhir kata, setiap orang haruslah mengendalikan emosi kemarahan dengan
baik agar dapat mengelakkan pelbagai masalah yang buruk.

-Anusuyaa-

Anda mungkin juga menyukai