Anda di halaman 1dari 2

Puasa dalam agama Kristian

Selepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar. Di dalam
Bible (New Testament) tidak menyebut secara nyata tentang wajib puasa
kepada penganutnya. Menurut Encyclopedia of America, pada dua abad
pertama sejak kemunculan agama Kristian, puasa dalam agama ini adalah
sukarela.

Puasa hanya diwajibkan pada abad keempat. Secara tradisinya, agama


Kristian mengkehendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar Ash
Wednesday hingga hari perayaan Easter, iaitu sebelum perayaan Krismas.
Puasa ini dibuat sebagai simbol menghormati kesengsaraan Nabi Isa a.s.
yang mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa
pada hari Rogetion Days, Ember Day, puasa mingguan pada hari Rabu dan
Jumaat dan puasa sempena perlantikan paderi dan hari Baptis.

Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, kedudukan puasa


tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami perubahan
besar. Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom telah
memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada
hakikatnya berpantang dengan tidak makan daging pada hari perayaan Ash
Wednesday dan hari Good Friday. Kelonggaran peraturan itu dibuat sebagai
usaha menggalakkan masyarakat Kristian berpuasa.

Menurut Encyclopedia of Religion, masyarakat Kristian Ortodoks Greek dan


Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat mengamalkan puasa tradisi,
kini hanya mengamalkan puasa atau berpantang pada hari Ash Wednesday
dan Good Friday sahaja. Manakala sebahagian besar gereja- gereja di bawah
mazhab Kristian Protestant hanya menganggap puasa itu adalah hak budi
bicara individu untuk mengamalkannya.

Puasa dalam agama lain

Menurut Encyclopedia of Religion, walaupun sebahagian besar penganut


agama Buddha cenderung berpantang tetapi mereka menganggap puasa
sepenuhnya sepanjang hari bukanlah suruhan agama Buddha. Mengikut
ajaran Buddha, mengurangkan makan atau berpantang adalah salah satu
dari 13 ajarannya untuk mencapai hidup bahagia. Ajaran ini menyatakan
bahawa walaupun mereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari
sebelum waktu tengah hari.

Puasa juga dikenal dalam agama-agama penyembah binatang. Ibn an-Nadim


dalam bukunya al-Fahrasat, sebagaimana dikutip Quraish Shihab dalam
Tafsir al- Mishbah, menyebutkan agama para penyembah binatang berpuasa
tiga puluh hari dalam setahun, beserta puasa sunat sebanyak 16 hari atau
27 hari. Mereka menjalani ibadah puasa sebagai penghormatan kepada
bulan, juga kepada planet Marikh yang mana dalam kepercayaan mereka
sebagai ‘bintang nasib’ selain kepada matahari. Selain itu, puasa dalam
agama Hindu, Confucius, Tao dan ajaran kuno lain mengamalkan puasa
sebagai suatu kaedah pemujaan roh nenek moyang. Puasa mereka lebih
bersifat berpantang dengan tidak makan daging atau dibenarkan atau
dibenarkan daging makan sekali sehari (Ghafani Awang Teh).

Ibadah puasa yang dijalankan sangat berbeza dengan a hari ibadah puasa
yang difardukan kepada umat Islam yang telah disyariatkan kepada
Rasulullah s.a.w. pada bulan Syaaban di tahun kedua hijrah baginda ke
Madinah. Pada masa itu, Baginda telah menyebarkan seruan Allah SWT
tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadan seperti firman-Nya yang
bermaksud:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ilam ialah) bulan Ramadhan, bulan yang
di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda
(antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu
hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa
pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia
berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan
bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (al-
Baqarah:185)

Kebangkitan Islam 500 tahun selepas Nabi Isa a.s. telah melengkapkan
sejarah puasa itu sendiri sebagai suatu kaedah penyucian diri jiwa dan raga
bagi manusia. ibadah puasa juga dilihat sebagai suatu kaedah penyatuan
dan tingkat ketakwaan kepada Maha Pencipta.

Ibadah puasa umat Islam pada setiap bulan Ramadan adalah sebagai tujuan
melatih hamba-hamba-Nya supaya bertakwa kepada-Nya seperti firman-
Nya: yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan
ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,
mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al Baqarah:183)

Hikmah puasa telah banyak diteliti para ulama dan ilmuwan, dari para ahli
syariat dan keagamaan Islam hingga ke para ahli psikologi dan perubatan
terbukti mempunyai nilai kebaikan yang unggul kepada diri. Puasa yang
dijalani dengan bersungguh-sungguh dan bertawaduk secara langsung akan
melahirkan umat yang bertakwa kepada-Nya seperti firman-Nya: “Mudah-
mudahan kamu bertakwa.”

https://www.yadim.com.my/v2/puasa-dalam-pelbagai-agama/

Anda mungkin juga menyukai