Anda di halaman 1dari 2

Sejarah E-Dagang

Kemunculan internet telah memberikan pelbagai impak kepada kehidupan manusia sama ada
mempunyai kesan positif ataupun negatif. Penggunaan internet ini telah dimanfaatkan
sepenuhnya oleh masyarakat samaada untuk menyebarkan maklumat ke seluruh dunia. Seiring
dengan perkembangan dunia internet maka wujud perniagaan atas talian yang lebih dikenali
sebagai E-dagang. Aplikasi E-dagang ini telah memudahkan aktiviti perniagaan untuk
dijalankan setiap masa tanpa mengira tempat seiring dengan perubahan kehidupanan manusia
yang mementingkan masa.

Penggunaan E-dagang atau ‘E-commerce’ bermula pada awal tahun 1970an tetapi
penggunaannya terbatas dan hanya digunakan oleh syarikat yang besar yang mempunyai
teknologi baik. Namun, selepas berlaku perkembangan Electronic Data Interchange (EDI)
iaitu pertukaran dokumen perniagaan antara komputer ke komputer dalam standard format
elektronik antara rakan perniagaan maka jumlah pengguna E-dagang semakin meningkat.
Maka dengan itu, urusan perniagaan lebih mudah dan lebih meluas tanpa had masa, tempat dan
pembeli. Kemudian, Syarikat International Business Machines (IBM) telah membangunkan E-
dagang ini yang menjadikan penggunaanya popoular sehingga kini.

Terdapat beberapa istilah E-dagang daripada beberapa sudut. Dari sudut yang luas dan
umum dilihat sebagai bentuk atau cara pelaksanaan peniagaan elektroknik manakala dari sudut
yang lebih sempit, E-dagang boleh dirujuk sebagai satu transaksi perniagaan atau perdagangan
elektronik. Terdapat perbezaan antara E-dagang dengan E-business walaupun prinsipnya
hampir sama tetapi terdapat sedikit perbezaan. E-dagang merupakan urus niaga melalui internet
manakala E-business merujuk kepada rundingan perniagaan melalui internet.

Terdapat beberapa definisi E-dagang iaitu satu proses jual beli menerusi internet yang
lebih dikenali sebgai World Wide Web (WWW). Selain itu, E-dagang ini juga boleh difinisikan
sebagai satu bentuk pembayaran yang mana proses serta komunikasi berlaku antara pihak
penjual dan pembeli secara online yang boleh memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
Ada juga yang menyatakan bahawa E-dagang mengekploitasi teknologi dan aplikasi bagi
menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal terus kepada pelanggan, pekrja dan pembekal
melalui internet. Namun, E-dagang, perniagaan atas talian atau lebih dikenali sebagai bunisses
online ini memerlukan kemudahan teknologi seperti telefon pintar atau computer serta
mempunyai jaringan internet untuk beroperasi.

Maka dengan itu, kemudahan seperti E-dagang ini, pembeli atau pengguna mempunyai
banyak pilihan serta boleh melakukan transaksi jualbeli tanpa had. Manakala bagi peniaga,
penjualan atas talian ini telah memberi satu peluang untuk menambahkan pendapatan.
Kemudahan E-dagang ini telah memberi kemudahan kepada peniaga kerana hanya
memerlukan kos yang rendah seperti tiada bayaran sewa premis, bayaran gaji pekerja, bayaran
cukai dan kos pengurusan operasi perniagaan yang dijalankan.

Antara contoh laman sesawang yang digunakan untuk menjalankan perniagaan seperti
Lazada, Shopee, amazon.com dan banyak lagi. Selain itu, peniaga juga menggunakan media
social seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram sebagai medium untuk pengiklanan,
mempromosi barangan dan menjalankan urusan jual beli atas talian. Disebabkan proses urusan
jual belinya mudah kerana tidak mengira lokasi dan masa serta menjimatkan kos menyebabkan
ramai peniaga menggunakan internat sebagai pilihan untuk berniaga.

Rujukan
Seminar Kebangsaan Undang-Undang Perbandingan. (2004). Syariah dan undang-undang:
Suatu perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Tutik, T. T. (2008). Hukum perdata dalam sistem hukum nasional. Rawamangun, Jakarta:
Kencana

Anda mungkin juga menyukai