Anda di halaman 1dari 8

PENGARUH BUDAYA HEDONISME DALAM KALANGAN PELAJAR DI SMK

TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR, KLANG

BAB 2

2.1 PENGENALAN

Dalam bab dua ini, pengkaji akan mengupas secara terperinci latar belakang kawasan kajian iaitu
Klang,Kapar dan Sekolah Menengah Tengku Idris Shah secara keseluruhannya dari sudut sejarah
tempat, penubuhan sekolah dan perkembangannya, visi, misi, piagam sekolah dan kedudukan
prasarana sekolah..

2.2 SEJARAH PETEMPATAN

Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari
jajahan takhluk kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa
Mon-Khymer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang
dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting
yang mempunyai banyak gudang-gudang. Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan
"Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air.

Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai
tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai,
Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke
hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas
kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih
sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886,
Klang dikatakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.

Klang merupakan di antara bandar yang tertua di Malaysia. Mengikut sejarah, Klang mula
diduduki sejak 2,000 tahun yang dahulu lagi. Catatan yang mula-mula ditulis mengenai Klang
bermula pada Zaman Kerajaan Majapahit kira-kira 600 tahun dahulu. Di sinilah bermulanya
detik-detik kebangkitan Klang yang ketika dahulu tidak terikat dengan mana-mana kawasan.
Malah pada ketika itu Klang adalah sebuah kuasa besar di bawah pentadbiran Sultan Suleiman.
Bagaimanapun, akibat ketidaksefahaman maka berlakulah perang saudara antara Raja Mahadi
dengan Raja Abdullah iaitu waris Sultan Suleiman. Ketika itu, Klang di dalam keadaan huru-
hara dengan dibayangi peperangan untuk merebut kekuasaan. Kota Raja Mahadi yang terletak
berhampiran Bangunan Majlis Perbandaran Klang adalah antara peninggalan perang saudara
yang tercetus disuatu ketika dahulu.

Tapak Bangunan MPK yang ada sekarang dahulunya adalah bekas tapak Kota Raja Mahadi yang
pernah menjaid benteng pertahanan yang penting bagi mengekang kemaraan musuh semasa
tercetusnya peperangan tersebut.Bagaimanapun akibat perubahan masa dan struktur bangunan
yang tidak kukuh, kota yang dibina pada tahun 1860 telah roboh sebahagiannya. Apa yang
tinggal cuma pintu gerbang yang menjadi mercu tanda kekuatan empayar Raja Mahadi.
Bagaimanapun banyak bahan sejarah yang terkubur akibat perubahan arus dan masa. Salah
satunya ialah ada sumber mengatakan Kota Raja Mahadi terletak di atas puncak bukit ini
dilengkapi dengan terowong yang boleh menembusi ke Sungai Klang. Namun lorong tersebut
kini telah tertimbus.

Daerah klang juga merupakan tempat tinggal pengkaji iaitu di Kapar oleh itu, ia memudahkan
proses pengambilan data dibuat dan dalam masa yang ditetapkan. Daerah Klang mempunyai dua
mukim iaitu mukim Kapar dan Mukim Klang. Daerah Klang juga mempunyai beberapa bandar
dan pekan. Bandar yang ada di daerah Klang iaitu Bandar Klang, Bandar Port Swettenham,
Bandar Sultan Sulaiman dan Bandar Shah Alam. Pekan pula ialah pekan Bukit Kemuning, Pekan
kapar, Pekan Meru,Pekan telok Mengen, pekan Batu Empat dan pekan Pandamaran. Menurut
data dari Majlis perbandaran Klang,jumlah populasi yang dicatatkan ialah seramai 842,126
orang pada tahun 2010.
Jadual 3.1:Jadual Statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang.

Jumlah Penduduk
Kumpulan Etnik
1957 [5]
1970 [5]
2010 [6]

Melayu 37,003 24.68% 72,734 31.13% 234,293 41.18%


Bumiputera lain-lain 9,107 1.60%
Jumlah Bumiputera 243,400 42.78%
Cina 65,454 43.65% 100,524 43.02% 152,582 26.83%
India 44,393 29.60% 59,333 25.39% 121,533 21.37%
Lain-lain 3,105 2.07% 1,079 0.46% 2,994 0.53%
Warganegara 520,509 91.53%
Bukan warganegara 48,198 8.47%
Jumlah 149,955 100.00% 233,670 100.00% 568,707 100.00%

Pekan Kapar merupakan sebuah pekan yang penuh dengan sejarah yang tersendiri.Pekan Kapar
terletak di daerah Klang, Selangor, Malaysia. Pekan Kapar berhampiran dengan Sungai Kapar
yang mengalir ke Selat Melaka. Di sebelah barat pekan ini, terdapat kawasan paya yang luas tapi
sebahagiannya telah ditebusguna dan digunakan untuk pembangunan lain. Pekan Kapar
merupakan kawasan yang diduduki oleh kaum melayu, cina dan india. Dalam Pekan
Kapar,kebanyakan orang melayu sendiri dari penduduk melayu yang berketurunan Jawa. Masih
wujud diantara mereka yang masih mengamalkan adat istiadat orang jawa seperti dalam aspek
pertuturan, makanan dan lain-lain. Namun begitu. di kawasan bandar Kapar dipenuhi deretan
kedai yang diusahakan oleh kaum Cina yang menjalankan pelbagai bentuk jenis perkhidmatan
dan perniagaan di sekitar bandar kapar. Jarak kawasan pekan Kapar ini amat strategik untuk
penduduk pergi ke bandar besar seperti Klang, ini kerana kewujudan sistem bas dan jalan yang
baik mempermudahkan urusan penduduk untuk bergerak dengan mudah.

Terdapat tiga lebuhraya utama ke Klang, North Klang Valley Expressway (NKVE)
menghubungi plaza tol di Klang dengan Lebuhraya Utara Selatan. Pelawat dari Shah Alam,
Subang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur boleh menggunakan Shah Alam Expressway (KESAS
Highway) untuk ke Klang Selatan. Selain daripada itu,jalan pesisiran pantai dari Banting dan
Sepang(selatan) atau Kuala Selangor dan Sabak Bernam(utara) juga boleh digunakan untuk pergi
ke Klang.
Terminal bas terletak di bahagian bandar utara Sungai Klang berhadapan dengan Pasaraya
Mydin. Di sini pengunjung boleh menaiki bas ke Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Kuala
Selangor dan destinasi-destinasi yang lain. Bas Transnasional dan Cityliner beroperasi dari
Klang ke Kuala Lumpur dan pelabuhan Klang. Bas bernombor 710 pergi ke Kuala Lumpur
(RM3.00, 35 minit) sementara bas bernombor 126 pergi ke Pelabuhan Klang. Bas Rapid KL
beroperasi di antara Klang, Kuala Lumpur (dari KL Sentral dan Central Market) dan Sunway
Pyramid di Petaling Jaya. Wawasan Sutera dan Metrobus juga memberikan perkhidmatan ke
Kuala Lumpur. Operator lain termasuk Ardent Link dan pelbagai syarikat bas mini.

Menurut penduduk Kapar sendiri, Kapar merupakan sebuah pekan yang amat kecil kerana wujud
beberapa buah kedai sahaja pada awalnya, namun begitu, pembangunan yang semakin pesat
didapati kerana terdapat banyak pembangunan infrastuktur yang giat dijalankan disekitar tempat
tersebut demi kemudahan rakyat setempat untuk berkomuniti.

2.3 SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Tengku Idris Shah (SMKTIS) telah siap dibina pada bulan Januari 1966.
Pada asalnya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar. SMKTIS terletak
di tengah-tengah kepesatan pembangunan pekan Kapar, iaitu di persimpangan antara Jalan Kapar
dan Jalan Hamzah Alang. Ia berada kira-kira 16 km dari Bandar Diraja Klang, Selangor. Sekolah
ini memulakan sesi persekolahan pertamanya pada Januari 1966. Seramai 254 orang pelajar (164
orang pelajar lelaki dan 90 orang pelajar perempuan) dan 11 orang guru telah menjadi warga
pertama SMKTIS dengan diketuai oleh Encik Alias bin Abu Rahman sebagai pengetua
pertamanya. Pada 8 Mei 1968, SMKTIS telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Selangor,
Tengku Idris Shah (kini DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ). Dengan perasmian itu, sekolah
ini telah ditukar namanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kapar kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Idris Shah, iaitu sempena nama baginda. Sejarah akademik SMKTIS
bermula pada tahun 1967 apabila Peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran ) yang pertama
diadakan dan diikuti peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang pertama pada tahun 1976.
Jurusan sastera Tingkatan 4 dimulai pada tahun 1979 jurusan sains dimulakan pada tahun 1980.
SMKTIS pernah memisahkan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, iaitu
apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar dibuka pada tahun 1988 dan semua pelajar
perempuan bersama beberapa orang guru telah dipindahkan ke sekolah berkenaan. SMKTIS
hanya menetapkan pelajar-pelajar lelaki, selain beberapa orang pelajar perempuan yang
mengambil jurusan Sains. Bagaimanapun, akibat beberapa masalah seperti kemerosotan disiplin
dan pencapaian akademik, Pegawai Pendidikan Daerah Klang telah mengarahkan pengambilan
semula pelajar-pelajar perempuan mulai tahun 1998. SMKTIS telah menyambut Jubli Perak
sempena ulang tahun ke-25 tahun penubuhannya pada tahun 1991. Pada tahun 2008, bilangan
pelajar SMKTIS telah mencapai 2375 orang pelajar dan bilangan guru seramai 141 orang.
SMKTIS kini menjadi sekolah yang mempunyai bilangan pelajar ketiga terbanyak di daerah
Klang. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah dikategorikan sebagai sekolah luar
bandar di dalam daerah Klang. Pelajar-pelajar sekolah ini datang daripada pelbagai latar
belakang, iaitu anak-anak pekebun kecil, pekerja ladang, peniaga kecil, pekerja kilang, dan
sebahagian kecil merupakan anak-anak kakitangan kerajaan dan swasta yang berjawatan.

Sekolah ini agak unik kerana mempunyai pelajar-pelajar daripada komposisi kaum yang agak
seimbang, iaitu 44.19% pelajar Melayu, 20.81% pelajar Cina dan 35.00% pelajar India. Pelajar-
pelajar ini datang daripada pelbagai latar belakang keluarga. Dari segi jantina pula, lebih ¾ atau
76.97% pelajar adalah lelaki dan 23.09% sahaja pelajar perempuan. SMKTIS berada dalam
kategori sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana rendah, berdasarkan
keputusan-keputusan peperiksaan awam (SPM dan PMR) sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, pihak pengurusan sekolah tetap sedaya-upaya berusaha untuk meningkatkan
pencapaian akademik sekolah ini, dengan sokongan padu daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan
Jabatan Pelajaran Selangor.

Meskipun pencapaian akademik SMKTIS sentiasa pada kedudukan sederhana rendah, namun
SMKTIS masih boleh berbangga kerana telah beberapa kali melahirkan pelajar-pelajar yang
memperolehi 12 A1 dan 11 A1 dalam peperiksaan SPM. Berbanding pencapaian akademiknya
yang sederhana rendah, sekolah ini telah banyak menempa nama dalam bidang kokurikulum
sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama dalam bidang olahraga, sukan permainan dan
kawat kaki unit beruniform. Malah terdapat pelajar yang berjaya mengukir nama hingga menjadi
wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa. Berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi
dalam bidang kokurikulum, terutamanya bidang olahraga, maka SMKTIS telah dipilih sebagai
“Sekolah Berwatak Olahraga” peringkat daerah Klang.

2.3.1 Visi Sekolah

SMK Tengku Idris Shah, Kapar berusaha melahirkan Insan Cemerlang ilmu dan Sahsiah
menjelang tahun 2025

2.3.2 Misi Sekolah

Untuk melahirkan visi sekolah, kami akan :

 Menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan
berketerampilan dari segi kurikulum dan sahsiah
 Mewujudkan persekitaran yang kodusif bagi melahirkan budaya ilmu yang cemerlang.

 Mengamalkan budaya kerja berpasukan, ikhlas dan penuh iltizam bagi menjamin
hubungan yang harmonis di kalangan warga SMK Tengku Idris Shah.

2.3.3 Piagam Sekolah


 Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang saksama dan pendidikan sempurna
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Mengamalkan dan menghayati pengurusan yang berkesan dengan memberikan
perkhidmatan kaunter secara ikhlas, mesra, cepat dan tepat serta peka dan responsif
terhadap keperluan pelanggan.
 Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
 Berusaha dengan penuh tekun, dedikasi dan berterusan untuk mencapai kecemerlangan
dari segi kurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepimpinan.
2.4 SOSIO BUDAYA

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada
suasana pembelajaran khususnya. Menurut Mohd Taib Osman (1988), Budaya dikatakan sebagai
satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi
dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Dalam buku
Modern Dictionary Of Sociology, Kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia meliputi
kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Sosio-budaya ialah
amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam pelbagai bidang hidup, untuk memberi
kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut (Dr. Mohd. Arshad Hj.
Taib). Ini membawa maksud bahawa, keadaan persekitaran,cara hidup,keadaan fizikal akan
memberi kesan yang mendalam terhadap pengaplikasian hedonisma dalam diri seorang murid
yang tinggal di sekitar Kapar.

2.4.1 Agama

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dari segi agamanya. Antara agama
yang banyak dianuti di Malaysia ialah agama Islam,Budha.Hindu dan Kristian. Dalam sebuah
banci Banci Penduduk dan Perumahan 2010, 61.3 peratus daripada penduduk menganuti Islam;
19.8 peratus Buddhisme; 9.2 peratus agama Kristian; 6.3 peratus Hinduisme; dan 1.3 peratus
agama tradisional China. Selebihnya dipertanggungjawabkan oleh agama lain, termasuk
Animisme, Sikh, Bahá'í dan sistem kepercayaan lain("Population Distribution and Basic
Demographic Characteristic Report 2010”)

Islam di Malaysia diwakili oleh versi teologi Syafi dan perundangan Sunni( Ambiga
Sreenevasan,2007)

Anda mungkin juga menyukai