Anda di halaman 1dari 6

PESTA BUNGA SHAH ALAM 2010

10 - 17 Oktober 2010 (Ahad)

Taman Tasik Shah Alam


Orang ramai khususnya warga kota Shah Alam telah
membanjiri Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam untuk
mendapatkan pelbagai jenis pokok anggerik berwarna warni
dari pelbagai jenis spesis dan hybrid yang telah ditawarkan
dengan harga yang menarik dan berpatutan.
Pesta Bunga Shah Alam yang diadakan bersempena Sambutan
Ulang Tahun Ke -10 Shah Alam sebagai bandar raya telah
menarik minat ramai pengemar bunga anggerik untuk
mendapatkan pelbagai spesis anggerik yang dijual di 12 booth
jualan Anggerik di Pesta Bunga Shah Alam ini. Selain itu
sebanyak 30 booth yang menjual pelbagai jenis produk
perlandskapan dan pertanian seperti baja, pasu bunga, pokok
bunga dan buah-buahan, hasil seni dan kraftangan, peralatan
permainan, jualan haiwan peliharaan seperti arnab dan
pelbagai lagi.
Pesta Bunga Shah Alam ini sebagai usaha berterusan pihak
Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menggalakkan masyarakat
khususnya warga kota Shah Alam menghargai suasana
kehijauan dan memastiakan kediaman dihiasai dengan
landskap yang indah dan menarik.
Selain dapat mendidik masyarakat untuk menghargai flora dan fauna,
Pesta Bunga Shah Alam ini juga boleh menjadikan bandaraya Shah
Alam sebagai salah satu destinasi pelancongan di Negeri Selangor
yang menawarkan produk bunga-bungaan dan perlandskapan kepada
para pelancong dalam dan luar negara.
Sasaran Majlis Bandaraya Shah Alam juga adalah untuk
mengadakankan pelbagai lagi aktiviti yang boleh mewujudkan suasana
kehijauan dan keindahan di bandar raya. Melalui aktiviti yang telah
diadakan seperti Program Penanaman Pokok, Festival Anggerik Shah
Alam, Dusun Komuniti, Program Menanam Anggerik di Sekolah, Printis
Hijau, Sahabat Tasik Shah Alam dan Anugerah Landskap Shah Alam
boleh merealisasikan matlamat untuk menjadi Shah Alam sebagai
bandar raya dalam tanam.
Pesta Bunga Shah Alam ini akan djadikan sebagai acara tahunan dan
harapan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam Pesta Bunga Shah Alam
akan menjadi acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun khususnya
kepada pengemar bunga anggerik untuk mendapatkan bunga anggerik
dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pesta Bunga Shah Alam telah berlangsung dari 10 hingga 17
Oktober 2010. Majlis perasmian Pesta Bunga Shah Alam telah
disempurnakan oleh Puan Sri Salbiah Tunut, isteri kepada Dato
Menteri Besar Selangor. Turut hadir Dato Mazalan Md. Noor,
Datuk Bandar Shah Alam dan Puan Saliza Shafie, isteri kepada
Datuk Bandar Shah Alam, ahli-ahli Majlis dan juga para pegawai
MBSA
Y.A.Bhg. Puan Sri Salbiah
Tunut, Isteri YAB. Dato’
Menteri Besar Selangor
merasmikan Pesta Bunga
Shah Alam,diiringi Datin
Saliza bt Shafie, Isteri Dato'
Bandar Shah Alam pada 10
Oktober 2010 (Ahad)
Y.A.Bhg. Puan Sri Salbiah Tunut,diiringi
Datin Saliza bt Shafie melawat ke gerai
jualan pokok orkid

Anda mungkin juga menyukai