Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha En Ismail bin Nayan Guru Besar SK Methodist(ACS)Sitiawan

Yang Dihormati, En. Tan Peng Hooi Yang Dipertua PIBG,


SK Methodist(ACS)Sitiawan.

Barisan Penolong Kanan,

Guru-guru, ibu bapa, serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia

1) Syukur kerana pada pagi ini dapat kita bersama-sama di dalam

“Majlis Anugerah Kokurikulum’, SK Methodist(ACS)Sitiawan. Terlebih dahulu saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan

ucapan pada majlis yang gilang-gemilang ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan ketahui, tujuan majlis ini adalah untuk

memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang

kokurikulum. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga akan menyuntik

semangat kepada pelajar-pelajar yang lain bagi meningkatkan pencapaian mereka

pada masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Selain menyampaikan ilmu pengetahuan, sekolah juga berperanan menjalankan

aktiviti sukan dan kokurikulum bagi melengkapkan murid-murid mencapai kehidupan

yang cemerlang. Walau bagaimana pun , penguasaan ilmu pengetahuan sahaja

tidak mencukupi. Seandainya faktor nilai-nilai murni tidak diamalkan. Amalan

agama, nilai-nilai moral yang baik, semangat perpaduan adalah merupakan

resipi kejayaan bagi mencapai kesejahteraan hidup yang berkekalan.


Tuan-tuan dan Puan-puan,
Saya yakin SK Methodist(ACS)Sitiawan akan dapat melahirkan atelit-atelit
yang terkemuka pada masa akan datang. Merekalah yang bakal mencorakkan
bidang sukan pada masa datang. Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya
cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang
perkembangannya dari segi jasmani ,emosi , rohani dan intelektual serta mempunyai
disiplin diri yang tinggi. Gandingan mantap semua pihak akan menjadikan
SK Methodist(ACS)Sitiawan lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian
kokurikulum agar terus cemerlang.

Hadirin sekalian,
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya
menganjurkan majlis anugerah kokurikulum pada tahun ini.. Saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima berserta ibu bapa
masing-masing di atas kejayaan yang telah di capai . Sokongan dan dorongan
ibu bapa amatlah dihargai. Saya berharap agar sekolah ini akan
terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang diceburi .
Saya dengan sukacitanya merasmikan “Hari Anugerah Cemerlang
Kokurikulum SK Methodist(ACS)Sitiawan tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai