Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Profesion keguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini
kehebatannya telah diperakui ramai. Semenjak tahun 1960-an sehingga kini profesion
keguruan menjadi rebutan besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut
Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan
pengasuh. Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon,
kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setiausaha, pekerja sosial dan lain-lain. Guruguru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan
kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi
dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat
kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah
model yang menjadi contoh kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab membina
hubungan dengan setiap pelajar dan memandang mereka sebagai individu yang unik.
Seseorang guru itu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi supaya
profesion keguruan ini akan disanjung sehingga akhir zaman. Etika akan menentukan
sesuatu tindakan seseorang itu baik atau sebaliknya. Etika dalam erti kata lain ialah
mematuhi nilai moral. Etika merupakan akauntabiliti dan tingkah laku seseorang melalui
profesionnya terhadap masyarakat. Sebenarnya, guru berhadapan dengan cabaran
yang sangat besar dan menghadapi cabaran ini dengan profesional. Kegagalan guru
untuk mengatasi masalah dengan sewajarnya akan memberikan impak yang negatif
kepada profesion keguruan.
Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya
perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum,
kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Guru adalah selaku agen perubahan
perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap
profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat bergantung
harap sepenuhnya kepada guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna. Kepercayaan teguh yang diberikan oleh
masyarakat kepada guru-guru haruslah dijadikan sebagai pembakar semangat supaya
guru-guru dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisyen.
1

2.0 ANALISIS ISU (BERDASARKAN ARTIKEL YANG DIBERIKAN)


Isu kewajaran guru menampar murid telah banyak dibincangkan dalam akhbar dan
media sosial. Walaupun ada pendapat yang menentang namun ada juga yang
menyokong kerana merasakan guru mempunyai peranan besar membantu menangani
salah laku disiplin murid. Berdasarkan artikel yang diberikan, guru disiplin telah
menampar murid tahun tiga sehingga mangsa mengalami trauma serta pendengaran
telinga kanan turut terjejas hanya kerana lewat 10 minit tiba ke sekolah. Untuk menilai
tentang sejauhmana kewajaran tindakan guru disiplin tersebut, kita perlu menganalisis
dari pelbagai aspek.

2.1 Cara Hukuman Tidak Mengikut Kod Etika Perguruan Malaysia


Saya berpendapat

bahawa adalah tidak wajar bagi seorang guru yang dianggap

sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan
masyarakat. Pertama kali membaca artikel itu, saya berasa sedih melihat tragedi ini
berlaku dalam kalangan murid. Malahan pula, murid tersebut baru berusia sembilan
tahun sahaja. Jika murid melakukan kesalahan, denda yang sepatutnya boleh dilakukan
hanya sebagai satu peringatan kepada murid supaya tidak mengulangi kesilapan atau
kesalahan ini lagi. Namun, cara untuk mendenda murid ini haruslah bersesuaian dan
tidak boleh bertentangan dengan Kod Etika Perguruan Malaysia yang harus dipatuhi
oleh guru. Tetapi dalam insiden ini, guru disiplin itu pula menggunakan cara untuk
mendenda yang tidak selaras dengan kesesuaiannya. Dia juga tidak menjadikan kod
etika sebagai garis panduan.
Mengikut Kod Etika Perguruan Malaysia, adalah dilarang sama sekali bagi
seorang guru bertindak ganas terhadap murid kerana ia boleh meninggalkan kesan
fizikal kepada murid yang dipukul. Guru seharusnya berhati-hati sebelum sesuatu
tindakan diambil. Hukuman yang dikenakan perlulah setimpal dengan jenis kesalahan
yang dilakukan oleh murid. Guru sewajarnya tidak menyalahgunakan kelonggaran atau
kuasa yang ada seperti jawatan guru disiplin dan bertindak menampar murid dengan
dorongan perasaan geram atau marah.
Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan adalah seperti
yang disenaraikan dalam karya Syed Ismail, etc. (2010:46-47):
1- Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
2- Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupaya yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
3- Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.
3

Kita mungkin menganggap menampar adalah tindakan yang tidak serius dan
bukanlah isu besar, malah saya sendiri pun pernah ditampar pada satu ketika dahulu.
Bagaimanapun perbuatan menampar itu boleh memberi kecederaan serius terutama ke
atas kanak-kanak. Dari sudut perubatan, kita mengetahui kanak-kanak mempunyai
organ yang masih berkembang dalam menjalani proses tumbesaran. Organ ini juga
rapuh, mudah cedera dan berpotensi menghadapi masalah kesan negatif jangka
panjang. Organ di bahagian muka seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang,
leher dan juga otak ialah organ penting yang berpotensi tercedera jika bahagian muka
dan kepala dijadikan tempat membuat pukulan atau tamparan. Kes ini terjadi ke atas
murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2, akibat ditampar guru
disiplin lalu mengakibatkan pendengaran telinga kanan murid terjejas.

2.2 Tekanan Emosi, Jiwa dan Perasaan Guru


Pada pendapat saya, guru disiplin telah menampar murid ini di bahagian pipi dan
telinga kanan mungkin kerana dia terlalu tertekan terhadap kerjayanya. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa profesion perguruan pada era sekarang sungguh mencabar.
Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dan transformasi dalam pendidikan
telah menjadikan peranan dan tanggungjawab guru bertambah besar, mencabar dan
kompleks. Ini ditambah lagi dengan perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam
sistem pendidikan Malaysia kini. Perubahan ini menyebabkan tugas guru menjadi
semakin banyak. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu
menangani tugas dan takut tidak sempat menyiapkan tugas yang selaras dengan
kehendak perubahan baru ini.
Menurut Dr. Hans Selye, stress (gelaran tekanan dalam bahasa Inggeris)
didefinisikan sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan
oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Individu tidak mungkin akan dapat berfungsi
dengan berkesan dan produktif jika dia berada dalam keadaan tertekan. Tekanan ini
akan menyebabkan seseorang itu berasa cemas, tegang, kurang dapat berfikir dengan
rasional dan susah hendak berfokus kepada kerja. Tekanan ini muncul juga disebabkan
4

oleh sebab-sebab yang berlainan seperti dari pihak atasan, keluarga, masyarakat dan
sebagainya.
Saya berpendapat punca bagi guru disiplin tersebut bertindak keterlaluan
mungkin disebabkan oleh tekanan jiwa serta tanggungjawab yang berat di sekolah.
Guru pada masa kini bukan sahaja mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam
mengajar tetapi juga mengurus dan mendidik; iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak
murid-murid melalui pengajaran formal, tidak formal dan melalui perlakuan diri sendiri
yang baik. Tugas guru semakin hari semakin bertambah. Contohnya, guru sebagai
kerani kerana saban hari dikehendaki mengisi markah murid akibat pelaksanaan sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru sebagai polis di kala berlakunya kejadian
kes curi dalam kalangan murid dan lain-lain tugas lagi. Dengan pertambahan tugas
tersebut, ramai guru akan mengalami tekanan jiwa.

2.3 Prejudis dan Bias dalam Kaum


Tambahan pula, saya berpendapat guru disiplin ini bertindak sedemikian terhadap
murid India mungkin kerana dia tidak suka kepadanya dan mempunyai prejudis
terhadap murid itu. Sebagai seorang guru, kita telah sedia maklum bahawa kita harus
mengajar murid tanpa mengira latar belakang mereka. Pendemokrasian pendidikan di
Malaysia juga menekankan bahawa memastikan semua anak-anak mendapat peluang
pendidikan yang sama rata dan setimpal. Ini juga termasuk melayan semua murid
dengan hati yang sama tanpa unsur bias dalam perkauman. Kelakuan seorang guru
menampar murid sehingga murid itu trauma dan lebih teruk lagi mengalami kecederaan
pada anggota pendengaran adalah sangat serius. Silap-silap hari bulan, kecederaan itu
akan bertukar menjadi kecacatan kekal.

2.4 Tidak Berminat dengan Profesion Keguruan


Di samping itu, saya berpendapat bahawa salah satu punca yang menyebabkan guru
bertindak kasar dan ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat terhadap
profesion keguruan. Apabila tidak minat terhadap kerjayanya, seseorang guru itu tidak
akan dapat menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak
mempunyai sikap sabar. Dia akan mudah berasa marah. Guru juga adalah manusia
biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya akan sampai ke tahap
di mana dia akan lupa bahawa dia merupakan seorang guru dan berhadapan dengan
anak orang lain.

2.5 Tindakan Guru Besar


Ingin juga saya sentuh akan tindakan guru besar sekolah berkenaan, pada hemat saya,
amatlah tidak wajar bagi seseorang pemimpin atau pemtadbir di sesebuah sekolah
untuk tidak memberikan kerjasama kepada ibu bapa yang datang ke sekolah sematamata mahukan penjelasan. Dalam kes ini, ibu kepada murid yang ditampar telah datang
ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan guru disiplin menampar
anaknya yang hanya lewat 10 minit ke perhimpunan. Tetapi malangnya, hasratnya
untuk berjumpa dengan guru disipin telah disekat oleh guru besar terbabit. Malahan,
guru besar itu mempertahankan tindakan guru disiplinnya lalu menyebabkan si ibu
berasa sangat kecewa dengan tindakan guru besar itu.
Bagi saya, sikap yang ditonjolkan oleh guru besar ini adalah menerusi gaya
kepimpinan autokratik. Pemimpin yang autokratik meletakkan kekuasaannya di
tangannya sendiri. Kata-katanya atau segala kehendaknya tidak boleh dibantah. Orang
lain harus tunduk dan menurut sahaja pada kemahuannya. Pemimpin yang autokratik
tidak bersikap membimbing, segala perintahnya harus dilaksanakan dengan baik.
Keputusannya adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan tanpa boleh
ditegur. Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua keputusan
hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya. Justeru, guru besar terbabit tidak

melayan kehendak ibu murid yang mahukan penjelasan akibat tindakan guru disiplin
menampar anaknya sehingga mendatangkan kecederaan yang serius.
Selain itu, teori tingkah laku memberikan tumpuan kepada bagaimana pemimpin
bertingkah laku dalam proses kepemimpinannya. Antara teori tingkah laku adalah Teori
X dan Y oleh Douglas Mc Gregor (1960). Teori X dan Y mewakili perbezaan dalam cara
seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya. Dalam Teori X, pemimpin
menganggap stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan mengelakkan
tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama kecuali diarahkan dan
dikawal. Dengan demikian, pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik. Manakala
dalam Teori Y, pemimpin menganggap stafnya rajin, melihat kerja sebagai suatu
perkara semula jadi seperti bercita-cita tinggi dan bersikap positif terhadap kerja.
Jika dilihat implikasi teori tingkah laku dari perspektif guru besar, membina
hubungan mesra dengan guru serta pihak ibu bapa akan memperoleh sokongan
daripada mereka dalam pelaksanaan aktiviti ataupun sesuatu hukuman di samping
mewujudkan perasaan bahawa diri mereka dihargai dan memahami setiap tindakan.
Bagi pihak ibu bapa pula, apabila guru besar mempunyai gaya kepemimpinan
demokratik, sudah tentu sebarang masalah akan dibawa berbincang bersama-sama.
Dengan itu, barulah penjelasan lanjut tentang tindak tanduk guru disiplin dapat
dianalisis serta difahami.

Seterusnya, kupasan artikel menjurus kepada pihak mangsa pula iaitu murid
yang menjadi mangsa tamparan guru akibat tiba lewat ke sekolah. Saya juga
berpendapat adalah wajar guru disipin itu menampar murid tersebut. Hal ini kerana,
biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca
datangnya daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua
8

murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu
kita fahami. Murid-murid pada zaman sekarang sudah mula advance. Naluri mereka
lebih terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan. Mengambil
pengalaman saya sendiri semasa berpraktikum, murid-murid sekarang tidak seperti
saya dahulu kala. Mereka sekarang sudah tidak hormat pada guru dan bersikap biadap
dari segi pertuturan mahupun tingkahlaku. Tahap kenakalan mereka kadang-kadang
membuatkan golongan guru hilang sabar lalu menghukum mereka.
Berkenaan dengan isu di atas, saya berpendapat bahawa guru disiplin tersebut
menampar murid mungkin disebabkan mangsa telah bersikap biadap dan tidak sopan
terhadap guru disiplin yang sedang menunggu murid lewat di tapak perhimpunan
sekolah. Kebiadapan murid-murid sekarang kadang-kadang menghilangkan kesabaran
seorang guru. Ketibaan murid tersebut di tapak perhimpunan ketika perhimpunan
sedang berlangsung telah membangkitkan kemarahan guru dan menyebabkan guru
hilang kawalan lalu menamparnya.
Jika kita berada dalam situasi guru disiplin tersebut, mungkin guru tersebut
termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti menampar,
merotan dan mencubit akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal
itu, kecederaan sehingga mendatangkan luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu
bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu
mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam
menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan terjadi.
Saya percaya dalam kes ini, emosi yang tidak terkawal telah menguasai pemikiran guru
disiplin itu.
Sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan
murid berkenaan yang melampaui batas. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa
juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masingmasing. Terdapat juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah.
Pada masa lalu memang ramai ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik
kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu
bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini ramai ibu bapa yang
9

berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan


kepada psikologi. Cara kekerasan bagi mereka adalah kuno dan kolot yang tidak lagi
sesuai pada abad ke-21. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara
kekerasan dalam mendidik pelajar. Malahan, Rasulullah SAW pernah menunjukkan
cara terbaik dalam memberikan didikan menerusi sabda yang bermaksud:
Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan
pukullah mereka jika tetap enggan bersolat apabila umur mereka sepuluh tahun.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Mungkin apabila kita mendengar penjelasan daripada guru disiplin, dia bertindak
sedemikian kerana murid tersebut merupakan salah seorang murid yang paling nakal di
sekolah. Sudah acap kali murid itu melakukan kesalahan yang sama malah telah
beberapa kali juga diberikan amaran lisan namun tidak berhasil. Oleh itu, pada hari
kejadian guru disiplin tersebut telah menggunakan hukuman berbentuk kekerasan iaitu
menampar murid itu, untuk dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada murid itu
sendiri dan juga kepada murid-murid yang lain.

3.0 KOD ETIKA PERGURUAN YANG BERKAITAN DENGAN ISU


Etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa &Pustaka, 1995). Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada
etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan
awam (Abd. Rahim, 2007). Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu
para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga
imej baik profesionnya. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjalankan tugas tanpa
melanggar etika ini. Menurut Kod Etika Profesion Perguruan kategori seperti berikut: 1.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar, guru-guru hendaklah mempunyai tingkah laku

yang merupakan tanggungjawabnya terhadap pelajar termasuk lebih mengutamakan


kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal lain. Tindakan guru disiplin tersebut
yang menampar anak muridnya sehingga menjejaskan pendengarannya telah
10

membahayakan kesihatan murid tersebut. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan
keselamatan murid di sekolah.
2.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa, ia merangkumi menghormati tanggungjawab

utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tanggungjawab utama ibu bapa adalah
menjaga anak-anaknya supaya mempunyai kehidupan yang sempurna. Dalam hal ini,
ibu kepada murid tersebut berasa amat kecewa atas perbuatan yang dilakukan oleh
guru disiplin tersebut kerana telah menjejaskan kesihatan, pelajaran, serta mental
anaknya.
3.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara, ia menyeru guru berpegang

kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Dalam berita ini, guru disiplin tersebut telah
bertindak kasar terhadap budak perempuan yang hanya berumur 9 tahun dengan
menamparnya. Sebagai seorang guru, beliau perlu senantiasa mengawal emosinya
dengan baik supaya tidak bertindak kasar dalam menangani masalah disiplin murid
sebaliknya menggunakan cara yang lebih berkesan terutamanya dari segi psikologi
seperti bimbingan dan kaunseling untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4.

Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan, termaktub ciri

yang menyatakan sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan. Dalam berita ini, ia telah tersebar ke seluruh pelosok di negara. Ini
telah menyebabkan nama baik profesion keguruan telah terjejas dan secara tidak
langsung mengakibatkan keyakinan orang ramai terhadap profesion keguruan semakin
menyusut.
Ini jelas menunjukkan guru perlu senantiasa menggunakan etika perguruan
sebagai panduan untuk meningkatkan profesionalismenya sebagai seorang guru. (Esah
Sulaiman, 2003). Ini adalah untuk memastikan pelindungan dan pembangunan diberi
perhatian serius untuk menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak dan menjamin
kanak-kanak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan mental. Dengan
menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai

11

kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini para guru perlu menyempurnakan


profesionnya ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

4.0 CADANGAN BAGI MENYELESAIKAN KES


Sebagai seorang guru, kita haruslah pandai mengurus tekanan yang dihadapi. Setiap
orang memang akan menghadapi tekanan dari pelbagai sudut. Dalam insiden yang
dinyatakan di atas, guru disiplin tersebut tidak sepatutnya melepaskan tekanannya
dengan menampar murid yang lewat tiba ke sekolah sehingga mencederakan mangsa.
Ini telah membawa kesan negatif kepada murid itu iaitu murid mengalami trauma dan
pendengaran telinga kanan mangsa terjejas. Mangsa dalam insiden ini tidak berani
untuk memberitahu ibunya pada mulanya tetapi setelah didesak berulang kali barulah
mangsa menceritakan segala-galanya. Kecederaan yang dialami mangsa akan
menjejaskan perkembangan fizikal dan mental murid tersebut. Guru disiplin itu juga
tidak pandai mengurus tekanan sendiri dan telah menggunakan satu saluran yang
salah untuk melepaskannya. Guru itu juga tidak mengikut kod etika perguruan yang
seharusnya dijadikan sebagai satu panduan semasa mengajar.
Setiap insan perlu berfikir dahulu sebelum bertindak, apatah lagi sebagai
seorang guru. Jika seorang guru itu mengajar murid dengan prejudis, maka guru itu
juga tidak boleh dikatakan seorang guru yang baik dan adil. Menurut Kod Etika
Perguruan Malaysia, guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa pertuturan,
agama, kepercayaan politik, tempat asal, latar belakang keluarga, intelek, akademik
dan status-status lain. Selain itu, guru juga harus mengesan dan menerima perbezaan
individu

dalam

kalangan

murid-muridnya

dan

membimbing

mereka

memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Oleh itu, prejudis terhadap murid ataupun perkara lain tidak seharusnya berlaku
dalam diri seorang insan yang bergelar guru. Murid lain juga tidak akan mencontohi
kelakuan negatif ini.

12

Sebagai satu kerjaya yang profesion, kita haruslah menunjukkan sikap


profesionalisme perguruan kepada masyarakat. Ini kerana ibu bapa telah memberi
sepenuh kepercayaan kepada guru dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah
supaya dididik menjadi insan yang berilmu dan berakhlak. Akan tetapi saban hari,
masih terdapat berita yang memperlihatkan kerjaya guru ini sudah mula tercemar
dengan berita murid menjadi mangsa amukan guru. Untuk membasmi gejala ini, guru
haruslah sentiasa menjadikan kod etika guru sebagai satu garis panduan dan mendidik
murid dengan penuh tanggungjawab dan semangat.
Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah guru ganas, calon guru harus
ditapis dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini adalah berguna untuk
menguji kesesuaian seseorang sebagai guru. Bagi yang sudah bergelar guru, kursus
pengawalan emosi dan tekanan juga boleh diadakan untuk membantu guru dalam
menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru
keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan murid. Adakalanya tekanan menyebabkan
mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi karenah
murid-murid yang nakal. Namun pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan
ketegasan dalam kelembutan. Justeru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu
pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa
berdepan dengan perlakuan melampaui batas murid-murid. Kursus pengawalan emosi
dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan
fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin murid dengan cara
lebih berkesan.
Bagi pihak pentadbir sekolah pula, mereka haruslah memainkan peranan
mereka dan membantu guru-guru agar dapat menempuh cabaran dalam mendidik dan
mendisiplinkan murid. Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal,
guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan
tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan murid seperti menjadi
guru disiplin atau warden asrama.

13

Pada pendapat saya, guru seharusnya diberi peluang untuk bernafas. Cabaran
mendidik dan mendisiplinkan murid bukanlah tugas yang mudah. Masyarakat tidak
seharusnya hanya menuding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam
kalangan pelajar-pelajar. Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin murid tidak
seharusnya digalas oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja. Ibu bapa boleh
menaruh kepercayaan kepada guru-guru tetapi usahlah bersikap lepas tangan.
Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak
mereka harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia.
Apabila

anak-anak

diasuh

dengan

baik

dan

diberi

perhatian,

usaha

guru

membudayakan ilmu lebih mudah dilaksanakan. Tentunya masalah disiplin murid tidak
timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai.

14

KESIMPULAN
Walau apapun masalah disiplin yang timbul, murid perlu dikenakan hukuman atau
denda baik ringan atau berat bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan.
Pelaksanaan hukuman ini perlu kerana ia merupakan salah satu daripada kaedah atau
cara pendidikan yang berkesan. Bagaimanapun sebelum pelaksanaan sesuatu
hukuman, pihak ibu bapa hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu supaya tidak timbul
sebarang masalah berbangkit selepas sesuatu tindakan dilakukan. Namun begitu pihak
sekolah juga harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan yang dibuat. Ini
bertujuan memastikan sesuatu tindakan yang diambil adalah wajar dan berpatutan
dengan kesalahan yang dilakukan. Secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada
timbulnya masalah guru mendera pelajar.
Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih
adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada
seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul
murid. Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar
memberi

ilmu

pengetahuan

dan

mendidik.

Lebih

daripada

itu,

mereka

bertanggungjawab mendisiplinkan para murid, satu proses pembudayaan yang jarang


diterima murid sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru menampar dan bertindak ganas
adalah masalah yang perlu diberi perhatian semua pihak. Seterusnya penyelesaian
bersama hendaklah dibincangkan terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah
agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik.
Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat bahawa hukuman kepada murid
yang melakukan kesalahan wajar dilaksanakan tetapi tidak keterlaluan dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Untuk itu, semua pihak haruslah mengembleng tenaga
dan usaha bagi mempengaruhi murid supaya membuat perubahan yang positif. Ianya
sebagai langkah pencegahan awal yang penting dalam mengatasi masalah gejala
sosial yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar.

15

Anda mungkin juga menyukai