Anda di halaman 1dari 15

http://fatinnmusic.blogspot.com/2010/09/keroncong.

html

KERONCONG Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya. Sejarah keroncong di Indonesia dapat ditarik hingga akhir abad ke-16, di saat kekuatan Portugis mulai melemah di Nusantara. Keroncong berasal dari muzik yang dimainkan para budak dan opsir Portugis dari daratan India (Goa), Tugu (tempat berdirinya padrao Sunda-Portugis) serta Maluku. Bentuk awal muzik ini disebut moresco, yang diiringi oleh alat muzik bertali. Muzik keroncong yang berasal dari Tugu disebut keroncong Tugu. Dalam perkembangannya, masuk sejumlah unsur tradisional Nusantara, seperti penggunaan seruling serta beberapa komponen gamelan. Pada sekitar abad ke-19 bentuk muzik campuran ini sudah popular di banyak tempat di Nusantara, bahkan hingga ke Semenanjung Malaya. Masa keemasan ini berlanjut hingga sekitar tahun 1960-an, dan kemudian meredup akibat masuknya gelombang muzik popular (muzik rock yang berkembang sejak 1950, dan berjayanya musik Beatle dan sejenisnya sejak tahun 1961 hingga sekarang). Meskipun demikian, muzik keroncong masih tetap dimainkan dan dinikmati oleh berbagai lapisan masyarakat di Indonesia dan Malaysia hingga sekarang. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagulagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi. Alat Muzik Dalam bentuknya yang paling awal, keroncong diiringi oleh alat muzik bertali, seperti biola, ukulele, serta celo. Perkusi juga kadang-kadang digunakan.

Pem-"pribumi"-an keroncong menjadikannya seni campuran, dengan alat-alat muzik seperti di bawah digunakan. * sitar India * rebab * suling bambu * gendang, kenong, dan saron sebagai satu set gamelan * gong. Pada zaman ini, alat muzik yang digunakan dalam orkes keroncong mencakupi * ukulele cuk, berdawai 3 (nilon), urutan nadanya adalah G, B dan E; * ukulele cak, berdawai 4 (baja), urutan nadanya A, D, Fis, dan B. Jadi ketika alat musik lainnya memainkan tangga nada C, cak bermain pada tangga nada F (dikenal dengan sebutan in F); * gitar akustik (Ukulele dan Gitar menggatikan Sitar); * biola (menggantikan Rebab); * flut (mengantikan Suling Bambu); * celo; * kontrabas (menggantikan Gong)[2] Ukulele dan bas akan menjaga irama. Gitar dan selo mengatur peralihan dan pergerakan kord. Biola berfungsi sebagai penuntun melodi, sekaligus menghasilkan hiasan atau ornamen. Flut mengisi hiasan, yang melayang-layang dan juga mengisi ruang melodi yang kosong. Bentuk keroncong yang dicampur dengan muzik popular sekarang menggunakan organ serta synthesizer untuk mengiringi lagu keroncong. Jenis-jenis keroncong Gaya Muzik Muzik keroncong lebih cenderung kepada peralihan atau pergerakan kord dan jenis alat yang digunakan. Sejak pertengahan abad ke-20, keroncong telah dikenali ramai dan popular. Paling tidak, pada masa kini ramai yang telah mengenali 3 jenis keroncong yang dapat dikenali daripada pola progresi kordnya. Bagi pemuzik yang sudah memahami alurnya, mengiringi lagu-lagu keroncong sebenarnya tidaklah susah, kerana ia cukup menyesuaikan pola yang berlaku. Pengembangan dilakukan dengan menjaga konsistensi pola tersebut. Selain itu, terdapat pula bentuk-bentuk campuran serta adaptasi. Keroncong asli

Keroncong asli memiliki bentuk lagu A - B - C. Lagu terdiri atas 8 baris, 8 baris x 4 birama = 32 birama, di mana dibuka dengan PRELUDE 4 birama yang dimainkan secara instrumental, kemudian disisipi INTERLUDE standar sebanyak 4 birama yang dimainkan secara instrumental juga. Alur akordnya seperti tersusun di bawah ini: * |V , , , |I , I7 , |IV , V7 , |I , , , | prelude diambil dari baris ke-7 (C1) * (A1) | I , , , | I , , , | V , , , | V , , , | * (A2) |II# , , , | II# , , , | V , , , | modulasi merupakan ciri keroncong asli * |V , , , | V , , , | V , , , |IV , , , | interlude standar utk semua lagu * (B1) | IV , , ,| IV , , ,|V7 , , , | I , , , | * (B2) |I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , I7 , | * (C1) |IV , V7 , |I , I7 , | IV , V7 , |I , , , | * (C2) | I , , , | V7 , , , | V7 , , ,| I , , , | Keroncong asli diawali oleh voorspel terlebih dahulu, atau intro yang mengarah ke nada/akord awal lagu, yang dilakukan oleh alat musik melodi seperti seruling/flut, biola, atau gitar. Langgam Keroncong Bentuk lagu langgam ada dua versi. Yang pertama ialah A - A - B - A dengan pengulangan dari bahagian A kedua seperti lagu standart pop: Verse A - Verse A - Bridge B - Verse A, panjang 32 birama. Berbeza sedikit pada versi kedua, iaitu pengulangannya langsung pada bahagian B. Waaupun sudah memiliki bentuk baku, namun pada perkembangannya irama ini lebih bebas diekspresikan. Penyanyi serba biasa Hetty Koes Endang misalnya, dia sering merakam lagu-lagu non keroncong dan langgam menggunakan irama yang sama, dan kebanyakan tetap dinamakan langgam. Alur kord-nya sebagai berikut: * Verse A | V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | * Verse A |V7 , , , | I , , , | IV , V7 , | I , , , | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | * Bridge B |I7 , , , |IV , , , | IV , V , | I , , , | I , , , | II# , , , | II# , , , | V , , ,| * Verse A |V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | Bentuk adaptasi keroncong terhadap tradisi muzik gamelan dikenal sebagai langgam Jawa, yang berbeza dari langgam yang dimaksud di sini. Langgam Jawa yang pertama adalah Yen Ing Tawang (Tawang suatu desa di Magetan) ciptaan Anjar Any (1935). Langgam Jawa memiliki ciri khusus pada penambahan instrumen antara lain siter, kendang (boleh diwakili dengan modifikasi permainan cello ala kendang), saron, dan adanya bawa atau

suluk berupa introduksi vokal tanpa instrumen untuk membuka sebelum irama dimulai secara utuh. Tahun 1980 Langgam Jawa berkembang menjadi Campursari. Stambul Keroncong Stambul merupakan jenis keroncong yang namanya diambil dari bentuk sandiwara yang dikenali pada akhir abad ke-19 hingga separuh awal abad ke-20 di Indonesia dengan nama Komedi stambul. Nama "stambul" diambil dari Istambul di Turki. Alur akord Stambul Keroncong adalah sbb. (tanda - adalah tacet atau iringan tidak dibunyikan): * |I - - - | - - - - | - - - - |IV , , , | dibuka dg broken chord I utk mencari nada * |IV , , , |IV , , , |IV , V ,|I , , , | * |I , , , |I , , , |I , , , |V , , , | * |V , , , |V , , , |V , , , |I , , , | * |I , , , |I , , , |I , , , |IV , , , | * |IV , , , |IV , , , |IV , V , |I , , , | * |I , , , |I , , , |I , , , |V , , , | * |V , , , |V , , , |V , , , |I , , , | Muzik Keroncong Pada keseluruhannya, skel diatonik major-minor dengan ton kromatik tambahan digunakan dalam lagu keroncong. Namun demikian, pengecualian wujud di dalam langgam keroncong daerah-daerah Indonesia seperti langgam Jawa. Tekstur lagu-lagu keroncong menyerupai tekstur muzik ensembel Indonesia dan Malaysia yang berlapis(seperti muzik gamelan). Terdapat beberapa jenis baris melodi dan irama yang agak tersendiri. Penyanyi, biola dan flut menyampaikan variasi kepada melodi yang sedia ada. Bahagian irama terdiri daripada: cak dan cuk yang berganti-ganti diantara satu sama lain seperti saron atau bonang yang dimainkan secara bertingkah dalam gamelan. gitar yang melengkapkan gerakan irama. cello yang dimainkan secara pizzicato yang meniru gendang yang dimainkan secara bertingkah. dabel bes yang bermain not bes. Muzik keroncong merupakan sejenis muzik sinkretik kerana ia menggabungkan cirriciri Melayu dan Jawa seperti teks pantun, gaya menyanyi dan tekstur berlapis dengan ciriciri muzik barat seperti alat-alat muzik barat, harmoni dan skel diatonik.

a) b) c) d)

Tokoh Keroncong Salah satu tokoh Indonesia yang memiliki kontribusi cukup besar dalam membesarkan muzik keroncong adalah bapak Gesang. Lelaki asal kota Surakarta (Solo) ini bahkan mendapatkan santunan setiap tahun dari pemerintah Jepang kerana berhasil memperkenalkan muzik keroncong di sana. Salah satu lagunya yang paling terkenal adalah Bengawan Solo. Lantaran pengabdiannya itulah, oleh Gesang dijuluki "Buaya Keroncong" oleh insan keroncong Indonesia, sebutan untuk pakar muzik keroncong. Trivia * Asal muasal sebutan "Buaya Keroncong" berkisar pada lagu ciptaannya, Bengawan Solo. Bengawan Solo adalah nama sungai yang berada di wilayah Surakarta. Seperti diketahui, buaya memiliki habitat di rawa dan sungai. Reptil terbesar itu di habitanya nyaris tak terkalahkan, karena menjadi pemangsa yang ganas. Pengandaian semacam itulah yang mendasari mengapa Gesang disebut sebagai "Buaya Keroncong".

http://fatinnmusic.blogspot.com/2010/09/keroncong.html

TUESDAY, SEPTEMBER 14, 2010

KERONCONG
Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mulai diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak dan sebagainya. Sejarah keroncong di Indonesia dapat ditarik hingga akhir abad ke-16, di saat kekuatan Portugis mulai melemah di Nusantara. Keroncong berasal dari muzik yang dimainkan para budak dan opsir Portugis dari daratan India (Goa), Tugu (tempat berdirinya padrao SundaPortugis) serta Maluku. Bentuk awal muzik ini disebut moresco, yang diiringi oleh alat muzik bertali. Muzik keroncong yang berasal dari Tugu disebut keroncong Tugu. Dalam perkembangannya, masuk sejumlah unsur tradisional Nusantara, seperti penggunaan seruling serta beberapa komponen gamelan. Pada sekitar abad ke-19 bentuk muzik campuran ini sudah popular di banyak tempat di Nusantara, bahkan hingga ke Semenanjung Malaya. Masa keemasan ini berlanjut hingga sekitar tahun 1960-an, dan kemudian meredup akibat masuknya gelombang muzik popular (muzik rock yang berkembang sejak 1950, dan berjayanya musik Beatle dan sejenisnya sejak tahun 1961 hingga sekarang). Meskipun demikian, muzik keroncong masih tetap dimainkan dan dinikmati oleh berbagai lapisan masyarakat di Indonesia dan Malaysia hingga sekarang.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempattempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.

Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Alat Muzik

Dalam bentuknya yang paling awal, keroncong diiringi oleh alat muzik bertali, seperti biola, ukulele, serta celo. Perkusi juga kadang-kadang digunakan.

Pem-"pribumi"-an keroncong menjadikannya seni campuran, dengan alat-alat muzik seperti di bawah digunakan.

* sitar India * rebab * suling bambu * gendang, kenong, dan saron sebagai satu set gamelan * gong.

Pada zaman ini, alat muzik yang digunakan dalam orkes keroncong mencakupi

* ukulele cuk, berdawai 3 (nilon), urutan nadanya adalah G, B dan E; * ukulele cak, berdawai 4 (baja), urutan nadanya A, D, Fis, dan B. Jadi ketika alat musik lainnya memainkan tangga nada C, cak bermain pada tangga nada F (dikenal dengan sebutan in F); * gitar akustik (Ukulele dan Gitar menggatikan Sitar); * biola (menggantikan Rebab); * flut (mengantikan Suling Bambu); * celo; * kontrabas (menggantikan Gong)[2] Ukulele dan bas akan menjaga irama. Gitar dan selo mengatur peralihan dan pergerakan kord. Biola berfungsi sebagai penuntun melodi, sekaligus menghasilkan hiasan atau ornamen. Flut mengisi hiasan, yang melayang-layang dan juga mengisi ruang melodi yang kosong.

Bentuk keroncong yang dicampur dengan muzik popular sekarang menggunakan organ serta synthesizer untuk mengiringi lagu keroncong.

Jenis-jenis keroncong

Gaya Muzik

Muzik keroncong lebih cenderung kepada peralihan atau pergerakan kord dan jenis alat yang digunakan. Sejak pertengahan abad ke-20, keroncong telah dikenali ramai dan popular. Paling tidak, pada masa kini ramai yang telah mengenali 3 jenis keroncong yang dapat dikenali daripada pola progresi kordnya. Bagi pemuzik yang sudah memahami alurnya, mengiringi lagu-lagu keroncong sebenarnya tidaklah susah, kerana ia cukup menyesuaikan pola yang berlaku. Pengembangan dilakukan dengan menjaga konsistensi pola tersebut. Selain itu, terdapat pula bentuk-bentuk campuran serta adaptasi.

Keroncong asli

Keroncong asli memiliki bentuk lagu A - B - C. Lagu terdiri atas 8 baris, 8 baris x 4 birama = 32 birama, di mana dibuka dengan PRELUDE 4 birama yang dimainkan secara instrumental, kemudian disisipi INTERLUDE standar sebanyak 4 birama yang dimainkan secara instrumental juga.

Alur akordnya seperti tersusun di bawah ini:

* |V , , , |I , I7 , |IV , V7 , |I , , , | prelude diambil dari baris ke-7 (C1) * (A1) | I , , , | I , , , | V , , , | V , , , | * (A2) |II# , , , | II# , , , | V , , , | modulasi merupakan ciri keroncong asli * |V , , , | V , , , | V , , , |IV , , , | interlude standar utk semua lagu * (B1) | IV , , ,| IV , , ,|V7 , , , | I , , , | * (B2) |I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , I7 , | * (C1) |IV , V7 , |I , I7 , | IV , V7 , |I , , , | * (C2) | I , , , | V7 , , , | V7 , , ,| I , , , |

Keroncong asli diawali oleh voorspel terlebih dahulu, atau intro yang mengarah ke nada/akord awal lagu, yang dilakukan oleh alat musik melodi seperti seruling/flut, biola, atau gitar.

Langgam Keroncong

Bentuk lagu langgam ada dua versi. Yang pertama ialah A - A - B - A dengan pengulangan dari bahagian A kedua seperti lagu standart pop: Verse A - Verse A - Bridge B - Verse A, panjang 32 birama. Berbeza sedikit pada versi kedua, iaitu pengulangannya langsung pada bahagian B. Waaupun sudah memiliki bentuk baku, namun pada perkembangannya irama ini lebih bebas diekspresikan. Penyanyi serba biasa Hetty Koes Endang misalnya, dia sering merakam lagu-lagu non keroncong dan langgam menggunakan irama yang sama, dan kebanyakan tetap dinamakan langgam. Alur kord-nya sebagai berikut:

* Verse A | V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | * Verse A |V7 , , , | I , , , | IV , V7 , | I , , , | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | * Bridge B |I7 , , , |IV , , , | IV , V , | I , , , | I , , , | II# , , , | II# , , , | V , , ,| * Verse A |V7 , , , |I , , , | IV , V7 , | I , , , | I , , , | V7 , , , | V7 , , , | I , , , | Bentuk adaptasi keroncong terhadap tradisi muzik gamelan dikenal sebagai langgam Jawa, yang berbeza dari langgam yang dimaksud di sini. Langgam Jawa yang pertama adalah Yen Ing Tawang (Tawang suatu desa di Magetan) ciptaan Anjar Any (1935). Langgam Jawa memiliki ciri khusus pada penambahan instrumen antara lain siter, kendang (boleh diwakili dengan modifikasi permainan cello ala kendang), saron, dan adanya bawa atau suluk berupa introduksi vokal tanpa instrumen untuk membuka sebelum irama dimulai secara utuh. Tahun 1980 Langgam Jawa berkembang menjadi Campursari.

Stambul Keroncong Stambul merupakan jenis keroncong yang namanya diambil dari bentuk sandiwara yang dikenali pada akhir abad ke-19 hingga separuh awal abad ke-20 di Indonesia dengan nama Komedi stambul. Nama "stambul" diambil dari Istambul di Turki.

Alur akord Stambul Keroncong adalah sbb. (tanda - adalah tacet atau iringan tidak dibunyikan):

* |I - - - | - - - - | - - - - |IV , , , | dibuka dg broken chord I utk mencari nada

* |IV , , , |IV , , , |IV , V ,|I , , , | * |I , , , |I , , , |I , , , |V , , , | * |V , , , |V , , , |V , , , |I , , , | * |I , , , |I , , , |I , , , |IV , , , | * |IV , , , |IV , , , |IV , V , |I , , , | * |I , , , |I , , , |I , , , |V , , , | * |V , , , |V , , , |V , , , |I , , , |

Muzik Keroncong Pada keseluruhannya, skel diatonik major-minor dengan ton kromatik tambahan digunakan dalam lagu keroncong. Namun demikian, pengecualian wujud di dalam langgam keroncong daerahdaerah Indonesia seperti langgam Jawa.

Tekstur lagu-lagu keroncong menyerupai tekstur muzik ensembel Indonesia dan Malaysia yang berlapis(seperti muzik gamelan). Terdapat beberapa jenis baris melodi dan irama yang agak tersendiri. Penyanyi, biola dan flut menyampaikan variasi kepada melodi yang sedia ada.

Bahagian irama terdiri daripada: a) cak dan cuk yang berganti-ganti diantara satu sama lain seperti saron atau bonang yang dimainkan secara bertingkah dalam gamelan. b) gitar yang melengkapkan gerakan irama. c) cello yang dimainkan secara pizzicato yang meniru gendang yang dimainkan secara bertingkah. d) dabel bes yang bermain not bes.

Muzik keroncong merupakan sejenis muzik sinkretik kerana ia menggabungkan cirri-ciri Melayu dan Jawa seperti teks pantun, gaya menyanyi dan tekstur berlapis dengan ciri-ciri muzik barat seperti alat-alat muzik barat, harmoni dan skel diatonik.

Tokoh Keroncong

Salah satu tokoh Indonesia yang memiliki kontribusi cukup besar dalam membesarkan muzik keroncong adalah bapak Gesang. Lelaki asal kota Surakarta (Solo) ini bahkan mendapatkan santunan setiap tahun dari pemerintah Jepang kerana berhasil memperkenalkan muzik keroncong di sana. Salah satu lagunya yang paling terkenal adalah Bengawan Solo. Lantaran pengabdiannya itulah, oleh Gesang dijuluki "Buaya Keroncong" oleh insan keroncong Indonesia, sebutan untuk pakar muzik keroncong.

Trivia * Asal muasal sebutan "Buaya Keroncong" berkisar pada lagu ciptaannya, Bengawan Solo. Bengawan Solo adalah nama sungai yang berada di wilayah Surakarta. Seperti diketahui, buaya memiliki habitat di rawa dan sungai. Reptil terbesar itu di habitanya nyaris tak terkalahkan, karena menjadi pemangsa yang ganas. Pengandaian semacam itulah yang mendasari mengapa Gesang disebut sebagai "Buaya Keroncong"

http://www.ukm.my/penerbit/f547-9.html
eni Muzik Keroncong. ISBN 967-942-547-9. RM40.00. Ariff Ahmad

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak

ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi. ARIFF AHMAD, Ph. D adalah karyawan tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selama empat dekad beliau mengabdikan dirinya kepada dunia seni selama berkhidmat di Radio Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Universiti Malaya, ITM dan kini di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi pensyarah, Ariff Ahmad juga giat menerbitkan album dan filem untuk Radio Malaysia, Filem Negara Malaysia dan Universiti Malaya. Antara lain, beliau telah menerbitkan album sulung gesekan biola solo Hamzah Dolmat, album Gamelan Malaysia, dan album Keroncong Selangor.

Keroncong Party
Keroncong dan Sejarahnya Keroncong dikatakan bermula di Pulau Jawa pada abad ke-16 sewaktu pengaruh Portugis mula bertapak di kawasan Tenggara Asia. Ketika itu, seni muzik gamelan digemari di seluruh Pulau Jawa. Alat-alat muzik Barat telah digunakan untuk memainkan lagu-lagu daerah termasuk gamelan. Proses penyesuaian ini mengambil masa yang lama. Hasilnya seni muzik keroncong menjadi sempurna pada akhir abad ke-19. Namun begitu corak muzik keroncong ini

berubah dari semasa ke semasa. Bentuk seni keroncong dengan seni muzik gamelan mempunyai beberapa aspek yang hampir sama misalnya rentak dan bentuk melodinya. Muzik gamelan dimainkan dengan cara yang teratur, tetapi muzik keroncong dapat ditokok tambah mengikut perasaan pemain-pemainnya. Alat melodi dan bentuk suara yang digunakan dalam persembahan keroncong juga lebih luas. Antara alat muzik keroncong ialah biola, seruling, gitar, cello, double-bass, cak, keroncong mungkin menambah alat-alat lain seperti alat gitar Hawaii, akordian atau vibrofon. Muzik keroncong berkembang ke Malaysia dengan kedatangan orang-orang Jawa pada awal abad ke-20. Dikalangan kaum Baba dan Nyonya, lagu keroncong sangat digemari. Di Indonesia, ramai keturunan Cina yang meminati lagu keroncong dan ada antara mereka yang menjadi pencipta terkenal. Dalam tahun lima puluhan, di negeri Johor khasnya di Johor Bahru telah wujud beberapa buah kumpulan muzik keroncong seperti Suara Timur Keroncong Orkes di Kampung Stulang Darat, Pepat Keroncong Party di Kampung Tambatan dan Mohd. Amin Johor Bahru, dan Mawar Puteh Keroncong Party di Kampung Chik Ami Ngee Heng yang diketui oleh Encik Omar bin Abu Samah. Pada ketika itu, muzik keroncong biasanya dipersembahkan di majlis jamuan atau pesta. Kini keroncong telah mula bertukar corak, sesuai dengan peredaran masa dan selera terutama cara persembahannya. Gubahan muzik keroncong dibuat untuk permainan pancaragam (orkestra) dan kumpulan gitar rancak. Johor Dan Pengembangan Keroncong Program Pengembangan muzik Keroncong telah dilancarkan pada tahun 1997. Program ini bermula dengan pengambilan 5 orang tenaga pengajar keroncong dari Indonesia sehinggalah membawa kepada penganjuran beberapa buah bengkel asas kejurulatihan muzik keroncong. Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya pada 15-18 Jun 1999 di Pusat Kegiatan Seni, YWJ. Bengkel yang dilaksanakan berjaya melahirkan kumpulan muzik keroncong di beberapa buah daerah. Sehingga kini terdapat 11 buah kumpulan keroncong di Majlis-majlis Daerah di Johor seperti Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Mersing dan Segamat. Sepanjang tahun 2000, siri pertandingan muzik keroncong dan nyanyian lagu-lagu keroncong di seluruh daerah negeri Johor telah diselengarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 14 Mac 2001, Pertandingan Nyanyian Lagu Keroncong Remaja dan Terbuka Johor telah dilangsungkan di Auditorium RTM, Pusat Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru. Y.A.B. Dato Haji Abdu l Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan Yang Berbahagia Datin Profesor Jamilah Ariffin turut hadir menyerikan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut. Usaha untuk mengembangkan muzik keroncong ini melalui langkah-langkah yang inovatif dan berkesan akan diteruskan. Dengan sokongan padu semua pihak, muzik keroncong akan muncul sebagai muzik alternative yang digemari ramai. Alat-alat Muzik Keroncong #. Violin (Biola) Alat muzik bertali empat ini dimainkan dengan cara digesek dengan alat penggeseknya yang khas. Sebutan biasa alat ini ialah biola. Violin dan Viola mempunyai sedikit perbezaan. Viola lebih besar daripada violin dan bunyi viola lebih kasar. Violin digunakan dalam muzik keroncong sebagai alat melodi. #. Seruling (Flute) Sejenis alat muzik tiupan yang menghasilkan bunyi yang lembut dan gemalai sesuai dengan muzik keroncong. #. Cuk (Ukulele) Sejenis alat muzik bertali empat ini merupakan alat utama muzik keroncong. #. Cak (Tenor Banjo) Alat muzik bertali empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan dalam muzik keroncong untuk menigkah bunyi rentak. #. Gitar Alat muzik bertali enam ini digunakan dalam muzik keroncong. Lazimnya dua buah gitar digunakan iaitu sebuah gitar rentak dan sebuah lagi gitar melodi. #. Selo (Cello) Alat muzik bertali empat ini selalunya dimainkan dengan cara digesek. Walau bagaimanapun dalam muzik keroncong alat ini dipetik dengan ibu jari sahaja. #. Double-Bass Alat muzik paling besar ini mempunyai empat tali. Dalam Orkestra Simfoni alat ini dimainkan secara digesek, tetapi dalam muzik keroncong dimainkan dengan petikan jari sahaja. Untuk muzik keroncong tiga tali sahaja iaitu G, D dan A digunakan.

http://musicedumy.edublogs.org/2009/03/04/muzik-malaysia/

Muzik Malaysia
Posted on March 4th, 2009 by amranaris67

Menurut Misroni ( 2000 : 94 ), faktor penghijrahan penduduk Asia Barat, benua India, China dan Siam telah membawa bersama budaya mereka dan tukang tukang khusus dalam pelbagai kesenian, tinggal menetap di negara ini dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di sinilah bermulanya daya kreativiti dan penciptaan peralatan muzik tradisinal diantaranya seperti rebab, kompang, rebana dan sebagainya. Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1997 : 43 ) pula menyatakan bahawa, sejarah perkembangan muzik Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga zaman mengikut tiga zaman penting dalam sejarah Malaysia : zaman sebelum penjajahan British yang memperlihatkan kewujudan muzik rakyat dan klasik : zaman penjajahan British yang memperlihatkan pengenalan muzik popular pertama : dan zaman selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia yang memperlihatkan kemunculan seni dan muzik popular Malaysia Dalam konteks muzik di Malaysia, menurut Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1998 : 2 3 ), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori iaitu : ( i ) Muzik Klasik Ia melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana. Tradisi muzik klasik itu biasanya diketahui oleh sebahagian sahaja komuniti tertentu. Contoh muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat. ( ii ) Muzik Rakyat Terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Ia merupakan pengucapan biasa dan tidak mudah berubah ubah kerana dipercayai bahawa muzik rakyat mencerminkan dengan tepat nilai dan dasar kebudayan di mana ianya wujud. Contohnya muzik seperti dikir barat yang popular di Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung ( Negeri Sembilan ) dan sebagainya.. ( iii ) Muzik Sinkretik Ia kerap kali terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di kawasan desa yang mana unsur unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan dengan unsur unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain lain negara barat. Ia juga juga bersifat fleksibal dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat muzik, melodi, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong. ( iv ) Muzik Popular Ia adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa iaitu piring hitam, radio, video, TV yang mana ia mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik barat. Muzik ini fleksibel dari segi penyerapan unsur-unsur muzik yang berasal daripada pelbagai sumber. Muzik ini selalu berubah dalam jangka masa yang pendek dan wujud seketika sahaja. ( v) Muzik Seni Kontemporari Ia merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik barat yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat serta tempatan. Ia juga mempunyai asas teori dan menonjolkan ciri-ciri kehalusan serta profesional dan ditulis dengan sistem notasi tertentu. Muzik sinkretik yang menggabungkan unsur unsur muzik luar dan tempatan memberi makna kepada kita bahawa proses muzik multi cultural yan ingin diperkenalkan di negara kita sebenarnya telah lama diimplementasikan dalam konteks muzik di negara ini. Contohnya beberapa lagu asli yang mengandungi frasa yang didapati dalam muzik rakyat Cina seperti lagu Mas Merah, manakala lagu Seri Mersing pula mempunyai frasa melodi dari Timur Tengah. ( Tan Sooi Beng & Matusky P. 1998 : 71 ) Contoh lain seperti muzik joget yang dipercayai wujud pada abad ke 16 semasa penjajahan Portugis di Melaka. Ianya adalah muzik sinkretik yang menggabungkan ciri ciri muzik Portugis dan Melayu ( Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ,1998 : 73 ). Ciri muzik ini didapati dalam muzik Portugal dan Sepanyol contohnya

lagu Jingkly Nona. Zapin Melayu merupakan adaptasi zapin Arab yang menyerupai tarian Arab dari Hadhramaut yang berhijrah ke Asia tenggara pada abad ke 19. Alat alat muzik yang dimainkan sudah cukup jelas menggambarkan bahawa alat alat muzik tersebut adalah berasal dari Asia Barat. ( Tan Sooi Beng & Matusky P., 1998 : 14 ).

Anda mungkin juga menyukai