Anda di halaman 1dari 5

DATUK BANDAR SHAH ALAM MERAIKAN PASUKAN

SOCCERKIDS MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)


Tempat : Restauran Antan Batura, Taman Tasik Shah Alam.
Dato’ Mazalan Md. Noor, Datuk Bandar Shah Alam telah meraikan pasukan
Soccerkids, Majlis Bandaraya Shah Alam di dalam satu majlis santai
bertempat di Restauran Antan Batura, Taman Tasik Shah Alam.
Pasukan Soccerkids MBSA ini ditubuhkan pada awal tahun ini merupakan
program pembangunan sukan MBSA bertujuan untuk mengenalpasti dan
mengasah bakat-bakat muda di dalam sukan bolasepak serta mengisi masa
lapang dan masa senggang para pelajar dengan menyertai aktiviti yang
bermanfaat dan mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti negatif yang
tidak membina minda serta membazirkan waktu dengan menyertai aktiviti
kurang bermanfaat.
Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan di bawah pimpinan saudara
Anuar Abu Bakar, yang juga merupakan bekas pemain negeri Selangor dan
juga pemain kebangsaan telah berjaya melatih pemain muda dan cilik yang
kebanyakannya merupakan para pelajar yang bersekolah di sekitar Shah
Alam.
Pasukan Soccerkids, MBSA ini telah berjaya merangkul beberapa kejayaan
cemerlang dalam pertandingan yang disertai antaranya menjadi johan bagi
kategori bawah 8, 10 dan 12 tahun sempena MPSJ-NST Karnival dan lebih
membanggakan 3 orang pemain dari pasukan Soccerkids, MBSA iaitu adik
Iman Shah Anuar dinobatkan anugerah “man of the match” bagi kategori
bawah 8 tahun, adik Shivan Pillay anugerah “man of the match” bagi kategori
bawah 10 tahun manakala itu adik Syahmi Sapari “man of the match” untuk
kategori bawah 12 tahun.
Di samping itu, pasukan Soccerkids, MBSA juga telah menjadi johan bagi
kejohanan Proton Football In The Community Invitation Challenge, layak ke
peringkat akhir “grand final” mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Futsal Milo
Hidup Bola dan pada ketika ini pasukan Soccerkids MBSA, menduduki tangga ke-
3 dalam Kejohanan National Junior League.
Turut memeriahkan lagi majlis jamuan makan malam ini adalah para pemain
Soccerkids bersama ibubapa dan juga penjaga masing-masing serta Ahli-Ahli
Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam.

Soccerkids, MBSA mensasarkan penyertaan para pelajar khususnya yang


bersekolah di sekitar Bandar raya Shah Alam yang berumur di antara 5 hingga 15
tahun. Para peserta yang menyertai program ini akan didedahkan dengan aspek-
aspek asas permainan bola sepak seperti hantaran bola, kawalan bola, dribbling,
tandukan, tendangan, tangkapan (penjaga gol). Para peserta juga akan diajar
aspek – aspek asas yang lain seperti latihan fizikal dan kecergasan, asas undang-
undang dan permainan bola sepak.
Apa yang lebih membanggakan, para ibubapa juga telah memberikan komitmen
dan kesungguhan untuk menjayakan program Soccerkids, MBSA apabila turut
sama hadir dan memberikan sokongan semasa latihan dan juga semasa pasukan
ini menyertai pertandingan. Harapan, MBSA pasukan Soccerkids ini akan berjaya
melahirkan pemain yang berkualiti dan berwibawa melalui latihan dan pertandingan
yang disertai sekaligus mungkin dapat menyarung jersi pasukan bolasepak Negeri
Selangor dan pasukan kebangsaan pada masa hadapan.
Dato Bandar menyampaikan cenderahati kepada Anuar Abu Bakar dan isteri
yang merupakan tulang belakang kepada kejayaan pasukan soccerkid, MBSA

Dato Mazalan sedang menyampaikan cenderahati kepada ibu bapa


yang juga turut memberikan komitment untuk menjayakan program
soccerkids.
Sebahagian daripada ibu Dato Bandar bergambar bersama-
bapa yang hadir ke majlis sama bersama pasukan
ramah mesra ini. Soccerkid, MBSA

Dato Mazalan sedang


menyampaikan cenderahati
kepada salah seorang pemain

Anda mungkin juga menyukai