Anda di halaman 1dari 2

Contoh soalan Kawalan Dalaman

Perniagaan Cuci Cuci adalah perniagaan dobi layan diri yang diusahakan oleh
Puan Rasyidah di Taman Teratai, Johor Bahru. Perniagaan ini mula beroperasi 4
bulan yang lalu dan mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk setempat.

Puan Rasyidah telah menggaji 2 orang pekerja iaitu Siti dan Moon untuk
menyelia pusat dobi tersebut. Siti dan Moon akan bekerja mengikut syif. Tugas-
tugas yang dijalankan oleh Siti dan Moon antaranya ialah membuat pembelian
bekalan sabun pencuci dan cecair pelembut pakaian, membayar bil-bil air
elektrik, membayar sewa beli mesin dan peralatan, sewa kedai, membuat bayaran
kepada pembekal dan semua perbelanjaan perniagaan lain menggunakan tunai
atau cek. Biasanya Pn Rasyidah akan menanda tangan beberapa keping cek
kosong untuk memudahkan Siti dan Moon membuat bayaran. Siti mempunyai
kelulusan sijil perakaunan, oleh itu beliau dipertanggungjawabkan
mengumpulkan dokumen-dokumen dan menyediakan akaun.

Pada setiap awal pagi, Siti atau Moon akan membuka peti wang di setiap mesin
pencuci dan mengumpulkannya serta terus memasukkan ke dalam bank.
Sekiranya wang kutipan tidak sempat dibankkan pada hari berkenaan atau pada
masa cuti, wang hasil kutipan tersebut akan disimpan dalam peti besi yang
disimpan di pejabat dan akan dibankkan pada hari bekerja berikutnya.

Oleh kerana kedai dobi ini dibuka 24 jam sehari, Pn Rasyidah telah memasang
kamera litar tertutup di pintu masuk kedai. Semua bekalan bahan pencuci
disimpan di stor di belakang pejabat. Tidak ada rekod keluar masuk stok dicatat.

Dikehendaki :
i. Berdasarkan maklumat di atas, kenalpasti TIGA prinsip kawalan
dalaman yang tidak dipatuhi oleh Perniagaan Cuci Cuci. Bincangkan
dengan jelas dan beri contoh berdasarkan situasi di atas.
( 6 markah )

ii. Nyatakan TIGA cara yang boleh membantu Perniagaan Cuci Cuci
memperbaiki sistem kawalan dalaman perniagaan.
( 3 markah )

Anda mungkin juga menyukai