Anda di halaman 1dari 4

Peranan Agensi Pusat di Bawah OBB

Penyelarasan peranan Agensi Pusat adalah penting bagi memastikan keberkesanan dasar dan
pelaksanaan OBB di peringkat nasional dan kementerian menjurus kepada peningkatan mutu
penyampaian perkhidmatan sektor awam. Oleh itu terdapat tujuh agensi yang mengambil
peranan seperti;
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
UPE merangka dasar dan strategi pembangunan sosio-ekonomi serta menilai dan mencadangkan
projek pembangunan negara melalui pembentukan NRF yang meliputi outcome dan program
peringkat nasional.
Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan akan menyelaras, menilai dan memperakukan cadangan bajet
kementerian untuk dibentangkan di Parlimen. Disamping itu, Kementerian Kewangan akan
menyelaras kod Program dan Aktiviti di bawah OBB. Oleh demikian, Kementerian Kewangan
adalah pemilik Sistem Bajet Dalam Talian (MyResults) dan bertanggungjawab ke atas
penyelenggaraan dan operasi sistem tersebut.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
JPA akan meneliti aspek penambahbaikan pengurusan sumber manusia bagi membolehkan
Ketua Setiausaha (KSU) supaya kementerian menguruskannya dengan lebih berkesan. Manakala
JPA akan merangka dan menyediakan polisi serta garis panduan penambahbaikan pengurusan
sumber manusia. Dengan itu, JPA menerusi INTAN akan terus bertindak sebagai peneraju dalam
pembangunan kapasiti modal insan bagi memastikan kelestarian OBB.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)
UPP terus berperanan menyelaras pelaksanaan, pemantauan dan penilaian prestasi projek-projek
pembangunan.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU)
MAMPU berperanan sebagai penggerak dan pakar runding mengenai pengurusan organisasi dan
ICT bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi penyampaian sektor awam.
Jabatan Audit Negara
Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap program atau aktiviti tertentu
kementerian dari semasa ke semasa.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
JANM akan terus berperanan untuk membangun, mengurus, mengawal dan menambah baik
sistem perakaunan Kerajaan. Di samping itu, tanggungjawab dan perkaitan peranan di kalangan
Agensi Pusat akan diperkemas dan dipertingkatkan bagi menambah kelancaran dan
keberkesanan pelaksanaan di semua peringkat proses kitaran strategik OBB iaitu di peringkat
perancangan, penyediaan bajet, pemantauan dan penilaian, dan pelaporan keberhasilan.

Peranan Agensi Pusat dalam Proses Strategik OBB

Proses strategik OBB turut melibatkan perkaitan peranan di kalangan beberapa agensi pusat. Di
bawah menunjukkan agensi-agensi pusat utama yang terlibat dalam proses strategic OBB, iaitu
perancangan berasaskan outcome, penyediaan bajet, pemantauan dan penilaian serta pelaporan
keberhasilan.
Agensi pusat Perancang Penyediaan Pemantauan Pelaporan
Berasaskan Bajet Dan Penilaian Keberhasilan
Outcome
Kementeian kewangan √ √ √ √
Unit Perancangan Ekonomi √ √ √ √
Jabatan Perkhidmatan Awam √ √ √
Unit Penyelarasan Pelaksanaan √ √ √
Jabatan Akauntan Negara Malaysia √ √
Jabatan Audit Negara √
Unit Pemodenan Tadbiran dan √
Perancangan Pengurusan Malaysia
Akauntabiliti dan Autoriti

Pelaksanaan OBB melibatkan penstrukturan semula tahap akauntabiliti di sesebuah kementerian.


Penentuan akauntabiliti di peringkat Kementerian, Oleh demikian Program dan Aktiviti adalah
penting bagi memastikan keberhasilan yang telah dirancang berjaya dicapai oleh pegawai yang
telah dipertanggungjawabkan. Maka pencapaian keberhasilan kementerian merupakan
akauntabiliti Pegawai Pengawal. Namun begitu, selaras dengan konsep ‘Let Managers Manage’,
Pegawai Pengawal dibenarkan mewakilkan kuasa kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan
beliau untuk melaksanakan Program atau Aktiviti kementerian berdasarkan batasan tertentu.
Justeru itu, akauntabiliti di sektor awam adalah merujuk kepada tiga jenis akauntabiliti iaitu
akauntabiliti program, akauntabiliti pengurusan dan akauntabiliti kewangan. Dengan itu, di
bawah OBB, seseorang pengurus dalam sesebuah kementerian, sama ada di peringkat
Kementerian, Program atau Aktiviti (seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah), perlu
bertanggungjawab untuk bersetuju dan mengesahkan akauntabiliti masing-masing melalui
Perjanjian Prestasi.

Tahap Akauntabiliti Peringkat Kementerian


Kod Perakaunan
Kod perakaunan yang sedang diguna pakai pada ketika ini akan dikekalkan dan sebarang
pindaan atau pertambahan kod akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh Profil
Kod Kementerian Pendidikan ;

Vot Kod Perihal Vot Kementerian/ Profil


Kem/ Jabatan Program/Aktiviti K PTJ/PK K
Jab.
B63 211 Kementerian Pendidikan 2 2 2 0 0 0 6 2 2 2 0 0 0 4

Nota
K – Bilangan digit kawalan diperuntukan

Anda mungkin juga menyukai