Anda di halaman 1dari 5

ARTIKEL

SUMBANGAN PELABUHAN KEPADA KEMAJUAN NEGERI PERAK


Dasar penjajahan barat atau ‘kolonialisme’ keatas negeri-negeri di tanah melayu, termasuk

negeri Perak telah berlaku pada abad ke 19. Menurut kamus dwibahasa,’kolonialisme’

bermaksud penjajahan. Secara amnya, ‘kolonialisme’ atau ‘kolonial’ dapat difahami mempunyai

sinonim dengan penindasan, penghinaan, serta ekploitasi orang-orang pribumi1. Pada abad ke-19,

setelah termeterainya Perjanjian Pangkor 1874, ianya telah menjadi titik tolak kepada campur

tangan dan penguasaan British2 secara rasmi di tanah melayu terutamanya di negeri Perak.

Campur tangan secara rasmi membenarkan British untuk mengawal politik, ekonomi dan sosial

di negeri Perak. Contohnya, dari segi ekonomi di negeri Perak semasa pemerintahan kolonial

British berlakunya perkembangan pelabuhan tidak kira pelabuhan besar atau kecil di negeri

Perak.

Pelabuhan merupakan tempat yang terdiri daripada daratan dan perairan di sekitarnya. Pelabuhan

berfungsi sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan dan sebagai tempat untuk

kapal-kapal dagang berlabuh, menurunkan barang, menurunkan penumpang dan mengambil

penumpang serta untuk memunggah hasil dagangan. Ia turut mempunyai ciri-ciri keselamatan

dan kemudahan untuk memudahkan urusan keluar masuk kapal dari serata tempat 3. Menurut

Triatmodjo (1992) pelabuhan merupakan satu kawasan perairan yang terlindung dari gelombang

dan digunakan sebagai tempat kapal-kapal berlabuh. Dijadikan tempat menurunkan penumpang,

1
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara-Negara Lain,(Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1990)13
2
Jamilah Mohamad dan Mariney Mohd Yusoff, Pulau Pangkor: Antara Pembangunan Dan Kelestarian , (Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,2017), 11.
3
M.Heatubun, Bab ii Tinjauan Pustaka, 2013, 8, http://e-journal.uajy.ac.id/3880/1/0TS12403.pdf, diakses pada 23
Mac 2019.
barangan atau binatang, juga untuk membaiki dan mengisi bahan bakar serta tempat untuk

menyimpan barang dalam tempoh masa tertentu sebelum diagihkan kepada tempat lain4.

Negeri Perak pada zaman pemerintahan kolonial British, merupakan sebuah negeri yang sedang

pesat menjalankan kegiatan ekonomi seperti bijih timah, tebu, getah dan banyak lagi hasil lain

yang mana memerlukan tempat yang luas dan kenderaan yang besar untuk mengangkut hasil

tersebut samada dalam dan luar negeri. Tuntasnya, pelabuhan adalah salah satu tempat yang

utama dalam kegiatan ekonomi di negeri Perak pada waktu tersebut. Oleh itu, akan dijelaskan

lagi mengenai perkembangan dan sumbangan pelabuhan di negeri Perak pada zaman kolonial

British.

Kebanyakan cerita mengenai kemajuan dan perkembangan negeri Perak boleh didapati di

Perpustakaan Arkib Negara mahupun Arkib Negara itu sendiri samada dari segi sosioekonomi

mahupun infrastruktur dan sosial masyarakat. Bahan yang diperolehi akan dapat menerangkan

dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu perkara. Dokumen negeri Perak lebih

menjerumus kepada kegiatan atau sosioekonomi masyarakat Perak di antara tempoh 1800

sehingga 1957. Di negeri Perak, pelabuhan turut mempunyai sumbangan yang besar kepada

kemajuan ekonomi pada waktu tersebut. Hal ini kerana, Perak mempunyai hasil bumi yang

banyak dan dieksploitasi oleh pedagang dari setiap pelusuk dunia. Antara nya ialah bijih timah.

Munculnya pelabuhan untuk membantu kegiatan ini. Terdapat beberapa pelabuhan besar yang

memberi sumbangan termasuklah pelabuhan Telok Anson dan pelabuhan Port Weld. Kedatangan

British ke negeri Perak membawa perubahan yang amat besar. Residen British Sir Hugh Low

telah menukar nama Teluk Mak Intan kepada Telok Anson dek kerana menghormati dan

memperingati leftenan gabenor Pulau Pinang iaitu Lt. Kol Sir Archibald Anson yang telah

4
Ibid,8,
menyusun rancangan untuk melakukan perbandaran moden pada ketika itu. 5 British telah

berttindak untuk mecampuri urusan pentadbiran di negeri Perak terutamanya dalam bidang

ekonomi. Pada tahun 1877, Sir Hugh Low telah bertindak untuk membina sebuah bandar yang

bertempat di Teluk Mak Intan dan dipersetujui oleh pihak pentadbiran British. Terdapat beberapa

kategori perdagangan yang terdapat di pelabuhan Telok Anson iaitu, domestik dan antarabangsa.

Hasil hasil yang dipeolehi oleh penduduk kampung akan didagangkan. Hasil hasil tersebut akan

dibawa ke pelabuhan Telok Anson dengan menaiki sampan untuk didagangkan 6. Perdagangan

domestik banyak dilakukan oleh penduduk kampung kerana mereka tidak menggunakan kapal

kapal yang besar dan hasil dagangan yang banyak. Bagi perdagangan antarabangsa pula,

semestinya melibatkan kapal kapal yang besar dan datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk

China dan Arab. Ia jugan menjadi tempat untuk eksport dan import bahan dagangan. Antara

negara yang menjalinkan hubungan perdagangan antarabangsa ialah Singapura. Pada awal abad

ke 20, Singapura menerima sebanyak 379,670 bijih timah dari pelabuhan Telok Anson 7.

Pelabuhan seterusnya ialah Pelabuhan Port Weld yang pernah menjadi pelabuhan utama pada

abad ke 19. Pelabuhan ini terletak berdekatan Sungai Dinding, Perak. Selain daripada pelabuhan,

Port Weld turut mempunyai stesen untuk laluan kereta api. Kereta api ini menghubungkan

Taiping ke Port Weld. Hal ini kerana Taiping muncul sebagai bandar yang pesat dan maju

dengan kegiatan seharian penduduk. Pada tahun 1884, Taiping, pusat utama bijih timah di Larut

mengadakan kerjasama dengan pelabuhan di Port Weld, 8 batu daripada kawasan perairan yang

dalam.8 Pelabuhan Port Weld didapati maju dan semakin berkembang pada tahun 1891. Pada

5
The Straits Times Saturday, November 16, 1957
6
Ibid 14
7
Khoo Kay Tim, “ Telok Anson: 1882-1941: Port, Agriculture and Eroison,” Journal of The Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, Vol 68, No. 2 (269), (1995): 40, diakses pada 23 April 2019,
https://www.jstor.org/stable/41492941

8
K.G. Tregonning, A History of Modern Malaya, (London: Eastern Universities Press LTD,1964), 187.
tahun tersebut, telah berlakunya peningkatan import dan eksport di Pelabuhan Port Weld.

Sehubungan dengan itu, untuk menampung peningkatan tersebut, pelabuhan tersebut

diperluaskan lagi dengan pembinaan dermaga terapung.

Anda mungkin juga menyukai