Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENDAHULUAN
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
(Kementerian Pendidikan, 2013)
Transformasi membawa maksud perubahan bentuk sifat, rupa dan keadaan.
Dalam erti kata lain, transformasi adalah mengubah bentuk sesuatu kepada yang
lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Kamus Dewan Edisi Ketiga).
Manakala menurut Norzilawati Abdul Halim (2004), dalam permintaan global pada
masa kini, perubahan dalam bidang pendidikan diperlukan bagi memastikan ia
bersesuaian

dengan

keperluan

semasa

supaya

selaras

pada

peringkat

antarabangsa. Di samping dapat menjamin mutu pendidikan Malaysia setaraf


dengan negara-negara maju ia juga memenuhi keperluan pendidikan negara serta
perkembangan dalam kurikulum pendidikan.
Kurikulum pula boleh didefinisikan sebagai isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah (Kamus
Dewan Edisi Ketiga). Terdapat pelbagai pendapat tentang definisi kurikulum.
Merujuk kepada kajian Micheal Anak Ringgit (2007), Tyler (1949) menyatakan
kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala Taba (1962), kurikulum
adalah suatu pelan pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula, kurikulum adalah
suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan Tanner & Tanner (1975)
menyatakan kurikulum sebagai pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran
yang dirancang dan dibimbing.
Istilah atau konsep transformasi kurikulum bermakna kurikulum itu boleh
diubah kepada yang lebih baik atau lebih buruk lagi. Hal ini disebabkan konsep
perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus (Razali Arof,
2011). Selain itu, menurut Daud Hamzah (2005), transformasi kurikulum ialah
inovasi dan perubahan kurikulum yang merujuk kepada usaha untuk mengubah dan

menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut


kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan.
Melalui pernyataan di atas, dapat dirumuskan bahawa sistem kurikulum
persekolahan di Malaysia kini sedang mengalami satu perubahan dalam melahirkan
murid mempunyai ciri-ciri yang digariskan selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Seperti mana kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Justeru, peranan guru amat penting dalam usaha menjayakan agenda
pembangunan insan. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar murid di dalam
kelas, malah mereka juga merupakan pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik
anak-anak dan juga merupakan penggerak kepada pembangunan kemajuan
sekolah. Dalam usaha melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS), ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong
dengan kesungguhan guru. Seharusnya, tugas seorang guru perlu dilihat sebagai
satu kerjaya yang mulia kerana tugas-tugas yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan modal insan murid-murid.

2.0 ISU DAN CABARAN UTAMA PROFESION KEGURUAN


Dalam proses merealisasikan transformasi kurikulum persekolahan, sudah tentu
terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dan juga pihakpihak yang terlibat. Isu berkaitan peranan guru di sekolah seringkali dihangatkan
dengan campur tangan daripada pihak ibu bapa dan penjaga dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jika diteliti tiada salahnya ibu bapa mahupun pihak
penjaga bersama-sama membantu guru dalam menyalurkan didikan yang baik
secara bekerjasama, namun apa yang dilihat pada hari ini amat berbeza di mana
guru sewenang-wenangnya diperlakukan dengan tindakan di luar kawalan oleh ibu
bapa murid. Fokus utama guru adalah untuk membentuk murid menjadi insan yang
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, namun perkara ini sudah
disalahtafsir oleh pihak luar iaitu ibu bapa mahupun penjaga kepada murid-murid.
Insiden yang dilaporkan pada tahun 2013 melibatkan 2 kes yang berasingan.
Kejadian pertama adalah di Sekolah Menengah di Nibong Tebal, membabitkan
pelajar berusia 16 tahun menampar pipi guru berusia 28 tahun. Kejadian berlaku
berpunca daripada pelajar terbabit bersama dua rakannya tiba lewat ke kelas serta
membuat bising, dan tidak mengindahkan teguran guru terbabit sehingga akhirnya
guru menampar pipi pelajar tersebut. Akibat daripada rasa tidak puas hati, salah
seorang daripada rakan pelajar terbabit membalas tamparan guru tersebut. Sikap
hormat pelajar terhadap guru yang mendidik mereka selama ini jelas tiada dalam diri
mereka. Begitu juga dengan kes yang membabitkan ibu pelajar menampar guru
lelaki yang berusia 28 tahun. Kejadian yang berlaku di Perlis ini disebabkan
ketidakpuasan hati seorang ibu apabila anaknya ditampar oleh guru berkenaan
hanya kerana mahu memperbetulkan masalah disiplin pelajar terbabit, maka
tamparan adalah hadiah yang diberikan oleh ibu kepada guru (Noor Mohamad
Shakil, 2013).
Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga dilihat menjadi salah
satu punca murid sama sekali tidak boleh dijentik, sehinggakan tindakan disiplin
yang diambil oleh guru terhadap murid dilihat sebagai suatu bentuk penghinaan dan
penyiksaan kepada murid terbabit. Ibu bapa juga tidak bersikap rasional,
memandangkan mereka seharusnya menggunakan saluran yang tepat bagi

menyelesaikan sesuatu masalah dan bukan bertindak melulu serta mendengar


aduan serta rungutan daripada anak mereka tanpa menyiasat kes tersebut.
Jika dilihat dalam konteks globalisasi, situasi dan tekanan yang dialami oleh
guru adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan masa dahulu. Ibu bapa pada
masa dahulu sangat menyanjungi guru, sehingga sanggup memberi kebenaran
kepada guru untuk memukul anak mereka sekiranya mempunyai tingkah laku yang
tidak disenangi dengan tujuan mengajar anak mereka. Tetapi pada masa kini murid
langsung tidak boleh ditegur, apatah lagi disentuh. Andai anak mereka disentuh, ibu
bapa akan memberi amaran untuk melaporkan perkara tersebut kepada polis
sekaligus menyaman guru tersebut di mahkamah. Perkara seperti ini sedikit
sebanyak akan memberikan tekanan kepada guru. Jika pelajar tidak mengendahkan
nasihat dan teguran daripada guru maka secara tidak langsung akan mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berikutan tekanan yang dialami
guru. Rentetan daripada isu tersebut, maka secara automatik perkara ini akan
mengganggu sistem transformasi kurikulum yang sedang berlangsung kini.
Menurut Novandri Hasan Basri (2012), era kini hampir semua ibu bapa dan
masyarakat mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah
pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu
masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak eksklusif dan
hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di
sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja.
Keadaan sebegini memungkinkan ibu bapa rasa tersinggung dan marah
apabila anak yang ditatang-tatang itu dikatakan bermasalah di sekolah. Di hadapan
ibu bapa anak-anak mereka dilihat sangat baik dan tertib. Jadi, bagi ibu bapa yang
berkorban segala-galanya itu akan cepat panas baran kepada guru atau sekolah
yang seolah-olah menidakkan peranan mereka sebagai ibu bapa yang berpelajaran
dalam konteks mendidik anak-anak mereka. Oleh sebab itulah yang selalu melenting
dan menyerang guru dan sekolah adalah daripada kalangan mereka yang dilihat
berpelajaran. Bagi mereka, cikgu tidak punyai kemahiran dan kecekapan yang
sewajarnya dalam menangani karenah pelajar-pelajar masa kini. Sebaliknya bagi ibu
bapa yang kurang taraf pendidikan, mereka masih menyanjung guru-guru dalam
menyumbang kejayaan kepada anak-anak mereka.
4

Guru adalah insan yang mulia, memberi didikan dan menyalurkan segala
maklumat kepada murid. Jika tindakan seperti inilah yang diterima oleh seorang
yang bergelar guru, maka tidak hairanlah mengapa masalah sosial saban hari
semakin meningkat. Tiada lagi teguran yang dapat dilakukan oleh guru kerana ibu
bapa tidak mahu anak mereka dikenakan sebarang tindakan jika melakukan
kesalahan. Adakah dengan cara begini maka dapat melahirkan murid cemerlang?
Sebagai ibu bapa mahupun penjaga, teguran dan dendaan yang dilakukan oleh guru
adalah bertujuan mendidik murid, yang mana pada suatu hari nanti mereka akan
menjadi pemimpin kepada bangsa dan negara. Apa yang dicorakkan pada masa kini
adalah didikan untuk masa hadapan.
Sikap sesetengah ibu bapa yang berasa lebih pandai berbanding guru di
sekolah

lalu

menyerlahkan

menyerang

sekolah

dilihat

satu

tindakan

ketidakpandaian mereka sendiri. Tindakan

yang

sebenarnya

tersebut akhirnya

memerangkap diri kerana mereka sering kalah dalam mengurus antara akal dan
nafsu. Hal ini kerana, rasa terlebih pandai itu menyebabkan seseorang itu melihat
orang lain kurang pandai daripada dirinya sebenarnya bermula daripada sikap
keegoan yang hanya berasaskan runtunan hawa nafsu semata-mata.
Justeru, berilah kepercayaan sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam
mengurus anak-anak kita. Percayalah bahawa tiada seorang guru pun dengan
sengaja menjadikan anak-anak kita mangsa kepada sebarang tindakan yang tiada
usul periksa. Jika seorang ibu bapa yang baik itu perlu berkemampuan memuji,
memarahi, menyayangi, menghukum anak-anaknya, begitulah juga peranan
seorang guru di sekolah. Janganlah musnahkan institusi pendidikan masteri ini
sebagai medan perbalahan yang tidak sudah-sudah antara pihak sekolah dan ibu
bapa. Jika kita beranggapan seorang anak itu tidak wajar menuturkan kata-kata
yang kesat kepada ibu bapa begitu jugalah mereka tidak wajar melalakukan perkara
yang sama kepada guru-guru di sekolah.

3.0 KESAN TERHADAP

EMOSI MURID DAN GURU SERTA LANGKAH

MENANGANI

Rajah 1: Kesan emosi terhadap individu

Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam
kehidupan manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting
dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul
beberapa masalah yang mampu memberikan kesan-kesan yang negatif kepada diri
sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering
kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika berlarutan, gangguan
emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan
gangguan mental (Pyza Rahman, 2014).
Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, emotion,
dan mouvoir yang bermaksud kegembiraan (Wikipedia, 2014). Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih,
gembira, takut dan lain-lain. Bruno (1984, dalam Pyza Rahman) mendefinisikan
6

emosi sebagai suatu keadaan yang mampu mengganggu kitaran bendalir di dalam
badan. Oleh itu, Beliau melihat emosi daripada prespektif ini kerana apabila
seseorang itu mengalami emosi, hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya
terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya.
Kadang-kala kesihatan individu yang mengalami gangguan emosi juga semakin
terjejas. Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai kesan konflik yang tidak
dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan
atau perlakuan tertentu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).
Terdapat beberapa kesan pada setiap individu yang mempunyai masalah
emosi. Individu yang mengalami masalah dalam emosi pasti akan merasakan
tekanan-tekanan perasaaan seperti jiwa terganggu, marah, sedih, tidak bermaya,
rasa bersalah, terpencil, rendah diri, runsing, putus asa, kecewa dan geram. Beban
perasaan ini pasti akan menimpa induvidu yang bermasalah. Tekanan perasaan ini
bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan
mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap ahli keluarga dan mereka
yang terdekat. Menurt Ahmad Subki (2013), gangguan emosi terbahagi kepada 3
kumpulan iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan
emosi berat.
Pertama, jenis gangguan emosi ringan dimana kebiasaannya gangguan
seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Gangguan emosi yang ringan
selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. Tetapi, jika diamati secara
mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana
kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran
mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan
baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai
contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah
tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu
berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit
terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.
Kedua ialah jenis gangguan emosi sederhana. Gangguan jenis ini jika
diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan emosi ringan. Gangguan
ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan
7

murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada
tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak
lain.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan
gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya
dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru
mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid
tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan
kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.
Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat
dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami
gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah
laku sehariannya. Gngguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu
mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk
mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak
dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti
menjerit-jerit dan menghentak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga
mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah
kepada rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu
sama lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung
dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila
dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya

3.1 Kesan terhadap Emosi Murid

Rajah 2: Kesan emosi terhadap murid


Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca dari sekolah yang tidak kondusif.
Mengambil contoh campur tangan ibu bapa yang berlebihan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran masa kini secara tidak langsung memberi kesan
emosi kepada murid dan guru sekolah. Antara kesan ketara yang dapat dilihat dalam
kalangan murid ialah kurangnya rasa hormat mereka terhadap guru yang mendidik
mereka. Hal ini kerana murid bebas melakukan apa sahaja kesalahan termasuk
masalah disiplin dengan bebas dan tiada sekatan dari guru kerana bimbang guru di
saman atau diperlakukan perkara yang tidak sewajarnya oleh ibu bapa. Sekiranya
guru menegur dan menyentuh murid, kemungkinan besar murid akan melaporkan
kepada ibu bapa mereka dan ibu bapa mengambil tindakan yang tidak wajar dengan
melaporkan kes ini kepada pihak polis tanpa sebarang usul periksa.

Rentetan daripada murid bebas melakukan kesalahan disiplin, maka


terjadilah kes-kes yang tidak diingini di sekolah. Malah keadaan ini lebih ketara
apabila segelintir murid berperanan sebagai pengganggu bagi menarik perhatian
rakan lain yang akhirnya menjejaskan fokus terhadap pelajaran. Kelompok ini akan
merangsang rakan-rakan yang lain untuk melakukan aktiviti negatif dan menjurus
kepada perlakuan masalah disiplin yang lebih serius. Murid yang mengalami
masalah

emosi,

mampu

memberikan

kesan

negatif

kepada

pencapaian

akademiknya. Hal ini mampu menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan
keupayaan belajar sebagai seorang murid. Tanggungjawab guru adalah dengan
mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil langkah-langkah tertentu
untuk mengatasinya.
Melalui campur tangan yang serius dari pihak ibu bapa dalam proses
pembelajaran akan menyebabkan guru tidak berani untuk mengambil sebarang
tidakan dalam pembetukan jati diri murid. Guru juga hanya seorang manusia biasa
dan tidak mampu untuk mengawal emosi dengan baik sepanjang masa. Disebabkan
bimbang dilaporkan kepada pihak berkuasa atas sebarang tindakan yang diambil
oleh guru, secara tidak langsung guru akan mengabaikan murid tersebut di dalam
kelas. Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi murid melalui pengajaran
tidak berkesan ialah akademik murid kemungkinan merosot. Hal ini disebabkan oleh
emosi murid untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya dalam
subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan murid akan
berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat,
tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini
terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh guru. Secara tidak
langsung, apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan dalam merealisasikan
transformasi kurikulum akan terganggu proses kelancarannya. Dalam erti kata yang
lain, transformasi kurikulum yang telah didasarkan oleh Kementerian Pendidikan
tidak akan berlaku dek kerana tiada sokongan padu daripada murid.

10

3.2 Kesan Terhadap Emosi Guru

Rajah 3: Kesan terhadap emosi guru


Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea
guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan
guru. Namun, bergantung pada guru itu sendiri untuk mempersiapkan diri
menghadapi cabaran-cabaran berkenaan. Emosi guru terganggu di mana guru
tertekan dan stress dengan isu campur tangan ibu bapa dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Apabila murid langsung tidak mengendahkan nasihat dan teguran daripada
guru maka secara tidak langsung akan mengganggu proses pengajaran dan
11

pembelajaran di sekolah berikutan tekanan yang dialami guru. Guru tidak dapat
melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar
sekiranya murid tidak mengikut arahan guru dan hasil pembelajaran tidak dapat
dicapai. Kualiti pengajaran guru juga akan menurun sekiranya murid tidak berminat
untuk mengikuti sesi pembelajaran yang telah dirancang. Campur tangan ibu bapa
yang berterusan ini menyebabkan guru tidak dapat membentuk murid supaya
menjadi aset negara yang berkualiti. Salah laku pelajar yang berlaku seperti ponteng
kelas, bising, berperilaku biadap terhadap guru, melanggar peraturan sekolah,
bergaduh, tidak menyerahkan kerja sekolah dan sebagainya merupakan punca yang
menyebabkan tekanan dalam kalangan guru.
Terdapat juga guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum
diperolehi. Selain itu, masih juga terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk
kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan.
Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah
tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran
sekolah. Hal sebegini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa
sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi.
Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan
melepaskan tekanan kepada pihak yang lain, umpamanya murid. Sementara di
dalam diri guru tersebut, dia kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan,
bimbang yang berlebihan dan bertindak luar kawalan tanpa disedari. Sebagai
seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi bidang
pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah memberi tekanan
yang berat kepada guru. Hal ini berlaku apabila persepsi masyarakat terutamanya
ibu bapa yang memandang remeh tugas sebagai guru.
Tekanan dalam kalangan guru akan menyebabkan potensi berlakunya
masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku
dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Menurut Mohd Fadzli
(2005), di sekitar bulan Julai 2005 telah berlaku satu insiden di mana bapa kepada
seorang murid sekolah mendakwa bahawa anaknya iaitu murid tahun satu telah
patah tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di
12

dalam kelas. Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang
mengalami tekanan kerana suasana kebisingan dalam kelas. Akhirnya tekanan
tersebut memberi kesan terhadap tindakan silap guru tersebut.

3.3 Langkah Mengatasi Kesan Emosi

Rajah 4: Langkah mengatasi kesan emosi

13

Sebagai langkah mengatasi kesan emosi murid dan guru, guru perlu menggunakan
modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid di mana peneguhan positif
diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada
tingkah laku negatif supaya dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses
pengajaran dam pembelajaran. Murid perlu mendapatkan pendedahan yang
maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi dengan lebih berkesan.
Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan
daripada kaunseling supaya murid dapat diberi bimbingan kerjaya supaya dapat
meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif.
Guru di dalam kelas memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sama. Oleh itu, guru
haruslah mengambil tahu masalah emosi yang dihadapi oleh murid. Murid yang
sering mengalami masalah emosi di dalam kelas, akan menunjukkan tingkah laku
yang pasif seperti menyendiri dan tidak bergaul dengan muid-murid yang lain.
Berikutan dengan situasi ini, maka jelaslah bahawa murid tersebut mempunyai
konsep kendiri yang rendah serta menghadapi masalah dalam pergaulan.
Guru seharusnya sentiasa berusaha untuk mewujudkan keadaan yang ceria
dan kondusif ketika menguruskan dan melaksanakan proses pengajaran. Keadaan
sebegini mampu mempengaruhi mood dan minat serta kecergasan murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini secara langsung akan
memberikan kesan dari segi emosi dan perasaan seperti marah, keupayaan untuk
bersaing, penggunaan sumber yang terhad, serta hasad dengki dapat dikurangkan.
Guru juga boleh membantu murid mengawal emosi mereka dengan
melibatkan diri murid dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sebagai
contohnya, dengan mengaplikasikan strategi pembelajaran koperatif di dalam kelas.
Melalui pembelajaran koperatif, secara tidak langsung murid akan bekerjasama
bersama kumpulan mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru.
Menurut Slavin (1983, dalam kajian Zulzana Zulkarnain, 2012) keberkesanan
kaedah pembelajaran koperatif dapat dilihat dalam aspek kemahiran sosial pelajar
yang memudahkan hubungan saling kebergantungan positif di dalam kelas dan
persekitaran. Justeru, secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan murid yang

14

mempunyai emosi yang stabil kerana kehadiran mereka diterima oleh semua
individu di dalam kelas.
Selain

itu,

program-program

pendidikan

sebagai

sokongan

dalam

pembentukkan tingkah laku juga perlu diadakan. Program ini bertujuan membantu
mereka

yang

mempunyai

masalah

gangguan

emosi

untuk

meningkatkan

pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran


dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.
Guru juga perlu mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang bagi mengawal
emosi mereka. Seseorang yang mempunyai badan yang sihat dapat meningkatkan
prestasi kerja. Guru juga seharusnya membahagikan masa untuk melakukan aktiviti
rekreasi dan hobi supaya dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan
mendapat persepsi baru untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran mengurus masa
adalah sangat penting untuk mengatasi emosi guru di mana guru perlu pandai
membahagikan masa untuk fokus terhadap perkara yang lebih penting supaya
kejayaan yang diperoleh adalah dalam kadar yang banyak. Guru perlu menumpukan
kepada kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan bijak seperti
membahagikan tugas kepada ahli panitia, mengurangkan gangguan, serta
menetapkan masa melakukan sesuatu kerja secara tidak langsung dapat mengatasi
masalah emosi guru.
Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam
menangani masalah tekanan emosi. Emosi yang tidak stabil tidak boleh dibiarkan
menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Bagi individu yang sedang
mengalami tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri.
Oleh itu, sekiranya kita mengalami emosi di luar kawalan, berusahalah untuk
mengatasinya secepat mungkin. Slogan kata cegah sebelum parah adalah jalan
yang terbaik sebelum berlakunya kesan negatif yang lebih serius.

15

4.0 CADANGAN KEPADA GURU UNTUK MENYESUAIKAN DAN MENYEDIAKAN


DIRI DENGAN ISU DAN CABARAN

16

Rajah 5: Cadangan bagi guru dalam menyesuaikan diri dengan isu dan cabaran
Guru perlu menyesuaikan diri mereka dengan campur tangan ibu bapa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada zaman globalisasi masa
17

kini di mana ibu bapa tidak suka anak mereka dikenakan sebarang tindakan. Guru
perlu berfikir secara mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil atau
mengenakan sebarang tindakan terhadap murid. Guru juga boleh menghubungi ibu
bapa murid yang bermasalah dan berbincang antara satu sama lain untuk mencari
jalan penyelesaian sekaligus mengelakkan pertelingkahan antara guru dan ibu bapa.
Hal ini sekaligus dapat mengelakkan timbulnya isu guru di saman oleh ibu bapa
kerana dikatakan mencederakan murid di sekolah.
Seorang guru yang baik haruslah menyiasat terlebih dahulu akan kesalahan
yang dilakukan oleh murid seperti mencari sebab murid tersebut melakukan
kesalahan tersebut. Jika murid tersebut mempunyai masalah, guru hendaklah
mencari jalan penyelesaian masalah tersebut dengan cuba membantu murid
tersebut dengan membawanya berjumpa guru kaunseling. Guru yang baik tidak
mudah menghukum pelajar sebaliknya menyiasat puncanya terlebih dahulu.
Hukuman yang melulu akan menimbulkan rasa tidak puas hati murid terhadap guru
dan mula memprotes segala tindakan guru. Hal ini menyebabkan timbulnya isu
murid memukul guru dan sebaliknya.
Selain itu, guru juga perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.
Pergaulan yang baik antara guru dan penduduk setempat sebagai contohnya dapat
mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa yang kebanyakan anak-anak
mereka bersekolah di tempat di mana guru tersebut mengajar. Secara tidak
langsung, pergaulan yang mesra dapat mengubah persepsi ibu bapa terhadap guru.
Hal ini juga dapat membantu guru mengenal dengan lebih dekat akan latar belakang
muridnya sendiri di samping dapat berbincang akan masalah anak mereka di
samada di rumah mahupun sekolah.
Sebagai langkah menyediakan diri dengan isu cabaran campur tangan ibu
bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolah perlulah
mengadakan kursus pengawalan emosi dan tekanan supaya dapat membantu guru
dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan
guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar. Adakalanya tekanan
menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam
menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Menurut Robiah Hamzah (2007,
dalam kajian Zulzana Zulkarnain, 2012), seorang pakar motivasi sendiri mengakui
18

bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal
emosi. Namun, pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan
dalam kelembutan. Justeru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan
emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan
perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan
mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran
yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih
berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar
oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga
diadakan. Biarpun para guru terutama guru baru telah didedahkan dengan teori-teori
psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun
situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu
mendisiplinkan

pelajar

dan

menangani

pelajar

bermasalah

hasil

daripada

pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan


guru-guru baru.
Guru juga perlu meningkatkan diri dalam kemahiran berkomunikasi dengan
murid. Penggunaan istilah dalam komunikasi memainkan peranan penting supaya
murid terasa disayangi oleh guru. Guru hendaklah mengelakkan penggunaan
bahasa yang kasar dan menyentuh sensitiviti murid supaya mereka tidak berkecil
hati atau marah sehingga menunjukkan protes dan rasa tidak puas hati.
Elemen perasaan dalam perlaksananaan peraturan oleh pihak sekolah juga
seharusnya diambil perhatian oleh para guru. Menurut Dr. Robiah K. Hamzah
(2007), untuk mewujudkan keserasian antara guru dan pelajar, peraturan sekolah
mestilah ada elemen perasaan. Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi
perlu ada cetusan emosi di dalamnya. Dalam erti kata lain, guru-guru perlu
memasukkan elemen perasaan dalam melaksanakan atau menguatkuasakan
sesuatu peraturan supaya pelajar akur. Ledakan perasaan yang mencetuskan
masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan.
Peranan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga tidak boleh diketepikan.
NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan
atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat. Tuntasnya, jaya atau
gagalnya usaha mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya ditanggung
19

bersama oleh semua pihak bukan terletak di bahu guru semata-mata. Dengan
memastikan tugas mendidik dan mendisiplin pelajar adalah tanggungjawab
bersama, masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya tidak lagi menjadi
isu dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada guru, pelajar mahupun ibu bapa.
Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, pasti para guru lebih mudah menempuh
cabaran yang mendatang berbekalkan semangat juang yang tinggi. Akan terlerailah
konflik dalaman yang dihadapi oleh para guru dan akan lebih mudahlah para guru
berusaha menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan
memikul amanah Allah sebagai pendidik anak bangsa. Maka akan lahirlah modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pewaris negara.

5.0 PELAN TINDAKAN UNTUK MENGURUS PERUBAHAN


Isu berkaitan campur tangan pihak ibu bapa dalam pengajaran semakin banyak
dibincangkan di dalam dada akhbar, laman sesawang dan juga media-media lain.
Bagi mengelakkan daripada isu tersebut timbul, guru haruslah mewujudkan satu
suasana yang menyebabkan murid seronok apabila berada di dalam kelas.
Memandangkan murid merupakan pelapis kepada generasi alaf baru, pendidikan
yang tepat perlu diberi kepada mereka. Antara pelan tindakan yang boleh
dilaksanakan untuk mengurus isu ini ialah dengan mengambil pendekatan yang
boleh menarik minat murid.

20

Menerima
murid
seadanya

PENDEKATAN
MENARIK
MINAT
MURID

Kaedah
pengajaran
menarik

Sistem
ganjaran

Mengambil
berat

Rajah 6: Pendekatan yang boleh menarik minat murid


Antaranya adalah menggunakan sistem ganjaran di mana guru boleh
memberikan ganjaran sekiranya murid berkelakuan baik. Melalui sistem ganjaran,
murid akan berusaha untuk bertingkah laku lebih baik di dalam mahupun di luar
kelas Hal ini kerana, sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang kurang baik,
guru tidak boleh memberikan ganjaran kepada mereka. Kedua, guru mestilah
mengambil berat mengenai muridnya. Ciri-ciri guru yang penyayang ialah mereka
akan cuba mendekati murid mereka dan sentiasa tahu permasalahan yang dihadapi
oleh

muridnya.

Seterusnya,

guru

hendaklah

melaksanakan

pengajaran

menggunakan kaedah pengajaran yang menarik. Seorang guru yang kreatif akan
sentiasa mengubah cara pelaksanaan pengajaran mereka bagi mengelakkan murid
bosan di dalam kelas yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin.
Keempat ialah dengan menerima perbezaan individu seadanya. Seperti yang
diketahui, manusia dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza (Mohd Fadzli, 2005).
Justeru, guru tidak boleh sama sekali mendiskriminasikan murid-murid mereka.
Seorang guru yang mempunyai sahsiah diri yang baik akan menerima murid mereka
seadanya tanpa mengenakan sebarang diskriminasi ke atas murid mereka. Melalui
pendekatan yang boleh menarik minat murid, secara tidak langsung dapat
mengelakkan daripada berlakunya isu yang tidak diingini seperti isu guru memarahi
murid dan isu pelanggaran peraturan disiplin oleh murid.
21

Selain itu, guru juga seharusnya mempunyai pendekatan berbeza untuk


mengeratkan hubungan silaturrahim dengan para ibu bapa. Melalui hubungan yang
erat yang dijalinkan dapat mengelakkan daripada isu campur tangan ibu bapa yang
keterlaluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Program Temu Murni

Persatuan Ibu Bapa (PIBG)


STRATEGI
MENGATASI ISU
CAMPUR TANGAN IBU
BAPA

Program Ramah Mesra

Program gotong-royong

Program Anak Angkat

Rajah 7: Strategi mengatasi isu campur tangan ibu bapa


Antara langkah yang perlu diambil oleh guru ialah dengan mengadakan
Program Temu Murni bersama ibu bapa murid-murid di sekolah. Antara aktiviti yang
terkandung dalam Program Temu Murni ialah penyerahan keputusan ujian dan
perbincangan secara bersemuka oleh ibu bapa dan guru yang mengajar murid
tersebut. Melalui program ini, ibu bapa berpeluang untuk mengetahui tingkah laku
anak mereka di sekolah berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh guru. Di
samping untuk mengeratkan hubungan antara guru dan juga ibu bapa murid, tujuan
program ini juga adalah untuk meningkatkan potensi pelajar dan meneruskan
kecemerlangan sekolah sebagai institusi melahirkan modal insan yang berkualiti.
Dengan adanya pertemuan seperti ini antara ibu bapa dan guru, maka rasa
kebergantungan akan wujud di antara kedua-dua pihak.

22

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melalui Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Menurut Akta Pendidikan 1996: Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang
dirujuk di dalam buku Isu dan Cabaran Semasa oleh Ahmad Subki (2013), tujuantujuan persatuan adalah seperti berikut:
a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah.
b) Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi
kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar
fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.
d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah
berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf
pendidikan anak-anak mereka pada amnya.
e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha
menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi
tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran.
Justeru, perhubungan yang dijalinkan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan
menghasilkan hubungan yang lebih akrab antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa boleh
menyalurkan pandangan dan luahan sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap
sesuatu perkara berkaitan anak mereka di sekolah. Melalui saluran aduan yang
betul akan mengelakkan daripada isu yang lebih besar timbul yang boleh
menyebabkan keadaan semakin keruh.
Guru juga boleh mengadakan program-program seperti Program Anak
Angkat, Program Gotong Royong, Program Ramah Mesra yang mana dapat
mengeratkan lagi hubungan antara guru dan masyarakat sekampung. Melalui
program-program ini masyarakat akan lebih mengenali sikap guru itu sendiri dan
mereka secara tidak langsung akan membuang persepsi negatif yang ada pada guru
tersebut. Akhirnya, sikap saling kebergantungan akan lahir dalam diri masyarakat
terhadap guru. Secara automatik, tugas guru sebagai pendidik, pembimbing tidak
akan dipersoalkan lagi oleh masyarakat kampung. Malah, mereka akan lebih
mempercayai guru tersebut supaya membimbing dan mendidik anak mereka untuk
menjadi insan yang lebih berguna dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
23

6.0 KESIMPULAN
Murid merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah
segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku bakal pemimpin di masa
hadapan. Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus
berlaku di merata tempat, sebagai ibu bapa dan guru telah menjadi tanggungjawab
kita untuk membantu serta membentuk keperibadian murid tersebut.
Seorang guru yang mempunyai kredibiliti yang tinggi, guru haruslah bersikap
positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi
mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stress dan menjejaskan karier
mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi
sokongan dan membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh guru.
Kesediaan guru melakukan inovasi dalam pengajaran bagi mengatasi
masalah disiplin murid adalah amat penting. Perubahan yang dilaksanakan melalui
perancangan strategi diharap mampu membentuk modal insan kelas pertama yang
mampu

menggunakan

pengetahuan

secara

proaktif,

kreatif,

inovatif

dan

berkemahiran teknikal serta mampu menangani persekitaran global yang berubahubah untuk mendapat kualiti hidup yang baik di samping dapat menyumbang kepada
kesejahteraan dan kekayaan negara sejagat.

24

Anda mungkin juga menyukai