Anda di halaman 1dari 35

Jangan abaikan potensi besar Tanjung

Balau

Pemandangan yang dirakam di sekitar pantai Tanjung Balau hari ini.


11/03/2022 12:54 PM
Oleh Zairina Zainudin

KOTA TINGGI, 11 Mac -- Berbanding pantai peranginan Desaru yang merupakan


destinasi pelancongan terkenal di Daerah Kota Tinggi, Johor, nasib sama nyata tidak
menyebelahi Tanjung Balau meskipun ia mempunyai tarikan yang tidak kurang
hebatnya.

Terletak 74 kilometer dari pusat Bandaraya Johor Bahru, kawasan di wilayah timur
negeri itu sebenarnya turut menjanjikan pemandangan tepian pantai yang memukau,
dengan formasi batuan semula jadi kesan hakisan angin yang boleh dilihat dengan
jelas ketika air surut serta laut terbentang luas saujana mata memandang.

Kemudahan wakaf di sepanjang jeti nelayan di situ juga menjadi


tumpuan pemancing yang mengidamkan suasana santai, selain menarik penggemar
fotografi atau pengunjung yang dahagakan lokasi bertaraf ‘instagramable’.

Ombak setinggi satu meter menjadikan Tanjung Balau ibarat ‘taman permainan’
bagi komuniti luncur air tempatan, malah jangan terkejut pantai yang menghadap
Laut China Selatan itu turut menjadi tuan rumah kepada beberapa penganjuran
pertandingan luncur air antarabangsa.

Tarikan lain termasuk Muzium Nelayan Tanjung Balau, iaitu satu-satunya muzium
nelayan yang ada di Malaysia, selain kehadiran perkampungan nelayan yang
terletak berhampiran muzium tersebut mampu menggamit kenangan silam.

Meskipun memiliki banyak tarikan yang mengagumkan dan mudah dikunjungi,


malah lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tapak perkhemahan, tandas,
bilik bilas, kedai makan dan surau, jumlah pengunjung ke pantai peranginan
itu dilihat semakin berkurangan.

Menurut seorang peniaga di Medan Selera Tanjung Balau, Sofina Md


Yusof kawasan pelancongan tersebut menjadi sepi susulan pandemik COVID-19
yang menyebabkan pengunjung berasa takut untuk beriadah di kawasan terbuka,
selain kekangan kewangan.

Katanya para peniaga di medan selera itu yang hampir kesemuanya usahawan
mikro, sangat terkesan dengan jumlah jualan yang merudum sekali gus menggugat
kelangsungan hidup mereka.

“Dahulu, sekitar pukul 4 petang keadaan di sini sudah agak padat dengan orang
ramai dan jualan juga rancak, tetapi sekarang nak dapat untung pun susah, cuma
balik modal sahaja,” katanya ditemui Bernama ketika tinjauan di Tanjung Balau di
sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Penyelaras Medan Selera Koperasi Tanjung Balau Amran Zakaria
mendakwa lokasi kawasan tersebut yang agak terpencil dan kurang promosi
pelancongan secara menyeluruh, antara punca utama ia kurang menjadi tumpuan
pengunjung.

Selain itu, menurutnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat


COVID-19, juga menyebabkan kerja-kerja penambahbaikan di pantai berdekatan
tertangguh, yang secara tidak langsung memberi impak kepada jumlah pengunjung
ke situ.
Amran turut menggesa calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memenangi
kerusi Dewan Undangan Negeri Penawar kelak, membantu merancakkan kembali
Tanjung Balau sekali gus meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan.

“Sekarang boleh dikatakan kawasan ini hampir mati. Kami tidak meminta bulan dan
bintang cuma mahukan sedikit peruntukan untuk penambahbaikkan medan selera
dan infrastruktur lain,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama turut mendapati tahap kebersihan di tepi pantai
agak kurang memuaskan, dengan sampah sarap seperti plastik bungkusan
makanan dan minuman dibuang merata-rata, yang mencacatkan pemandangan.

Agak menyedihkan, tetapi mungkin sudah tiba masa pihak-pihak berkaitan tampil
dan menghulurkan bantuan bagi mengembalikan potensi kawasan ini. Siapa
tahu, Tanjung Balau boleh menjadi setaraf Desaru di masa hadapan.

-- BERNAMA

http://prn.bernama.com/johor/news-bm.php?id=2060791
Tanjung Balau indah dan mendamaikan
ARZIANA MOHMAD AZAMAN
25 OCT 2020
A⁻A⁺

PANORAMA indah yang amat mengagumkan telah melonjakkan nama Tanjung


Balau sebagai lokasi pelancongan utama di Johor. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa
di tepi pantainya yang indah menghasilkan irama lautan yang amat mengasyikkan.

Keindahan tarikan pelancongan yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor itu
pastinya menggamit perhatian sesiapa sahaja untuk berkunjung ke situ.

Terletak kira-kira 74 kilometer (km) dari bandaraya Johor Bahru, Tanjung Balau
memiliki keindahan pantai, kehijauan hutan paya bakau, ketenangan menelusuri
sungai, keunikan tradisi, budaya dan makanan eksotik.

Kompleks Tanjung Balau merupakan salah satu produk dan destinasi pelancongan
yang dibangunkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Keindahan pantai yang menghadap Laut China Selatan menjadi tarikan utama
Kompleks Tanjung Balau selain pelbagai kemudahan yang disediakan kepada para
pengunjung termasuk tapak perkhemahan, tandas, bilik bilas, kedai makan dan
surau.

Pihak KEJORA menganjurkan program dan aktiviti promosi pelancongan di Tanjung


Balau atau di Muzium Nelayan pada setiap tahun antaranya Karnival Seni (FESENI),
Night@Museum, Treasure Hunt, Explorace serta Karnival Aspirasi Pendidik.

Pantai Tanjung Balau kini menjalani kerja-kerja menaik taraf dan apabila siap kelak ia
akan berwajah baharu dengan kemudahan dan fasiliti yang ditambah baik untuk
keselesaan pengunjung seperti laman food truck, dataran, plaza serta banyak lagi.

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=126492

PDF MUZIUM NELAYAN – M/S 30


PESTA TANJUNG BALAU DISAMBUT MERIAH
Posted on June 7, 2017 by Namawa Farik Salleh

KOTA TINGGI 6 Jun – Pesta Tanjung Balau dan Mini Karnival Muzium Nelayan
sempena sambutan Hari Pekerja anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di
Kompleks Pelancongan Tanjung Balau, Desaru di sini, berlangsung meriah dengan kehadiran
lebih 25,000 pengunjung.

Pesta yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat itu dirasmikan oleh Pengurus Besar
Kejora, Norazman Othman.

Yang turut hadir Pengurus Bahagian Pelancongan Kejora, Abd Rahman Muri.

Pelbagai pengisian aturcara telah diatur bagi memeriahkan pesta yang berlangsung, antaranya
pertandingan sukan pantai, mewarna, batu seremban, memancing, bola sepak pantai, bengkel
kraf tangan, bengkel seni arca dan gerai jualan.

Selain pameran muzium dan agensi turut diserikan lagi dengan pertunjukkan kebudayaan dari
anak tempatan termasuk bicara ilmu serta persembahan artis popular negara.

NORAZMAN OTHMAN
Norazman berkata, pesta itu berlangsung dengan meriah sekali terutama apabila pengunjung
teruja untuk turut serta mengambil bahagian pada acara yang dipertandingkan selain
menyaksikan pertunjukkan kebudayaan dan persembahan artis.

“Program seperti ini dapat merapatkan silaturahim tidak mengira batas umur dan bangsa. Ia
diharap mampu meningkatkan keupayaan pelancongan dan ekonomi setempat seterusnya
negeri ini.

“Malahan kemeriahan amat diarasai berikutan keadaan cuaca yang elok sepanjang pesta itu
berlangsung,” katanya yang ditemui di sini.

A. ABRAMI

Sementara itu seorang pengunjung, A. Abirami, 32, berkata, ini adalah percutian pertama kali
dia ke sini dan teruja dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan selain pantainya yang
indah dan bersih.

“Bukan sahaja beriadah dengan menyertai pelbagai aktiviti pantai yang disediakan, malah
pengunjung juga dapat menimba ilmu menerusi pameran di muzium nelayan dan agensi
berkaitan,” kata anak sulung daripada empat beradik dari Bahau, Negeri Sembilan.

SITI AIDA SETH

Seorang peniaga tempatan, Siti Aida Seth, 31, yang membuka gerai masakan asam pedas di
sini, mengakui sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan dan
sentiasa meriah setiap tahun.

“Syukur alhamdulillah, kehadiran orang ramai dan ibu bapa yang membawa anak-anak
mereka mengambil kesempatan sempena cuti hari pekerja malah rezeki jualan yang kami
terima melebihi dari hari biasa sehingga tidak menang tangan,” katanya yang telah berniaga
di sini sejak tahun 2007.
Bagi sekumpulan sebelas remaja dari Pasir Gudang turut tidak mahu ketinggalan dengan
berkonvoi menaiki motosikal seawal pukul 7.00 pagi untuk bersama-sama memeriahkan
suasana sambutan hari pekerja di pantai tersebut.

MOHD HAFIZI ABDULLAH

Seorang daripada mereka, Mohd Hafizi Abdullah, 18, berkata, mereka merasa teruja dan
seronok ke program ini kerana banyak aktiviti menarik yang disediakan.

“Pesta Tanjung Balau amat terkenal dengan acara-acara yang dianjurkan setiap kali musim
cuti umum dengan perkampungan nelayan serta pantainya yang indah dan bersih.

“Justeru, tidak hairanlah lokasi tersebut menjadi lokasi pilihan pengunjung tempatan dan luar
untuk beriadah bersama keluarga, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum,”
katanya.

SUSILAWATI ABDULLAH

Susilawati Abdullah, 35, berkata, pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program itu
berlangsung amat menarik dan bermanfaat.

“Bukan sahaja beriadah dengan menyertai pelbagai aktiviti pantai yang disediakan, malah
kami juga dapat menimba ilmu dalam bidang geologi, vaterinar dan nelayan menerusi
pameran di muzium yang terdapat di sini.

“Saya berharap agar program menarik seumpama itu dapat diteruskan bagi menarik lebih
ramai pelancong luar datang ke pusat pelancongan itu pada masa berhadapan,” kata Ibu
kepada tiga orang anak dari 5 RAMD Kem Kluang.

Fazura Alid @Mediakota


https://mediatvkota.wordpress.com/2017/06/07/pesta-tanjung-balau-disambut-meriah/

AKTIVITI PELANCONGAN KEJORA


1. Program Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan
KEJORA “JomGodakPaya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu)

Program Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan KEJORA “Jom
Godak Paya” Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di Wetland
Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi.

2 “Jom Godak Paya” merupakan salah satu program inisiatif Yang Berhormat
Tuan Haji Rasman Bin Haji Ithnain, Adun Sedili dan ia bertujuan memperkenalkan
permainan tradisi masyarakat serta mengetengahkan keunikan budaya. Selain
daripada itu program ini juga diadakan bagi mendekatkan Pemimpin dengan
masyarakat setempat supaya setiap masalah rakyat dapat diselesaikan dan
menjalinkan kerjasama yang erat.Pelbagai acara menarik diadakan iaitu “Program
Berjalan Sepuluh Ribu Langkah”, Aerobik, “Godak Paya” dan Pertandingan Sukan
Rakyat Tradisional.

3 Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Norazam Bin Dato’ Haji
Osman, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut hadir Yang Berhormat Tuan Haji
Rasman Bin Haji Ithnain, Adun Sedili dan En. Norazman Bin Othman, Pengurus
Besar KEJORA.

4 Dianggarkan seramai lebih kurang 1000 orang hadir memeriahkan Program


Karnival Sukan dan Pelancongan JPMM Dun Sedili dan KEJORA “Jom Godak Paya”
Tahun 2016 pada 23 Januari 2016 (Sabtu) bertempat di The Wetlands Of Belukar
Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor.

Senaman pagi
Tuan Pengurus Besar KEJORA, En Norazman Bin Othman menguji ATV di track
Kg Belukar Durian
Pertandingan “Bina Badan” dipertandingkan

Perasmian “Jom Godak Paya” oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd
Noorazam Bin Dato’ Haji Osman
Peserta bersiap sedia untuk mencari kata kunci di dalam paya

2. Monsoon Mayhem International Surf


Challenge 2016
Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2016 telah diadakan pada 8-9
Januari 2016 bertempat di Pantai Tanjung Balau. Pelepasan rasmi Monsoon
Mayhem Internatioanal Surf Challenge 2016 oleh Tuan Haji Norazam Bin Dato’ Haji
Osman, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut hadir En. Edzuar Zar Bin Ayob Azari,
Pengarah Tourism Malaysia, Johor dan Pn. Wan Fatiha, Timbalan Pengarah
Kementerian Pelancongan Malaysia, Johor.

2. Majlis penyampaian hadiah pada 9 Januari 2016 telah disempurnakan oleh


En. Norazman Bin Othman, Pengurus Besar KEJORA dan En. Hamzah Bin Haji Isa,
Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA).

3. Seramai 40 orang menyertai pertandingan Luncur Ombak yang terdiri bukan


sahaja dari Malaysia juga dari Negara Australia, Japan dan Singapura. Lain-lain
aktiviti tarikan 10 peserta Skateboarding dan juga pameran kereta antik.

a) Pemenang Kategori Mayhem Mens Open


BIL NAMA NEGERI HADIAH
1 Didaqt Cherating, Pahang RM2,000.00
2 Haikal Tanjung Balau Johor RM1,000.00
3 Yen Cherating, Pahang RM700.00
4 Alif Hakimi Tanjung Balau Johor RM500.00

b) Pemenang Kategori Mayhem Masters


BIL NAMA NEGARA HADIAH
1 Greg daniel Australia RM1,000.00
2 Ajill Singapura RM700.00
3 Bukit Singapura RM500.00
4 Nori San Japan RM300.00

4. Dianggarkan seramai lebih kurang 500 orang hadir memeriahkan Monsoon


Mayhem International Surf Challenge 2016 pada 8-9 Januari 2016 bertempat di
Pantai Tanjung Balau.

Barisan juri yang mengadili pertandingan


Boyband KEJORA turut menghiburkan penonton yang hadir
Peserta bergambar dengan tetamu kehormat

Antara peserta dari dalam negara

Peserta melakukan warm-up sebelum pertandingan

3. JOHOR MEDIA RACE 2016


Tourism Malaysia Johor telah mengadakan Program Johor Packages Directory
2016 & Johor Media Race sekitar produk pelancongan di Johor. Program ini
merupakan program yang dirancang bagi mengenalpasti produk pelancongan dan
pakej pelancongan sedia ada di Johor. Antara daerah yang terlibat adalah
Tangkak, Muar, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Johor Media Race ini melibatkan
peserta dari pihak media tempatan, bloggers, Tourism Malaysia Info
Center dan Travel Agent seramai lebih kurang 40 orang.
Tujuan program ini sebagai mempromosikan tempat yang dilawati melalui
saluran yang mengikut perkembangan semasa. Tempat-tempat yang telah mereka
lawati juga akan di promosikan melalui media-media sosial. Ia juga bertujuan
memberi peluang kepada pihak media tempatan dan Singapura serta agensi
pelancongan dan penggiat industri. Berikut adalah senarai jemputan yang hadir:

PENGURUSAN KEJORA
1. Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan)
2. Pengurus Kerajaan Tempatan
3. Pengurus Teknologi Maklumat
4. Wakil Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
5. Wakil Pengurus Pertanian Dan Industri Asas Tani
6. Ketua Unit Integriti
JEMPUTAN KHAS
1. Wakil Pengurus Lotus Desaru Beach Resort Sdn Bhd
2. Wakil Pengurus Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort
3. Puan Roslilawati Binti Hussin (Homestay Kg Mawai)
4. En. Sadek Bin Mohd Saed (Homestay Kg Belukar Durian)
5. Puan Rauyah Binti Zainal (Homestay Sedili Kecil)
6. Penolong Pengurus Kejora Hospitality & Services Sdn.Bhd
7. Wakil Kejora Agro

Hari kedua di Muzium Nelayan Tanjung Balau, peserta bersama-sama


berzumba sebelum aktiviti dijalankan
Peserta Johor Media Race dikehendaki bermain Sepak Yem untuk
mengumpul mata dan menyelesaikan tugasan mereka.

Salah satu cabaran peserta ialah bermain Klereng


Kesimpulannya, Program Johor Media Race di Wilayah KEJORA pada 21-22 April
2016 telah dapat dilaksanakan dengan sangat baik dan telah mendapat maklum
balas yang positif daripada En Edzuar Zar Bin Ayob Azari, Pengarah Tourism
Malaysia, Johor. Adalah diharapkan kerjasama dan penglibatan Bahagian
Pelancongan, KEJORA bersama Tourism Malaysia, Johor dalam Program Johor
Media Race 2016 dapat mempromosikan Teratak Penawar dan Muzium Nelayan
serta lain-lain destinasi menarik sekitar Wilayah

4. KEJORA TURUT JAYAKAN 113K DESARU INTERNATIONAL TRIATHLON


2016

Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor, KEJORA, Pejabat Majlis Daerah Kota
Tinggi dan pihak Eventure Global Pte. Ltd. Serta Lotus Desaru Beach Resort telah
mengelolakan satu acara bertaraf antarabangsa iaitu “113K Desaru International
Triathlon 2016” pada 4-5 Jun 2016 bertempat di sekitar kawasan Lotus Desaru
Beach Resort,Tanjung Balau dan sekitar Jalan Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Penganjuran ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 600 orang atlet-atlet
sukan triathlon di peringkat antarabangsa dari lebih 30 buah Negara dan peserta
tempatan menyertai pertandingan ini.
Antara Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapore, Brunei, Australia,
New Zealand, USA, United Kingdom, Sri Lanka, Thailand, Philippines, Japan, South
Korea, China, Germany, Indonesia, Italy, Canada, France, India, Norway, Ireland,
South Africa, Belgium dan Spain. Tiga (3) halangan yang perlu ditempuh iaitu
Berenang (2km), Berbasikal (90km) dan Berlari (21km). Program ini telah bermula di
Kota Kinabalu, Sabah pada 12-13 Mac 2016. Selepas itu, program beralih di Desaru
pada 4-5 Jun 2016 dan berakhir di Bukit Merah Laketown Resort pada 3-4
September 2016.

Sidang Media “113K Desaru International Triathlon 2016”

Peserta 113 Triathlon Series: Desaru 2016

Kehadiran En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil
Rasmi Pengurus Besar KEJORA untuk acara Pelepasan Rasmi disambut
dengan paluan kompang
Peserta dilepaskan oleh En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan
KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA

Halangan pertama, berenang sejauh 2km

Halangan Larian 21km, Peserta yang Berjaya menamatkan ketiga-tiga


halangan

5. KUNJUNGAN SAIL MALAYSIA PASSAGE TO THE EAST 2016

Negeri Johor telah dipilih menjadi tuan rumah “Sail Malaysia Passage To The East
2016” yang bermula pada 21 April 2016 hingga 25 Mei 2016. Tourism Johor telah
mengesyorkan dua (2) Produk Pelancongan di Wilayah KEJORA untuk dilawati iaitu
Muzium Nelayan Tanjung Balau dan Taman Fertigasi “Teratak Penawar”. Seramai
40 orang peserta dari beberapa buah Negara yang telah menyertai lawatan ini.
Antara Negara-negara yang menyertai program ini adalah terdiri daripada Negara
Australia, Amerika, United Kingdom, Denmark, British Virgin Islands, France dan
Mexico.
Tujuan lawatan “Sail Malaysia Passage to the East 2016” ini bertujuan bagi
memperkenalkan Desaru sebagai destinasi peranginan pantai utama di negeri
Johor. Jalinan kerjasama erat di antara Tourism Johor dan KEJORA dalam
memastikan Produk Pelancongan di Wilayah KEJORA dipromosikan.

Peserta tiba di Muzium Nelayan Tanjung Balau

Peserta diberikan penerangan berkenaan beberapa koleksi perahu

Tempat kedua yang dilawati Taman Fertigasi KEJORA, Teratak Penawar


6. PROMOSI PELANCONGAN DESA DI JOHOR TRAVEL FAIR 2016

Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian
Pelancongan telah menyertai Johor Travel Fair 2016 bertempat di Sutera Mall, Johor
Bahru anjuran Johor Tourism. Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar
Malaysia. Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach & Beyond. Juga turut serta
Syarikat Anak KEJORA Hospitality & Services dan Limbungan Maju (Feri). Seramai
lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah melawati booth KEJORA untuk
mendapatkan maklumat.

Booth KEJORA

Pengunjung mendapatkan informasi mengenai kawasan Wilayah KEJORA


Staf KEJORA yang bertugas memberikan maklumat kepada pengunjung

7. JONG DAN GASING TARIKAN DI KARNIVAL PELANCONGAN DESA


KAMPUNG LINTING 2016

Karnival Pelancongan Desa merupakan salah satu program yang dilaksanakan


dengan kerjasama kampong-kampung Pelancongan Desa Wilayah KEJORA yang
diharapkan bukan sahaja memperkenalkan keunikan kampung juga ada maksud
tersirat lain iaitu mampu menyatukan masyarakat kampung khususnya Kampung
linting dan menggalakkan kerjasama berterusan. KPD Kampung Linting telah
diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) bertempat di Kampung Linting, Pengerang,
Johor.
Antara matlamat dan objektif ialah:
a) Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan masyarakat
kampung;
b) Memperkukuhkan ukhwah dan jati diri;
c) Melatih penduduk kampung dalam penganjuran aktiviti;
d) Memperkenalkan Kampung Linting sebagai salah sebuah destinasi Eko-
Pelancongan Desa.
Antara aktiviti menarik yang diadakan bagi memeriahkan Karnival Pelancongan
Desa ialah:
a) Pertandingan memancing;
b) Pertandingan bola sepak;
c) Sukaneka;
d) Sukan air;
e) Pertandingan karaoke;
f) Pertandingan gasing; dan
g) Pertandingan jong.
Pertandingan Jong dan Gasing mendapat sambutan dan berpotensi diketengahkan
bagi memartabat Sukan Rakyat yang kian dilupakan.
Pertandingan mewarna peringkat kanak-kanak

Pertandingan panjat tiang licin

Tuan Haji Samsudin bin Hassan, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) turut
hadir bagi merasmikan penutupan KPD Kg. Linting

8. KARNIVAL MEMANCONG D’PUNGGAI 2016 ANJURAN BERSAMA KEJORA


DAN JORAN BAGUS

Penganjuran Program Karnival Memancing D’Punggai-KEJORA dan Joran Bagus


dianjurkan selain memperkenalkan Punggai sebagai salah satu tempat tarikan
pelancong, ia juga bertujuan untuk menambahkan aktiviti riadah dan
memperkukuhkan aktiviti rekreasi di Tanjung Punggai khususnya dan Wilayah
KEJORA amnya. Program ini telah diadakan pada 9-10 April 2016 bertempat di
Pantai Pungai. Program ini telah Berjaya mendapat sambutan seramai 1300 orang
pemancing dari Malaysia dan Singapura dan dianggarkan jumlah pengunjung
sepanjang dua hari tersebut adalah 5,000 orang.
Hadiah yang ditawarkan bagi pertandingan ini ialah Tempat Pertama RM
50,000 (Ikan Pari seberat 4.04 kilogram), Tempat Kedua RM 10,000 dan Tempat
Ketiga RM 4,000. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Sukanria dan
Anda Ada 60 saat. Pada sebelah malam, pengunjung dihiburkan dengan artis dari
Akademi Fantasia iaitu Azuan dan Amira dan turut bersama Raja Lawak Joe dan
Am.

Antara peserta memancing

Pemenang tempat pertama ikan pari dengan seberat 4.04 kg

Barisan pemenang Karnival Memancing D’Punggai-KEJORA dan Joran Bagus


9. PESTA TANJUNG BALAU 2016

Penganjuran Pesta Balau diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei


bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau dan ia merupakan salah satu “Signature
Event” KEJORA. Program berlangsungf selama dua(2) hari bermula 30 April 2016
– 1 Mei 2016. Antara aktiviti menarik adalah Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan
Mewarna, Sukanria, Sukan Pantai, Malam Kebudayaan & Kesenian, Karaoke dan
Pertandingan Memancing.
Objektif program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai Tanjung Balau
sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Disamping
itu, dapat menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua
pengunjung Pantai Tanjung Balau.

Pengacara iaitu Artis Rajalawak Joe & Am

Persembahan Artis Akademi Fantasia oleh Azwan


Persembahan Artis terkenal oleh Zamani Slam

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan Pesta Tanjung Balau 2016

10. PENAWAR PENGERANG RUN 2016


Bahagian Pelancongan telah mengadakan Program Penawar Pengerang Run
2016 yang telah diadakan pada 20-21 Mei 2016 yang lalu bertempat di Kawasan
Lapang Bersebelahan Pasar Malam, Bandar Penawar, Johor. Lapan kategori yang
dipertandingkan iaitu:
Kategori Umur
Terbuka Lelaki -
Terbuka Wanita -
Veteran Lelaki < 32/12/1971 Penyediaan t-
shirt percuma juga turut
Veteran Wanita <31/12/1976
diberikan kepada 500
Remaja Lelaki 13 – 18 tahun penyertaan awal berserta
Remaja Wanita 13 – 18 tahun sijil bagi peserta yang
Kanak-kanak Lelaki 7 – 12 tahun Berjaya menamatkan
Kanak-kanak Perempuan 7 – 12 tahun larian. Seramai 768
peserta telah mendaftarkan diri dalam larian kali ini. Antara objektif penganjuran
Penawar Pengerang Run 2016 adalah:
a) Menggalakkan masyarakat terutama golongan belia dan remaja untuk melibatkan
diri dalam aktiviti sukan larian yang berfaedah;
b) Mempromosikan aktiviti sukan dan rekreasi selain dapat mengisi masa lapang;
c) Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kemasayarakatan;
d) Memupuk semangat daya saing;
e) Membuka peluang kepada golongan belia, remaja dan orang-orang tua untuk
memnujukkan bakat yang ada.

Penawar Pengerang Run 2016

Antara barisan tetamu kehormat yang hadir

Acara pelepasan rasmi oleh YB Dato’ Haji Baderi Bin Haji Dasuki, Timbalan
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Panti Merangkap Presiden
Persatuan Olahraga daerah Kota Tinggi

10. MERIAHNYA PESTA TANJUNG BALAU 2016


KEJORA telah membangunkan Kompleks Tanjung Balau sebagai sal
ah satu tumpuan pelancong selain daripada Desaru. Dalam usaha untu
k merancakkan promosi Pesta Tanjung Balau diadakan bagi menarik l
ebih ramai pelancong mengunjungi kawasan ini. Penganjuran Pesta T
g Balau diadakan bersempena Sambutan Hari Pekerja 1
Mei bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau dan ia merupakan salah
satu “Signature Event”
KEJORA. Antara aktiviti menarik adalah Pertandingan Bola Jaring,
Pertandingan Mewarna, Sukanria, Sukan pantai, Malam Kebudayaan
& Kesenian, Karaoke, Pertandingan
Memancing. Kos keseluruhan penganjuran Program Pesta Tanjung Ba
lau Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2016 adalah RM50,850.60.
Penyertaan peserta jualan dan pameran ialah usahawan di IKS -
25 orang, Pertanian - 3 orang usahawan, Perkhidmatan (Pakaian) -15
orang usahawan, penjaja makanan dan minuman - 17 orang
usahawan, Food Truck - 4 orang usahawan. Antara aktiviti-aktiviti
yang dijalankan ialah Malam Persembahan Artis Jemputan,
Pertandingan Bola Sepak Pantai, Pertandingan Bola Jaring,
Pertandingan Sukan Pantai, Sukan Ria, Pertandingan Mewarna dan
Pertandingan Karaoke.

Objektif program ini dijalankan bagi mempromosikan Pantai


Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk
dikunjungi seisi keluarga. Disamping itu, dapat meneydiakan aktiviti-
alktiviti menarik dan bermanfaat kepada semua pengunjung Pantai
Tanjung Balau.

Persembahan artis jemputan - Zamani


Pengacara Majlis, Joe&Am Raja Lawak

JOHOR TRAVEL FAIR 2016

Pada 5-9 Mei 2016, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Johor Travel Fair 2016
bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru anjuran Tourism Johor. Penyertaan kali ini melibatkan lebih 20 agensi sekitar Malaysia.
Booth KEJORA dengan nama Desaru Beach & Beyond bersama-sama turut serta KEJORA Hospitality & Services dan Limbungan
Maju (Feri Belungkor). Seramai lebih 300 orang pelawat pada setiap hari telah melawati booth KEJORA untuk mendapatkan
maklumat.

Booth KEJORA

Pengunjung mendapatkan informasi mengenai pelancongan di kawasan Wilayah KEJORA


Staf memberikan maklumat pelancongan kepada pengunjung

113 K DESARU INTERNATIONAL TRIATHLON 2016

Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor, KEJORA, Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi
dan pihak Eventure Global Pte. Ltd serta Lotus Desaru Beach Resort telah mengelolakan
satu acara bertaraf antarabangsa iaitu "113K Desaru International Triathlon 2016" pada 4-5
Jun 2016 bertempat di sekitar kawasan Lotus Desaru Beach Resort, Tanjung Balau dan
sekitar Jalan Sedili, Kota Tinggi, Johor. Penganjuran ini telah melibatkan penyertaan lebih
daripada 600 orang atlet sukat triathlon di peringkat antarabangsa dari lebih 30 buah negara
dan peserta tempatan menyertai pertandingan ini.

Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Brunai, Australia, New Zealand,
USA, United Kingdom, Sri Lanka, Thailand, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Cina, Jerman,
Indonesia, Itali, Kanada, Perancis, India, Norway, Ireland, Afrika Selatan, Belgium dan
Spain. Tiga (3) halangan yang perlu ditempuh iaitu berenang (2km), Berbasikal (90km) dan
Berlari (21km). Program ini telah bermula di Kota Kinabalu, Sabah pada 12-13 Mac 2016.
Selepas itu, program beralih di Desaru pada 4-5 Jun 2016 dan berakhir di Bukit Merah
Laketown Resort pada 3-4 September 2016.

Kehadiran En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA
untuk acara Pelepasan Rasmi disambut dengan paluan kompang
Peserta dilepaskan oleh En. Abd Rahman Bin Muri, Pengurus Pelancongan KEJORA, Wakil Rasmi Pengurus
Besar KEJORA

Halangan pertama , berenang sejauh 2km

Halangan larian 21km, peserta yang berjaya menamatkan ketiga-tiga halangan


Antara peserta 113 Triathlon Series

SAMBUTAN HARI MUZIUM PERINGKAT ANTARABANGSA 2016

Pada 13hb hingga 23 Mei 2016 telah berlangsung Karnival Hari Muzium
Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang telah di adakan di Muzium Padi, Alor
Setar, Kedah Darul Aman anjuran Persatuan Muzium Malaysia dengan kerjasama
Muzium Negeri Kedah. Sebanyak 32 muzium dari pelbagai agensi telah mengambil
bahagian dalam karnival yang julung kali diadakan di Negeri Kedah ini.

Selain daripada pameran booth muzium, turut diadakan adalah Pertandingan


Sukan Antara Zon sempena Hari Muzium Antarabangsa Kedah 2016. Antara acara
yang dipertandingkan adalah seperti perlawanan futsal, badminton, bowling, dart,
memanah, karom dan bola sepak. Selain itu, acara permainan rakyat turut di
jalankan di sekitar kawasan desa berhampiran Muzium Padi tersebut . Acara seperti
“Jom Ke Bendang”, Serkap Ikan, Master Kedohoq, Memancing Puyu Dan Tangkap
Itik dijalankan serentak di samping acara tambahan lain seperti Larian Muzium,
Berbasikal Klasik dan banyak lagi aktiviti yang di jalankan sepanjang karnival ini
berlangsung. Pengisian pentas pula dijalankan dengan aktiviti cabutan bertuah,
Persembahan Artis, Persembahan Teater Penjara, Persembahan Tarian Tradisional
dan ceramah agama oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias.

KEJORA melalui Muzium Nelayan Tanjung Balau telah membina sebuah booth
pameran “ Kapal Karam Desaru” yang bercirikan sebuah kapal dagang tahun 1840-
an yang terkandung khazanah artifak yang karam di Perairan Desaru. Bagi
menjayakan pembinaan kapal ini, Bahagian Pelancongan telah bekerjasama dengan
anggota berkemahiran dari LBJT untuk memastikan ianya menarik dan dapat
memperkenalkan Muzium Nelayan Tg. Balau kepada umum serta sentiasa menjadi
tumpuan pengunjung sepanjang karnival berlangsung. Pihak urusetia telah
menganjurkan 3 Kategori Pertandingan bagi booth –booth yang menyertai
Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Kedah pada tahun ini iaitu Kategori Booth
Paling Kreatif, Kategori Warisan Sejarah dan Kategori Paling Ramai dan Booth
Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Booth
Paling Kreatif sempena Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini. Ini merupakan
kemenangan yang kedua selepas memenangi Johan Booth Terbaik sempena Hari
Muzium Antarabangsa Kebangsaan Selangor pada tahun 2014 di Muzium Alam
Syah, Shah Alam, Selangor.
KARNIVAL AMBANG KEMERDEKAAN 2016

Program Sambutan Hari Kemerdekaan ini telah diadakan selama dua (2) hari iaitu
pada 30-31 Ogos 2016 (Selasa – Rabu), bertempat di Tapak Pesta Tanjung Balau,
Kota Tinggi. Program ini telah mendapat sambutan meriah oleh lebih kurang 18,972
orang pengunjung sekaligus dapat mempromosikan Pantai Tanjung Balau dan
Muzium Nelayan Tanjung Balau sebagai salah satu tempat yang menarik untuk
dikunjungi seisi keluarga. Objektif program ialah :
 Memupuk semangat Patriotisme dan cintakan Malaysia dikalangan
masyarakat;
 Memupuk semangat “Sehati Sejiwa” dikalangan masyarakat;
 Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia kepada Negara dan jati diri
serta menanam rasa tanggungjawab kepada Negara;
 Menanam rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan
Negara;
 Mananam rasa hormat dan menghargai wira-wira Negara;
 Memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat khususnya
golongan remaja dengan penganjuran Acara Permainan Tradisional; dan
 Menyediakan program-program bermanfaat dan sesuai untuk semua
peringkat umur sepertimana berikut:

1) Acara Permainan Sukan Rakyat @ Tradisional;


2) Pertandingan Mewarna Sambutan Kemerdekaan;
3) Malam Persembahan Artis Jemputan;
4) Persembahan Seni Silat;
5) Tarian Zapin dan Tarian 1 Malaysia;
6) Deklamasi Sajak;
7) Sukan Rakyat;
8) Pertandingan Mewarna;
9) “Aerobikthon”;
10) Penampilan Cosplay Ultraman
11)Persembahan Lagu Patriotik @ Asli

https://mediatvkota.wordpress.com/2017/06/07/pesta-tanjung-balau-disambut-meriah/

Anda mungkin juga menyukai