Anda di halaman 1dari 2

Noor Aqilah Binti Asri

K16F 308, Kolej Rahim Kajai,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor.

Encik Azlan Muhammad

Pensyarah Gema Semarak Puisi,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor. 24 September 2020

Tuan,

PEMAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE KULIAH

Dengan ini, perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk perkara di atas, saya Noor Aqilah binti Asri A176488 ingin memaklumkan
mengenai ketidakhadiran ke kuliah Gema Semarak Puisi pada 15 September 2020 (Selasa) jam
11 pagi hingga 1 petang. Hal ini adalah kerana saya mengalami demam panas bermula 14
September di kolej kediaman saya secara tiba-tiba.

3. Masalah ini telah menyebabkan saya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berikutan
demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sijil cuti sakit dari doktor yang
membolehkan saya berehat selama seminggu.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan masalah ini dan segala jasa baik tuan saya
ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.
Yang benar,

Aqilah

(NOOR AQILAH BINTI ASRI)

Anda mungkin juga menyukai