Anda di halaman 1dari 5

Peranan Sultan Idris Traning College (SITC) terhadap perkembangan sosioekonomi di

Tanjong Malim, 1922-1963.


Perkembangan Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan
Penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 dan kemudiannya bertukar
kepada Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 seterusnya dinaik taraf
kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada tahun 1987 serta akhirnya pada tahun 1997
menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris telah membawa perubahan kepada perkembangan
sosio ekonomi terutamanya dalam pembangunan di Tanjung Malim. Hal ini telah membawa
kepada perkembangan kemudahan pengangkutan dan perhubungan di sekitar Tanjung Malim
seperti kemudahan stesen kereta api dan jalan raya. Tanjong Malim adalah sebuah pekan yang
terletak di selatan negeri Perak yang jaraknya kira-kira 90km di utara Kuala Lumpur yang
dihubungakan melalui Lebuh raya Utara Selatan. Kedudukan pusat pendidikan yang
dikelilingi oleh bentuk muka bumi yang bergunung-ganang telah menyebabkan sistem
pengangkutan berkembang dengan pesat bagi memudahakan pergerakan semua orang
terutama pelajar.
Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai salah satu alat pergerakan manusia dari satu tempat
asal ke destinasi yang ingin ditujui. Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam
sistem perhubungan di dunia dan memainkan peranan penting sejak zaman berzaman lagi
dengan tujuan mencari rezeki, mengangkut barang dan juga untuk pergerakan manusia dari
satu tempat ke tempat lain. Bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke satu destinasi
yang lain, penggunaan pengangkutan sama ada kenderaan awam atau persendirian sangat
penting terutama bagi keperluan masyarakat masa kini. Pelajar yang menuntut di Universiti
Pendidikan Sultan Idris serta pekerja yang bekerja di kilang proton kebanyakan menggunakan
kenderaan sendiri seperti kereta dan motor. Keadaan jalan raya yang baik di sekitar Tanjung
Malim telah mendorong masyarakat disekitarnya menggunakan kenderaan sendiri. Hal ini
meyebabkan penawaran fungsi berkaitan dengan automotif dan permotoran seperti bengkel
kereta, pusat alat ganti kederaan dan lain-lain menunjukkan bahawa wujudnya pengkhususan
yang ketara dalam perkhimatan tertentu 1. Pertambahan kepadatan penduduk juga telah

1 Yazid Saleh, Katiman Rostam dan Mohd Yusuf Hussain. (2012). Fungsi Bandar
Kecil: Pengalaman Tanjong Malim, Perak. Akademika 82(3), 11-22.

menyumbang kepada pertambahan penggunaan kenderaan sekaligus meningkat sosio


ekonomi masyarakat khususnya di Tanjung Malim.
Selain itu, pengangkutan awam juga telah berkembang dengan pesat dan sentiasa beroperasi
dari semasa ke semasa. Hal ini dapat dikaitkan dengan jumlah pelajar yang menuntut di
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang seringkali menggunakan pengangkutan awam untuk
pulang ke kampung halaman atau ke destinasi luar dari Tanjung Malim. Antara pengangkutan
yang ada di Tanjong Malim adalah kereta api, bas dan teksi. Stesen bas Tanjung Malim ini
terletak di tengah-tengah pekan dan antara syarikat bas yang menawarkan perkhimatan adalah
Starcounh dan terdapat juga beberapa buah syarikat bas yang menawarkan perkhimatan di
stesen ini. Stesen bas ini juga menjadi titik tumpu bagi pengujung yang datang ke Tanjung
Malim maka dengan itu, selain menjadi salah satu imej Tanjung Malim tetapi memperlihatkan
juga perkembangan sistem pengangkutan di pekan ini 2. Selain itu, terdapat juga stesen kereta
api Tanjong Malim yang telah beroperasi dari sejak pendudukan kerajaan British lagi. Kereta
api ini menjadi salah satu perkhimatan yang sangat popular dikalangan pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris mahupun penduduk tempatan di Tanjong Malim untuk ke destinasi
luar dari daerah seperti Kuala Lumpur, Rawang atau Ipoh. Penggunaan yang berteruskan oleh
masyarakat di sekitarnya telag menyebabkan stesen kereta api ini berkembang dengan pesat.
Harga tiket yang berpatutan telah meyebabkan sentiasa menjadi pilihan kepada pengguna
terutama penuntut universiti. Perkhimatan teksi juga ada disediakan di sekitar Tanjong Malim.
Walaupun kurang popular tetapi perkhimatannya akan meningkat apabila berlangsungnya
majlis konvokesyen di Unversiti Pendidikan Sultan Idris. Hal ini telah membantu
meningkatkan ekonomi pemandu teksi serta pekan Tanjong Malim itu sendiri.
Selain sistem pengangkutan, sistem perhubungan juga berkembang dengan pesat di Tanjung
Malim. Hal ini dapat dilihat dari penubuhan cawangan Telekom Malaysia dan juga kedaikedai yang memberi penawaran alat-alat komunikasi seperti telefon. Sebagai pelajar universiti
penggunaan alat komunikasi seperti telefon dan komputer sangat penting dalam menyiapkan
tugasan selain berhubung dengan orang lain. Oleh itu, jaringan komunikasi dan internet amat
diperlukan oleh pelajar dan juga masyarakat di sekitar Tanjung Malim. Universiti Pendidikan
Sultan Idris sendiri menggunakan sistem atas talian atau online dalam hal-hal seperti
pendaftaran pelajar, pengeluaran jadual dan pendaftaran subjek. Selain itu, pembukaan bank2 Yazid Salleh, Mohmadsa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah dan Nasir
Nayan. (). Penemuaan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar Dalam Pembentukan
Imej Bandar Di Tanjung Malim, Perak. Jurnal Perspektif Jilid 3(2), 64-74.

bank juga telah mendorong kepada kemajuan jaringan rangkain komunikasi. Hal ini kerana,
kebanyakan sistem telah menggunakan sistem online untuk menguruskan sesuatu perkara.
Maka dengan itu, kemunculan universiti di Tanjung Malim telah membawa kepada
perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Pembinaan jalan raya dan kereta api menjadi lebih pesat di Tanah Melayu mulai kurun ke-20
dengan tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Idea pembentukan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini telah dicadangkan oleh Frank Swettenhem iaitu yang
menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru dibawa
pentadbiran pusat. Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini adalah untuk
menyeragamkan pentadbiran dan akan membantu mempercepatkan pembangunan ekonomi
dan menjimatkan perbelanjaan serta memajukan sistem perhubungan seperti jalan raya dan
kereta api. Pihak British akan mendapat faedah sekiranya sistem perhubungan ini dapat
dimajukan kerana akan memudahkan proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk
dieksport. Selepas penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini pembinaan jalan kereta
api khususnya telah berkembang dengan pesat. Salah satu surat yag dihantar oleh kerajaan
Selangor ada menyatakan untuk meminta membuka sambungan jalan kereta api di Tanjong
Malim pada tahun 1900.
I have the honour to infrom you that I have arranged with the Resident Engineer for
Railways, Perak to open the line between Kalumpang and Tanjong Malim for public
traffic on from 1st proximo3
Hal ini telah memperlihatkan bahawa penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini telah
membantu dalam perkembangan sistem perhubungan di Tanah Melayu. Pembinaan jalan
kereta api dan stesen kereta api ini telah memberi impak yang positif bukan sahaja kepada
British tetapi kawasan sekitar penubuhannya. Pada tahun 1922, penubuhan Sultan Idris
Training College (SITC) ini juga merupakan salah satu punca kepada kemajuaan penubuhan
jalan kereta api. Adanya jalan kereta api ke Tanjong Malim telah membantu para pelajar
datang menuntut ilmu di SITC. Tambahan pula, kedudukan SITC yang dikeliling oleh bukit
bukau dan banjaran Titiwangsa merupakan pilihan pihak British untuk membantu para pelajar
menuntut ilmu dengan baik dan dikatakan kawasan yang strategik.

3 1957/0095057

Pihak British telah melaburkan banyak perbelanjaan untuk menjayakan pembinaan jalan
kereta api ini.
The Perak Railway will pay the whole of the cost of maintenance of the road Peg
254 to Tanjong Malim, the cost of locomotive expenses for one mile of railway as
taken from our quarterly return. The Selangor Goverment Railways will pay its
proportion of the expenses of pumping water for the use of our locomotives. The Perak
Goverment will provide the station staff, loading and unloading coolies. The station
will under the control of this Deparment.4
Pernyataan ini menunjukkan kerjasama antara negeri untuk menjayakan pembinaan jalan
kereta api ini walaupun perbelanjaan yang digunakan banyak.
Peningkatan taraf Sultan Idris Training College (SITC) kepada Maktab Perguruaan Sultan
Idris (MPSI) pada tahun 1957 juga telah mengalakkan lag kedatangan pelajar daripada
seluruh Tanah Melayu. Kemudahan kereta api ini telah membantu meningkatkan kedatangan
para pelajar ke Tanjong Malim. Selain itu, kewujudan Sultan Idris Training College (SITC)
juga amat penting dalam sejarah negeri Perak. Hal ini kerana, institusi pendidikan ini telah
melahirkan banyak golongan nasionalis. O.T Dussek merupakan pengetua SITC adalah
seorang Inggeris yang berjiwa Melayu yang berusaha menjadikan SITC sebagai sebuah
universiti Melayu dan beliau bertanggungjawab melahirkan cendikiawan Melayu berjiwa
nasionalis5. Ibrahim Haji Yaakub, Hassan Haji Manam, Abdul Karim Rashid dan Mohd Yusof
Ayob merupakan antara pelajar yang menuntut ilmu di SITC dan menjadi pejuang politik
kebangsaan6. Oleh itu, semestinya penggunaan kereta api di Tanjung Malim ini amat kerap
digunakan oleh pejuang nasionalis ini bagi memudahkan pergerakkan mereka ke SITC. SITC
sehingga penaikan tarafnya kepada MPSI ini telah melahirkan banyak guru yang berjiwa
pejuang. Namun bagi, merealisasikan hasrat tersebut sistem perhubungan mestilah dalam
keadaan terbaik bagi menudahkan pergerakkan mereka. Kewujudan institusi pendidikan ini
telah main peranan dalam perkembangan sistem pegangkutan di Tanjung Malim.
4 1957/0095057
5 Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors. Hlm 220-221.
6 Ishak Saat. (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia. Hlm 26.

Anda mungkin juga menyukai