Anda di halaman 1dari 6

LAWATAN PUSPANITA, MBSA BERSAMA PENGHUNI RUMAH

KEBAJIKAN BAITUL ISLAH KE KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM


SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN TAHUN KE 10
BANDARAYA SHAH ALAM

12 Oktober 2010 (Selasa)

RUMAH KEBAJIKAN BAITUL ISLAH KE KOMPLEKS


TAMAN SENI ISLAM SELANGOR
Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke – 10, Shah Alam sebagai
bandar raya, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam
(PUSPANITA) Cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah
mengadakan lawatan bersama penghuni Rumah Kebajikan Baitul Islah ke
Kompleks Taman Seni Islam Selangor di Seksyen 14, Shah Alam. Lawatan ini
adalah sebahagian daripada pengisian program sempena sambutan ulang tahun
ke 10 Shah Alam sebagai bandar raya.
Program muhibbah ini memberi pengertian yang amat bermakna kepada ahli-ahli
Puspanita di mana mereka dapat melihat secara lebih dekat tentang operasi
Rumah Kebajikan Baitul Islah dan pada masa yang sama dapat beramah mesra
dengan para remaja yang menghuni Rumah Kebajikan Baitul Islah.
Baitul Islah yang ditubuhkan pada tahun 2001 atas inisiatif Ustaz Roslan
Mohamad Isa bertujuan untuk melindungi dan memberi kaunseling dan nasihat
kepada remaja perempuan yang terjebak dengan masalah sosial masakini
seperti mengandung luar nikah, seks bebas, bergaduh, mencuri, pengkid dan
sebagainya.
Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang prihatin dan bertanggungjawab, Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita
Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan MBSA telah mengambil inisiatif
untuk mendekatkan diri dan menyelami perasaan serta berkongsi masalah
dengan anak-anak remaja ini.
Penghuni Rumah Baitul Islah telah dibawa melawat ke Taman Seni Islam
Selangor di Seksyen 14, Shah Alam dan beberapa pengisian program telah
diadakan antaranya persembahan dikir barat, lakunan dan nyanyian secara
unplugged dan juga persembahan nasyid telah dipersembahkan oleh anak-anak
remaja dari Rumah Baitul Islah. Lagu-lagu dan lakunan yang dipersembahkan
amat meruntun hati dan menyentuh perasaan ahli-ahli PUSPANITA, MBSA
yang turut sama menyertai lawatan ini.
Selain daripada itu, turut diadakan aktiviti ceramah bertajuk Quran and I yang
disampaikan oleh Ustazah Sharifah Khasif bte Syed Badiuzzaman, beliau telah
memberikan nasihat dan pandangan untuk menjadi insan yang berguna kepada
keluarga dan negara dan dalam ceramah tersebut beliau juga mencerita
pengalaman menjadi huffaz iaitu pembaca dan penghafaz al-Quran.
PUSPANITA cawangan MBSA amat komited untuk melaksanakan aktiviti
berbentuk kebajikan sesuai dengan matlamat penubuhan PUSPANITA untuk
mengadakan aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang boleh membantu
mempertingkatkan lagi sosio dan rohani golongan yang memerlukan.
PUSPANITA, MBSA akan menyalurkan bantuan dan pertolongan dalam
pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan, bantuan dari segi barangan,
khidmat nasihat, bantuan tenaga sukarela dan sebagainya.
Sebagai tanda sokongan dan usaha berterusan untuk membantu penghuni
Rumah Kebajikan Baitul Islah ini, PUSPANITA, MBSA telah menyumbang
wang tunai RM2,000 berserta sumbangan permaidani dan juga rehal untuk
kegunaan para penghuni.
Rombongan PUSPANITA ini disertai oleh Datin Saliza Shafie, Pengerusi
PUSPANITA, MBSA yang juga merupakan isteri kepada Datuk Bandar
Shah Alam disertai 30 ahli PUSPANITA, MBSA. Semoga usaha kecil Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan memberikan impak besar kepada
masyarakat khususnya warga kota Shah Alam.
Sebahagian daripada penghuni rumah
Persembahan nasyid
Baitul Islah
penghuni rumah Baitul
Islah

Sebahagian daripada ahli-ahli


PUSPANITA MBSA
Datin Saliza Shafie, isteri kepada
Datuk Bandar Shah Alam
meyampaikan sumbangan

Ceramah oleh Syarifah Khassif

Anda mungkin juga menyukai