Anda di halaman 1dari 10

MASA PANTANG Penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan ketika hamil.

Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani sebelum bersedia untuk hamil lagi. Beberapa amalan tradisi perlu dielakkan demi menjaga tahap kesihatan ibu dan juga kesihatan anak yang kini bergantung sepenuhnya pada ibu.

PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN


Jagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Wanita selepas bersalin pulih seperti sediakala dari segi kesihatan jasmani dan rohani serta keadaan mentalnya, pemulihan kejelitaaannya khususnya dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan fungsi kewanitaan khususnya dalam perhubungan kelamin. Pada waktu hamil dan ketika melahirkan anak, banyak perubahan berlaku pada wanita. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan. Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera. Sesetengah wanita perlu digunting kemaluannya yang kemudian akan dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan itu. Luka pada rahim ketika hamil kini terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah. Selain daripada perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kesedihan (depression). Malah sesetengahnya pula menjadi terganggu jiwa (psychosis) selepas melahirkan anak. Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu. Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.

Cara Mempercepatkan Pemulihan


Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain daripada memberi faedah pemakanan dan hubungan rapat dengan ibu dan bayi, penyusuan badan juga boleh mempercepatkan proses pemulihan rahim. Penyusuan menyebabkan rahim kuncup dan mencerut dengan lebih cepat daripada biasa. Apabila bayi menyusu, sejenis hormon dikeluarkan daripada kilang pituitary. Hormon inilah yang menyebabkan rahim kuncup. Biasanya dua minggu selepas

melahirkan anak, rahim yang besar sudah tidak boleh dirasai di atas perut kerana ia telah tenggelam dalam rongga punggung walaupun saiznya masih besar lagi. Biasanya ia pulih kepada saiz biasa dalam masa empat minggu selepas bersalin. Proses pemulihan rahim menjadi terganggu jika berlaku jangkitan kuman atau adanya ketumbuhan pada rahim. Setelah melahirkan anak, biasanya wanita mengalami kesakitan pada bahagian rahim yang digelar sebagai after pain. Ini disebabkan oleh kuncupan yang berlaku pada rahim. Kesakitan ini biasanya mengambil masa yang agak singkat. Kesakitan ini juga boleh dikurangkan dengan meletakkan botol air panas atau karung getah yang diisi dengan air panas. Dalam amalan tradisi wanita menggunakan tungku panas yang boleh mengatasi masalah kesakitan ini. Kepanasannya memudahkan aliran darah keluar daripada rahim serta juga mempercepatkan proses pencerutan rahim. Amalan berbengkung baik jika dilakukan dalam masa dua minggu selepas bersalin. Pada masa itu, saiz rahim masih besar dan dengan berbengkung memberi sokongan supaya tidak menekan sangat ke bawah menyebabkan kekenduran otot di lantai punggung. Berbengkung juga boleh memberi sokongan kepada otot perut yang keluar akibat kehamilan dan ia juga memberi keselesaan kepada wanita setelah melahirkan. Pendarahan selepas bersalin atau nifas biasanya berlaku selama dua minggu dan ia tidak banyak berbeza daripada darah haid. Jika berlaku tumpah darah, ini mungkin menandakan sisa uri atau selaput bayi mungkin tertinggal, atau jangkitan kuman telah berlaku. Dalam hal ini rawatan cemas adalah diperlukan. Sesetengah wanita mengalami nifas yang berpanjangan tetapi jika pendarahan tidak terlalu banyak, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan. Gerak otot atau senaman adalah sangat penting selepas bersalin. Segala gerak otot ini perlu dipelajari sebelum melahirkan anak. Ini bertujuan memperkukuhkan dua kumpulan otot iaitu otot pada lantai punggung dan otot pada perut. Bagi otot perut ia boleh kendur akibat kehamilan dan kelahiran. Bagi otot perut ia boleh dipulihkan kembali kekuatannya dengan membuat senaman yang mudah sambil berbaring. Senaman boleh dilakukan dengan mengangkat badan daripada kedudukan berbaring. Jika ini dilakukan berulang-ulang kali dalam sehari, nescaya otot akan menajdi tegang semula dan pulih dengan cepat. Bagi otot lantai punggung pula, senaman yang agak khusus boleh diajarkan kepada wanita oleh jurupulih anggota. Ini juga boleh dilakukan setiap hari sejurus selepas bersalin dan secara terus-menerus supaya ia boleh memperkukuhkan tone pada otot lantai punggung.Senaman keseluruhan badan adalah sangat digalakkan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental. Senaman boleh diperolehi dari buku dan risalah panduan.Mengurut memberi keselesaan kepada tone muscle yang menjadi lemah semasa hamil. Mengurut memberi rasa keseronokan serta menyegarkan badan.Ramai percaya makan jamu selepas bersalin akan mempercepatkan proses pemulihan. Ianya memberi keselesaan dan kepanasan badan. Ini diperlukan kerana kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak.

MASALAH DALAM PANTANG Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan gangguan atau penyakit dalam rahim. Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu. Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang

telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusatpusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya. Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squadyang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah. Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu. Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara. Pertama, ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim. Kedua, jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing


Salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera. Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama lima hari atau seminggu. Jangkitan Kuman Pada Luka Dan Rahim

Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman. Penting juga wanita meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan zatnya. Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman. Luka pembedahan sesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau abcess. Wanita itu akan terasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka. Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan. Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau. Lendir ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim, ini memerlukan pembersihan secara D & C yang dilakukan di hospital.

Masalah Buah Dada


Beberapa masalah buah dada boleh berlaku selepas bersalin. Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting tetek tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu. Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi dan ibu. Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialahBromocryptine yang dimakan selama beberapa hari. Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan menimbulkan masalah nanas atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu

pembedahan kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu. Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu akan diberikan bagi merawat abcess ini. Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Oleh itu saya sering menasihatkan ibu menyusukan bayinya sendiri kerana menyusu sendiri itu amat banyak faedahnya. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu patut menyusukan bayinya selama dua tahun.

Masalah Emosi
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayinya. Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan wanita mengalami masalah kemurungan(depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa (pueperal psychosis). Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir wanita yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami. Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral. Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya. Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi suaminya membawa ibu ini berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosisyang boleh membahayakan nyawa ibu. Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya wanita yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa. PENYUSUAN IBU Tahun pertama kehidupan seorang bayi adalah sangat penting kerana pada jangka waktu inilah pertumbuhan fizikal dan mental mula berkembang. Malangnya dalam tahun pertama ini juga sebahagian kematian bayi berlaku. Punca utama kematian ialah cirit-birit yang ada kaitan dengan pemakanan dan penyusuan bayi. Oleh itu jagaan yang kurang sempurna dan pemakanan yang tidak lengkap dan sesuai boleh menyebabkan kematian bayi. Begitu juga dengan jangkitan kuman khususnya jangkitan yang melibatkan paru-paru dan otak, masalah pernafasan yang mungkin disebabkan oleh kelahiran belum cukup bulan atau bayi yang lahir dengan timbang berat yang rendah. Semua faktor ini, boleh menyebabkan bayi mati.

Apakah Pilihan Ibu?

Ibu yang baru sahaja melahirkan anak mempunyai dua pilihan penyusuan iaitu memberi susu sendiri atau susu botol yang menggunakan susu lembu. Saya suka menyarankan, adalah lebih baik ibu-ibu memberi susu sendiri kerana banyak kelebihannya berbanding dengan susu lembu. Susu ibu tidak seperti susu lembu yang memerlukan wang untuk membelinya. Ia mudah didapati dengan tidak memerlukan botol dan mudah diberikan kepada bayi bila-bila masa sahaja dalam apa jua keadaan. Di samping itu susu ibu mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kandungan zat pemakanan. Ia mudah dihadam oleh bayi yang masih mempunyai sistem penghadaman yang kurang matang dan mendapati sukar untuk menghadam makanan yang lain daripada susu ibu. Ia juga mengandungi satu bahan pelindung untuk melawan penyakit iaitu antibodi. Dengan itu ia dapat memberi pertahanan kepada bayi yang baru lahir terhadap serangan jangkitan kuman. Oleh itu susu ibu terkandung dalam satu takungan yang jarang-jarang dimasuki kuman, risiko bayi mendapat jangkitan kuman dari penyusuan ibu adalah jauh lebih rendah berbanding dengan penyusuan botol. Satu perkara yang amat penting dan perlu difikirkan dengan mendalam oleh ibu-ibu ialah penyusuan ibu boleh menjalin hubungan yang lebih rapat antara ibu dengan bayinya. Susu Lembu Jelaslah susu ibu mempunyai manfaat yang tiada tandingannya. Seperti yang saya nyatakan tadi, untuk mendapatkan susu lembu, kita terpaksalah mengeluarkan perbelanjaan yang mungkin boleh digunakan untuk membeli makanan yang berkhasiat. Walau bagaimana baik pun susu formula itu dibuat ia tetaplah daripada susu lembu yang masih tidak setanding dengan susu ibu. Dalam hal ini perlu saya nyatakan bahawa susu pekat manis dalam tin yang biasa kita gunakan untuk membuat minuman tidak sesuai untuk bayi. Terdapat banyak jenis susu untuk bayi di pasaran dengan jenama yang berlainan dan fomula yang agak berlainan sedikit tetapi khasiatnya tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Apa yang ketara hanyalah perbezaan dalam harga antara satu jenis dengan jenis yang lain. Ada sesetengah ibu sengaja membeli susu tepung yang lebih mahal kerana ini dapat dikaitkan dengan simbol status. Perlu diingat, susu yang mahal itu tidak bermakna banyak khasiat atau setanding dengan susu ibu. Semua susu tepung adalah sama, iaitu diperbuat daripada susu lembu. Jika Tidak Boleh Menyusu Sebaiknya setiap ibu perlu menyusukan anaknya sendiri. Jika ibu mengalami beberapa masalah barulah membuat pilihan dengan menggunakan susu lembu. Antara masalah yang mungkin menyebabkan seseorang ibu itu terpaksa menyusukan secara botol ialah: Jangkitan kuman pada buah dada menyebabkan buah dada menjadi bengkak dan bernanah (abcess). Ibu yang sakit tenat seperti penyakit jantung dan tidak berdaya untuk menyusukan bayi. Ibu ini juga dinasihatkan supaya tidak menyusukan bayinya. Ibu-ibu yang mempunyai masalah pada putting susu seperti inverted nipple. Masalah ini kadangkala boleh diatasi dengan menggunakan sejenis alat yang boleh membetulkan keadaan putting buah dadanya. Ini boleh diajarkan oleh doktor. Persediaan

Penyusuan

Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada putting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu. Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan putting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu. Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yag baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol. Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya. Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru. Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua.

Masalah Ibu Yang Bekerja


Saya sering dapati ibu-ibu yang bekerja mengalami masalah penyusuan khususnya pada waktu bekerja dan ini menjadi faktor utama mengapa ibu-ibu tidak terus memberi susu badan selepas waktu pantang. Ketika ibu bekerja beberapa masalah timbul seperti buah dadanya bengkak kerana penuh dengan susu. Ini menyebabkan susu meleleh keluar dan membasahi bajunya. Sebenarnya masalah ini boleh diatasi jika ibu-ibu mengetahui cara memerah susu. Jika ibu bekerja, pada waktu yang sepatutnya anak menyusu, bolehlah diperah keluar dengan menggunakan sejenis pam khas untuk menyedut susu ibu. Terdapat berbagai-bagai jenis breast pump di pasaran yang boleh diberli dengan harga antara RM10 hingga RM30. Susu yang disedut keluar di pejabat boleh disimpan dalam botol dan kemudiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk. Lakukan ini setiap tiga jam sekali. Apabila hendak digunakan, botol susu tadi direndamkan dalam air panas sebelum diberikan kepada bayi. Dengan ini ibu itu tidak membazir susunya. Memerah susu dengan menggunakan pam susu ini boleh menentukan pengeluaran susu yang berterusan dan menjauhkan masalah susu menjadi kering. Jika terdapat pusat jagaan bayi di pejabat, ini tentulah akan dapat mengatasi masalah yang saya nyatakan tadi dan bayi akan sentiasa mendapat susu ibunya.

Namun projek pusat penjagaan bayi ini belum dapat dilaksanakan di saat ini kerana beberapa masalah. Saya percaya di masa akan datang pihak majikan sama ada kerajaan atau pihak swasta akan menentukan setiap pejabat, kilang dan tempat kerja perlu menyediakan kemudahan untuk jagaan serta menyusukan bayi mereka. Satu lagi cara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan menghantar susu yang telah siap diperah ini kepada anak yang tinggal di rumah atau pusat jagaan atau ibu sendiri pulang ke rumah menyusukannya sendiri. Ini juga boleh mengelakkan bayi diberi susu lembu semasa ibunya tiada di rumah. Pergantungan bayi terhadap susu lembu menerusi botol kadangkala boleh menyebabkan ia menolak langsung susu ibu. Ini memang menjadi satu masalah kepada ramai ibu yang bekerja. Saya ingin menyatakan di sini susu ibu yang dipam atau disedut keluar boleh disimpan dalam freezer untuk beberapa waktu tanpa rosak atau berubah khasiat dan mutu makanan yang terkandung dalam susu itu. Apabila ia dikehendaki, cairkan dahulu dengan meletakkannya di luar dan kemudian dipanaskan sebelum ia diberi kepada bayi. Susu Ibu Menjadi Kering Satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayinya ialah pengurangan atau kekeringan susu ibu. Ini berlaku kerana bayi semakin kurang menghisap yang kerapkali terjadi di kalangan ibu yang bekerja. Tekanan sama ada fizikal seperti masalah pekerjaan, atau tekanan emosi seperti kesedihan memang boleh menyebabkan gangguan pada pengeluaran air susu. Makanan ibu yang kurang khasit dan kurang berzat juga boleh menjadi sebab. Penting bagi ibu yang menyusu memakan sumber-sumber makanan yang mengandungi banyak protein, zat-zat vitamin dan logam. Pil pencegah hamil boleh juga menyebabkan kekeringan atau pengurangan dalam pengeluaran susu. Untuk mengatasi masalah ini perlu bagi wanita yang bekerja serta ingin terus menyusukan bayinya memerah susunya tiga atau empat jam sekali. Tentukan juga ia tidak menghadapi sesuatu masalah atau tekanan hidup di samping menentukan makanannya bermutu serta berzat. Suntikan hormon kontraseptif khususnya Uni Depi dan Norigest yang mengandungi progesterone dikatakan boleh membanyakkan pengeluaran susu. Sesetengah firma telah mengeluarkan beberapa jenis ubat yang mereka katakana boleh melebihkan pengeluaran susu tetapi saya jarang-jarang sekali memberi prescription supaya menggunakan ubat-ubat ini. Mengikut amalan tradisional pula, jika seseorang ibu mengalami masalah kekeringan susu, mereka dinasihatkan supaya memakan daun turi sama ada dimakan secara ulam, direbus atau dibuat sayur. Petua tradisi ini agak berkesan, tetapi bagaimana ia bertindak tidaklah diketahui. Mungkin satu kajian perlu dilakukan untuk menentukan benarkah daun ini boleh menyebabkan pengeluaran air susu lebih banyak dan apakah bahan-bahan yang mungkin terkandung dalamnya sehingga ia boleh menyebabkan keadaan demikian? Pengenalan : Kursus Pengenalan Perbidanan secara Profesional mengenai Perawatan Dalaman selepas Bersalin merupakan kursus yang merangkumi rawatan-rawatan tradisonal yang diperlukan semasa berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak. Kursus ini dianjurkan khas kepada ibu-ibu tunggal yang berminat dan bersungguh-sungguh ingin menceburi bidang perbidanan profesional sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pakar

Perunding Perbidanan bertauliah dalam perawatan Tradisional selepas bersalin/dalam pantang iaitu Hajjah Oomi Jannah bt Haji Abdul Hamid. Beliau mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang ini. Berasal dari Kedah dan kini menetap di Shah Alam, Selangor , beliau merupakan pemilik Syarikat THORIQ Enterprise dan Treasures Of Oomi yang telah beroperasi selama 24 tahun serta banyak berjasa kepada golongan wanita atau ibu-ibu yang memerlukan perawatantersebut. Beliau yang juga merupakan konsultan telah memberikan khidmat kepada pelanggan yang bukan calang-calang wanita. Antaranya ialah DYMM Raja Permaisuri Agong; Permaisuri Nor Zahirah, DYMM Tengku Fauziah, isteri-isteri duta dari luar Negara dan isteri-isteri menteri dalam Malaysia. Objektif Kursus : Kursus ini dicadangkan oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah iaitu YTM Dato Seri Tunku Puteri Intan Safinaz sebagai salah satu program di bawah Program Pembangunan Wanita YSB memandangkan terdapat faktor permintaan yang berterusan di mana-mana sahaja di kalangan wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Di samping itu juga , faktor seperti kekurangan pakar perbidanan terutama yang bertauliah atau profesional di dalam bidang perbidanan secara tradisional amat berkurangan terutama sekali di kalangan wanita belum lanjut usia seperti ibu tunggal yang masih muda

atau wanita yang belum mencapai usia warga emas yan berdikari dengan menggunakan kemahiran tersebut.

g mampu

Berikutan itu, maka tercetuslah idea untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan perbidanan tradisional bagi golongan tersebut dalam merealisasikan matlamat berikut : 1. Memberi peluang kepada ibu tunggal atau wanita yang berminat terutama di kalangan mereka yang ingin memajukan diri dan menyara keluarga bagi menjana ekonomi dengan meningkatkan pendapatan seharian.

2. Secara tidak langsung, meningkatkan pengetahuan di kalangan wanita terbabit yang melalui proses berpantang agar mereka dapat melalui proses berpantang dengan lebih sempurna dan teratur. Sasaran : Wanita termasuk ibu tunggal yang berminat dan berdikari serta ingin mengasah kemahiran dalam bidang perbidanan bagi menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga dan menambah pendapatan seharian.

Seramai 40 orang disasarkan dalam kursus ini sebagai permulaan dan jumlah penyertaan pada hari kursus berlangsung juga adalah seramai 40 orang. Pengisian : Sesi 1 : Sesi Perkenalan/Mengenal Diri Sesi 2 : Sesi Motivasi Sesi 3: Pengenalan Kepada Kursus Penuh Perawatan Dalam Pantang Tajuk tajuk : 1. Mengurut secara tradisional Melayu dan urutan Mustika Ratu (khusus untuk ibu-ibu selepas

2. 3. 4. 5. 6. 7.

bersalin). Bertungku yang betul. Bertangas dengan rempah-rempah. Meletakkan batu meriyan ke tempat asal (semasa 35 hari dalam pantang). Masalah peranakan menurun. Cara membersihkan uri selepas bersalin. Cara untuk memontokkan tubuh badan

Secara keseluruhannya, matlamat sesi yang berlangsung dalam Kursus ini boleh dikatakan telah berjaya dicapai dengan target sasaran yang tepat dari segi jumlah penyertaan serta latar belakang peserta. Kursus Lanjutan akan diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada peserta yang terpilih dan benar-benar layak untuk bergiat sebagai bidan profesional sebagai satu kerjaya yang dapat meningkatkan kemajuan dan ekonomi golongan wanita khususnya ibu tunggal.

Anda mungkin juga menyukai