Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Bandar Raya Shah Alam ialah ibu negeri bagi negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Shah Alam merupakan Bandaraya yang hampir dengan bandaraya Kuala Lumpur, hanya

dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Penduduk Shah Alam

mempunyai 400,000 orang dan dijangka meningkat menjadi 700,000 orang pada 2014 setelah

siapnya beberapa projek perumahan di sekitar Shah Alam. Dato’ Haji Abu Sujak Haji

Mahmud menjadi individu yang penting serta beliau dilantik sebagai Datuk Bandar yang

pertama. Shah Alam ini telah dipilih dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor oleh

Sultan Selangor Ketika itu, DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

pada 7 Disember 1978.1

Selain itu, secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran ‘Bandar Raya

Anggerik’. Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan ‘Bandar Perindustrian’ kerana

tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempat sejumlah kilang multinasional

sekali gus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan

pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.

Shah Alam terletak di dalam negeri Selangor, dengan jarak kira-kira 25km dari Kuala

Lumpur dan 15km dari Pelabuhan Klang. Bandar Lembah Klang ini berada dalam daerah

Petaling, dengan sebahagian daripadanya berada dalam daerah Klang. Shah Alam juga adalah

bandar yang menarik dan sesuai untuk pelancong berkunjung dan melihat di bandaraya Shah

Alam. Perkembangan Shah Alam ini berlaku dari tahun 1980. Shah Alam juga menjadi pusat

pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang baharu selepas Kuala Lumpur diserahkan kepada

Kerajaan Persekutuan.

1
2.0 HASIL KAJIAN

2.1 Sejarah Asal Usul Perkembangan Pembangunan di Shah Alam

Shah Alam pada suatu Ketika dulu adalah sebuah ladang kelapa sawit yang dikenali

sebagai Sungai Renggam. Shah Alam mula dibangunkan pada tahun 1963 untuk dijadikan

pusat pentadbiran Selangor apabila Kuala Lumpur dirancang untuk dijadikan Wilayah

Persekutuan pada 1 Februari 1974. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan

Selangor Ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Shah Alam

diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Nama ‘Shah Alam’ sendiri adalah

pilihan dan perkenan Baginda. Pada 7 Disember juga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

baru ditubuhkan. Penubuhan MBSA adalah serentak dengan perisytiharan bandaraya Shah

Alam sebagai ibu negeri Selangor. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km

persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi. Ibu negeri

Selangor, negeri termaju di Malaysia ini dinaikkn taraf menjadi bandar raya pada 10 Oktober

2000.2

YBhg. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir merupakan mantan Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Shah Alam pada tahun 2000. Beliau merupakan Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya

Petaling, Orang Besar Daerah Petaling. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir berasal dari Jasin,

Melaka dan merupakan bekas pelajar Sekolah Alam Shah batch 68. Beliau juga merupakan

pelajar Universiti Malaya. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun

1972, Dato’ Emran memasuki Perkhidmatan PTD dan telah berkhidmat di 12 jabatan di

peringkat Negeri dan Persekutuan. Beliau amat berbangga kerana diberi peluang

mengusahakan ketiga-tiga peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Tempatan (PBT), Kerajaan

Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

2
Seterusnya, pelbagai program diatur bagi meraikan detik pengisytiharan ini bersama

seluruh warga Shah Alam. Antara peristiwa penting yang kekal dalam lipatan sejarah ibu

negeri Selangor ini adalah pada 20 September 2000, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

melancarkan logo, bendera dan lagu rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam. Majlis Penyerahan

Suratcara Pengisytiharan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan kepada DYMM Pemangku Raja Selangor pada 9 Oktober 2000. Selain

itu, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga mengisytiharkan Shah Alam sebagai bandar

raya tepat jam 12.00 tengah malam pada 9 dan 10 Oktober 2000. Majlis Penyerahan Watikah

Pelantikan Datuk Bandar Shah Alam daripada DYMM Sultan Selangor kepada YBhg. Dato’

Haji Abu Sujah bin Haji Mahmud dan Majlis Makan Malam sempena Pengisytiharan Bandar

Raya Shah Alam yang dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor adalah serentak pada 10

Oktober 2000.3

2.2 Perkembangan Shah Alam sebagai Tempat Pelancongan dari Tahun 1980 hingga

2020

Shah Alam yang merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan adalah sebuah bandar

yang agak pesat membangun sehingga pernah digelar sebagai Bandar Perindustrian, tetapi

jika ia menganggap kemajuan sebegini membawa pencemaran, ini adalah sebaliknya ia

meronda-ronda di Shah Alam. Terdapat pelbagai tarikan yang boleh dilawati baik secara solo

atupun keluarga. Kesemua tempat di Shah Alam ini rata-ratanya lebih kepada hiburan

keluarga dan membeli-belah serta tidak hairan tempat ini menjadi tempat pelancong untuk

datang ke Shah Alam. Di sebalik kepesatan pembangunan di bandar ini, ia dapat merasakan

ketenangan dan keindahan pemandangan di sekeliling bandar dan boleh dikatakan

pembangunan di Shah Alam agak seimbang dari segi material dan alam semulajadi.4

3
Terdapat juga taman yang popular iaitu Taman Botani Negara Shah Alam.Taman

Botani Negara Shah Alam telah dibangunkan pada 24 April 1986 dikenali sebagai Taman

Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian

Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Selain itu, ia juga merupakan satu lokasi yang sesuai bagi

menjalankan program Pendidikan Botanikal. Walaupun Shah Alam merupakan kawasan yang

sangat pesat membangun, namun tidak bermakna hanya tarikan pelancongan yang moden

sahaja yang terdapat di sini. Lokasinya hanya terletak di Seksyen 8, Shah Alam dan hanya 3

km sahaja dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Taman Botani Shah Alam yang sangat

luas ini mempunyai landskap taman yang sangat cantik dan terjaga. Destinasi ini juga

mempunyai banyak kemudahan untuk pengunjung seperti laluan jalan kaki berturap,

kemudahan penginapan, tempat berkhemah, kawasan rekreasi dan sebagainya.

Seterusnya, Galeri Shah Alam juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang

menarik. Di sini kita dapat melihat karya seni orang lama. Galeri Shah Alam telah ditubuhkan

di bawah pentadbiran Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan pada 26 Januari 1991 dan

dirasmikan dengan sempurnanya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah Alhaj pada 6 Julai 1991. Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan diilhamkan oleh Duli

Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah Alhaj semasa baginda menjadi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda

Selangor yang mana baginda sendiri adalah salah seorang yang meminati dan mencintai seni

lukis dengan begitu mendalam. Galeri Shah Alam muncul sebagai pusat kesenian dan

destinasi pelancongan yang penting di Lembah Klang terletak di tengah-tengah pusat

bandaraya Shah Alam. Bangunannya yang indah dengan reka bentuk kehalusan seni bina

Melayu tradisional dikelilingi oleh tasik dan taman rekreasi menambahkan lagi keindahan

‘seni’ disamping suasana yang aman dan nyaman ianya dapat menarik minat orang ramai

untuk mengunjungi Galeri Shah Alam.5

4
Selain itu, Wet World Water Park Shah Alam juga merupakan tempat yang sangat

sangat popular dan menjadi destinasi percutian yang penting untuk aktiviti pada hujung

minggu bersama keluarga. Taman tema air ini terletak di Seksyen 14 Shah Alam. Taman

tema air yang tidak asing lagi di Selangor ini yang telah pun beroperasi lebih 21 tahun iaitu

sejak dari tahun 2002. Paras air kolam mandi di sini juga tidak dalam dan kurang daripada 1

meter. Bagi golongan dewasa yang inginkan keterujaan dan water slide yang meluncur laju,

Wet World Water Park Shah Alam bukanlah destinasi yang tepat. Terdapat juga beberapa

gelongsor air di sini yang agak menarik seperti “Super Hurricane” dan “Monson Buster”

yang pasti akan membuatkan golongan remaja lebih teruja. Destinasi water park ini adalah

yang berdekatan dengan beberapa hotel sekitar Shah Alam. Lebih menarik, bayaran masuk ke

taman tema air juga lebih berpatutan berbanding taman tema air di Selangor yang lain.6

Terdapat sebuah taman yang penuh dengan lampu iaitu i-City yang terletak di Shah

Alam menjadi tarikan pelancong kerana di dalam taman tema tersebut terdapat tarikan yang

menarik. I-City Shah Alam ini dibuka pada bulan December 2009 dan terus berkembang dan

membangun demi memberikan keseronokan untuk sekeluarga. Pekan baru ini dahulunya

merupakan tapak bagi pusat pameran “Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur” atau

dikenali sebagai Bahasa Inggeris iaitu “Sumur City Aerospace Adventure” yang berlangsung

pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu

berwarna-warni. Dengan itu, i-City ini dapat menarik pelancong dari serata dunia. I-City

sedang bekerjasama dengan Best Western International untuk hotel 3-bintang dan Hilton

International untuk membina empat bintang Double Tree i-City Hotel untuk menarik lebih

ramai pelancong. Para pengunjung yang menetap di hotel boleh memasuki dengan mudah.

Pengunjung yang boleh membayar tiket untuk memasuki taman air, dan taman salju. Cara

untuk membeli tiket adalah digalakkan membeli secara online dan melalui pakej yang

ditawarkan. Sekiranya ingin membeli secara walk-in, ia perlu tahu menggunakan sistem

5
seperti “cashless” dan bertransaksi menggunakan i-points. Ia memerlukan aplikasi i-city

Super App untuk membeli dan top up i-points.

2.3 Perkembangan Kemudahan Awam di Shah Alam dari Tahun 1980 hingga Tahun

2016

Salah satu kemudahan awam yang terdapat di Shah Alam adalah Masjid Negeri

Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah

sebuah masjid di Shah Alam, Selangor. Masjid ini dirasmikan pada 11 Mac 1988. Masjid ini

adalah masjid kedua terbesar di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

Masjid ini ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktiraf bagi orang Islam.

Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat dan perkembangan Islamiah serta

pusat aktiviti umat Islam. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun. Struktur

masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-

ciri binaan Melayu Asli.7

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai

Politeknik Shah Alam ialah sebuah politeknik Malaysia yang terletak di Shah Alam, ibu

negeri Selangor. Ia terletak di persiaran usahawan, Seksyen UI, Shah Alam yang berkeluasan

112 ekar, PSA ialah politeknik yang ke-8 di Malaysia dan bermula beroperasi pada Januari

1997. Politeknik ini adalah untuk pelajar yang tamat sekolah menengah. Shah Alam tidak

pernah berkompromi dalam menyediakan kemudahan pendidikan dari peringkat tadika,

sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Shah Alam sentiasa memastikan

setiap warganya mendapat kemudahan Pendidikan yang berkualiti dan selesa.

6
Kemudahan awam lain yang ada di Shah Alam adalah Hospital Pakar KPJ. Hospital ini

dirasmikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Datuk Amiruddin Abdul

Satar merupakan Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad yang mengambil alih

hospital berkenaan pada tahun 2006 dan ditukar nama sebagai Hospital Pakar KPJ Selangor

pada 2 April 2008, lebih enam juta pesakit sekitar bandar raya Shah Alam menerima rawatan

di situ. Beliau menyatakan pihaknya turut mempunyai perancangan menaik taraf fasilti dan

menambah bangunan baharu di rangkaian KPJ lain di seluruh negara pada masa depan demi

menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Stesen LRT Subang Alam ialah stesen LRT di selatan Shah Alam, Selangor dimana

Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini.Stesen ini terletak dan dinamakan sempena

kawasan perumahan Subang Alam yang berhampiran di Shah Alam, Selangor, Stesen ini

dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang

meluaskan jajaran Laluan Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT

Putra Heights melalui stesen ini. Stesen ini terletak di Alam Megah, Shah Alam, Selangor. Di

sebelah barat stesen adalah SK Alam Megah 2 dan Taman Alam Megah dan di sebelah timur

stesen adalah kawasan perumahan elit The Glades. Selain itu, kemudahan ini juga akan

memberikan penduduk untuk menggunakan LRT untuk pergi ke mana mana sahaja tanpa

kesesakan jalan raya.8

7
3.0 KESIMPULAN

Shah Alam ialah sebuah bandar yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan juga

menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada para pelancong serta penduduk tempatan. Kini,

wujudnya Shah Alam, masyarakat dapat menikmati pelbagai hiburan dan hidup dengan

tenang Bersama keluarga yang tersayang. Shah Alam juga memberikan manfaat yang banyak

kepada penduduknya seperti mempunyai pengangkutan yang lengkap dan mereka dapat pergi

kerja dengan senang. Bandar ini harus meningkatkan lagi peranan dalam mendekati

masyarakat dari aspek pembudayaan ilmu dengan lebih kreatif. Selain itu juga, kepelbagaian

fungsi yang disediakan oleh Shah Alam dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung di

Shah Alam. Pihak kerajaan di Shah Alam juga perlu mengambil inisiatif dengan menambah

pelbagai kemudahan lagi untuk menyenangkan proses yang hendak dilakukan.

8
Bibliografi

https://www.scribd.com

https://www.sinarharian.com.my/article/626/berita/sultan-selangor-rasmi-hospital-pakar-kpj-

selangor

Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Majlis Bandaraya Shah Alam

K. Seela Devi A/P K. Kuppusamy, Perkembangan Pembangunan Shah Alam di Malaysia

dengan Tumpuan Majlis Bandaraya Shah Alam, 2001, (sumber arkib)

https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/panduan-bagi-yang-ingin-menetap-di-

shah-alam-55495

https://galerishahalam.com/tentang-kami/sejarah/

Zahidah Abidin, 51, Majlis Bandaraya Shah Alam, Julai 3, 2023

9
Lampiran

Gambar 1 : gambar Bersama pengurus majlis bandaraya Shah Alam

10
11
1
Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Majlis Bandaraya Shah Alam
2
Zahidah Abidin, 51, Majlis Bandaraya Shah Alam, Julai 3, 2023
3
Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Majlis Bandaraya Shah Alam
4
K. Seela Devi A/P K. Kuppusamy, Perkembangan Pembangunan Shah Alam di Malaysia dengan Tumpuan Majlis
Bandaraya Shah Alam, 2001, (sumber arkib)
5
https://galerishahalam.com
6
https://www.scribd.com
7
https://www.iproperty.com
8
Zahidah Abidin, 51, Majlis Bandaraya Shah Alam, Julai 3, 2023

Anda mungkin juga menyukai